Saturday, August 27, 2011

KRONOLOGI MASALAH MAHASISWA PERUBATAN BERKAITAN PENGURUSAN KEMASUKAN


KAHERAH, 26 Ogos-Berikutan masalah dua orang pelajar tahun satu KPT G2G Universiti Tanta ambilan 2010/2011, iaitu saudara Muhammad Aliff bin Sofian Gan dan saudari Iramaya binti Ab Hamid, di sini disertakan kronologi masalah pelajar-pelajar tahun satu KPT G2G Universiti Tanta ambilan 2010/2011 untuk makluman bersama.

12 MEI:
Seramai 7 orang pelajar tahun 1  KPT G2G Universiti Tanta tidak dapat membayar yuran pengajian dan berkemungkinan besar tidak akan dapat memasuki peperiksaan ekoran fail yang masih belum tiba ke universiti.

13 MEI:
Setelah berbincang dengan Ust Sulaiman,pembantu En Khairi Jalalluddin, didapati reevaluasi telah dilakukan untuk menentukan kelayakan semua pelajar G2G. Dan dimaklumkan hanya seramai  2 Orang yang terpilih mengikuti program G2G.  

18 MEI:
Satu surat telah dihantar kepada En Zulkifli Din selaku pemangku Atase Akademik EME memaklumkan masalah pelajar terbabit, dan meminta tindakan dari pihak EME untuk berjumpa Dekan Fakulti Perubatan Tanta. Ini kerana pelajar- pelajar terbabit tidak dibenarkan menduduki peperiksaan praktikal yang akan berlangsung pada 24 MEI 2011.
Selepas Ust Sulaiman berbincang dengan pihak universiti, mereka dibenarkan menduduki peperiksaan praktikal, dengan jaminan fail mereka akan sampai sebelum peperiksaan bertulis dijalankan.

1 JUN:
Satu surat telah dihantar kepada Ust Khairi Jallaludin (Pegawai Atase Pendidikan [Akademik] EME) untuk memaklumkan mengenai masalah pelajar terbabit secara jelas.

2 JUN:
Perjumpaan dengan En Khairi bersama Presiden PERUBATAN dan wakil PERUBATAN Cawangan Tanta di Pejabat En Khairi. Hasil perbincangan, satu surat makluman beserta salinan fail pelajar yang ditukarkan dari program G2G kepada MOU telah dihantar kepada pihak Universiti Tanta.
Walaubagaimanapun, masalah fail melibatkan Iramaya Ab Hamid dan Muhammad Aliff bin Sofian Gan masih tidak dapat diselesaikan. Peraturan Universiti Tanta yang menetapkan pelajar G2G hanya akan dibenarkan membayar yuran dan menduduki peperiksaan hanya setelah fail tiba di universiti dan mereka telah diiktiraf sebagai pelajar Universiti.

PENGURUSAN FAIL ALIFF DAN IRAMAYA

3 JUN- 10 JUN:
Ust Sulaiman memaklumkan proses penghantaran fail ke Universiti Tanta akan diselesaikan dalam tempoh seminggu ini. Ini berikutan fail mereka telah diterima dan diproses dengan lengkap di KPT Mesir. Dan pihak EME berjanji masalah fail ini akan dapat diselesaikan secepat mungkin.

11 JUN:
Setelah berjumpa dengan Madam Salwa, coordinator pelajar G2G, beliau memaklumkan hanya fail Muhammad Aliff bin Sofian Gan sahaja yang diterima dari pihak universiti. Dan hal ini tidak berlaku kepada Iramaya. Tetapi, lebih mendukacitakan, Muhammad Aliff tidak dibenarkan menduduki peperiksaan pada tahun  ini. Muhammad Aliff diarahkan untuk menduduki peperiksaan pada tahun hadapan oleh pihak pentadbiran Universiti Tanta. (Foreign Department)
Setelah menghubungi Ust Sulaiman dan memaklumkan mengenai masalah tersebut, beliau terkejut dan bertanya kenapa arahan sebegitu dikeluarkan kepada Muhammad Aliff. Dan beliau memaklumkan, bahawa KPT Mesir telah menghantar fail 2 pelajar itu serentak. Dan kemungkinan masalah keciciran fail Iramaya telah berlaku.
Ust Sulaiman berjanji akan cuba menyelesaikan masalah ini dengan menghubungi Madam Huda, pegawai yang menguruskan urusan fail pelajar di KPT Mesir.
Hal ini juga telah dimaklumkan kepada En Khairi, dan En Khairi meminta menghubungi Ust sulaiman untuk menyelesaikan masalah ini.

12 JUN-  3 JULAI
Pihak EME berjanji fail Iramaya akan sampai ke Universiti  sebelum habis peperiksaan dur awal. Dan urusan fail Aliff tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat kerana pihak EME tidak mengetahui alasan pihak Universiti tidak membenarkan Aliff menduduki peperiksaan walaupun fail telah sampai ke Universiti.
Setelah beberapa kali bertanya kepada Madam Salwa mengenai fail Iramaya, beliau memberitahu fail Iramaya masih tidak sampai. Dan keputusan penangguhan peperiksaan kepada Aliff masih tidak berubah.

6 JULAI:
Wakil PERUBATAN Cawangan Tanta (PCT) telah turun ke Kaherah untuk berjumpa En Khairi sendiri selepas beberapa kali menghubungi beliau tetapi tidak berjaya. Hasil perbincangan dengan En Khairi dan atas desakan, akhirnya beliau bersetuju untuk datang ke Universiti Tanta, berjumpa dan berbincang dengan dekan kuliah Perubatan dan Presiden Universiti Tanta untuk menyelesaikan masalah ini.
Beliau meminta wakil PCT untuk menghantar surat meminta beliau datang bertemu Dekan pada 11 Julai 2011. Dan surat itu dikatakan untuk meminta kebenaran dari Pengarah EME untuk membenarkan beliau turun ke Universiti Tanta.
Oleh itu, satu surat telah dihantar kepada En Khairi pada malam itu, untuk mempercepatkan urusan meminta kebenaran dari Pengarah EME.

10 JULAI:
Setelah dihubungi untuk mengesahkan kedatangan En Khairi pada 11 JULAI, beliau memaklumkan, yang beliau tidak dapat hadir ke Universiti Tanta, atas alasan menyelesaikan masalah pelajar yang terlibat dengan BERSIH. Beliau berjanji, akan memastikan pelajar terbabit akan dapat memasuki peperiksaan dur thani.
Untuk makluman, peperiksaan dur awwal Tahun 1 akan berakhir pada 21 Julai 2011.

23 JULAI – 9 OGOS:
Wakil PCT dan Presiden PERUBATAN telah beberapa kali menghubungi En Khairi untuk meminta beliau datang berjumpa dekan fakulti untuk menyelesaikan masalah ini, berikutan peperiksaan dur thani yang akan berlangsung pada 14 Ogos 2011. Malangnya, beliau tidak pernah walau sekali menerima panggilan tersebut. Dan wakil PCT telah mengemukakan aduan kepada Pengarah EME mengenai masalah ini, tetapi beliau memberitahu, perkara tersebut adalah dibawah bidang kuasa En Khairi selaku pegawai atase pendidikan akademik EME. Dan beliau meminta wakil PCT menghubungi En Khairi sendiri.

10 OGOS:
Setelah cubaan menghubungi beliau tidak berjaya, wakil PCT telah meminta kerjasama Ust Sulaiman untuk mengadakan satu perjumpaan di antara wakil PCT dan ust Khairi untuk membincangkan masalah ini.
Hasil perbincangan dan desakan, En Khairi berjanji akan datang ke universiti Tanta untuk menyelesaikan masalah ini.

11 OGOS:
Pihak EME telah datang berjumpa dengan dekan fakulti Perubatan. Hasil perbicangan, Iramaya dibenarkan menduduki peperiksaan dur thani.  Dan dimaklumkan, bahawa fail Iramaya telah sampai di Universiti pada bulan Julai lalu. Malangnya, Muhammad Aliff masih tidak dibenarkan menduduki peperiksaan atas alasan, kehadiran Aliff dalam kelas G2G tidak mencukupi 75%.
Masalah yang berlaku sekarang adalah, sudah dimaklumi oleh semua pihak fakulti Perubatan, disebabkan bilangan pelajar G2G yang amat sedikit, mereka telah dibenarkan menumpang kelas MOU tetapi mereka akan bersama-sama pelajar Mesir menduduki peperiksaan. Dan perkara ini telah berlaku setiap tahun, dan tidak pernah berhadapan dengan masalah sebegini. Dan Iramaya bersama Aliff telah menumpang kelas MOU.
Dan pihak EME berjanji akan datang menguruskan masalah Aliff pada paling lewat 18 Ogos 2011 untuk membenarkan Aliff menduduki pepriksaan dur thani kertas ke2.

15 OGOS:
Wakil PCT telah menghubungi Ust Sulaiman dan bertanyakan status Aliff. Dan beliau memberitahu kemungkinan besar Iramaya dibenarkan menduduki peperiksaan atas alasan Iramaya telah mendapat biasiswa dari Baitulmal Mesir, dan tidak pada Aliff. Dan beliau memaklumkan akan datang ke Universiti Tanta pada minggu ini juga untuk menyelesaikan masalah Aliff

17 OGOS:
Pihak EME telah berjumpa dengan Vice Director Universiti Tanta, Dr Abdul Hakeem untuk berbincang mengenai masalah Aliff.
Hasil perbincangan, pihak universiti Tanta memaklumkan, Muhammad Aliff tidak dibenarkan menduduki peperiksaan kerana kehadiran Aliff  yang tidak mencukupi 75 % dan untuk menduduki dur thani, adalah tidak boleh kerana Aliff tidak mengambil peperiksaan dur awwal terlebih dahulu sebelum Dur thani.
Namun Iramaya turut tidak mencukupi kehadiran 75% dan tidak memasuki peperiksaan dur awwal tetapi masih dibenarkan memasuki peperiksaan tetapi tidak kepada Aliff. Perkara ini cukup musykil dan tidak menyebelahi kepada saudara Aliff walaupun situasi mereka berdua adalah sama.
Wakil PCT bersama Presiden PERUBATAN dan Pengerusi Cawangan-cawangan telah bermesyuarat dengan En Khairi, dan mendesak beliau untuk menyelesaikan masalah ini sesegera mungkin sebelum kertas peperiksaan ketiga saudara Aliff selepas Hari Raya Aidilfitri, dengan harapan saudara Aliff dapat naik tahun pengajian pada tahun hadapan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           
Sumber : perubatan.org 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir