Tuesday, August 9, 2011

Majlis Ramah Mesra Wakil ILMAM Bersama Ahli PERUBATAN


3 OGOS - PERUBATAN telah menganjurkan satu majlis ramah mesra dan berbuka puasa bersama wakil Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM), Ustaz Fauzan bin Mazlan baru-baru ini di markaz PERUBATAN Pusat.

Majlis serba ringkas ini bertujuan untuk menerangkan serba sedikit tentang ILMAM yang merupakan sebuah NGO berdaftar yang berusaha untuk mengumpul semula seluruh lepasan Mesir untuk bernaung di bawah satu kesatuan dan bergerak atas nama kebajikan dan dakwah di Malaysia. Antara projek di bawah nama ILMAM yang terbesar setakat ini pernah dilakukan adalah dalam membantu kerajaan Malaysia ketika proses evakuasi dari Mesir baru-baru ini.

Majlis yang bermula pada jam 5.50 petang dimulakan dengan tazkirah oleh tetamu jemputan, Ustaz Fauzan bin Mazlan bersempena Ramadhan serta menerangkan serba sedikit kepentingan doktor dalam proses menyampaikan kesedaran Islam di kalangan masyarakat Malaysia kelak. Pertemuan tersebut walaupun dirancang pada saat-saat akhir namun berjaya mengumpulkan lebih 40 hadirin dari kalangan ikhwah dan akhawat ahli-ahli PERUBATAN.

Dalam ucapan tersebut lagi, beliau turut mengajak ahli PERUBATAN untuk menjadikan ILMAM sebagai salah satu landasan kesinambungan untuk bergerak dalam kebajikan dan dakwah di Malaysia kelak.

Majlis diakhiri dengan iftor jamai’e pada jam 6.45 petang sebelum semua hadirin bersurai.

Sumber : Perubatan.org

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir