Monday, March 12, 2012

PENARIKAN PINJAMAN MAHASISWA TERENGGANU: SOKONGAN DARI BKAN DAN PERUBATAN

BKASM (Selangor)


“BKASM teguh berdiri bersama KPT serta menyeru seluruh mahasiswa di mesir agar bersama-sama menyokong dan membantu memprtahankan mangsa-mangsa tersebut demi membela maruah serta memastikan mahasiswa islam di bumi mesir dapat belajar dengan tekun dan tenteram”.
 

http://bkasm.org/index.php?option=com_content&task=view&id=1202&Itemid=1


BKAWM (Wilayah Persekutuan)





"Saya mewakili kepimpinan BKAWM sesi 2011/2012 yang merupakan BKAN taakhi Zon A turut berasa kesal dan dukacita terhadap isu yang berlaku kepada 9 Mahasiswa Terengganu yang telah ditamatkan pinjaman pelajaran oleh Yayasan Terengganu.Selaku taakhi,BKAWM akan terus bersama KPT memperjuangkan isu mahasiswa Terengganu. "

http://www.bkawm2u.blogspot.com/2012/03/kenyataan-rasmi-bkawm-kesal-isu.html

BKKIMM (Melaka)
"Kes yang berlaku baru-baru ini kepada 9 mahasiswa Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir( KPT ) yang ditarik pinjaman turut memberi kesan kepada mahasiswa Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir ( BKKIMM ). Tindakan yang dikenakan kepada 9 mahasiswa ini , dikira sebagai tindakan yang kurang wajar. Pihak BKKIMM memohon jasa baik  pihak Yayasan Terengganu ( YT ) agar dapat mempertimbangkan semula tindakan ini,kerana ia berkait dengan isu kebajikan mahasiswa."

http://www.bkanmelaka.blogspot.com/2012/03/bkkimm-bersama-air-mata-kpt.html


KPKM (Kelantan)
Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM) selaku badan kebajikan yang menaungi anak-anak Kelantan Mesir mengambil berat akan isu yang telah melanda mahasiswa jurusan pengajian Islam dan Perubatan Terengganu yang di tamatkan Pinjaman Yayasan Terengganu (YT).

http://ekpkm65.org/2012/03/08/isu-9-mahasiswa-terengganu-yang-teraniaya/

MKKK (Kedah)
"Justeru, bagi menyatakan rasa simpati dengan nasib yang menimpa mereka, pihak MKKK mendoakan semoga mereka dapat bersabar dengan ujian yang berlaku dan dapat disambung semula pinjaman daripada Yayasan Terengganu"

http://mymkkk.com/index.php/component/content/article/70-makluman/187-kebersamaan-mkkk-dengan-taakhi-bkan-terengganu


KPIPM (Perak)
"Saya selaku Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2012 melahirkan perasaan dukacita di atas tindakan yang diputuskan oleh pihak Yayasan Terengganu iaitu “Penamatan Perjanjian Pinjaman Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu” dikuatkuasa serta-merta."

http://www.kpipm64.blogspot.com/2012/03/kenyataan-rasmi-berkenaan-isu-mahasiswa.html


BKPJM (Johor)

"Justeru, kami PMRAM Cawangan Johor (BKPJM) menyokong sepenuhnya tindakan PMRAM Cawangan Terengganu (KPT) dalam usaha mengembalikan semula hak mahasiswa yang telah dicabuli dan dizalimi. Begitu juga, kami mengecam tindakan sesetengah pihak yang menggunakan zakat untuk tujuan politik."


PERUBATAN

"Justeru, bagi melahirkan rasa kebersamaan dalam isu ini serta demi menyahut seruan agenda kesatuan yang ingin dibawa oleh PERUBATAN pada sesi kali ini, saya menyeru suluruh ahli PERUBATAN untuk terus mendoakan kesejahteraan dan keadilan bagi semua mahasiswa/wi KPT khususnya dua orang ahli PERUBATAN yang telah ditimpa musibah ini. Semoga mereka bersabar atas ujian Allah ini dan semoga mereka semua dapat disambung kembali pinjaman daripada Yayasan Terengganu bagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Perlembahan Nil ini."

http://perubatan.org/v3/kenyataan/158-rasmi/1914-kenyataan-rasmi-perubatan-cakna-terhadap-ahli-yang-ditamatkan-pinjaman


*Ternyata tindakan tidak adil ini bukan melemahkan, sebaliknya memberi kekuatan dan kesatuan kepada kami. Teruslah melakukan kezaliman dan menafikan hak kami, kami akan terus bangkit demi masa depan ummah yang tercinta*

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir