Wednesday, March 7, 2012

KEDUTAAN DAN PEGAWAI SIBUK DENGAN UMNO, BANYAK MASALAH TAK SELESAI..




(2 gambar atas : Dato' Duta bersama Kelab UMNO Mesir)
(2 gambar bawah : Kanan, En Anuar Idris pegawai melaka di Program Futsal UMNO Mesir. Kiri Khairi membersihkan pejabat UMNO Mesir)


KUALA LUMPUR, 7 Mac: Pelajar Malaysia yang dirompak dan ditetak kepalanya baru-baru ini tidak dipeduli oleh polis Mesir, malah polis Mesir tidak mengambil sebarang tindakan terhadap perompak  yang berjaya ditangkap.


Muhammad Afnan Elias (gambar) dirompak dan ditetak kepalanya sebanyak empat kali oleh tiga pemuda Mesir.
Kejadian itu berlaku pada jam 8 malam sewaktu beliau bersama seorang kawan  dalam perjalanan  pulang ke Asrama Pelajar-pelajar Melayu di Hayyu Sabek, Kaherah.

 
Sudah tiga minggu tidak ada tindakan dari pihak polis Mesir berkenaan kes ini, malah polis Mesir sengaja membebaskan perompak (kiri)tersebut, walaupun perompak tersebut tertangkap bersama dengan bahan bukti iaitu sebilah parang, hanset dan dompetnya (kanan).Perompak itu dibebaskan oleh polis  tanpa pengetahuan Kedutaan Malaysia.


Lebih menyedihkan lagi, apabila mengetahui perompak tersebut dibebaskan, tiada tindakan serius daripada pihak Kedutaan Malaysia berkenaan kes itu, seolah-olah pihak Kedutaan Malaysia yang dilantik tidak mampu memberi kebajikan kepada rakyat Malaysia di Mesir dan membiarkan rakyat Malaysia berada dalam keadaan takut.

Justeru, para pelajar Malaysia di Mesir berharap agar pihak Kedutaan Malaysia dan Kerajaan Malaysia menjalankan tanggungjawab  terhadap kes rompakan yang sering berlaku kepada pelajar-pelajar Malaysia kebelakangan ini.


“Kami mendesak pihak Kedutaan Malaysia di Mesir mengambil tindakan yang serius supaya kes ini dapat dibawa ke muka pengadilan,” tulis seorang pelajar di dalam emel kepada Harakahdaily.
Isu itu pernah disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 18 Februari lalu bahagian jenayah.


1 comments:

Lain treatment yg diterima pelajar Malaysia tg disamun di London... Adakah Kedutaan kita di Mesir tidak bkerja mngikut KPA?

Post a Comment

TV Media Mesir