ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Friday, September 16, 2011

ISA Dah Dimansuhkan, KJ Tunggu Giliran 'Dimansuhkan'



Rakyat Malaysia kini sedang dalam keadaan lega dan gembira apabila Perdana Menteri, Dato Seri Najib mengumumkan pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) malam tadi.

Ia merupakan satu tindakan yang baik bagi memastikan imej kerajaan dalam keadaan baik dan diterima masyarakat umum.

Mungkin berita ini merupakan berita mukaddimah sebelum berita susulan iaitu 'pemansuhan' KJ di Mesir bagi memastikan imej negara baik di kalangan mahasiswa/wi di Mesir. 

KJ yang menjadi liabiliti kepada EME dan KPT Malaysia kini jelas tertekan apabila kerja-kerja jahat yang dilakukannya semakin berani dipertikaikan oleh mahasiswa/wi berbanding dahulu hanya kepimpinan mahasiswa/wi sahaja.

Berita pemansuhan ISA menggambarkan kepada mahasiswa/wi semua bahawa kerajaan sekarang sudah memulakan tindakan drastik untuk menjaga imej. 

Namun, imej kerajaan Malaysia tetap tercalar sekiranya KJ dibiarkan di Mesir sebagai pegawai yang melanggar etika dan menjadi pencaci parti.

Imej kakitangan seorang pegawai kini menjadi satu persepsi yang sangat buruk ekoran sikap KJ yang tidak bertanggungjawab dan'muka tempayan' terhadap kes-kes yang dilakukan.

Apa yang pasti, mahasiswa/wi kini sangat mengharapkan KJ 'dimansuhkan' dari bumi Mesir kerana semakin banyak kezaliman yang dilakukan semakin buruk imej kerajaan Malaysia.

Jelas, KJ sebagai liabiliti kerajaan.

ISA dah pun dimansuhkan, sekarang giliran KJ pula untuk 'dimansuhkan'.

Mahasiswa/wi Qiraat Shoubra Dan Mansurah Membantah Paksaan KJ



Pengerusi bagi mahasiswa Qiraat di Shoubra dan Mansurah menyatakan bantahan mereka terhadap paksaan KJ ke atas mahasiswa/wi Qiraat yang mesti berdaftar dengan Konvokesyen EME sebelum mendapatkan pengesahan terjemahan sijil.

Bantahan itu dibuat di laman rasmi DPM masing-masing (laman rasmi shoubra n laman rasmi mansurah) bagi menyatakan paksaan tersebut merupakan satu penganiayaan ke atas hak mahasiswa khususnya pengajian Qiraat.

Selain itu, pihak Media Mesir mendapat maklumat bahawa kedua-dua pengerusi tersebut beserta beberapa ahli telah pun pergi menemui KJ di pejabat beliau.

Perjumpaan tersebut adalah bagi menunjukkan bantahan mereka dan pendirian mereka yang mewakili mahasiswa di Shoubra dan Mansurah.

Seorang saksi mengatakan bahawa KJ kelihatan cuak dan kalut apabila 6 mahasiswa tersebut masuk ke bilik pejabatnya dan menyatakan bantahan.

Ternyata berlaku sedikit ketegangan apabila KJ terus ego dengan keputusan yang dilakukan iaitu memaksa mahasiswa/wi menyertai konvokesyen.

Hasil perjumpaan tersebut, maklumat yang dilaporkan, KJ akan meneruskan paksaan beliau.

Thursday, September 15, 2011

Bidasan Akmal Ali Kepada Faizal Sabon



1.    Saya menafikan sekeras-kerasnya "kenyataan penafian" dari Al Fadhil Ustaz Mohd Faizal bin Sabhon seperti mana berikut:

"Tiada sebarang usaha untuk menubuhkan kelab UMNO Johor di Mesir dan sebarang usaha mengaitkan saya dgn isu tersebut adalah FITNAH.Ini adalah kerana,saya masih lagi TIDAK MEMPUNYAI STATUS AHLI KELAB UMNO bahkan berstatus AHLI YG TELAH DIPECAT."

Rujuk https://www.facebook.com/notes/mohd-faizal-sabhon/kenyataan-rasmi-saya-berhubung-isu-yg-dikaitkan-oleh-mediamesirblogspot/219353554786630

Perancangan tersebut berlaku, dan ianya berlaku di sebuah rumah salah seorang pegawai EME. Turut serta ialah beberapa orang pelajar dan pegawai HEP.

2.    Memang tiada sebarang  perebutan pelajar berlaku. Ianya hanya sedikit silap faham antara pegawai HEP Johor Ustaz Husni Tamrin bin Md Shariff yang mempertikai perkataan "BKPJM" pada repika kunci perasmian.

Sebagai  ahli BKPJM dan pernah memegang jawatan sebagai AJKT BKPJM selama dua penggal, kenyataan tidak berasas yang dipertikai oleh Pegawai HEP tersebut menunjukkan beliau tidak mahir dan tidak tahu kronologi penubuhan BKPJM di Mesir. Seterusnya berfikiran dangkal terhadap kerja-kerja kebajikan BKPJM.

Saya menjawab pertikaian Pegawai HEP tersebut dengan tenang, dan memberikan hujjah kewajaran hak berpersatuan. Namun setelah itu beliau memanggil Tuan Haji Maulan selaku penyelia Asrama Pelajar Johor di Hayyu Thamin untuk bersama menjawab hujjah saya.

Tuan Hj Maulan terus meninggikan suara di depan saya dan khalayak untuk menafikan perkataan BKPJM di replika kunci tersebut. Kemudian mahukan perkataan itu diubah kepada Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Negeri.

Saya tetap terus dengan hujjah hak berpersatuan anak-anak Johor ini setelah sekian lama. Saya melihat sepatutnya tiada sebarang unsur provokatif yang perlu dipertikaikan oleh Pegawai HEP dan Penyelia Asrama. Keberadaan BKPJM di Mesir sebenarnya membantu tugas-tugas mereka di sini, bukan menambah masalah kepada para pelajar.

Untuk rekod, Tuan Haji Maulan sudah memulakan rekod yang buruk apabila merokok di primis-primis pelajar. Juga pernah menyuruh pelajar membelikan rokok untuknya.

Bagi rekod Pegawai HEP, beliau sudah mula mempertikai kerja-kerja AJKT, dan pelajar-pelajar Johor di Mesir.  Mempertikai kerja-kerja AJKT di depan ahli-ahli yang lain tanpa merujuk terus kepada AJKT yang bertanggungjawab. Hal ini sudah tidak menjadi rahsia lagi, kerana rata-rata ianya telah menjadi perbualan masyarakat pelajar-pelajar di sini.

Begitu juga dengan tindakan beliau BERTEGAS untuk tidak memberi kebenaran untuk menggunakan sebuah bilik di Asrama Pelajar Johor di Hayyu Thamin, sedangkan ianya telah diminta oleh jawatankuasa sambutan mahasiswa baru, bagi penempatan mahasiswi baru yang baru sampai. Ini berikutan keadaan yang agak tidak selesa yang dihadapi oleh mahasiswi-mahasiswi baru.  

Bertegas tanpa diberi sebarang alasan munasabah, sedangkan belaiu merupakan pegawai HEP merupakan tindakan yang melanggar etika sebagai pegawai di sini. 

3.    Pihak BKPJM tidak pernah mempertikaikan aset-aset tesebut, bahkan menjadi perantara yang baik antara persatuan pelajar dengan pihak berwajib seperti Kerajaan Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri dan Yayasan Pelajaran Johor. Ini terbukti dengan rekod sekian lama BKPJM berada di bumi Mesir.
Bahkan usaha-usaha untuk mendapatkan bangunan tersebut pun lahirnya dari pimpinan dan ahli BKPJM dari awal penubuhannnya.

Saya minta pihak Ustaz Mohd Faizal bin Sabhon kaji selidik, sewaktu proses evakuasi anak-anak Johor di Mesir. Siapakah yang betul-betul  mempersiapkan rumah Johor suapaya selamat untuk ditinggalkan? BKPJM atau Kelab UMNO atau pihak Kedutaan?

Tiada sebarang panggilan dibuat oleh pihak kerajaan negeri untuk maklumat pelajar Johor ketika evakuasi. Sebab itu ketibaan pelajar-pelajar Johor di KLIA tidak disambut oleh kerajaan negeri. Bahkan kedengaran berita kurang manis dari pegawai-pegawai kerajaan negeri lain yang menyambut mereka.

4.    BKPJM sebenarnya layak mempersoal mereka yang hadir di majlis mereka. Kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Ini pernah berlaku kepada  BKAN-BKAN lain seperti Selangor dan Terengganu sebelum ini. Maka kejadian seperti ini diharap tidak berlaku lagi.

Saya merisaukan kedatangan pegawai EME seperti Khairi Jalaluddin ke rumah Johor kerana bimbang beliau melakukan aktiviti tidak bermoral seperti mengedar boring keahlian UMNO seperti berlaku sebelum ini. Kegiatan seperti ini sekaligus mencerminkan keadaan  buruk pegawai EME sekaligus memalukan pihak EME.

5.    Saya menafikan sekeras-kerasnya kenyatan pegawai EME Khairi Jalaluddin, yang menyatakan kepada saya secara berdepan iaitu:

"ini tidak rasmi"

Kenyataan ini merujuk kepada perkataan BKPJM pada replika kunci perasmian.

Ini kerana pihak BKPJM pernah mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar khusus untuk mendapat sokongan ahli-ahli untuk berdaftar di bawah Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Sedangkan sehingga sekarang status pendaftaran itu masih samar kerana tiada sebarang sijil rasmi pendaftaran atau no pendaftaran. Adakah ini menunjukan juga bermasalah? Atau pegawai-pegawai di Kedutaan atau EME yang bermasalah?

6.    Kenyataan ini tiada sebarang unsur kepentingan peribadi, ianya khusus untuk kepetingan BKPJM di masa hadapan dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kenyataan ini.

BKPJM = Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (Persatuan rasmi pelajar-pelajar Johor di Mesir dan berdaftar di bawah EME dan Kedutaan Malaysia di Mesir dan naungan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir)

EME = Education Malaysia Egypt (Jabatan dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi)

p/s : apalagi Faizal Sabon, ade hujah ke?? dah la master tak abes-abes...

Wednesday, September 14, 2011

KJ Dilihat Melawan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia



En Khairi Jalalludin @ KJ semakin hari dilihat melawan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia.

Sebagai seorang penjawat awam atau pegawai yang dihantar bertugas bagi membantu urusan pelajar, siri-siri kes masalah yang dilakukan oleh KJ jelas melawan objektif KPT serta tujuan penghantaran pegawai ke Mesir khasnya.

Terbaru KJ memaksa mahasiswa/wi Mesir untuk menyertai Konvokesyen EME sebelum mendapatkan pengesahan terjemahan dan surat-surat lain.

Paksaan tersebut merupakan timdakan peribadi KJ yang beliau mengakuinya ketika pertemuan dengan pihak PMRAM pada 11 September yang lepas. 

Bahkan secara tidak langsung paksaan tersebut jelas menunjukkan bahawa KJ melawan KPT Malaysia yang mana jika dilihat konvokesyen di semua universiti di Malaysia merupakan suatu pilihan bukannya paksaan.

Bagaimana KJ boleh membuat tindakan sendiri tanpa perbincangan di peringkat EME dan jelas bertentangan dengan KPT Malaysia?

Tindakan-tindakan sebegini secara langsung mencalarkan imej EME di khalayak mahasiswa/wi Mesir serta menjatuhkan nama baik EME di hadapan Jabatan Penuntut Malaysia di negara-negara lain.

Sekaligus menjatuhkan nama baik KPT Malaysia di masyarakat Malaysia serta ibu bapa yang mempunyai anak di institut pengajian tinggi.

Bukan paksaan ini sahaja tindakan KJ yang melawan KPT Malaysia, bahkan sebelum ini juga telah didedahkan masalah-masalah yang dilakukan, antaranya : 

- membawa agenda parti politik di dalam gerak kerja selaku pegawai atase dengan menyebarkan borang Kelab UMNO.
- tidak menguruskan dengan baik berkenaan fail atau dokumen pelajar-pelajar terutama bidang perubatan dan qiraat sehingga menyebabkan pelajar tidak dapat memasuki peperiksaan dan ada yang terpaksa mengulang tahun disebabkan kelewatan KJ menguruskan dokumen.
- melaksanakan sistem biokrasi ketika mahasiswa/wi mahu mendapatkan pengesahan.
- membuat kerja-kerja selaku agen UMNO dengan menghantar laporan-laporan ke peringkat UMNO Malaysia dengan menggunakan nama pegawai dan Kelab UMNO.

p/s : pasni mungkin KJ akan melawan kerajaan pula...

Rebut Pelajar Baru : Dulu ISMA Mesir je, Sekarang KJ Dan Faizal Sabon Pula



Baru-baru ni ketika kedatangan pelajar-pelajar baru dari Johor, pihak Media Mesir dapat maklumat yang KJ dan Faizal Sabon pun sibuk nak sambut pelajar-pelajar baru.

Kalau sekadar sambut untuk bantu USMB BKPJM takder masalah, tapi sambut sebab nak rebut pelajar dan menjauhkan daripada BKPJM tu yang bermasalah.

Sebelum ini Faizal Sabon memasukkan doktrin-doktrin kepada pelajar-pelajar tahun 1 johor supaya tidak menyertai program Q, sekarang pula nak tarik bawak lari pelajar baru yang sampai supaya jangan duduk sekali dengan persatuan BKAN iaitu BKPJM.

Nampak sangat KJ dan Faizal Sabon tergedik-gedik mendekati pelajar baru di rumah Johor Rab'ah.

Memang intim hubungan KJ dan Faizal Sabon ini, dah la sama-sama Johor, ditambahkan lagi kedua-dua pejuang Kelab UMNO.

Sebelum ini, kalau isu rebut pelajar baru hanya ISMA Mesir je, tahun ni KJ dan Faizal Sabon pula yang masuk campur.

Atau ni persepakatan mereka iaitu ISMA Mesir dengan KJ dan Faizal Sabon? Mentang-mentang la KJ sekarang menagih simpati dengan ISMA Mesir, sehinggakan isu paksaan KJ ke atas mahasiswa untuk sertai Konvokesyen EME pun ISMA Mesir senyap membisu meredhai kezaliman yang berlaku.

Pihak Media Mesir ingatkan bila Faizal Sabon pergi melaksanakan umrah, insaf la sikit, tapi sebaliknya. 

Bimbang-bimbang istidraj.. Harap Faizal Sabon sedar cepat.

p/s : dengar citer Kelab UMNO cawangan Johor nak ditubuhkan..kerja sape ye?? kita akan bongkarkan satu per satu..

"Saya Adalah Mangsa Keadaan & Kecuaian Pegawai"



Saya terpanggil untuk menjawab situasi yang menimpa diri ini yang masih buntu mencari jalan penyelesaian, dan keadaan dilihat seolah-olah seperti kenyataan di atas ini menghujum dan meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada saya selaku pelajar yang hadir di bawah jalan yang sah iaitu pelajar persendirian daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, namun hak saya sehingga hari ini dinafikan untuk mengambil peperiksaan seperti rakan-rakan saya yang lain. Apa salah saya?

Sesungguhnya saya mempunyai penjelasan daripada saya sendiri untuk kenyataan di atas dan boleh saya katakan Education Malaysia Egypt (EME) sememangnya masih berpeluang untuk membela saya lebih awal sebelum ini, namun gara-gara kelemahan tindakan pegawai untuk menyelesaikan perkara ini, saya dijadikan kambing hitam ataupun mangsa. Sekali lagi saya persoalkan, apa salah saya?

Di sini ingin saya mempersoalkan beberapa perkara:

1) Mengapakah saudari Ira Maya binti Ab. Hamid, mahasiswi tahun 1 persendirian yang hadir di bawah Kementerian Pengajian Tinggi seperti saya berpeluang untuk memasuki peperiksaan dur thani pada kali ini sedangkan beliau juga menghadiri kelas MOU seperti saya dan kehadiran beliau juga dalam rekod sebagai pelajar G2G tidak cukup 75% seperti saya?

2) Di kuliah pengajian perubatan di Universiti Tanta, bukti menunujukkan bahawa seluruh pelajar Malaysia G2G pada sesi-sesi yang lepas yang sehingga kini sepenuhnya memasuki kelas MOU dan tidak pernah menghadiri kelas G2G masih dibenarkan untuk memasuki peperiksaan akhir tahun sehingga sekarang. Mereka adalah generasi mahasiswa Universiti Tanta yang bermula daripada sesi pengajian 2006/2007 sehingga kepada sesi 2010/2011. Di sini ingin saya mempersoalkan mengapa mereka boleh memasuki peperiksaan sedangkan tidak kepada saya kalau betul dikatakan masalah itu berpunca daripada pelajar G2G yang memasuki kelas MoU?

3) Jikalau masalah fail saya diselesaikan lebih awal oleh Encik Khairy Jalaluddin selaku pegawai atase akademik EME, insyaAllah saya yakin masalah ini tidak berlaku, kerana aduan untuk menyelesaikan perkara ini telah lama dibuat. Universiti memaklumkan urusan hanya boleh dibuat oleh En Khairy dan bukan pelajar. Namun tindakan PERUBATAN Cawangan Tanta dan Presiden PERUBATAN yang berkali-kali berulang-alik berjumpa Ustaz Khairy untuk membuat aduan dan surat jemputan menjemput khusus Encik Khairy tidak disusuli dengan tindakan Encik Khairy sendiri untuk turun ke Tanta, seolah-olah usaha mereka ini selaku pimpinan adalah sia-sia. Mengapa? Sedangkan PERUBATAN Cawangan Tanta sanggup hadir bertemu En Khairy mengadukan masalah, walaupun pada waktu tersebut adalah musim peperiksaan, mengapa pegawai tidak lebih awal turun ke Tanta menyelesaikan masalah ini?

4) Seharusnya pelajar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ini mendapat taklimat jelas daripada pegawai akademik EME berkenaan situasi semasa kuliah di peringkat awal kehadiran saya ke bumi Mesir ini. Jikalau En Khairy memaklumkan situasi ini lebih awal dan saya selaku pelajar faham kondisi perbezaan pelajar MOU dan G2G, nescaya masalah ini tidak berlaku dan boleh dielakkan kerana saya berusaha untuk menghadiri kelas pada setiap hari.

5) Janji awal Universiti Tanta pada waktu sekitar sebelum peperiksaan akhir tahun bermula (iaitu pada 11 Jun 2011) adalah untuk membenarkan saya memasuki peperiksaan sekiranya masalah fail saya selesai sebelum tarikh bermula peperiksaan dan terus dibenarkan memasuki peperiksaan. Tetapi En Khairy tetap tidak hadir ke Tanta dan masalah fail saya tidak selesai sebelum peperiksaan pada bulan Jun baru-baru ini. Maka saya melihat ini bukanlah masalah ketidak hadiran ke kuliah yang menjadi masalah utama, tetapi ini adalah masalah ketidak hadiran pegawai untuk menyelesaikan masalah fail saya lebih awal yang menjadi masalah utama sekarang ini.

Untuk makluman, selagi fail pelajar tidak sampai di universiti, maka izin dafa' (kebenaran untuk membayar yuran) masih tidak dapat dibuat. Ini bermakna pelajar tidak dapat untuk hadir kelas langsung atau kalau hadir sekalipun ini bermakna kehadiran saya tidak diiktiraf universiti.

Maka peluang yang ada untuk saya belajar dan menimba ilmu hanyalah ada dengan memasuki kelas MOU, maka saya melihat ini adalah menjadi kesalahan pegawai yang tidak mendesak KPT Mesir untuk hantar fail pelajar lebih awal. Maka setelah sampainya fail saya pada bulan 6 yang lalu, sememangnya untuk mencukupkan kehadiran sebanyak 75% adalah mustahil. Apa salah saya yang sebelum ini telah lama memohon pengajian lebih awal semenjak dari Malaysia, menguruskan fail dengan sempurna, tetapi gara-gara kelambatan fail, saya dipersalahkan dan tidak dapat memasuki peperikasaan atas alasan kehadiran tidak cukup 75%? Logikkah alasan ini untuk saya terima? Bahkan mengikut fakta bahawa fail sahabat saya Iramaya binti Ab. Hamid sampai di universiti pada bulan 7 dan lebih lewat daripada saya tetapi beliau boleh memasuki peperiksaan. Kenapa tidak kepada saya yang lebih layak memasuki peperiksaan kerana fail saya tiba lebih awal daripada saudari Iramaya?

6) Wakil pelajar di Tanta iaitu PERUBATAN Cawangan Tanta seharusnya perlu dijemput bersama En Khairy untuk menyelesaikan masalah pelajar apabila berurusan dengan universiti, kerana mereka adalah senior yang faham situasi sebenar urusan hal ehwal pelajar di Universiti Tanta ini. Namun tiba-tiba En Khairy melaporkan pada 17 hb Ogos 2011 kepada saudari Zahratul Amani binti Mohd Naser selaku wakil PCT di sini bahawa En Khairy secara bersendirian sudah berjumpa dengan universiti dan hanya memaklumkan secara ringkas bahawa tiada jalan penyelesaian untuk masalah kemasukan peperiksaan saya. Sedangkan PCT dan saya sendiri ada di Tanta untuk turun bersama, kenapa kami tidak diminta turun bersama menyelesaikan masalah?

Inilah serba sedikit luahan hati akan situasi yang menimpa diri. Bukan menagih simpati, tetapi situasi jelas melihat bahawa saya telah menjadi mangsa keadaan. Kadang-kadang apabila melihat rakan-rakan lain di Universiti Tanta dapat memasuki peperiksaan, bahkan sudah ada di kalangan mereka yang mendapat natijah peperiksaan, kadang-kadang saya ada merasa sedikit tercalar dan iri hati, dan sedih dengan nasib yang menimpa diri ini yang masih tidak dapat memasuki peperiksaan, dan sememangnya ini memberi tekanan kepada saya.

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak PERUBATAN khususnya PERUBATAN Cawangan Tanta yang berusaha gigih untuk menyelesaikan masalah ini, dan saya banyak berbincang dengan ibu bapa saya di Malaysia mengadukan masalah ini. Mereka merasa sayu dengan diri ini yang tidak mampu berbuat apa-apa. Yang saya fikir yang saya ada pada saat ini hanyalah Allah S.W.T, kepada-Nya nasib diri ini saya serahkan setelah penat lelah berusaha untuk menapak langkah memasuki dewan peperiksaan, sama ada berjaya atau tidak, saya berpasrah.

Mangsa keadaan,
MUHAMMAD ALIF BIN SOFIAN GAN
Mahasiswa Bakal Mengulang Tanpa Sebab Tahun 1 Universiti Tanta



Tuesday, September 13, 2011

Mahasiswa Jordan Malu Atas Sikap Dan Perangai KJ



Pihak Media Mesir mendapat maklumat bahawa kes-kes dan isu-isu yang timbul di Mesir disebabkan perangai KJ yang tidak bertanggungjawab mendapat respon yang cukup besar di seluruh tempat terutama di Malaysia dan Jordan.

Walaupun KJ cuba memulihkan imej beliau yang kotor dan memutar belitkan isu agar imej nya kembali suci dan bersih dalam blog terbaru beliau, namun usaha KJ hanya sia-sia, apabila dengar-dengar mahasiswa-mahasiswa Jordan pun berasa malu dengan perangai KJ.

Ini kerana KJ meletakkan status di FB beliau yang beliau merupakan graduan pengajian Islam di universiti di Jordan.

Graduan pengajian Islam di Jordan tapi menconteng arang dengan kes-kes menzalimi mahasiswa Malaysia di Mesir.

Patut la mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Jordan berasa malu.

KJ..KJ.. dah la menyusahkan mahasiswa Malaysia di Mesir, hasil perangai buruk KJ ni pun menyebabkan imej graduan mahasiswa Malaysia di Jordan tercalar dan buruk.

Masyarkat Malaysia pula dah bimbang nak ambil graduan dari Jordan atau tidak, takut-takut perangai serupa macam KJ..

p/s : nampaknya mahasiswa Malaysia di Jordan pun dah mula menyampah dengan KJ..yang seronok dengan KJ hanya ISMA Mesir dan Faizal Sabon je...

Monday, September 12, 2011

Kelab UMNO Menyebabkan Perpecahan Mahasiswa Luar Negara



MARANG - Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang memberi amaran kepada pelajar supaya jangan melibatkan diri dengan politik disifatkan berunsur 'ugutan' dan bersifat jahat.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sepatutnya seorang pemimpin sebuah negeri tidak berhak mengugut rakyatnya.

"Kenyataan Dato' Seri Menteri Besar Terengganu meminta pelajar khususnya luiar negara agar jangan terlibat dengan politik adalah berunsur ugutan dan bersifat jahat,

"sepatutnya (sebagai) seorang pemimpin serbuah negeri (beliau) tidak berhak mengugut rakyatnya dan menakut-nakutkan para pelajar,"ujarnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka PAS DUN Bukit Payong, disini Sabtu 10 September.

Menurutnya, tindakan Ahmad Said itu akan menyempitkan perkembangan pemikiran para pelajar,

Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Bukit Payong meminta rakyat menilai sikap kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang sering mengugut dan menghalang kebebasan rakyat.

Beliau berkata, sebenarnya, kelab-kelab Umno luar negara menimbulkan masalah bdan menimbulkan perpecahan dikalangan pelajar diluar negara.

"yang menimbulkan permasalahan dan perpecahan di kalangan pelajar di luar negara adalah kelab-kelab Umno,

"(mereka) yang menimbulkan gejala sosial (dan) bahkan pemimpin Umno yang terus memperkembangkan kelab-kelab Umno,"jelasnya.

Oleh itu, menurut beliau, sekiranya mahu dilaksanakan arahan Ahmad Said itu, kelab Umno yang bersifat politik mestilah dihapuskan dan para pelajar yang terlibat dengan kelab tersebut mestui diambil tindakan terlebih dahulu.

Beliau menegaskan terdapat perbezaan diantara 'pelajar berpolitik' dengan pelajar yang terlibat secara langsung dengan parti-parti politik.

Katanya, usaha mana-mana pihak, menyekat para pelajar berpolitik adalah sebenarnya menyekat minda dan intelektual para pelajar.

"Usaha untuk menyekat pelajar berpolitik adalah usaha menutup minda intelektual para pelajar, kerana mana-mana tokoh pemimpin besar dalam negara ini (bakat dan kepimpinannya) sebenranya berkembang hebat,

"dengan sebab mereka sudah dibentuk dengan pemikiran berpolitik dimasa mereka belajar,"katanya.

Menurutnya, latihan berpolitik di pusat-pusat pengajian tersebut telah memberi kemahiran pentadbiran dan pengurusan kepada para pelajar.

"mereka memiliki kemahiran untuk mentadbir, memiliki kemahiran untuk mengurus, memiliki kemahitran untuk memimpin, memiliki kemahiran untuk menyelesaikan permasalahan hasil daripada pengalaman-pengalaman mereka dalam persatuan-persatuan pelajar yang mereka hadiri (sertai),"jelasnya.

Justeru, beliau berkata, sikap kerajaan Umno-BN cuba menyekat para pelajar berpolitik sebenarnya adalah kebimbangan mereka terhadap kebangkitan anak-anak muda dan para pelajar.

Menurutnya, berlakunya kebangkitan diseluruh duniai adalah dicetuskan oleh para pelajar yang didedahkan dengan isu-isu politik tentang penyelwengan-penyelewengan kerajaan melalui media baru masakini.

PMRAM Tidak Setuju Dengan Paksaan KJ, ISMA Mesir Macam Mane Pula?



Kaherah, 11 September : Pihak PMRAM telah pun berjumpa dengan KJ bagi menyiasat dan mendapatkan penjelasan daripada KJ mengenai paksaan beliau ke atas mahasiswa supaya berdaftar untuk menyertai konvokesyen EME bagi mendapatkan pengesahan terjemahan sijil dan surat wakil daripada beliau.

Sumber daripada web rasmi PMRAM, perjumpaan tersebut dilakukan sekitar jam 10 pagi di ARMA.

Menurut mahasiswa/wi yang berada di luar pintu bilik pejabat KJ, suasana perbincangan agak tegang dan menyaksikan KJ di bidas oleh Presiden dan Bp Solehudin secara terang.

Menurut mahasiswa/wi, pintu bilik pejabat KJ tidak tertutup rapat menyebabkan mereka dapat mendengar secara jelas perbincangan antara PMRAM dan KJ.

Mereka mengatakan bahawa pihak PMRAM dengan nada yang tegas dan serius menolak dan mempertikaikan cara paksaan KJ yang semata-mata mahu meramaikan peserta Konvokesyen EME.

Hal ini demikian kerana KJ memang sudah tertekan dan terdesak apabila dikhabarkan pendaftaran Konvokesyen EME setakat ini tidak sampai 20 penyertaan.

Mahasiswa/wi di situ melaporkan bahawa muka KJ agak merah selepas selesai perbincangan dan beliau duduk termenung agak lama.

Sekarang kita menunggu respon daripada ISMA Mesir pula, bagaimana tindakan yang mereka akan ambil mengenai isu paksaan KJ ke atas mahasiswa.

Bukankah ia berbentuk zalim, jadi di mana tarbiyah dan dakwah ISMA Meir yang kononnya hebat dilaung-laungkan?

Atau ISMA Mesir sekadar berkokok atas nama Islam dan dakwah? 

p/s : Dah la isu mahasiswa sebelum ini, ISMA Mesir tidak bersama-sama, pastu pula nak cover imej dengan 'syantah' Ramadhan kononnya yang merapatkan ukhwah. Adakah hikmah secara mendiamkan diri atas kezaliman dan dakwah berbentuk 'syantah' merupakan method perjalanan ISMA Mesir?

Sunday, September 11, 2011

KJ Paksa Mahasiswa Daftar Konvokesyen EME, Apa Pendirian ISMA Mesir?



Masalah terbaru yang ditimbulkan oleh KJ iaitu memaksa mahasiswa berdaftar Konvokesyen EME bagi mendapatkan pengesahan terjemahan semakin panas apabila semakin ramai mahasiswa tertekan dengan paksaan yang dikenakan.

Nampak sangat KJ tidak pernah insaf daripada perbuatan-perbuatannya walaupun telah didedahkan.

PMRAM telah pun mengeluarkan statement untuk berjumpa dengan KJ mengenai kes ini bagi berbincang.

Apa pula pendirian ISMA Mesir dalam kes ini? 

Bagaimana pula dengan cara 'hikmah' yang dilaung-laungkan oleh ISMA Mesir? 

Atau adakah disebabkan ISMA Mesir sekarang menjadi tempat KJ menagih simpati selepas Kelab UMNO, maka ISMA Mesir bersetongkol dalam isu paksaan ini dengan senyap sahaja? 

Bagaimana pendirian ISMA Mesir? 

Apa yang pasti, ISMA Mesir hanya duduk senyap melihat mahasiswa dizalimi dan dipaksa.
Dan kini KJ nampaknya terdesak untuk memaksa mahasiswa berdaftar Konvokesyen EME memandang peserta yang baru berdaftar setakat ini tidak sampai 20 peserta.

Adakah Konvokesyen EME bakal terbatal?

Friday, September 9, 2011

KJ Kini Di Bahagian Kebajikan Pelajar ? Siapa Mangsa Seterusnya ?



Dengar cerita terkini yang KJ sudah ditukarkan ke bahagian Atase Kebajikan menggantikan En Aswandi. 

Patutla nampak KJ berpeluh-peluh menguruskan bahagian kebajikan pelajar sekarang. Kesian, nampak kalut dan gelabah dalam melakukan urusan kebajikan. Biasalah, baru belajar katakan untuk lakukan kebajikan,selalunya menyusahkan urusan pendidikan pelajar.

Mungkin peringkat EME merasa terbeban disebabkan masalah-masalah pendidikan yang timbul disebabkan KJ. 

Mungkin juga KJ nak melepaskan diri dengan masalah-masalah pendidikan yang dilakukannya dengan meminta agar bertugas di bahagian selain pendidikan, kemudian memikul masalah pendidikan yang bertimbun-timbun ke pegawai atase baru yang bertugas di bahagian kebajikan.

Nampak sangat KJ ini menjadi liabiliti kepada EME sampai kene tukarkan bahagian.

Dan kesian juga nanti pegawai atase yang bertugas di bahagian pendidikan. KJ..KJ..bukan sahaja menyusahkan pelajar, menyusahkan pegawai jugak rupanya..patut la selepas kantoi perangai kotor beliau, pegawai-pegawai lain pun macam nak pulaukan beliau.

Penukaran KJ ke bahagian kebajikan bukan menyelesaikan masalah yang sedia ada, bahkan siap sedia la masalah-masalah yang akan timbul pula selepas ini yang melibatkan kebajikan pelajar.

Tapi KJ kene ingat, masalah-masalah pendidikan masih belum selesai. Jangan harap nak lari daripada masalah. Jadi pegawai yang makan gaji,kene la bertanggungjawab apa yang dilakukan. Jangan makan gaji buta pula.

p/s : Habisla pelajar-pelajar lepas ni,masalah kebajikan pula yang akan timbul...

Thursday, September 8, 2011

KJ Mengugut Mahasiswa Qiraat Untuk Sertai Konvokesyen EME



Demi memastikan Konvokesyen EME berjaya, KJ terus mengugut mahasiswa/wi untuk mendaftarkan nama mereka ke Konvokesyen EME.

Konvokesyen EME yang hambar disebabkan pendaftaran yang tidak mendapat sambutan kerana imej KJ yang sudah kotor.

Bahkan mahasiswa/wi terus tidak mahu berdaftar disebabkan KJ adalah salah seorang pelaksana Konvokesyen EME.

Semalam, dilaporkan 2 orang mahasiswa diugut supaya berdaftar dengan Konvokesyen EME bagi mendapatkan pengesahan tandatangan untuk surat taukil.

Terbaru, KJ mengugut semua mahasiwa/wi Qiraat khususnya supaya berdaftar untuk memasuki Konvokesyen EME sebelum mendapatkan tandatangan pengesahan terjemahan sijil.

Nampak sangat KJ terdesak sekarang kerana disebabkan beliau, Konvokesyen EME batal dibatalkan.

Satu demi satu KJ wat hal, nampak sangat KJ tidak berubah dan tidak bertaubat dengan kesilapan-kesilapan yang lepas.

Untuk mereka yang diugut, terus wat aduan di link ini : http://apps1.pcb.gov.my/eApps/bpaiaducmpl/AduCmplPublic/add.do?aplCode=ms..

KJ Tidak Menghadiri RAMAH '11, Takut Atau Tidak Dijemput?



Semasa seluruh mahasiswa/wi bergembira di RAMAH '11 beserta kehadiran TYT Duta, Pengarah EME dan En Shaiful, tidak kelihatan pula KJ.

Di mana KJ ? 

Adakah KJ tidak dijemput disebabkan imej kotor beliau akan mengotorkan majlis RAMAH '11 ?

Pihak Media Mesir mendapat maklumat bahawa PMRAM telah pun menjemput semua pegawai-pegawai di EME. 

Nampak sangat KJ tidak berani bertandang ke program-program PMRAM yang dilabelkan sebagai persatuan HITAM. 

Mungkin selepas mendapat pengajaran sebagaimana di Mansurah, KJ tidak mahu berlaku kali ke-2 dirinya di toucher di khalayak ramai. Kesian..kesian..

Dah la terpaksa menagih simpati di rumat terbuka ISMA Mesir, Kelab UMNO yang disayangi nya pun tidak menjemput KJ...

Mungkin selepas ini ISMA Mesir akan menjadi platform terbaru KJ untuk meneruskan kerja-kerja kotor beliau selama ini.

Hati-hari la ISMA Mesir ye, pasni kamu akan dilabelkan sebagai PUTIH iaitu zon selamat bagi KJ.

Wednesday, September 7, 2011

Sambut Pelajar Baru Perak, KJ Dibuli ?



Semalam (6 September), melihatkan seorang pegawai  atase pendidikan EME, En Khairi Jalalludin @ KJ menyambut kehadiran pelajar-pelajar baru Perak yang hadir ke Mesir.

Kelibatan KJ seorang diri sebagai seorang pegawai atase pendidik yang fokus kepada isu pendidikan, menimbulkan tanda tanya. 

Mengapa beliau seorang sahaja ? 

Mana pegawai atase lain tidak membantu beliau? 

Mengapa beliau yang fokus gerak kerja dalam pendidikan menyambut pelajar baru yang sepatutnya di lakukan oleh pegawai yang fokus gerak kerja dalam kebajikan?

Bukankah EME sudah membahagikan tugasan setiap pegawai atase dalam fokus pendidikan, kewangan dan kebajikan? Justeru, mengapa KJ yang fokus gerak kerja pendidikan menyambut pelajar baru dalam keadaan KJ seorang diri sahaja?

Mungkinkah KJ dibuli oleh pihak pegawai-pegawai lain kerana KJ telah mencemarkan nama EME di pandangan mahasiswa? 

Atau mungkin sebagai 'iqab' bagi seorang pegawai yangs selalu membuat masalah?

Apapun, kesian KJ, dahla imej KJ kotor di pandangan mahasiswa, jangan sampai dibuli oleh pegawai-pegawai pula...

KJ Terdesak, Ugut Mahasiswa Sertai Konvokesyen



Kaherah, 7 September - KJ terus membuat hal lagi apabila laporan terbaru yang diterima, KJ mengugut mahasiswa/wi supaya berdaftar menyertai Konvokesyen EME.

Seorang mangsa memberitahu bahawa KJ tidak mahu menandatangi surat taukil dan menyuruh mahasiswa menyertai Konvokesyen sebagai syarat mendapat tanda tangan pengesahan daripada beliau.

Ini merupakan ugutan ekoran beliau terdesak apabila pendaftaran Konvokesyen EME kurang mendapat sambutan gara-gara imej kotor KJ di mata mahasiswa/wi Mesir.

Ugutan tersebut merupakan taktik beliau bagi mengembalikan imej beliau di peringkat EME dalam menjayakan  Konvokesyen EME.

Nampak sangat KJ tengah runsing dan terdesak mengenai Konvokesyen EME.

Konvokesyen EME mungkin dibatalkan disebabkan kurang pendaftaran kerana mahasiswa/wi tidak mahu berdaftar dengan ALASAN KJ MASIH BERADA DALAM KONVOKESYEN SEBAGAI TENAGA PELAKSANA.

Kepada mereka yang diugut, minta hantarkan aduan melalui link http://apps1.pcb.gov.my/eApps/bpaiaducmpl/AduCmplPublic/add.do?aplCode=ms..

Sekiranya Konvokesyen EME batal disebabkan kurang mendapat sambutan, sudah tentu KJ akan dipersalahkan dan mendapat malu besar!

Tuesday, September 6, 2011

Peluang Baik Untuk Menghantar KJ Pulang



Kepada semua pembaca setia blog Media Mesir dan mangsa-mangsa akibat sikap sambil lewa seorang Pegawai yang bernama En Khairi Jalalludin @ KJ.

Masukkan aduan anda ke sini dan tindakan akan diambil segera kerana ia arahan dari kerajaan
kalau setakat blog pegawai kerajaan tak baca pun.

Kalau tak dapat masuk ke link tersebut, buka web Biro pengaduan Awam dan pergi kepada public complaint. klik sini : http://www.pcb.gov.my

Yang elok student yang kena tu report sendiri.
Apalagi, kalau setakat ber'kokok' apa barang. Masukkan segala aduan-aduan berkaitan KJ..

Terutama mangsa, kalau isi borang pun tidak berani, pasni jangan membebel kalau KJ wat hal lagi..

Ambil peluang ini.

Monday, September 5, 2011

KJ Terus Menjadi Punca Mahasiswa Gagal Dalam Pengajian



Maklumat terbaru yang diterima pada hari hari, 5 September bahawa Saudara Muhammad Alif bin Sofian Gan, mahasiswa perubatan Tanta mengulang tahun akibat kegagalan KJ menguruskan fail Alif ke pihak universiti.

Disebabkan sikap sambil lewa KJ dalam menguruskan fail tersebut yang sepatutnya diselesaikan pada Mei yang lalu, Alif kini disahkan oleh pihak universiti bahawa beliau dikira gagal pada tahun ini dan terpaksa mengulang pengajian tahun 1 pada tahun depan.

Namun, sehingga kini KJ masih bersikap sambil lewa bahkan menyalahkan Alif mengenai kehadiran ke kuliah yang tidak sampai 75%.

Bagaimana kehadiran Alif dicatat sedangkan pngurusan fail pun bermasalah. Apabila pengurusan fail bermasalah, bagaimana nama Alif dicatat dalam kehadiran.

Apa yang pasti peringkat perubatan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah persatuan yang menjalankan menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Mungkin selepas ini pihak Kementerian Pengajian Tinggi di Malaysia perlu membuat kajian mengenai peratusan mahasiswa/wi Malaysia di Mesir yang gagal. Adakah disebabkan masalah pelajar yang tidak ke kuliah, tidak menguasai bahasa arab atau MASALAH SIKAP PEGAWAI SEPERTI KJ YANG MENYEBABKAN MAHASISWA GAGAL?

Ini merupakan satu bukti yang kukuh dan sejarah. Nama KJ terus terpahat sebagai punca kegagalan mahasiswa/wi Malaysia di Mesir. Mungkin selepas KJ pulang ke Malaysia, peratus kejayaan mahasiswa/wi Malaysia di Mesir akan meningkat.

Konvokesyen Bakal Terbatal Disebabkan KJ?



Konvokesyen EME nampaknya semakin senyap dan hambar, sedangkan tarikh tutup pendaftaran pada 15 September ini.

Bahkan pihak penganjur juga tidak berapa konfiden untuk melaksanakan apabila dilaporkan bahawa pelaksanaan konvokesyen bergantung kepada peserta. Sekiranya ada, akan dilaksanakan.Sekiranya sedikit, maka akan dibatalkan.
Jelas berbeza dengan pelaksanaan konvokesyen pada tahun-tahun yang lalu, yang menampakkan pihak penganjur begitu konfiden dalam melaksanakan.

Mungkin tahun ini disebabkan imej KJ yang sudah tercalar dan kotor di pandangan mahasiswa menyebabkan faktor utama konvokesyen nampak hambar.

Apa yang lebih mengecewakan mahasiswa apabila KJ dilantik sebagai pihak pendaftaran.

Patut la tidak ramai yang berdaftar! Disebabkan KJ rupanya.

Agak-agaknya kalau KJ tidak terlibat terus dengan konvokesyen, kemungkinan besar, mahasiswa akan berdaftar untuk menyertai konvokesyen.

Dah la KJ membawa imej kotor di pandangan mahasiswa, lebih teruk lagi, beberapa tenaga pelaksana di kalangan pegawai pun yang tidak berapa senang sehingga ada pegawai yang balik malaysia sebab salah satunya tidak mahu melaksanakan kerja konvokesyen, semata-mata KJ ada bersama.

Sekarang, terpulang kepada pihak penganjur samada mahukan KJ atau konvokesyen. 

KJ dibuang atau konvokesyen tepaksa batal disebabkan KJ.

Sunday, September 4, 2011

Kesian KJ, Tahun Hijri Pun Salah Cakap

http://www.youtube.com/watch?v=yLZTpctsPVc&feature=player_embedded

sila lihat video ucapan raya aidilfitri En Khairi Jalalluidn (nama manja KJ)..boleh silap plak menyebut 1423 H, pada saat ke 0:11..kesian..kesian..

nampak sangat beliau dalam keadaan tertekan dengan isu yang berlaku, kantoi perbuatan jahat, dipulau oleh pegawai-pegawai...

Atau adakah KJ ni tidak pernah menyebut taqwim Islam atau kelendar Islam sehingga tidak tahun tahun dalam Islam..kesian..kesian..

Nak kata tidak tahun bulan Islam, graduan kuliah Islam di Jordan...mustahil..kesian...kesian...

Apa pun, sama-sama kita bagitau kepada KJ, bahawa tahun ni adalah 1432 H , BUKANNYA 1423 H...

KJ Menagih Simpati Pada ISMA MESIR, Di Mana Kelab UMNO?



Kini giliran ISMA Mesir pula yang menjadi tempat En Khiari Jalalludin menagih simpati selepas mana beliau hampir-hampir dipulaukan oleh semua pihak termasuklah pegawai-pegawai ekoran sikap kejam beliau yang 'tikam belakang' telah pun terkantoi.

Beliau menyambut hari raya dengan penuh gembira di pejabat ISMA Mesir, selepas mana tidak berani turun ke muhafazah ekoran selepas di 'toucher' di mansurah. begitu juga dengan rumah-rumah negeri apabila beliau sahaja tidak diundang berbanding pegawai-pegawai yang lain.

Bahkan di beberapa rumah negeri, kehadiran beliau bagaikan tiada apabila tidak disambut sebagaimana VIP seperti pegawai-pegawai yang lain.

Beliau hanya makan bersama isteri dan anak-anak beliau sahaja, tanpa dipedulikan oleh pihak lain.

Kini beliau beralih arah menagih simpati kepada ISMA Mesir, apabila melihat ISMA Mesir yang tidak bersama-sama dengan isu mahasiswa yang berlaku baru-baru ini ada peluang untuk beliau mencari sinar baru.

Di mana Kelab UMNO ? Adakah Kelab UMNO juga memboikot beliau disebabkan malu dengan kerja-kerja kantoi KJ ??

Bukankah sebelum ini KJ membersihkan pejabat Kelab UMNO dengan vacum (walaupun tidak pasang wayar)?

Adakah KJ benar-benar dirasai oleh pihak Kelab UMNO sebagai liabiliti kepada nama UMNO baik di Malaysia mahupun di Mesir?

p/s : kepada Kelab UMNO, sekiranya ada jemputan rumah terbuka aidilfitri, jemputlah KJ, kesian kat dia yang kini sedang menagih simpati pada ISMA Mesir...

Kes Alif Di Tanta, KJ Tidak Berani Mengangkat Panggilan Telifon



En Khairi Jalalludin yang kini semakin takut dengan bayang-bayang mahasiswa apabila setiap panggilan daripada pimpinan mahasiswa serta mangsa, beliau tidak menjawab.

Mengenai isu Saudara Alif, perubatan Tanta, dilaporkan Presiden PERUBATAN, Saudara Syafiq sudah berkali-kali menghubungi beliau, namun tiada jawapan balas yang diberikan.

Hal ini demikian, beliau semakin takut untuk berhadapan dengan mahasiswa apabila semakin banyak kes-kes yang beliau lakukan didedahkan mendapat perhatian ramai pihak.

Hasilnya, pada hari ini (4 September), adalah penentu bagi mangsa (Saudara Alif) samada beliau akan mengulang tahun pengajian sekiranya tidak dapat memasuki peperiksaan pada hari ini atau tidak.

Sehingga kini KJ masih lagi menggunakan alasan kehadiran ke kuliah tidak mencukupi 75 %.

Adakah ini kesalahan mangsa atau disebabkan sikap makan gaji buta oleh KJ yang tidak menyelesaikan masalah fail mangsa yang tidak sampai ke pihak universiti sejak bulan Mei yang lalu?

Apa yang pasti, KJ kini susah untuk menjawab sebarang panggilan telifon.

Atau beliau ada no telifon selain daripada no 0190051525?

DESAK mohon maaf namun tetap pertikai sikap pegawai atase pendidikan.

3 September 2011, Sabtu - Saya selaku Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) memohon maaf kepada semua pembantu tadbir yang dilantik oleh pihak EME berikutan salah faham berhubung surat watikah yang telah dipapar ke dalam FB DESAK baru-baru ini.

Tujuan asal surat watikah itu didedahkan adalah bertujuan untuk mengecam tindakan Encik Khairi Jalalluddin kerana masih gagal menyelesaikan masalah pengajian pelajar walaupun sebahagian urusan telah dibantu oleh pembantu tadbir yang dilantik. Saya juga menyelar sikap beliau yang masih berdiam diri tanpa sebarang respon dan tindakan positif berikutan 2 kes pelajar perubatan yang mengalami masalah pengajian baru-baru ini.

Pada awal ramadhan yang lepas Saudari Hanisah binti Hashim telah menjadi mangsa kecuaian pihak yang tidak bertanggungjawab apabila surat penangguhan pengajian yang dikeluarkan KPT Malaysia adalah tidak sah dan tidak laku di sisi Universiti Ain Shams.

Dimaklumkan bahawa surat penangguhan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dibuat berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) (sekarang EME) rujukan JPMK (AKA)1000/016/06(03). Ia dibuat atas kebenaran yang diberikan oleh Pihak Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir yang telah bersetuju mengenai permohonan penangguhan pengajian tersebut. Namun apabila permohonan untuk menyambung semula pengajian dibuat,masalah sedemikian ini pula yang berlaku.

Pada bulan yang sama juga kita dikejutkan dengan masalah pengajian yang berlaku kepada Saudara Mohamad Aliff bin Sofian Gan dari Universiti Tanta. Sebagai pihak yang bertanggungjawab di bawah atase pendidikan sepatutnya dengan kedua-dua kes ini,Encik Khairi tidak boleh berdiam diri serta tidak sepatutnya beliau menyibukkan diri dengan urusan yang di luar bidang tugas beliau.



Sumber : Pmram Desak

Saturday, September 3, 2011

Kecuaian En. Khairi Jalaludin : Alif Mangsa Seterusnya




Pihak EME telah dimaklumkan oleh pentadbiran universiti tentang amalan pelajar (G to G) yang berkenaan memasuki kelas perubatan (MoU) ; seperti kes Mohamad Aliff bin Sofian Gan dan Iramaya bt. Abdul Hamid dari Universiti Tanta. Perbuatan ini adalah menyalahi peraturan universiti dan menyebabkan mereka dihalang memasuki peperiksaan kerana kehadiran di kelas yang sebenar tidak mencapai 75%. Justeru, pihak EME memberi amaran keras kepada pelajar terbabit dan yang akan datang (sesi 2011/2012) supaya tidak mengulangi kesilapan tersebut.Sekian dimaklumkan.
Sumber: www.educationmalaysiaegypt.net

Saya terpanggil untuk menjawab situasi yang menimpa diri ini yang masih buntu mencari  jalan penyelesaian, dan keadaan dilihat seolah-olah seperti kenyataan di atas ini menghujum dan meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada saya selaku pelajar yang hadir di bawah jalan yang sah iaitu pelajar persendirian daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, namun hak saya sehingga hari ini dinafikan untuk mengambil peperiksaan seperti rakan-rakan saya yang lain.Apa salah saya?

Sesungguhnya saya mempunyai penjelasan daripada saya sendiri untuk kenyataan di atas dan boleh saya katakan EME sememangnya masih berpeluang untuk membela saya lebih awal sebelum ini, namun gara-gara kelemahan tindakan pegawai untuk menyelesaikan perkara ini, saya dijadikan kambing hitam ataupun mangsa. Sekali lagi saya persoalkan, apa salah saya?

Di sini ingin saya mempersoalkan beberapa perkara:

1) Mengapakah saudari Ira Maya binti Ab. Hamid, mahasiswi tahun 1 persendirian yang hadir di bawah Kementerian Pengajian Tinggi seperti saya berpeluang untuk memasuki peperiksaan dur thani pada kali ini sedangkan beliau juga menghadiri kelas MOU seperti saya dan kehadiran beliau juga dalam rekod sebagai pelajar G2G tidak cukup 75% seperti saya?

2) Di kuliah pengajian perubatan di Universiti Tanta, bukti menunujukkan bahawa seluruh pelajar Malaysia G2G pada sesi-sesi yang lepas yang sehingga kini sepenuhnya memasuki kelas MOU dan tidak pernah menghadiri kelas G2G masih dibenarkan untuk memasuki peperiksaan akhir tahun sehingga sekarang. Mereka adalah generasi mahasiswa Universiti Tanta yang bermula daripada sesi pengajian 2006/2007 sehingga kepada sesi 2010/2011. Di sini ingin saya mempersoalkan mengapa mereka boleh memasuki peperiksaan sedangkan tidak kepada saya kalau betul dikatakan masalah itu berpunca daripada pelajar G2G yang memasuki kelas MoU?

3) Jikalau masalah fail saya diselesaikan lebih awal oleh Encik Khairy Jalaluddin selaku pegawai atase akdemik EME, insyaAllah saya yakin masalah ini tidak berlaku, kerana aduan untuk menyelesaikan perkara ini telah lama dibuat. Universiti memaklumkan urusan hanya boleh dibuat oleh En Khairy dan bukan pelajar. Namun tindakan PERUBATAN Cawangan Tanta dan Presiden PERUBATAN yang berkali-kali berulang-alik berjumpa Ustaz Khairy untuk membuat aduan dan surat jemputan menjemput khusus Encik Khairy tidak disusuli dengan tindakan Encik Khairy sendiri untuk turun ke Tanta, seolah-olah usaha mereka ini selaku pimpinan adalah sia-sia. Mengapa? Sedangkan PERUBATAN cawangan Tanta sanggup hadir bertemu En Khairy mengadukan masalah, walaupun pada waktu tersebut adalah musim peperiksaan, mengapa pegawai tidak lebih awal turun ke Tanta menyelesaikan masalah ini?

4) Seharusnya pelajar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ini mendapat taklimat jelas daripada pegawai akademik EME berkenaan situasi semasa kuliah di peringkat awal kehadiran saya ke bumi Mesir ini. Jikalau Encik Khairy memaklumkan situasi ini lebih awal dan saya selaku pelajar faham kondisi perbezaan pelajar MOU dan G2G, nescaya masalah ini tidak berlaku dan boleh dielakkan kerana saya berusaha untuk menghadiri kelas pada setiap hari.

5) Janji awal Universiti Tanta pada waktu sekitar sebelum peperiksaan akhir tahun bermula (iaitu pada 11 Jun 2011) adalah untuk membenarkan saya memasuki peperiksaan sekiranya masalah fail saya selesai sebelum tarikh bermula peperiksaan dan terus dibenarkan memasuki peperiksaan. Tetapi En Khairy tetap tidak hadir ke Tanta dan masalah fail saya tidak selesai sebelum peperiksaan pada bulan Jun baru-baru ini.Maka saya melihat ini bukanlah masalah ketidak hadiran ke kuliah yang menjadi masalah utama, tetapi ini adalah masalah ketidak hadiran pegawai untuk menyelesaikan masalah fail saya lebih awal yang menjadi masalah utama sekarang ini.

Untuk makluman, selagi fail pelajar tidak sampai di universiti, maka izin dafa' (kebenaran untuk membayar yuran) masih tidak dapat dibuat. Ini bermakna pelajar tidak dapat untuk hadir kelas langsung atau kalau hadir sekalipun ini bermakna kehadiran saya tidak diiktiraf universiti
.
Maka peluang yang ada untuk saya belajar dan menimba ilmu hanyalah ada dengan memasuki kelas MOU, maka saya melihat ini adalah menjadi kesalahan pegawai yang tidak mendesak KPT mesir untuk hantar fail pelajar lebih awal. maka setelah sampainya fail saya pada bulan 6 yang lalu, sememangnya untuk mencukupkan kehadiran sebanyak 75% adalah mustahil. Apa salah saya yang sebelum ini telah lama memohon pengajian lebih awal semenjak dari Malaysia, menguruskan fail dengan sempurna, tetapi gara-gara kelambatan fail, saya dipersalahkan dan tidak dapat memasuki peperikasaan atas alasan kehadiran tidak cukup 75%? Logikkah alasan ini untuk saya terima? Bahkan mengikut fakta  bahawa fail sahabat saya Iramaya binti Ab. Hamid sampai di Universiti pada bulan 7 dan lebih lewat daripada saya tetapi beliau boleh memasuki peperiksaan. Kenapa tidak kepada saya yang lebih layak memasuki peperiksaan kerana fail saya tiba lebih awal daripada saudari Iramaya?

6) Wakil pelajar di Tanta iaitu PERUBATAN Cawangan Tanta seharusnya perlu dijemput bersama En Khairy untuk menyelesaikan masalah pelajar apabila berurusan dengan Universiti, kerana mereka adalah senior yang faham situasi sebenar urusan hal ehwal pelajar di Universiti Tanta ini.Namun tiba-tiba En Khairy melaporkan pada 17 hb Ogos 2011 kepada saudari Zahratul Amani binti Mohd Naser selaku wakil PCT di sini bahawa Encik Khairy secara bersendirian sudah berjumpa dengan Universiti dan hanya memaklumkan secara ringkas bahawa tiada jalan penyelesaian untuk masalah kemasukan peperiksaan saya. Sedangkan PCT dan saya sendiri ada di Tanta untuk turun bersama menyelesaikan masalah, kenapa kami tidak diminta turun bersama menyelesaikan masalah?

Inilah serba sedikit luahan hati akan situasi yang menimpa diri. Bukan menagih simpati, tetapi situasi jelas melihat bahawa saya telah menjadi mangsa keadaan. Kadang-kadang apabila melihat rakan-rakan lain di Universiti Tanta dapat memasuki peperiksaan, bahkan sudah ada di kalangan mereka yang mendapat natijah peperiksaan, kadang-kadang saya ada merasa sedikit tercalar dan iri hati, dan sedih dengan nasib yang menimpa diri ini yang masih tidak dapat memasuki peperiksaan, dan sememangnya ini memberi tekanan kepada saya.

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak PERUBATAN khususnya PERUBATAN Cawangan Tanta yang berusaha gigih untuk menyelesaikan masalah ini, dan saya banyak berbincang dengan ibu bapa saya di Malaysia mengadukan masalah ini. Mereka merasa sayu dengan diri ini yang tidak mampu berbuat apa-apa. Yang saya fikir yang saya ada pada saat ini hanyalah Allah S.W.T, kepada-Nya nasib diri ini saya serahkan setelah penat lelah berusaha untuk menapak langkah memasuki dewan peperiksaan, sama ada berjaya atau tidak, saya berpasrah.

Mangsa keadaan,
MUHAMMAD ALIF BIN SOFIAN GAN
Mahasiswa Bakal Mengulang Tanpa Sebab Tahun 1 Universiti Tanta

sumber : tanta.perubatan.org

Kronologi Kes Hanisah Hashim: Mahasiswa Bersuara Menuntut Hak

AJKT PERUBATAN akhawat melawat saudari Hanisah Hashim (tiga dari kanan)

Saudari Hanisah binti Hashim disahkan mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Universiti Ain Shams pada 8 Disember 2009 bagi sesi 2009/2010.

Namun beliau telah memohon surat penangguhan selama setahun atas sebab-sebab tertentu.
Permohonan penangguhan telah dibuat melalui pegawai Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) di Malaysia.

Sehubungan itu, setelah permohonan dibuat, beliau telah menerima sepucuk surat daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atas pengesahan penangguhan yang dimohon pada tarikh 16 Julai 2010.

Dimaklumkan bahawa surat penangguhan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah dibuat berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) (sekarang EME) rujukan JPMK (AKA)1000/016/06(03) dibuat atas kebenaran yang diberikan oleh Pihak Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir yang telah bersetuju mengenai permohonan penangguhan pengajian tersebut.

Namun, apa yang didapati, surat penangguhan daripada KPT  Malaysia tersebut adalah tidak sah dan tidak laku di sisi Universiti Ain Shams.

Ini adalah kerana, tiada satu surat permohonan menangguhkan pengajian pun yang sampai ke pihak pengurusan Universiti Ain Shams. Surat yang ada hanyalah surat daripada KPT Malaysia yang dihantar kepada ibu bapa pelajar mengatakan bahawa KPT Mesir telah bersetuju dengan penangguhan tersebut.

Hasilnya, status pengajian beliau adalah mengulang dan terpaksa membayar yuran tertunggak sebanyak 1,500 pound sterling bersamaan LE 14,000 selain permasalahan visa yang berlaku.

Menurut mangsa, beliau telah bertanyakan mengenai masalah ini kepada En. Khairi bin Jalalluddin, Pegawai Atase Pendidikan (Akademik) EME bagi mendapatkan pengesahan berkenaan status surat penangguhan yang diterima oleh beliau di Malaysia. Respon daripada En. Khairi sendiri menyatakan bahawa surat penangguhan tersebut sebenarnya tidak pernah dikeluarkan oleh Idarah Wafidin (Pejabat Pelajar Luar,Kementerian Pengajian Tinggi Mesir).

Terdapat urusan yang telah dilaksanakan berkenaan surat penangguhan ini oleh pihak En Khairi berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh En.Sulaiman (pembantu En.Khairi) dan  beliau pernah menghantar permohonan penangguhan tersebut kepada Idarah Wafidin, namun, tiada respon dari Idarah Wafidin diterima dan ini bermakna tiada satu surat pun mengesahkan penangguhan tersebut daripada KPT Mesir tetapi pegawai menyatakan kepada KPT Malaysia bahawa Hanisah telah disahkan penangguhan.

Akhirnya hanyalah surat penangguhan daripada KPT Malaysia yang dikeluarkan dan diberi kepada Hanisah mengesahkan bahawa KPT Mesir telah meluluskan permohonan tersebut, sedangkan penangguhan ini tiada surat rasmi daripada KPT Mesir. 

Beliau (En. Khairi) juga menyatakan bahawa tujuan beliau mengeluarkan surat tersebut adalah kerana desakan daripada ibubapa Hanisah sendiri sedangkan urusan bersama Idarah Wafidin tidak pernah selesai.

Hasilnya, status pengajian saudari Hanisah Hashim adalah dikira sebagai mengulang tahun (I’adah), dan perlu membayar yuran tambahan sebanyak 1,500 pund sterling bersamaan kurang lebih LE 14,000.

Namun, hasil desakan pegawai HEP Selangor,  Encik Faryzan bin Subkhi, Badan Kebaikan Anak Selangor (BKASM), PMRAM dan PERUBATAN, En Khairi Jalalluddin telah mendapatkan semula surat permohonan  tersebut .

Akhirnya, pada 15 Ogos, hasil desakan pihak-pihak terbabit juga, En. Khairi bersama En. Faryzan selaku pegawai HEP Selangor dan Encik Sulaiman telah menemui pihak pengurusan Universiti Ain Syams dan menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

Saudari Hanisah tidak lagi perlu membayar jumlah wang tambahan sebanyak 1,500 pound sterling kerana status pengajiannya telah ditangguhkan, bukan lagi ‘mengulang’.

Akhirnya masalah kekeliruan status pengajian Hanisah yang hampir menggadaikan 1,500 pound sterling, telah diselesaikan. Dan status i’adah dapat ditukarkan semula kpd status mustajidah
Sumber rujukan : Testimoni Saudari Hanisah Hashim dan Surat-surat lampiran

 Lampiran 1

Lampiran 2

sumber : perubatan.org

TV Media Mesir