Wednesday, May 2, 2012

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden.


KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.
Program Hi Tea tersebut telah diadakan semalam yang bertempat di Asrama Rumah Melayu Abbasiyah (ARMA) pada sekitar jam 3.30 petang. Ia diadakan bertujuan bagi menyatakan sokongan terhadap keamanan negara dan tujuan sedemikian juga dimaklumkan kepada para jemputan yang diundang.
Namun begitu pihak SUARA dimaklumkan oleh beberapa orang tetamu yang hadir bahawa telah berlaku perancangan yang tidak diduga oleh pihak penganjur ketika mana ramai di kalangan jemputan telah bersurai. Perancangan yang dimaksudkan ialah sebahagian peserta yang terdiri daripada mahasiswa Johor telah dipanggil oleh pihak penganjur untuk sessi bergambar di atas pentas bersama Encik Husni Tamrin selaku Pegawai HEP Johor,Encik Khairi Jalalluddin dan saudara Faizal Sabhon.
Mahasiswa yang dipanggil dalam keadaan terpinga-pinga akhirnya menuruti kehendak pihak penganjur kerana mereka menyangka sekadar hanya bergambar bersama tetamu VIP. Ketika mana mereka telah bersiap sedia untuk bergambar,tiba-tiba 2 orang mahasiswa tersebut dipanggil untuk memegang sehelai banner yang bertulis “Mahasiswa Mesir Bencikan BERSIH 3.0″. Lalu dalam keadaan sepontan gambar mereka terus diambil.
Pihak SUARA juga dimaklumkan bahawa kesemua mahasiswa yang terlibat dalam pengambaran tersebut kecewa dengan tindakan pihak penganjur yang menipu dan memperalatkan mereka.
Oleh yang demikian pihak SUARA sekali lagi melahirkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan agenda penipuan ini terhadap mahasiswa. Perkara amat tidak wajar berlaku dan ternyata ia menunjukkan kerendahan moral pihak penganjur.
Presiden SUARA menyeru kepada seluruh mahasiswa mahasiswi di Mesir dan di luar Mesir agar tidak menyalahkan mahasiswa yang terlibat,ini kerana mereka telah ditipu oleh pihak penganjur.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir