Friday, September 9, 2011

KJ Kini Di Bahagian Kebajikan Pelajar ? Siapa Mangsa Seterusnya ?



Dengar cerita terkini yang KJ sudah ditukarkan ke bahagian Atase Kebajikan menggantikan En Aswandi. 

Patutla nampak KJ berpeluh-peluh menguruskan bahagian kebajikan pelajar sekarang. Kesian, nampak kalut dan gelabah dalam melakukan urusan kebajikan. Biasalah, baru belajar katakan untuk lakukan kebajikan,selalunya menyusahkan urusan pendidikan pelajar.

Mungkin peringkat EME merasa terbeban disebabkan masalah-masalah pendidikan yang timbul disebabkan KJ. 

Mungkin juga KJ nak melepaskan diri dengan masalah-masalah pendidikan yang dilakukannya dengan meminta agar bertugas di bahagian selain pendidikan, kemudian memikul masalah pendidikan yang bertimbun-timbun ke pegawai atase baru yang bertugas di bahagian kebajikan.

Nampak sangat KJ ini menjadi liabiliti kepada EME sampai kene tukarkan bahagian.

Dan kesian juga nanti pegawai atase yang bertugas di bahagian pendidikan. KJ..KJ..bukan sahaja menyusahkan pelajar, menyusahkan pegawai jugak rupanya..patut la selepas kantoi perangai kotor beliau, pegawai-pegawai lain pun macam nak pulaukan beliau.

Penukaran KJ ke bahagian kebajikan bukan menyelesaikan masalah yang sedia ada, bahkan siap sedia la masalah-masalah yang akan timbul pula selepas ini yang melibatkan kebajikan pelajar.

Tapi KJ kene ingat, masalah-masalah pendidikan masih belum selesai. Jangan harap nak lari daripada masalah. Jadi pegawai yang makan gaji,kene la bertanggungjawab apa yang dilakukan. Jangan makan gaji buta pula.

p/s : Habisla pelajar-pelajar lepas ni,masalah kebajikan pula yang akan timbul...

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir