ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Sunday, July 31, 2011

Isu Mahasiswa : Wakil ILMAM Pusat Tiba Di Mesir


31 JULAI - Berikutan isu pencabulan hak mahasiswa, pihak Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir telah menghantar wakilnya, Saudara Mohd Fauzan bin Mazlan.

Beliau merupakan Bendahari Kehormat ILMAM Pusat, yang tiba semalam pada jam 4 petang di Lapangan Terbang Kaherah.

Tujuan kehadiran beliau di bumi Mesir, bagi membincangkan isu pencabulan hak mahasiswa yang sedang melanda di sini.

Antara pencabulan hak mahasiswa yang sedang berlaku ialah pembatalan pengajian, penarikan semula pinjaman, halau dari asrama dan sebagainya.

Tindakan-tindakan mencabul hak mahasiswa ini dilakukan oleh Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK).

Selain itu, difahamkan Fauzan akan turun ke beberapa buah tempat dan mengadakan beberapa pertemuan bagi membincangkan tentang isu ini.

Isu Khairi : Kelab 1 Malaysia Agenda Politik UMNO


31 JULAI - En. Khairi Jalalluddin, Pegawai Atase Jabatan Penuntut Malaysia telah dianggap sebagai liabiliti kepada JPMK dan pihak Kedutaan.

Segala perancangannya untuk mempolitikkan mahasiswa di Mesir tersebar secara meluas di dalam laman sosial.

Antara yang didedahkan berkenaan usaha beliau dalam penubuhan Kelab 1 Malaysia. Iaitu cuba menyebarkan pemikiran politik dalam pemikiran mahasiswa.

Berdasarkan apa yang didedahkan juga, Kelab 1 Malaysia bukanlah agenda kemasyarakatan. Sebaliknya ia merupakan agenda politik yang cuba diserapkan dalam pemikiran mahasiswa Mesir.

En. Khairi sepatutnya diambil tindakan oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menjaga profesionalisme kakitangan kerajaan dalam tugasan mereka.

ISIUKM Komited Bersama PMRAM


Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) memandang isu percubaan untuk mengharamkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan isu pembuangan mahasiswa yang menuntut di sebuah IPT di Mesir sebagai suatu tindakan yang keterlaluan dan tidak boleh diterima.

Presiden ISIUKM, Saudara Muhammad Hafizan Bin Abd Hamid berkata, tindakan yang diambil oleh pihak yang berwajib susulan perhimpunan 9 Julai lalu seolah-olah mencerminkan sebuah tindakan yang tidak demokratik dan selari dengan prinsip dan intipati di dalam perlembagaan. Malaysia sebagai sebuah negara yang mendokong prinsip demokrasi sepatutnya menjadi contoh kepada negara pengamal demokrasi yang lain namun tindakan seperti ini telah memberi implikasi yang negatif kepada imej kerajaan Malaysia.

Tambahan beliau lagi,dengan situasi mahasiswa di sana yang tidak terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU),seharusnya pihak berwajib tidak mengambil tindakan tergesa-gesa dengan terus membuang mahasiswa tersebut sebaliknya menangani isu tersebut dengan sebaiknya. Beliau juga ketika dihubungi berharap isu ini tiada langsung membabitkan motif politik.

Maklumat dari sumber yang dipercayai ada mengatakan pihak kedutaan seolah-olah menyampaikan beberapa maklumat palsu kepada Universiti Al-Azhar supaya PMRAM segera diharamkan namun ISIUKM memandang biarlah ada perbincangan yang membabitkan sama pihak PMRAM supaya sumber maklumat yang sebenar dan tulen dapat diambil dari kedua-dua belah pihak kepada pihak universiti.

ISIUKM juga berharap pihak kedutaan Malaysia bersikap matang dan profesional dalam menangani isu ini seterusnya tidak berterusan melibatkan dan menekan pentadbiran Al-Azhar. Ini berikutan usaha membuang mahasiswa yang terbabit serta usaha pengharaman PMRAM adalah berpunca dari pihak kedutaan Malaysia sendiri dan bukannya melibatkan kepentingan Al-Azhar.

Justeru ISIUKM menaruh sepenuh harapan kepada Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir supaya membuat pertimbangan yang sewajarnya agar usaha perubahan Malaysia ke arah sebuah negara yang lebih demokratik akan dapat direalisasikan.

"Bersama Melangkah Menginspirasi Ummah"

Sumber : PMRAM.org

PMRAM Beri Jaminan Terus Pertahankan Kebajikan Mahasiswa


KAHERAH, 29 Julai - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menegaskan bahawa PMRAM akan terus memberikan perhatian dalam mempertahankan kebajikan mahasiswa Islam Mesir.

Beliau yang dihubungi semalam selepas pejumpaan dengan pihak KBMK berkata, menjadi tanggungjawab bahkan tujuan utama PMRAM ditubuhkan adalah untuk kebajikan mahasiswa dan menyatukan suara mahasiswa Islam Mesir.

Beliau turut menjelaskan bahawa pejumpaan yang diadakan semalam merupakan atas nasihat Dr Umar Abdullah Kamil dalam membincangkan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Selain Presiden PMRAM, turut bersama beliau ialah Penasihat PMRAM, Saudara Azlan Alias, Naib Presiden I, Saudara Mohd Faizzudin serta YDP BKASM, Saudara Yazid Ahmad dan YDP BKKIMM, Saudara Harman.

"Sebagaimana yang pernah kita maklumkan, PMRAM sentiasa bersedia untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja untuk berbincang dalam apa jua isu yang belaku," ujar beliau.

"Setakat ini kita minta semua ahli supaya tidak mengambil tindakan yang melulu bahkan memberikan segala maklumat yang berkaitan kepada PMRAM untuk memudahkan PMRAM bertindak," tambah beliau lagi.

Sumber : PMRAM.org

Solat Hajat "Selamatkan PMRAM & Hak Mahasiswa"


KAHERAH, 30 Julai - Hampir 500 membanjiri Rumah Kelantan Baru (RKB) Hayyu Sabie dalam menjayakan Muhadharah Ilmiah Lil Istiqbal Ramadhan dan Qiamullail bersemperna malam solat hajat 'Selamatkan PMRAM dan Hak Mahasiswa' kelmarin.

Qiamullail yang dihadiri dari pelbagai latar belakang mahasiswa samada dari pengajian Islam mahupun Perubatan, semangat memenuhi ruang Dewan Tok Kenali ini menunjukkan tanda sokongan dan harapan kepada persatuan yang menaungi penuntut-penuntut di Mesir sejak zaman-berzaman.

Kehadiran yang menggalakkan ini juga memberi 'signal' bahawa mahasiswa bersatu dan berganding dalam menyatakan hak mahasiswa wajib dikembalikan dan tidak diperalatkan seperti kanak-kanak.

PMRAM bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan yang tidak putus-putus daripada ahli PMRAM mahupun bukan yang masih menaruh harapan kepada PMRAM untuk terus bertahan dan bertapak seperti sedia kala.

Sumber : PMRAM.org

Saturday, July 30, 2011

Isu Moral : Faizal Dibimbangi Bertindak Luar Kawalan


30 JULAI - Baru-baru ini, Saudara Faizal Sabhon menyiarkan di dalam Laman Sosialnya bahawa beliau berazam untuk membeli sepucuk pistol.

Isu ini susulan daripada ketakutan yang dialami oleh beliau.

Namun, tindakannya ini boleh mengaitkan dengan penglibatan mahasiswa terhadap kegiatan militan di Mesir.

Pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) diminta untuk mengawasi dan memantau gerak geri yang dilakukan oleh beliau (Faizal).

Semenjak kebelakangan ini, banyak kes dan isu moral dikaitkan dengan beliau. Antaranya apa yang pernah dilaporkan oleh En. Khairi, Pegawai JPMK bertarikh 11 April 2010.

Dibimbangi beliau (Faizal) bertindak luar kawalan setelah membeli sepucuk pistol tersebut.

Isu Moral : Faizal Diminta Menjawab Laporan Khairi



30 JULAI - Susulan daripada laporan yang dibuat oleh En. Khairi Jalalluddin terhadap Saudara Faizal Sabhon menyebabkan beliau (Faizal) dikaitkan dengan beberapa isu moral.

Berikutan isu ini, beliau (Faizal) diminta untuk menjawab kenyataan Khairi tersebut. Laporan bertarikh 11 April 2010 itu setebal 6 muka surat, dan mengaitkan nama Saudara Faizal Sabhon.

Beliau dikatakan sebagai salah seorang mahasiswa yang bermasalah.

Krisis Dalaman Pegawai JPMK dan Kelab UMNO Kaherah


30 JULAI - Mahasiswa Mesir dikejutkan dengan satu pendedahan tentang laporan yang dibuat oleh En. Khairi Jalalluddin, Pegawai Atase Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) setebal 6 muka surat.

Laporan yang bertarikh 11 April 2010 itu mengaitkan Saudara Faizal Sabhon dalam beberapa kes. En. Khairi melaporkan bahawa beliau (Faizal) pernah dengan beberapa kes moral.

Selain itu, beliau (Faizal) juga dilaporkan menyebarkan fitnah kepada pegawai Terengganu, Pegawai MARA dan Pegawai Pahang dan menganggu Kelab UMNO Kaherah.

Isu panas ini secara tidak langsungnya mendedahkan krisis dalaman yang terdapat di dalam Kelab UMNO Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK).

Konspirasi En. Khairi dan Papagomo Didedahkan


30 JULAI - En. Khairi Jalalluddin, Pegawai Atase Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dikatakan mempunyai konspirasi dengan Papagomo. Papagomo adalah blogger terkenal yang banyak memainkan isu politik di Malaysia.

Maklumat yang didedahkan daripada Laman Sosial En. Khairi menceritakan bahawa beliau telah meminta kerjasama daripada Papagomo untuk memainkan isu Saudara Mohd Firdaus bin Madzlan.

Firdaus dituduh oleh En. Khairi sebagai penggerak utama parti pembangkang di Mesir.

Bertambah teruk apabila En. Khairi menggunakan nama dan jawatan rasminya sebagai Pegawai Atase JPMK untuk menyerang peribadi Firdaus.

Firdaus ketika dihubungi meminta supaya En. Khairi disiasat dan perlu diambil tindakan.

"Saya minta En. Khairi disiasat", katanya.

Friday, July 29, 2011

Perancangan En. Khairi Menghapuskan PMRAM Didedahkan


29 JULAI - Rancangan En. Khairi Jalalluddin, Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) didedahkan di dalam Laman Sosial KJ Bocor.

Perancangan beliau untuk menghapuskan PMRAM telah dikaitkan dengan Saudara Faizal Sabhon. Antara perancangan beliau ini ialah mendapatkan kepastian tentang beberapa perkara,

- Surat Prof Madya Jamil bin Hashim (Mantan Pengarah JPMK) yang mengaitkan PMRAM dengan parti pembangkan di Malaysia

- Program-program PMRAM yang melibatkan parti pembangkang

- Status penglibatan ahli Kelab UMNO di dalam program Kutub Sittah anjuran PMRAM

- Status pembatalan pendaftaran PMRAM sekiranya terlibat dengan politik di Malaysia

- Mendapatkan petikan undang-undang NGO di Mesir yang tidak dibenarkan berpolitik

- Mengkaji kesan terhadap program Kutub Sittah anjuran PMRAM.

Perancangan yang dilakukannya ini dikaitkan dengan program Kutub Sittah anjuran PMRAM. Program ini adalah Majlis Bacaan Hadis-hadis Nabi SAW yang dihimpunkan di dalam 6 kitab hadis. Namun, En. Khairi cuba mengaitkan majlis ilmu ini dengan politik dan parti pembangkang.

Isu Mahasiswa Mesir : GAMIS Menghantar Memorandum


PUTRAJAYA, 29 Julai: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini mendesak kerajaan Malaysia meneliti kes pembuangan pelajar Malaysia di Mesir kerana terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0 di sana.

Seorang pelajar Darul Ifta', Firdaus Mazlan dibuang universiti kerana disyaki menjadi penggerak kepada perhimpunan Bersih 2.0 di Mesir sedangkan beliau merupakan pelajar semester akhir.

Desakan tersebut dibuat dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Wisma Putra Kementerian Luar Negeri, dekat sini hari ini.

Memorandum tersebut turut membantah tindakan Jabatan Penuntut Mahasiswa Kaherah (JPMK) yang mengambil tindakan menarik balik biasiswa terhadap mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan tersebut.

Selain itu, Gamis juga membantah tindakan kedutaan Malaysia yang ingin mengharamkan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) kerana didakwa menghasut mahasiswa menyertai perhimpunan Bersih 2.0.

Naib Presiden Korporat dan Pengantarabangsaan Gamis, Abdul Razak Omar berkata, Gamis tidak mahu isu kebajikan pelajar Malaysia di luar negara dicemari dengan campur tangan politik.

"PMRAM hanyalah sebuah badan yang menguruskan kebajikan pelajar Malaysia di Mesir, tidak ada campur tangan politik. Kami tidak mahu isu kebajikan pelajar dilibatkan dalam mana-mana isu politik," kata beliau selepas penyerahan memorandum tersebut.

Sehubungan itu, Gamis menggesa Wisma Putra membuat kenyataan secara terbuka berhubung pendirian mereka dalam isu melibatkan mahasiswa ini.

"Kita minta Wisma membuat respons melalui media mengenai tuntutan kita dan nyatakan pendirian mereka," katanya.

Tiada laporan daripada kedutaan

Sementara itu, Razak berkata, pihak Wisma Putra memberitahu Gamis bahawa mereka tidak menerima laporan daripada Kedutaan Malaysia di Mesir berhubung perkara ini.

Mereka juga mendakwa kes buang universiti dan kebajikan mahasiswa terletak di bawah tanggungjawab KPT.

"Kami minta Wisma Putra berbincang dengan pihak KPT mengenai perkara ini," katanya.

Sementara itu, setiausahanya, Akram Ikrami Taib Azamuddin berkata, pihaknya juga akan menyerahkan memorandum yang sama kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) agar memainkan peranan dalam kes melibatkan kebajikan mahasiswa Malaysia di luar negara.

"Selain menunggu maklum balas daripada pihak Wisma Putra berhubung tuntutan kami, Gamis juga akan menyerahkan memorandum ini ke KPT dan memohon KPT campur tangan," katanya.

Selain itu, pihaknya juga sedang merancang untuk mengadakan majlis solat hajat melibatkan mahasiswa Islam di seluruh kampus di negara ini sempena Ramadhan ini.

"Kami akan mengambil tindakan selanjutnya dengan mengadakan majlis solat hajat besar-besaran dan berdoa agar tekanan terhadap semua mahasiswa kita di Mesir dihentikan dan dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang masalah," katanya.

Turut bersama dalam penyerahan itu ialah Naib Presiden Gamis, Azahal Bangsawan, Ketua Penerangan, Mohd Yusuf Hadhari, Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan, Mohd Ridhuan Che Hussein.

Sumber : Harakahdaily

Panas : Perancangan En. Khairi Didedahkan

Salah satu perbualan En. Khairi dengan Seorang Pegawai Melaka

29 JULAI - Kelmarin, dunia mahasiswa Mesir dikejutkan dengan pendedahan perancangan En. Khairi. Perancangan beliau yang tersembunyi di sebalik Laman Sosialnya, telah didedahkan dalam Laman Sosial KJ Bocor.

Antara yang didedahkan ialah usaha beliau untuk memburukkan PMRAM dan kerjasama beliau dengan beberapa individu untuk membatalkan pengajian mahasiswa.

Antara yang terlibat dalam perancangan En. Khairi yang didedahkan ialah pegawai-pegawai Negeri Melaka di Mesir, Saudara Hadi Hussin dari Johor, Saudara Faizal Sabhon dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sehingga kini individu yang membuat pendedahan tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

DESAK Menyelar Tindakan Kedutaan Melibatkan al Azhar


29 JULAI - Berikutan isu pihak kedutaan mengheret al Azhar dalam permasalahan mereka telah menampakkan kebuntuan mereka dalam menghadapi gelombang mahasiswa.

Saudara Nuruddin Zanki, Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) menyatakan bahawa pihaknya menyelar tindakan pihak kedutaan tersebut.

‎"DESAK menyelar tindakan pihak kedutaan mengaitkan isu mahasiswa dengan pihak Al-Azhar.Dato' Duta dilihat seolah-olah menemui jalan buntu bagi membersihkan imejnya setelah ribuan mahasiswa mengutuk tindakan zalimnya ke atas mahasiswa" Katanya.

Saudara Fakhrul Arif bin Mazlan, Timbalan Pengerusi DESAK berkata "DESAK memberi amaran kepada pihak kedutaan supaya jangan terus menerus melibatkan al Azhar dalam isu ini".

"Dengan melibatkan pihak al Azhar, ia memperlihatkan lagi ketidakmatangan pihak kedutaan dalam menangani isu ini" katanya lagi.

Sokongan Mahasiswa Jordan Terhadap PMRAM


28 JULAI - Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan(MPPMJ) menyeru agar semua mahasiswa/wi Islam Jordan melakukan solat hajat khusus bagi keselamatan dan kesejahteraan untuk PMRAM dan mahasiswa Islam Mesir berhubung isu yang masih hebat diperkatakan pada amalam ini.

MPPMJ menyambut baik permintaan PMRAM untuk semua mahasiswa sedunia mendoakan PMRAM serta mahasiswa Mesir . Bagi setiap mantiqah juga MPPMJ menyeru agar setiap Persatuan Zon dapat sama-sama melakukan solat hajat pada malam ini yang masing-masing bagi tujuan yang sama.

Selain itu, solat hajat ”Selamatkan PMRAM dan Mahasiswaa Mesir” bukan sahaja dilakukan di peringkat Mesir bahkan di Malaysia serta beberapa negara luar seperti Jordan, Syria, Morocco, Ireland dan sebagainya.

28 Julai (hari ini) menjadi saksi bahawa semua pihak di serata tempat, Mesir,Malaysia mahupun negara-negara luar yang lain akan bersama-sama solat hajat serta mendoakan keselamatan PMRAM dan mahasiswa Mesir .

Selain persatuanpersatuan mahasiswa, solat hajat ini juga akan dilakukan oleh beberapa masjid serta surau di beberapa tempat di Malaysia, pengajian tahfiz seperti KIAS,Maahad Tahfiz Pulai Condong serta Maahad Tahfiz yang lain dan institusi-institusi pondok seperti Pondok Moden.

PMRAM.org

MPM KUIN Mengecam Tindakan Mengharamkan PMRAM


29 Julai – Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (MPM KUIN) menyokong Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan mengecam tindakan mana-mana pihak yang berusaha untuk menghapuskan persatuan tersebut.

Menurut Timbalan Presiden 2 MPM KUIN, Saudara Mohd Firdaus bin Bakar, “ Kita sedia maklum bahawa PMRAM merupakan persatuan induk bagi anak-anak Melayu di Mesir. PMRAM ditubuhkan semenjak tahun 1930 dan PMRAM telah banyak memberi sumbangan terhadap kebajikan pelajar. Kami berasa sangat kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang berusaha mengheret Universiti Al-Azhar untuk mengharamkan PMRAM” katanya.

PMRAM adalah sebuah NGO besar Melayu di Mesir yang sah berdaftar dengan kerajaan Mesir. Bagi MPM KUIN, tindakan mengharamkan PMRAM seumpama mengkhianati sebuah khazanah Melayu yang amat bernilai dalam siri sejarah keagungan perkembangan ketamadunan Melayu yang bertaraf antarabangsa.

Bagi MPM KUIN, sepatutnya pihak tententu meneliti dengan baik tindakan tersebut sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kita juga maklum yang PMRAM sendiri lebih awal ditubuhkan untuk menanungi rakyat Malaysia sekian lama sebelum tertubuhnya Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah. Malah kesatuan mahasiswa seawal penubuhan PMRAM lah yang menggesa supaya kerajaan Malaysia pada waktu itu mewujudkan sebuah kedutaan di Mesir.

Kami MPM KUIN mewakili seluruh mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) mendoakan agar PMRAM terus kuat dan tabah dalam menangani situasi tersebut.
“Saya bersama seluruh kepimpinan MPM KUIN menyokong dan mendoakan sahabat-sahabat PMRAM agar meneruskan segala gerak kerja seperti yang telah dirancangkan. Ingatlah Allah sentiasa benar dan akan bersama dengan orang-orang yang benar. Wallahu taala ‘alam.

"Mahasiswa Sejahtera Keutamaan Kami"

Mohd Firdaus Bin Bakar,
Timb. Presiden 2 merangkap Pemangku Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti INSANIAH.

PMRAM.org

GAMIS Seru Solat Hajat Untuk PMRAM


29 Julai - Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menyeru semua mahasiswa dan anak muda islam bersama mendoakan dan melakukan solat hajat khusus pada malam ini bagi keselamatan dan kesejahteraan untuk Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan mahasiswa Islam Mesir berhubung isu panas yang berlaku baru-baru ini.

Di peringkat PMRAM, solat hajat "Selamatkan PMRAM dan Mahasiswa Mesir" akan diadakan di Dewan Tok Kenali, Rumah Kelantan Baru bersempena ceramah menyambut kedatangan Ramadhan. Ia juga merupakan himpunan solat hajat di peringkat Kaherah.

GAMIS menyambut baik permintaan dan usaha PMRAM untuk semua mahasiswa sedunia mendoakan PMRAM serta mahasiswa Mesir. 28 Julai (hari ini) akan menjadi saksi bahawa semua pihak di serata tempat, Mesir, Malaysia mahupun negara-negara luar yang lain akan bersama-sama solat hajat serta mendoakan keselamatan PMRAM dan mahasiswa Mesir.

Selain persatuan-persatuan mahasiswa, solat hajat ini juga akan dilakukan oleh beberapa masjid serta surau di beberapa tempat di Malaysia, pengajian tahfiz seperti KIAS, Maahad Tahfiz Pulai Condong serta Maahad Tahfiz yang lain dan institusi-institusi pondok seperti Pondok Moden.

PMRAM.org

Thursday, July 28, 2011

Keliru : JPMK Menafikan Tindakan Halau Dari Asrama


28 JULAI - Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) menafikan pencabulan hak mahasiswa yang dilakukan oleh mereka. Penafian ini telah disiarkan di dalam Bernama 25 Julai lalu.

Pihak JPMK menyatakan bahawa pihaknya tidak menghalau 3 orang daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA). Mereka juga menafikan senarai hitam 40 mahasiswa dari Negeri Perak yang terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

Namun, En. Abdul Muhaimin bin Abd Majid menyatakan di dalam akhbar tersebut, bahawa beliau ada mengemukakan senarai nama tersebut, namun masih belum diambil tindakan sepenuhnya.

Berhubung isu halau 3 penghuni ARMA, En. Harun, Warden ARMA telah mengakui bahawa isu ini didalangi oleh Pengarah JPMK sendiri. Bahkan, segala tindakannya mengikut arahan Pengarah JPMK, katanya pada 25 Julai lalu.

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=603654

Isu Kedutaan : PMRAM Bersedia Berjumpa Dengan Sesiapa Demi Kebajikan Mahasiswa


28 JULAI - Kesediaan PMRAM untuk bertemu dengan pihak kedutaan menyerlahkan sikap profesional yang tinggi. Perkara ini berikutan usaha-usaha untuk membuang mahasiswa daripada Universiti al Azhar.

"PMRAM bersedia berjumpa dan berunding dengan mana-mana pihak bagi memastikan kebajikan dan pendidikan ahli terjamin", Kata Saudara Zuhaili bin Saiman, Presiden PMRAM.

Tindakan pihak kedutaan yang mengheret al Azhar dalam isu ini dikesali oleh para mahasiswa. Isu pencabulan hak mahasiswa dan salah laku pegawai tidak berkaitan dengan nama al Azhar.

Namun, gara-gara tindakan pihak kedutaan telah menyebabkan isu ini menjadi semakin rumit.

Pertemuan PMRAM bersama pihak kedutaan dijadualkan pada hari ini, 28 Julai. Pertemuan ini juga atas nasihat daripada Dr Umar Abdullah Kamil sendiri.

"Beliau (Dr Umar Abdullah Kamil) sendiri telah menghubungi saya bagi meminta pertemuan antara PMRAM dengan pihak KBMK. Selain itu, beliau telah menghubungi Syeikhul Azhar dan Rektor Azhar mengenai perkara ini," jelas Presiden PMRAM.

PMRAM Akan Bertemu Kedutaan Atas Nasihat Syeikh Umar Abdullah Kamil


28 JULAI - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menyatakan bahawa pihak PMRAM akan bertemu dengan pihak kedutaan pada 28 Julai 2011 di Mohandessin berhubung isu mahasiswa.

Pertemuan itu dibuat apabila pihak KBMK meminta untuk PMRAM datang berjumpa bagi menyatakan beberapa perkara penting hasil pejumpaan dengan Syeikuhl Azhar pada Isnin lalu.

Bahkan ia rentetan ekoran perjumpaan pihak PMRAM yang diwakili oleh Presiden PMRAM bersama Dr Umar Abdullah Kamil pada 27 Julai di mana Dr Umar Abdullah Kamil meminta untuk diadakan pejumpaan antara PMRAM dengan KBMK bagi membincangkan segala masalah yang berlaku.

"Beliau (Dr Umar Abdullah Kamil) sendiri telah menghubungi saya bagi meminta pertemuan antara PMRAM dengan pihak KBMK. Selain itu, beliau telah menghubungi Syeikhul Azhar dan Rektor Azhar mengenai perkara ini," jelas Presiden PMRAM.

"Justeru, PMRAM menghormati permintaan dan nasihat yang diberikan oleh beliau. Kita bersetuju untuk berjumpa dan telah membalas jawapan email pihak KBMK mengenai pertemuan pada 28 Julai 2011 di Mohandessin," tambah beliau lagi.

Apa yang penting bagi PMRAM, isu mahasiswa dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan profesional bagi membuka lembaran yang baru sebagaimana yang dipinta oleh Dr Umar Andullah Kamil.

Sumber : PMRAM.org

Pertemuan Dengan Syeikh Umar Abdullah Kamil, PMRAM Mendapatkan Penjelasan


KAHERAH, 27 Julai - PMRAM terus mengorak langkah dalam mempertahankan hak mahasiswa dengan mengadakan pertemuan bersama wakil pelajar luar negara Al-Azhar Dr.Umar Abdullah Kamil semalam.

Pertemuan yang disertai oleh Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM, Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi (Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011), Saudara Hairul Nizam bin Mat Husin dan Saudara Mohd Firdaus bin Mazlan.

Perbincangan tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan mengenai perjumpaan dengan Syeikhul Azhar yang telah pada Isnin lalu di Masyaikh Al-Azhar.

Pihak PMRAM dengan tegas telah menjelaskan mengenai mengapa permohonan untuk tidak dapat menghadiri dibuat melalui surat rasmi yang dihantar terus melalui Setiausaha Khas Syeikhul Azhar.

Selain itu, Dr umar Abdullah kamil masih memberikan harapan kepada pihak PMRAM dalam membantu Al-Azhar khususnya WAAG dalam membantu mahasiswa Islam Malaysia dalam kecemerlangan akademik serta penguasaan bahasa Arab.

"Beliau meminta agar PMRAM dapat berjumpa dengan pihak Kedutaan Malaysia dalam membincangkan perkara yang berlaku mengenai isu mahasiswa secara baik .Bahkan beliau sendiri akan menghubungi pihak kedutaan dalam memastikan perjumpaan yang akan diadakan berlangsung dengan baik" ujar Saudara Muhamad Zuhaili ketika dihubungi tengahari tadi.

Justeru, PMRAM menyambut baik usaha murni beliau dalam membantu isu yang berlaku dan akan mengadakan pertemuan dengan pihak Kedutaan Malaysia pada 28 Julai, Khamis ini .

Sokongan MPMN Terhadap PMRAM


Saya memandang serius ancaman pengharaman sebuah badan mahasiswa yang mengumpulkan seluruh anak Malaysia yang berada di Mesir di bawah Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Justeru saya menulis surat ini sebagai tanda sokongan secara peribadi terhadap PMRAM yang telah ditubuhkan sejak tahun 1930 lagi.

Tindakan ancaman seperti ini adalah tindakan yang tidak demokratik bagi menyekat idealisme dan intelektualisme mahasiswa. Semakin lama, praktik demokrasi dilihat semakin pincang. Pencabulan hak-hak asasi berlaku atas nama kezaliman dan kuasa.

Saya juga mengecam tindakan pembuangan Mohd Firdaus Madzlan yang dikenakan tindakan atas sebab menganjurkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang disertai oleh mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Mesir. Tindakan ini menunjukkan ketidakterbukaan dan ketidakmatangan Kerajaan Malaysia khususnya wakil Kerajaan Malaysia di Mesir dalam mendepani gerakan perubahan ke arah negara yang lebih demokratik.

Saya bersama rakan-rakan di dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) sebuah badan yang mengumpulkan seluruh ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pro-Mahasiswa dengan ini menyatakan kebersamaan terhadap PMRAM dalam memperjuangkan isu kebebasan aktivisme mahasiswa serta menolak penindasan terhadap mahasiswa Malaysia di Mesir.

Salam Perjuangan!

Sekian terima kasih


Yang Benar

Mohd Syahid b. Mohd Zaini
PRESIDEN
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional
(MPMN)
Sesi 2010/2011

Melalui,

Masturah bt Abu Bakar
SETIAUSAHA AGUNG
Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional
(MPMN)
Sesi 2010/2011

Isu Pengharaman PMRAM : PMIUM Harap PMRAM Tabah


KUALA LUMPUR, 27 Julai: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) hari ini menyatakan simpati dan kecewa dengan tindakan pihak kedutaan Malaysia di Mesir yang mahu mengharamkan Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Kebelakangan ini, pelbagai berita dan ura-ura telah timbul bahawa kerajaan Malaysia melalui kedutaan di negara Afrika Utara itu ingin mengambil tindakan tegas terhadap PMRAM.

PMRAM dikatakan telah mengepalai rakyat dan penuntut Malaysia dalam penganjuran perhimpunan Bersih 2.0 di negara terbabit dua minggu lalu.

Sebaik sahaja selesai perhimpunan 9 Julai lalu, beberapa penuntut Malaysia di sana juga telah diambil tindakan tegas dengan menggantung pengajian serta dipotong yuran pengajiannya.

Namun, sumber daripada beberapa ahli PMRAM telah menyatakan terdapat cubaan mengeksploitasi telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia.

Menurut pelajar tersebut, terdapat beberapa maklumat palsu telah dihantar oleh kedutaan Malaysia kepada Universiti Al-Azhar semata-mata ingin memastikan penubuhan PMRAM diharamkan secepat mungkin.

Sementara itu, Timbalan PMIUM, Rohayu Rusli mendoakan agar ahli-ahli PMRAM terus kuat dan tabah dalam menangani situasi tersebut.

“Saya bersama seluruh kepimpinan PMIUM menyokong dan mendoakan sahabat-sahabat PMRAM yang mendapat ancaman untuk diharamkan.

Rohayu dalam kenyataannya turut menyatakan tindakan itu amat tidak wajar dan kerajaan Malaysia harus mengubah fikiran segera.

“Saya gesa kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib ubah fikiran kerana tindakan seperti itu akan lebih memburukkan keadaan kerana mahasiswa dan anak muda akan bangkit menentang.

“Walaupun perkara ini (haramkan PMRAM) sudah sekian lama didengar namun kita selaku mahasiswa harus memandang serius dan suara mahasiswa sewajarnya tidak patut disekat,” katanya.

Tarik Biasiswa : Kesal Dengan Tindakan Menteri Besar Terengganu


27 JULAI - Kekesalan dilahirkan di wajah para mahasiswa di Mesir dari Negeri Terengganu. Ia berikutan kenyataan Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Setakat ini seramai 6 mahasiswa Terengganu dikatakan terlibat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di Mesir dan biasiswa mereka berkemungkinan ditarik.

Mengulas perkara ini, Saudara Mohd Ridhwan Abu Bakar, Yang Dipertua Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) menyatakan kekesalan beliau tentang tindakan ini.

"Hak mahasiswa tidak sepatutnya dicabuli dengan tindakan sebegini", katanya.

"Selama ini, pihak KPT telah beberapa kali menghantar laporan salah laku pegawai Hal Ehwal Pelajar Terengganu Mesir kepada pihak kerajaan negeri. Namun, tiada sebarang tindakan. Sebaliknya, keterlibatan mahasiswa di dalam perhimpunan ini pula yang diambil perhatian begitu besar", katanya lagi.

"Sepatutnya pihak berwajib memudahkan urusan mahasiswa untuk menuntut ilmu dan KPT bersedia untuk berbincang dengan sesiapa sahaja demi kebajikan mahasiswa Terengganu", katanya lagi.

Wednesday, July 27, 2011

Artikel : Mahasiswa Mengecam Tindakan Tarik Zakat

 RAKYAT MALAYSIA DI MESIR SOKONG BERSIH

Mahasiswa Malaysia di Mesir mengecam, sekiranya kerajaan pusat atau mana-mana kerajaan negeri bertindak menyekat bantuan biasiswa, zakat, serta pinjaman penuntut tajaan yayasan (dibawah kerajaan negeri). Ini kerana tindakan tersebut dikira sebagai mencabuli hak mahasiswa, yang juga merupakan warga tetap malaysia serta selaku rakyat bumi putra. Lebih malang, zakat, biasiswa, serta pinjaman yayasan negeri ini ditarik khusus kepada pelajar malaysia dibumi Mesir sahaja, sedangkan dilain-lain tempat sebarang tindakan tidak diambil oleh pihak berkaitan. Seluruh mahasiswa-mahasiswi malaysia dibumi mesir adalah merupakan anak jati Malaysia serta warga melayu tulen. Mana perginya  laungan Membela Hak Melayu oleh pihak tertentu? Mengapa mahasiswa Malaysia Mesir sahaja di ditekan dengan begitu hebat, sedangkan kesemua mahasiswa-siswi Malaysia Mesir adalah anak-anak Melayu?

BERSIH 2.0 San Franscissco

Apa yang diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu, iaitu Kerajaan Negeri mengambil keputusan menarik balik biasiswa dan pinjaman penuntut tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang terlibat dengan demonstrasi Bersih di Mesir, 9 Julai lalu adalah amat tidak berperikemanusiaan. Ini kerana, kewangan yang dimiliki kerajaan negeri merupakan hak rakyat, ianya datang dari sumber tenaga rakyat, dan harus dikembalikan kepada rakyat yang berhak menerimanya tanpa sekatan.

Apa yang dilakukan oleh pihak pegawai malaysia di Mesir melalui kedutaan (KBMK),Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK/EME), dengan membuang seorang pelajar dari Darul ifta' Al-Masriya,bertindak tidak profesional dengan cara mengugut pelajar dengan ugutan demi ugutan, Ketika berurusan dipejabat (JPMK/EME), pegawai mengeluarkan beberapa album bersih versi Mesir ketika berurusan, dengan melihat adakah wajah pelajar yang sedang berurusan itu terlibat dengan BERSIH di Mesir,sekiranya pelajar terlibat, urusan keperluan pelajar tersebut tidak akan dilayan. Serta pelbagai lagi tekanan tidak melambangkan semangat 1 malaysia yang dibawa kerajaan Malaysia.
Isu Pegawai negeri perak dimesir juga tidak ketinggalan, dengan menyenarai hitamkan sekitar 40 orang pelajar perak dimesir yang menyertai BERSIH versi Mesir. Mereka yang tersenarai juga dikhabarkan bakal berhadapan dengan pelbagai kemungkinan.

BERSIH 9 JULAI CAIRO EGYPT

Rakyat malaysia dibumi mesir beranggapan pencabulan ini amat keterlaluan serta menolak isu BERSIH ini dipolitikkan. Perlembagaan Malaysia juga membenarkan rakyat malaysia berusia 21 tahun keatas untuk bersuara serta berhimpun secara aman. Himpunan rakyat Malaysia dibumi Mesir bukan sahaja Halal dari segi Undang-undang sivil, perlembagaan, bahkan tidak melanggar syariat. Mahasiswa di Mesir juga tidak terikat dengan undang-undang Universiti seperti AUKU akta yang dikenakan pada pelajar dimalaysia. Mahasiswa terutamanya menolak serta mengecam hukuman yang dilaksanakan mana-mana pihak. kerana ia seperti perlaksanaan undang-undang RIMBA. Sifat KUKU BESI mengalahkan AUKU ini dikritik hebat oleh seluruh lapisan mahasiswa dibumi Mesir.
 PRA BERSIH 2 JULAI ZAGAZIG EGYPT

Tindakan yang tidak berperikemanusiaan, tidak mengikut lunas undang-undang, serta tidak profesional dengan menghukum secara zalim ini, memungkin rakyat Malaysia dibumi Mesir akan bangun dan bangkit sekali lagi secara besar-besaran bagi menuntut keadilan.

Tarik Biasiswa Penuntut di Mesir Terlibat Demo Bersih



KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri mengambil keputusan menarik balik biasiswa dan pinjaman penuntut tajaan Yayasan Terengganu (YT) yang terlibat dengan demonstrasi Bersih di Mesir, 9 Julai lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) berkata, pihaknya telah mengenal pasti penuntut terlibat perhimpunan terbabit dan surat tunjuk sebab akan dihantar kepada mereka sebagai peluang membela diri.

“Jika jawapan diberikan tidak memuaskan hati, biasiswa mereka akan ditarik balik,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat; Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Norhayati Ismail dan Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Kamaru Al-Amin Ismail.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, setakat ini seramai enam penuntut terlibat dengan perhimpunan haram terbabit berjaya dikesan melalui gambar disebarkan di Internet.

http://www.sinarharian.com.my/sh/terengganu/content/story9376206.asp

Isu Pembatalan Pengajian : Pertemuan PMRAM Dengan Dekan Ulum Syar'iyyah


KAHERAH, 25 Julai - Keprihatinan PMRAM terhadap isu hak mahasiswa diteruskan lagi dengan kunjungan Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman, Presiden PMRAM dan Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan, Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 ke Pejabat Dekan Kuliah Ulum Islamiah.

Di dalam kunjungan tersebut, PMRAM berbincang dan menyatakan bahawa Saudara Mohd Zaidi bin Ahmad Nawi yang merupakan penuntut Kuliah Ulum Islamiah seharusnya dikekalkan pengajiannya di kuliah tersebut.

Dr. Zakaria Abdul Majid Al-Nooti yang merupakan Dekan Kuliah Ulum Islamiah mengatakan pihak beliau telah pun memberi peringatan kepada Saudara Mohd Zaidi dan masih diberikan peluang unutk terus belajar di kuliah tersebut.

Beliau juga bercadang untuk berbincang perkara ini bersama pengarah EM Prof. Madya Dr Haji Suaidi bin Dato' Haji Safei dan segala keputusan terletak pada beliau.

" Kita akan berjuang mempertahankan hak mahasiswa dari dipermainkan pihak yang tidak bertanggungjawab agar masyarakat Malaysia tidak kehilangan modal insan yang berkualiti" ujar Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman, sejurus berbincang bersama dekan Kuliah Ulum Islamiah.

Tuesday, July 26, 2011

Kedutaan Mengheret al Azhar


26 JULAI - Semalam telah diadakan satu pertemuan di antara pihak Universiti al Azhar, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan beberapa orang mahasiswa.

Perjumpaan tersebut diadakan di Masyaikhah al Azhar, pada jam 2 petang. Perjumpaan tersebut dihadiri sendiri oleh Syeikhul Azhar, Dr Ahmad Tayyib.

Di dalam pertemuan itu, Dato Duta telah menyerahkan fail berkenaan himpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di Mesir.

Ketika dihubungi, pihak PMRAM menyatakan bahawa pihaknya tidak dapat hadir dalam pertemuan tersebut kerana enggan mengheret al Azhar dalam isu pencabulan hak mahasiswa dan salah laku pegawai.

"Isu yang berlaku langsung tidak membabitkan nama al Azhar. Namun, pihak kedutaan telah mengheret al Azhar dalam isu ini", kata Saudara Zuhaili bin Saiman, Presiden PMRAM.

Firdaus Menghadiri Konvo Darul Ifta



25 JULAI - Saudara Mohd Firdaus bin Mazlan yang telah dibatalkan pengajian Darul Ifta gara-gara angkara Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) telah menghadiri konvo Darul Ifta petang tadi.

Beliau tiba di perkarangan Bangunan Darul Ifta pada jam 5.15 petang dan sempat bertemu dengan beberapa orang rakan sekelasnya.

Selain itu, beliau sempat bertemu dan berbincang dengan Dr al Mahlawiy, salah seorang pensyarah Darul Ifta.

"Saya terharu melihat rakan-rakan seperjuangan berjaya memperolehi ijazah pada hari ini. 20 penerima ijazah ini bersama dengan saya selama 3 tahun di Darul Ifta. Namun, segala harapan saya telah dimusnahkan oleh pihak kedutaan", katanya kesal terhadap tindakan ke atasnya.

Saudara Nuruddin Zanki, Pengarah DESAK turut hadir bagi mengiringi beliau.

ILMAM Kesal : Tindakan Pegawai JPMK dan Kedutaan Terhadap Pelajar Tidak Berasas




Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM) mengecam tindakan pegawai JPMK dan Kedutaan Malaysia di Kaherah Mesir yang didakwa menjadi dalang di sebalik kes seorang mahasiswa Mesir yang menuntut di IPT di Mesir dibuang daripada pusat pengajian tersebut kerana mengetuai perhimpunan aman BERSIH pada 9 Julai lalu di kawasan penempatan pelajar sekitar Kaherah.

Turut terkilan, selain itu, para mahasiswa yang menyertai perhimpunan tersebut juga diugut dengan pelbagai perkara seperti akan ditarik zakat yang menjadi hak mereka, disekat pinjaman walaupun pelajar hanya meminjam dan pelbagai lagi ancaman yang diberikan oleh pegawai yang tidak bertanggungjawab tersebut.

ILMAM melihat tindakan tersebut adalah tidak berasas sama sekali kerana para mahasiswa mempunyai hak untuk menyuarakan pandangan mereka dan mereka tidak melakukan sebarang perkara yang dapat mengancam keselamatan negara lebih-lebih lagi mereka berada di luar Malaysia.

Tindakan pegawai yang langsung tidak mahu berbincang dengan mahasiswa tersebut seperti yang dilaporkan juga menunjukkan sikap tidak profesional dan tidak beretika kerana tugas mereka sebenarnya adalah untuk memudahkan urusan para pelajar dan bukannya menyusahkan mereka hanya untuk kepentingan keduniaan semata-mata.

Apakah ini demokrasi dan keterbukaan kerajaan Malaysia? Walhal di Mesir, atau pelajar Malaysia yang belajar di luar negara sama sekali tidak terikat dengan Akta Universiti Dan Kolej Universiti (AUKU) yang membolehkannya untuk dikenakan tindakan yang terkandung didalam akta tersebut. Amat malang dan menyedihkan tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia sekarang ini.

ILMAM turut mempersoalkan mengapa hanya di Mesir diambil tindakan? Bukankah Bersih 2.0 dianjurkan di seluruh dunia? Di Australia, Jepun, Taiwan, United Kingdom, US dan lain-lain lagi? Jika kerajaan Malaysia ingin mengenakan tindakan sebegitu, biarlah adil, hukum semua penganjur atau mereka yang terlibat dengan tindakan yang sama di tempat-tempat lain.

Jadi, ILMAM Malaysia menaruh sepenuh pengharapan kepada Kedutaan Malaysia di Kaherah, Mesir agar membuat pertimbangan yang sewajarnya, iaitulah dengan menarik balik sebarang tindakan yang dikenakan ke atas semua pelajar Malaysia tersebut untuk mendapat haknya yang sepatutnya diperolehi. Terutama memberi peluang kepada Saudara Firdaus bin Mazlan yang mengambil kursus lanjutan untuk menjadi mufti di Darul Ifta' Misriyyah yang sepatutnya telah tamat pengajiannya pada 25 Julai, kelmarin untuk menghabiskan dan melayakkan dirinya untuk mendapat sijil tersebut.

ILMAM Malaysia ingin mengakhiri dengan sedikit peringatan dan panduan hidup yang telah direncanakan oleh Nabi besar junjungan kita Nabi Muhammad saw:

Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam pernah bersabda: "Barangsiapa yang memudahkan jalan orang yang ingin menuntut ilmu, Allah akan mempermudahkan jalannya untuk ke Syurga."

Sabda Rasulullah SAW: "Bantulah saudaramu yang zalim atau yang dizalimi". Para sahabat lalu bertanya: "Memang kita perlu membantu saudara kita yang dizalimi, tetapi bagaimana pula kita membantu mereka bilamana mereka melakukan kezaliman?”. Maka Rasulullah SAW menjawab : “Engkau mencegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara membantu saudaramu yang zalim.” (H.R. Al-Bukhari)

Sekian, Wassalam.

Yang Benar,

USTAZ MOHD AZIZUL HISHAM BIN ZULKIFLI
PRESIDEN,
PERTUBUHAN LEPASAN MAHASISWA MESIR (ILMAM) MALAYSIA

24 SYAABAN 1432H @ 26 JULAI 2011

ilmampusat.blogspot.com

Panas : Warden ARMA Dedah Konspirasi


25 JULAI - Semalam telah diadakan pertemuan antara PMRAM, 3 orang mangsa halau dan Warden Asrama Rumah Melayu Abbasiah. PMRAM telah diwakili oleh Saudara Aziz bin Ali selaku Timbalan Presiden dan Saudara Firdaus bin Noh selaku Setiausaha Agung. Pertemuan diadakan pada jam 9.30 pagi bagi mendapatkan penjelasan dan menyatakan pendirian PMRAM terhadap tindakan warden yang menyalahi etika.

Warden ARMA memaklumkan bahawa tindakannya berdasarkan arahan daripada Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK).

"Saya hanya melaksanakan arahan", katanya di dalam pertemuan tersebut.

"Setakat ini kami memberi amaran dan keputusannya bergantung kepada pertemuan 3 mangsa tersebut bersama Pengarah JPMK", katanya lagi.

Pengarah JPMK berada di Malaysia ketika ini, dan dijangka akan kembali bertugas di Mesir pada akhir bulan ini.

Sebagai rekod, 3 orang mahasiswa terbabit mendakwa bahawa warden ARMA telah menghalau mereka tanpa notis. Namun mereka tetap berkeras untuk tidak keluar dari asrama tersebut.

Walaubagaimanapun, PMRAM tetap bertegas dalam mempertahankan hak mahasiswa.

"PMRAM bersedia berjumpa dengan sesiapa sahaja untuk membincangkan apa jua masalah yang berlaku. PMRAM pantang dicabar" Kata Presiden PMRAM, Saudara Zuhaili Saiman ketika dihubungi.

Pengarah JPMK Pulang Ke Malaysia Secara Mengejut


25 JULAI - Pengarah JPMK dimaklumkan pulang ke Malaysia baru-baru ini. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Warden Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) ketika pertemuan dengan PMRAM semalam.

Beliau dijangka kembali bertugas pada akhir Bulan Julai. Walaubagaimanapun, tujuan kepulangannya secara mengejut ini tidak diketahui. Bahkan, kepulangannya sendiri telah dirahsiakan dari pengetahuan semua.

Monday, July 25, 2011

Ulamak Pelapis PAS Desak JPMK Tarik Balik Tindakan


Kenyataan Rasmi: Ulamak Pelapis PAS

Kuala Lumpur, 25 Julai 2011 - Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah (JPMK) agar menarik balik tindakan yang diambil terhadap pelajar-pelajar di Mesir kerana mengadakan himpunan menyokong tuntutan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Antara tindakan yang diambil adalah pembatalan pengajian seorang mahasiswa negeri Selangor, menghalau 3 orang mahasiswa daripada Asrama Rumah Melayu di Abbassiyah (ARMA) tanpa sebarang notis dan surat tunjuk sebab, menyenarai hitamkan 40 orang mahasiswa negeri Perak dan beberapa orang mahasiswa negeri Terengganu yang menerima ugutan.

Tindakan yang diambil jelas menzalimi mahasiswa tersebut sekaligus melanggar hak mahasiswa untuk berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia dan tidak dihalang oleh pihak berkuasa Mesir.

JPMK seharusnya mendokong sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia untuk melihat suara mahasiswa dan perhimpunan yang dilakukan secara positif apatah lagi negara Mesir sendiri yang menjadi tempat mahasiswa ini belajar sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara demokrasi tulen.

Tindakan yang diambil juga dilakukan secara terburu-buru tanpa ada penyiasatan yang teliti dan tidak memberikan hak kepada mahasiswa terbabit untuk mempertahankan diri. Ini sama sekali bercanggah dengan ajaran Islam. Kezaliman dan penindasan ini seharusnya dihentikan. Kuasa yang dimiliki tidak seharusnya menyebabkan kita lupa diri sebagai seorang muslim.

Justeru, Ulamak Pelapis PAS menyeru agar Dato' Tuan Yang Terutama Duta Malaysia ke Kaherah, Dr. Fakhruddin bin Abd Mokti yang mempunyai latar belakang pengajian Islam agar tidak membelakangi ilmu yang dipelajari dengan menzalimi para mahasiswa.

Ulamak Pelapis juga memohon agar Wisma Putra, Kementerian Luar Negara dan Kementerian Pengajian Tinggi agar campur tangan terhadap tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini demi untuk masa depan Islam dan negara pada masa hadapan.

Lajnah Keahlian & Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Pusat

Presiden PERUBATAN Tandatangan dan Serah Memorandum DESAK


25 JULAI – Presiden PERUBATAN, saudara Syafiq bin Hamdani bersama dengan beberapa pimpinan persatuan lain seperti PMRAM, SUARA dan ABIM Mesir telah hadir ke Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) bagi menyerahkan memorandum ‘Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa’ pada 21 Julai.

Pertemuan yang dipimpin sendiri oleh Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK), Ustaz Nuruddin Zanki bin Hamzah itu telah berlangsung kira-kira pada pukul 10 pagi dengan sejumlah mahasiswa turut hadir sama sebagai tanda sokongan.

Presiden PERUBATAN sebelum itu telah menandatangani memorandum tersebut pada Malam Majlis Solat Hajat anjuran DESAK yang turut bersetuju untuk pihak Education Malaysia (EM) agar mengkaji semula tindakan yang telah dikenakan ke atas mahasiswa yang menyertai himpunan BERSIH di Mesir baru-baru ini.

Tuan Presiden ketika ditemui berkata, “PERUBATAN telah dijemput oleh DESAK untuk turut sama bersuara dalam isu ini dan pimpinan PERUBATAN sebulat suara bersedia untuk sama-sama membela hak mahasiswa yang telah dinafikan serta dikenakan tindakan yang kurang professional oleh pihak berwajib yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebajikan pelajar di Mesir”.

“Selaku mewakili barisan pimpinan PERUBATAN saya mengharapkan pihak berwajib dapat kembali memainkan peranan secara professional dalam membela mahasiswa yang terancam dan bukan sebaliknya. Kita berharap segalanya akan kembali pulih seperti sediakala”, ujar beliau lagi

Sumber : Perubatan.org

Artikel : Isu Hak Mahasiswa, Kenapa Perlu Cakna?


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang,

Tidaklah saya menyusun untaian kata ini melainkan hanyalah untuk keredhaan Allah s.w.t. dan semoga menjadi kifarah dosa buat diri saya yang kelam diselaputi dosa noda. Saya juga tidak mampu untuk menghuraikan pandangan syarak berkaitan dengan isu ini kerana saya bukanlah seorang yang layak untuk membahaskannya.

Telah disebut dalam sepotong hadith sahih Rasulullah s.a.w. mafhumnya:

“Apabila manusia melihat seorang penzalim dan tidak cuba mnghalangnya, maka Allah akan membalas mereka dengan azab-Nya”.

Hadith di atas menunjukkan betapa Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri tidak mahu ummatnya untuk tunduk kepada kezaliman. Islam adalah agama rahmat yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama makhluk kepada menghambakan diri kepada Allah.

Justeru, kita perlu untuk menyatakan kebenaran tanpa perlu takut kepada mana-mana pihak kerana Tuhan atau kepatuhan kita adalah kepada Allah, kepatuhan kepada selain daripada-Nya tidak bersifat mutlak.

Ramai yang berkata, kenapa perlu aku menyibukkan diri memikirkan masalah orang lain? Aku datang ke sini untuk belajar, aku mahu menjadi seorang doktor!

Pemikiran di atas sebenarnya tidak layak bagi seorang pengamal perubatan. Seorang pengamal perubatan terkenal dengan sikap membantu orang lain tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri, seorang pengamal perubatan terkenal dengan sikapnya yang sanggup berkorban demi orang lain. Sekiranya anda rasa tidak mahu menyusahkan diri kerana orang lain atau tidak mahu membantu orang lain, maka saya syorkan anda tukar kos pengajian anda. Carilah bidang lain yang tidak memerlukan anda untuk berkorban. Carilah bidang lain yang anda boleh bersikap pentingkan diri sendiri.

Sikap tolong menolong sahabat-sahabat lain dalam kesusahan adalah salah satu dari intipati ajaran Islam. Konsep Ukhuwwah yang dianjurkan Islam tidak mengenal erti sempadan warna kulit, ideologi, pengajian, dan kecenderungan. Ukhuwwah Islamiyah tidak memerlukan anda untuk menyertai kelompok tertentu untuk berukhuwwah. Ia hanya memerlukan i’tiqad yang sahih.

Terdapat juga sesetengah orang merasa takut atau bungkam untuk menyatakan kebenaran kerana disebabkan takut tindakan penguasa, takut akan hilangnya rezeki, takut akan cita-citanya tidak tercapai.

Bagaimanakah keimanan orang-orang yang mempunyai pendirian sebegini?

Tidakkah mereka tahu yang pemilik kekuasaan adalah Allah?

Tidakkah mereka yakin bahawa rezeki itu diturunkan oleh Allah?

Tidakkah mereka mengimani bahawa cita-cita dan masa depan semuanya ditentukan oleh Allah?

Mana keimanan kepada Allah?

Apakah anda beranggapan Allah itu lemah dari penguasa di bumi?

Nauzubillah, Maha Suci Allah dari segala sifat yang lemah.

Ubahlah sikap takut kita, dari takut kepada makhluk kepada takut kepada Allah, dari ber “tawakkal” kepada makhluk kepada tawakkal kepada Allah.

Saya tamatkan untaian kata ini dengan sepotong hadith yang mafhumnya:

Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata:

“Aku pernah duduk di belakang Nabi s.a.w. pada suatu hari, lalu baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya).”

Info Penulis

Hazrie Hayat Sofaruddin merupakan mahasiswa Tahun 3 Universiti Kaherah, aktif dalam PERUBATAN dan sentiasa cakna dengan isu-isu semasa

Sumber : Perubatan.org

Kenyataan Rasmi ISMA Mesir Berkenaan Isu Mahasiswa Mesir



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan yang ar-Rahman, Tuhan sekalian alam yang kasih-sayangnya meliputi segenap sesuatu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, pembawa berita gembira dan membawa misi kebahagiaan dan kasih sayang kepada dunia. Baginda yang telah menunjukkan kepada kita teladan yang baik dalam berdepan dan menyelesaikan segala jenis permasalahan yang ada di dunia ini. Juga selawat dan salam kepada ahli keluarga baginda, para sahabat dan orang-orang yang mendokong Islam ke hari Kiamat, amma ba’du.

Ini adalah kenyataan rasmi Persatuan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) berhubung dengan isu terkini yang berlaku pada sebahagian mahasiswa Malaysia di Mesir.

1. ISMA-Mesir menitik-beratkan pembinaan Generasi Muda

Sesuatu gagasan akan berjaya jika wujud keyakinan yang kuat, keikhlasan yang sejati, semangat yang tinggi, kesediaan untuk berkorban dan berusaha dalam merealisasikan gagasan tersebut. Keempat-empat asas ini adalah sifat-sifat istimewa para pemuda. Sebabnya, asas keimanan adalah hati yang bersih, asas keikhlasan adalah jiwa yang suci, asas semangat adalah keinginan yang kuat dan asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini hanya ada pada pemuda. Islam memandang berat fasa ini dalam kehidupan seorang manusia. Oleh kerana itu, pemuda pada usia begini perlu dihalakan ke tempat yang betul. Allah s.w.t sendiri memuji pemuda:

“Allah menggagumi pemuda yang tiada pada dirinya as-sobwah (penyelewengan).” (Riwayat Imam Ahmad)

Dengan itu, generasi muda adalah aset negara yang perlu dipandu dan dibimbing dengan sebaik-baiknya dalam cita-cita kita membina Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan mendapat keredhaan Allah s.w.t.

2. ISMA-Mesir mengutamakan perpaduan Islam

Islam yang suci ini amat mengambil berat soal perpaduan. Islam meletakkan ia sebagai aspek asasi dalam kehidupan masyarakat Islam. Bagi Islam, aspek ini tidak boleh dipandang ringan. Apatah lagi Islam meletakkan perpaduan seiring dengan iman:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.” (Al-Hujurat:10)

“Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, dia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya.” (Riwayat Bukhari)

Atas dasar ini, Islam meletakkan nilai persaudaraan sebagai nilai utama di kalangan mereka yang mengimani Islam dan meyakini Risalah Islam. Pada hari ketika seluruh umat Islam berhadapan dengan dunia dalam satu barisan satu hati, mereka berjaya membina ketamadunan yang agung zaman-berzaman. Namun, pada hari mereka lupa rahsia kekuatan mereka dan tidak lagi berpegang pada pimpinan al-Quran, mereka pun ditimpa sepertimana kita lihat apa yang menimpa umat Islam di seluruh dunia pada hari ini.

“Dan janganlah kamu berpecah-belah, kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (al-Anfal: 46)

3. ISMA Mesir prihatin isu hak dan masa depan mahasiswa yang menuntut di Mesir.

Pada pandangan kami, mahasiswa Perlembahan Nil umumnya merupakan harapan agama dan negara di masa hadapan. Majoriti mahasiswa Mesir yang teguh berpegang dengan agama dan mencintai ilmu, merupakan aset yang tiada galang gantinya untuk terus membawa Malaysia menjadi sebuah negara Islam contoh yang unggul. Justeru, hak dan masa depan mereka perlu menjadi perhatian semua pihak demi kebaikan bersama.

“Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan nasib umat Islam, mereka bukanlah di kalangan mereka.” (Riwayat Tabrani)

Dari perspektif Syarak, kita memahami bahawa Islam menekankan keadilan dalam semua aspek. Dan membantu setiap individu mendapatkan hak mereka. Rasulullah berpesan dalam sebuah hadith

“Bantulah saudara kamu yang zalim atau dizalimi.” (Riwayat Bukhari)

Hadith ini menuntut kita menyelesaikan sebarang ketidakadilan yang berlaku dengan penuh hikmah.

Juga di sisi Syarak, sebarang pertuduhan perlu disertakan dengan bukti. Dan yang tertuduh dinilai sebagai tidak bersalah sehinggalah dibicarakan dan terbukti kesalahannya. Tertuduh juga memiliki hak untuk membela dan mempertahankan dirinya. Ini berdasarkan hadith:

“Bukti hendaklah dikemuka oleh pendakwa, dan sumpah hendaklah dilakukan oleh (tertuduh) yang mengingkarinya.” (Riwayat Baihaqi)

Oleh itu, ISMA Mesir berpendirian, semua pihak perlu mengambil pendekatan berbincang dan dialog dalam mendepani isu ini. Pintu perbincangan secara rasional dan penuh ukhuwah Islamiah hendaklah sentiasa terbuka dan jujur.

Berkenaan isu yang menimpa sebahagian mahasiswa Mesir baru-baru ini, pihak ISMA-Mesir telah meyampaikan kepada Pegawai Education Malaysia (EM) menuntut isu ini diselesaikan dengan bijaksana dan penuh hikmah tanpa memberi mudarat kepada mana-mana pihak.

Penutup

ISMA Mesir juga berharap, pihak Kedutaan Besar Malaysia ke Mesir (KBMK) dan Education Malaysia (EM), dapat membantu para pelajar yang menghadapi masalah dengan pengurusan universiti dan memberi ruang kepada mereka menyampaikan hasrat dan permasalahan mereka.

Allah musta’an waAllah waliyu Taufiq
Allah adalah sebaik-baik penolong dan kepada-Nya kita berserah diri.

Ikatan Muslimin Malaysia Mesir
Kaherah, Mesir
23 Syaaban 1432H bersamaan 24 Julai 2011M

Sunday, July 24, 2011

Pembatalan Pengajian, Kedutaan Berdiam Diri


24 JULAI - Darul Ifta Misriyyah telah mengeluarkan senarai nama mahasiswa yang bakal mengikuti Konvo pada esok hari. Walau bagaimanapun Saudara Mohd Firdaus bin Mazlan tidak termasuk di dalam senarai tersebut.

Senarai nama tersebut yang memuatkan 20 orang menghimpunkan kesemua mahasiswa tahun akhir, kecuali Firdaus. Antara rakyat Malaysia yang terdapat di dalam senarai tersebut ialah Saudara Rafzan bin Razak dan Saudara Mohd Arifuddin bin Wan Abd Razak.

Beliau menyatakan kekesalan terhadap pihak kedutaan yang tidak melakukan sebarang tindakan dan usaha.

"Esok adalah hari konvo saya, dan tarikh itu merupakan sejarah hidup saya. Tetapi, saya telah diberhentikan pengajian angkara kedutaan", katanya ketika dihubungi.

"Sehingga kini, saya masih belum menerima apa-apa respon daripada pihak kedutaan sedangkan esok saya sepatutnya menerima ijazah" katanya lagi.

Beliau berkata "Saya masih berpeluang untuk menyertai konvo tersebut sekiranya pihak kedutaan menarik semula pembatalan pengajian saya. Namun, mereka masih belum berbuat demikian. Sebelum ini, PA Dato Duta berjanji untuk menghubungi saya, tetapi sehingga hari ini saya masih belum menerima apa-apa respon daripada mereka".

Khairi Mencabar Mahasiswa Menjatuhkannya





24 JULAI - En. Khairi bin Jalalluddin, Pegawai Atase Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) telah mencabar mahasiswa Melayu di Mesir bagi pelucutan jawatannya semalam.


Beliau menyatakan di dalam laman sosial Facebook bagi mengumpulkan 3000 mahasiswa yang menuntut pelucutan jawatannya.

"Bilalah nak sampai 3000 ni, lembablah ustaz-ustaz Azhar buat kerja", katanya.

Khairi sering dilihat mengeluarkan kenyataan-kenyataan pra-matang yang tidak sepatutnya di dalam Laman Sosial. Sebelum ini beliau pernah menafikan hubungan PMRAM dan

Pihak Keselamatan Mesir, memfitnah Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta dan sebagainya.

Di dalam beberapa pertemuan mahasiswa pada tahun lepas dan tahun ini mencatatkan banyak kontroversi yang dilakukan oleh beliau samada melalui laman sosial Facebook atau ketika berurusan di pejabat dan sebagainya.

TV Media Mesir