Monday, March 5, 2012

KRONOLOGI PENAMATAN PINJAMAN OLEH YAYASAN TERENGGANU (SIRI 2)


26 JULAI 2011
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad bin Said menyatakan kepada akhbar akan menarik balik tajaan YT kepada mahasiswa terlibat bersih pada 26 Julai 2011. Menurut beliau, 6 orang telah dikenal pasti.

Yayasan Terengganu juga telah memberi ugutan melalui akhbar tempatan untuk mengambil tindakan keatas mahasiswa tajaan YT yang menyertai bersih. 


27 JULAI 2011
Yang Dipertua (Keluarga Pelajar Terengganu) KPT Mesir, Saudara Mohd Riduan Abu Bakar menghubungi Encik Razali, Ketua Tajaan Yayasan Terengganu dan mendapati beberapa perkara:-

     1.    Yayasan Terengganu telah mengenalpasti sembilan orang yang terlibat dengan BERSIH.

        2.       Laporan berkenaan dihantar oleh pihak JPMK kepada YT.

      3.       YT berpandangan meletakkan gambar dan tag melalui facebook oleh mahasiswa seolah-olah mencabar YT.

       4.       YT akan menghantar surat tunjuk sebab kepada mahasiswa yang dikenal pasti.

28 JULAI 2011
Surat daripada pihak YT yang mengarahkan para pelajar tersebut menyerahkan surat tunjuk sebab dengan segera. Mereka diberi masa selama seminggu bagi menjelaskan sebab penglibatan dalam BERSIH 9.0 di Mesir.

 7 OGOS 2011     
Yang Dipertua KPT Mesir, Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar telah menegaskan bahawa isu mahasiswa Terengganu yang telah diberikan surat tunjuk sebab oleh pihak YT ekoran penglibatan Bersih telah mendapat perhatian daripada pihak KPT Mesir. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Dewan Darul Iman.

FEBRUARI 2012
Sembilan orang mahasiswa telah menerima surat dari pihak YT menyatakan penamatan perjanjian pinjaman YT berkuatkuasa serta merta melalui mesyuarat Lembaga Pemegang-pemegang Amanah YT yang bersidang pada 18 Disember 2011. Penamatan ini disebabkan melanggar peruntukan peraturan Fasal 2 Perjanjian Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu pada 9 Julain 2011 di Dataran Hayyu Asyirer, Kaherah.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir