Monday, March 12, 2012

PENARIKAN PINJAMAN MAHASISWA TERENGGANU: PERTEMUAN DENGAN KEDUTAAN


MOHANDESSINE, 11 Mac – Wakil saf Kepimpinan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT Mesir) sesi 2011/2012 dan Wakil Badan Pengurus PMRAM telah mengadakan pertemuan dua hala dengan wakil Kedutaan mengenai isu penamatan pinjaman Yayasan Terengganu (YT) di pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Pertemuan yang diketuai oleh Yang Dipertua KPT Mesir sesi 2011/12, saudara Mohd Zahani bin Abdul Ghani bersama AJKT Abdullah Amir bin Mohd Zabudin, Ahmad Shahrir bin Alias dan wakil PMRAM, saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi (BP Angkat PMRAM Cawangan Terengganu). Manakala Encik Mohd Izwan Nuzaihan bin Jamil sebagai wakil Kedutaan yang menggantikan Encik Saiful Anuar bin Muhammad.


Pertemuan dua hala yang berlangsung itu bermula pada jam 11.40 pagi dipengerusikan oleh YDP KPT Mesir dengan al- Fatihah dan sedikit ta’aruf . Seterusnya, majlis diteruskan dengan perbincangan Isu 9 Mahasiswa Terengganu yang ditamatkan pinjaman YT.

Dalam masa yang sama, kehadiran suara KPT Mesir dan wakil PMRAM juga ingin mendapatkan sokongan daripada KBMK terhadap isu 9 mahasiswa Terengganu supaya disambung semula pinjaman YT. Selain itu, YDP KPT Mesir dan BP PMRAM menegaskan “Perkara ini perlu diselesaikan dengan kadar yang segera memandangkan masalah kewangan mahasiswa Terengganu yang terbantut bagi meneruskan pembelajaran di Mesir ini”.

Tambahan lagi, tindakan KPT Mesir yang telah dibuat dan berjalan, antaranya:
a) Perjumpaan dan respon dengan 9 mahasiswa terbabit terhadap surat diterima.
b) Solat hajat seluruh PMRAM Cawangan dan kutipan derma.
c) Menghantar surat rayuan kepada YT dan terus berhubung.
d) Hubungan diplomasi dengan pihak berwajib .


Selain itu, Encik Izwan akan panjangkan perkara ini kepada TYT Dato’ Duta dan akan memberitahu semula KPT Mesir tentang respon perkara ini dalam masa 2 hari selepas ini.
Majlis diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada wakil kedutaan yang sudi menerima suara mahasiswa Islam PMRAM Cawangan Terengganu kali ini dan ditutup dengan tasbih Kafarah dan surah al-Asr.

http://www.infokpt.com/v3/2012/03/12/pertemuan-dengan-kedutaan-mengenai-isu-9-mahasiswa-dikenakan-penamatan-pinjaman-yayasan-terengganu-yt/

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir