Gerakan Suara Rakyat (SUARA) mengecam satu himpunan haram
menyatakan bantahan terhadap BERSIH 3.0 anjuran Kelab UMNO Mesir di Dewan
Malaysia Abbasiyah, Kaherah, Mesir.
1)Pada 17 April 2012, pihak Education Malaysia
Of Egypt (EME) telah mengugut mana-mana mahasiswa yang berhimpun diambil
tindakan dibuang daripada institusi pengajian Al-Azhar. Justeru, SUARA menuntut
agar tindakan ini dikenakan kepada ahli Kelab UMNO Mesir yang sudah terang lagi
bersuluh berhimpun memprotes BERSIH 3.0. Jika tidak, SUARA menganggap
pihak Education Malaysia Of Egypt (EME) tidak adil dan berat sebelah dalam
isu ini.
2)SUARA kesal kerana himpunan ini dianjurkan oleh pegawai
EME sendiri yang sudah terang-terang terlibat dengan agenda politik di Mesir.
3)Himpunan ini tidak wajar sama sekali kerana menggunakan
premis milik kerajaan untuk tujuan politik sedangkan pelbagai agenda mahasiswa
lain untuk menggunakan premis ini disekat.
SUARA amat kesal atas himpunan haram ini sedangkan program
SUARA terpaksa dibatalkan demi menurut arahan TYT Dato’ Duta.
0 comments:
Post a Comment