BERSIH 4.0 [
Duduk dan Debat ]
1. Fokus BERSIH samada edisi 1.0, 2.0 dan juga 3.0 adalah menuntut keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam sistem pengurusan dan pengendalian pilihanraya negara kita, ekoran terlalu banyak kesangsian, kekeliruan serta ruang yang terdedah kepada manipulasi dalam sistem peraturan, pengurusan dan pengendaliannya.
2. Bertolak dari Daftar Pemilih yang tidak bersih malah masih dikotori dan berlumut dengan senarai pengundi yang tidak layak mengundi serta beberapa kekeliruan yang perlu kepada pemurnian awam oleh pihak SPR. Pelbagai peraturan dan undang - undang pilihanraya yang tidak konsisten, membuka peluang berlakunya penyelewengan dan manipulasi. Media yang tidak seimbang dan berat sebelah, dilagang pula dengan pelbagai fitnah yang jijik dan memualkan.
3. maka pihak BERSIH telah menganjurkan pelbagai aktiviti seperti laporan ke SUHAKAM, laporan PDRM, Laporan SPRM, Memorundum kepada Kebawah Duli Yang Di Pertuan Agung dan Himpunan Aman. Malangnya, sehingga kini pihak kerajaan dan SPR masih tidak memenuhi tuntutan BERSIH tersebut.
4. Kerajaan UMNO dan BN sebaliknya mendakwa BERSIH menganjurkan keganasan, rusuhan dan sebagainya. Lalu mereka menempelak usaha suci BERSIH dengan pelbagai tindakan seperti menggunakan FRU untuk melepaskan tear gas dan air kimia, PDRM untuk tangkap dan belasah, DBKL untuk menaksirkan jumlah timbunan sampah, Majlis Fatwa bagi mengharamkan himpunan BERSIH, Media arus perdana supaya memutar alam menjadi separa realiti.
5. Kini kedengaran pelbagai pihak bercakap mengenai edisi berikut bagi kelangsungan tuntutan BERSIH supaya BERSIH 4.0 direalisasikan sehingga kerajaan UMNO dan BN akur tuntutan rakyat. Kerana pilihanraya umum tidak boleh diadakan atau disertai dalam keadaan ia tiada jaminan dapat dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih dari sebarang penyelewengan.
6. Sementara hari ini dan saya percaya ianya akan terus berlangsung ke hari pilihanraya, mereka memburukkan BERSIH 3.0 kononnya ganas lalu membina persepsi buruk masyarakat terhadap BERSIH sedang pihak BERSIH tidak diberi ruang serupa melalui televisyen dan media arus perdana yang lain untuk menjawab dan memberi penjelasan.
7. Maka saya mencadangkan agar BERSIH 4.0 ini direalisasikan melalui format baru pula iaitu Duduk dan Debat. Sekali lagi saya cadangkan panelnya ialah terdiri dari Presiden PAS Yb. Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dengan YAB Presiden UMNO Datuk Seri Hj Najib Tun Abdul Razak. Seluruh rakyat dikerah hadir secara aman untuk berhimpun di Dataran Merdeka.
8. Saya menegaskan demikian melalui cadangan Duduk dan Debat adalah sesuai dengan iklim politik baru yang hendak kita bawa iaitu berteraskan kekuatan hujjah bukan hujjah kekuatan. Saya harap pihak kerajaan dapat menerima cadangan ini dengan baik dan terbuka jika mereka juga benar mahukan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan pula aktiviti itu berlangsung dalam suasana aman.
9. Ia pastinya akan menjadi rekod sejarah. Masa depan negara akan dibentuk dan dibina melalui kerajaan yang bakal dipilih oleh rakyat melalui penerimaan terhadap hujjah yang dikemukakan, bukan sokongan yang dipaksa dengan cota, tear gas dan air kimia.
10. Iklim politik baru mesti dibina segera oleh kedua - dua parti kompenan besar negara iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Politik berteraskan hujjah dan hikmah. Bukan politik tangkap dan belasah. Sebaliknya jua ke arah politik rasional, lapang dada dan kasih sayang tanpa permusuhan dan kebencian sesama agama dan bangsa yang ditanam melalui provokasi dan doktrinisasi yang negatif.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 comments:
Post a Comment