Friday, October 28, 2011

KEWAJIPAN PENGAJIAN DAN BERPERSATUAN YANG CUBA DIPISAHKAN



Mesir tiba-tiba kecoh dengan isu golongan yang cuba memisahkan pengajian dengan persatuan. Tohmahan dahsyat ini terhadap sebahagian kepimpinan mahasiswa/wi Mesir bakal menggembirakan golongan sekularisme yang sering menanti kejayaan perancangan jahat mereka.

Mereka melemparkan tuduhan karut yang kononnya pihak persatuan menghalang dan memulau pengajian. Bagi mereka, persatuan hanyalah penghalang dan penyebab kepada kegagalan mahasiswa/wi Mesir.

Namun apa yang paling pelik, kenapa golongan terbabit hanya mahu menjadi hero “menegur” kepimpinan mahasiswa/wi Mesir, tetapi seolah-olah membisu dan memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap kesalahan para pegawai yang secara terang-terangan menindas hak mahasiswa dan banyak lagi.

Mana bantuan dan suara mereka untuk mempertahankan hak dan maruah mahasiswa/wi. Mana tenaga mereka di saat terlalu banyak amanah dan bebanan yang hanya dilonggokkan terhadap segelintir golongan yang sentiasa penat membantu menjaga dan menguruskan persatuan.

Banyak keraguan yang timbul akibat perbuatan mereka. Moga kita sentiasa bersama mengisi kekurangan bersama.Kesimpulannya, berpersatuan dan pengajian merupakan kewajipan yang tidak mungkin dipisahkan.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir