Sejarah pembatalan penggunaan
ACC oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) yang kini dikenali dengan
Education Malaysia Egypt (EME) tidak pernah dilupakan oleh semua pihak. Dengan
hanya sekeping surat fitnah, menuduh
PMRAM sebagai ejen pembangkang di Mesir adalah suatu tindakan yang melampau dan
tidak bertamadun.
Dewan yang sepatutnya menjadi
tempat majlis pengajian hadis terpaksa dibatalkan penggunaannya akibat surat
fitnah tersebut. Isu ini turut membongkarkan penipuan Pengarah JPMK ketika itu,
Prof. Madya Dr. Jamil bin Hashim yang sering menafikan penglibatan beliau
terhadap penghantaran surat tersebut. Akibat desakan dan tekanan yang
diberikan, akhirnya beliau tunduk dan mengaku bahawa penghantaran tersebut
adalah daripadap beliau atas arahan pihak atasan.
”PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan
kecewa di atas tindakan pengarah JPMK menghantar surat bagi membatalkan
penggunaan dewan Azhar Conference Centre (ACC). Bagi PMRAM, tindakan ini
merupakan tindakan yang tidak professional, menghalang perkembangan majlis ilmu
bahkan bersifat menghina para alim ulamak yang dijemput hadir. Tuduhan dalam
surat yang menyatakan PMRAM menganjurkan konvokesyen dan cenderung kepada
pembangkang merupakan tuduhan yang berat tanpa sebarang asas yang kukuh.
Tuduhan tersebut merupakan provokasi keterlaluan yang boleh menimbulkan salah
faham antara PMRAM dan Al-Azhar.”
- Shahrizan
bin Mohd. Hazime
Pemangku Presiden PMRAM 2009
Pemangku Presiden PMRAM 2009
Setelah hampir dua tahun berlalu, kini penggunaan
dewan ACC sekali lagi menjadi perhatian
. Setelah kebenaran penggunaan dewan
diberikan, ramai pihak ternanti-nanti apakah masih ada tindakan bodoh dan tidak
bertamadun daripada pihak luar.
Isu salah laku dan sikap yang tidak professional oleh warga
pegawai EM masih hangat diperkatakan. Isu tindakan dan sikap Khairi Jalalludin
seolah-olah dipandang sepi oleh Pengarah EM yang baru, Prof. Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj.
Safei.Semakin banyak masalah mendatang semakin menjadikan kita mengenali siapa
dalang yang sepatutnya ditentang.
0 comments:
Post a Comment