Tuesday, November 1, 2011

K.J MENCEMARI MAJLIS DELEGASI PERAK BERSAMA ANAK PERAK MESIR

     (Gambar : Kiri sekali Khairi Jalalludin @ KJ, 5 dari kiri Abdul Muhaimin,
        pegawai Perak bersama kumpulan bola UMNO Mesir)


Khairi Jalalludin @ KJ, pegawai yang cukup membengangkan Mahasiswa/wi Mesir. Isu KJ dan UMNO serta cubaan menjatuhkan semua pihak yang dianggap menganggu UMNO cukup mengggemparkan. Maklumat dan tindakan keji beliau telah dibocorkan bertalu-talu di laman sosial FB, KJ Bocor.

Pada 28 Oktober baru-baru ini, setelah sekian lama dimalukan dan ditentang habis-habisan, KJ tiba-tiba muncul di Rumah Perak lama H.7. Kemunculan beliau di dalam majlis anak-anak Perak bersama sebahagian delegasi Perak cukup menampakkan sikap tak tahu malu atas segala perbuatan jijik dan keji beliau.

Ramai pihak berkeyakinan kehadiran beliau mungkin atas jemputan dan makluman Pegawai HEP Perak, Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang sememangnya UMNO dan cukup setia dengan KJ walau sejijik manapun tindakan KJ. Kehadiran KJ kali ini bakal membuatkan ramai pihak bertambah benci dan meluat terhadap beliau.

Pastinya kehadiran KJ kali ini juga bertujuan bagi membersihkan najis-najis yang sudah terpalit akibat tindakan bodoh dan jahat beliau terhadap ramai pihak. Sikap Education Malaysia Egypt (EME) yang masih membisu mengenai isu KJ amat membingungkan. Walaupun telah bertukar tampuk kepimpinan, namun sikap EME yang seolah-olah  tunduk “menyembah” UMNO masih wujud hingga kini.  

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir