Umno guna NGO jawab isu satukan Melayu
SHAH ALAM – Umno mengakui
menggunakan sumbangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjawab
isu-isu semasa dibangkitkan oleh pihak pembangkang, yang antara lain dilihat
akan membantu menyatupadukan orang Melayu.
Setiausaha Agungnya, Datuk
Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu diambil oleh pihak
berkenaan bagi menyatakan sokongan kepada parti teras Barisan Nasional (BN) itu
selain berperanan membantu menyatupadukan orang Melayu.
Justeru kata beliau, pihaknya
tiada pilihan bagi mengelakkan orang Melayu sudah hilang berkuasa dan baru mahu
memperbaiki kedudukan dengan mendapatkan bantuan NGO.
“Saya bimbang jangan sampai
kita tersepit baru hendak bersatu.
“Sekiranya kita sudah
hilang kuasa baru hendak bersatu itu bermakna kita sudah terlambat dan ketika
itu, apa yang hendak kita lakukan adalah terlambat kerana orang lain sudah
berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pejabatnya.
Ketika ditanya mengapa
pihak Umno sendiri tidak mengambil inisiatif untuk menjawab isu berkenaan,
beliau yang juga Setiausaha Agung BN berkata, dari pihaknya beliau sudah mula
menjawab jika ditanya.
Kebergantungan Umno ke atas
NGO dilihat ketara selepas PRU12 empat tahun lalu.
“Kita ada ramai orang dalam
parti, ada yang dalam parti yang tidak suka bercakap, ada yang tidak faham, ada
yang tidak tahu dan inilah masalahnya, jadi kita terpaksa guna orang-orang
tertentu untuk memberikan jawapan.
“Kadang-kala saya kasihan
melihat hanya perdana menteri dan timbalannya yang terpaksa menjawab. Kalau
bagi dekat saya, saya mesti jawab,” jelas beliau lagi.
Sementara itu, mengulas
mengenai amaran Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa
Barisan Nasional (BN) berdepan dengan sekurang-kurangnya tujuh isu utama yang
menjadi agenda pembangkang bagi memenangi hati rakyat dalam Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini sebagai isu basi.
Minggu lalu, Rais yang juga
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, antara isu utama
bakal dimainkan adalah kenaikan harga barang dan petrol.
“Isu royalti minyak di
Kelantan turut jadi bahan kempen mereka. Tidak terkecuali, isu kerakyatan di
Sabah dan Sarawak yang turut dipolitikkan,” katanya.
Menurut Tengku Adnan, isu
yang ingin dibawa oleh pihak pembangkang disebabkan mereka tidak mempunyai isu
lain dan kerana mereka dilihat suka menyerang peribadi seseorang.
“Bagaimana mereka boleh
memastikan harga barang tidak naik? Harga barang ditentukan oleh dunia bukan
kita. Pembangkang hanya pandai bercakap tetapi bila dilaksanakan nanti rakyat
juga akan menerima kesan.
“Sudah berapa banyak
kerajaan sudah subsidi dan rakyat sepatutnya bijak menguruskan kehidupan
seharian dengan membuat pilihan dengan bijak. Jangan mudah terpengaruh dengan
sesuatu perkara,” katanya.
2 comments:
Dearest Esteems,
We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.
Contact Dr. James Eric Firm via
Email: fastloanoffer34@gmail.com
Best Regards,
Dr. James Eric.
Executive Investment
Consultant./Mediator/Facilitator
Kemarau kewangan saya berakhir pada bulan ini apabila saya fikir semuanya adalah urusan perniagaan dengan beberapa rakan saya di Kuala Lumpur beberapa bulan yang lalu perniagaan yang bernilai beberapa Rm785.000.00 yang keuntungannya sudah cukup untuk kita semua untuk berkongsi keuntungan tetapi akibat kegagalan perniagaan, kita semua mendapati bahawa kita mempunyai masalah kewangan yang sangat besar kerana saya tidak mempunyai wang untuk bergantung pada ketika perniagaan gagal kerana saya melabur semua saya dengan saya pada perniagaan jadi saya berada di sangat sangat maaf jadi saya terpaksa mencari bantuan kewangan saya sebenarnya telah ditolak oleh beberapa bank sebagai hasil dari kadar pinjaman mereka dan juga syarat mereka jadi saya terpaksa melalui beberapa blog sehingga saya datang menghadapi dengan Iklan Syarikat Ibu. saya menghubungi Ibu dengan segera selepas melalui beberapa proses yang sangat fleksibel permintaan pinjaman saya sebanyak Rm440.000.00 telah diluluskan oleh pihak pengurusan dan pada keesokannya Lembaga Pengurusan Peminjaman Pinjaman dikreditkan saya tanpa menangguhkan berkat ini dari ibu yang dapat menyelamatkan anda hari ini dari apa-apa embarrazement kewangan anda menjadi ibu hubungi Ibu sekarang untuk pinjaman anda yang berubah e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
ISKANDAR LESTARI LOAN COMPANY "ISKANDAR LENDERS"
[[[[Berikut adalah data peribadi saya]]]]
Country::::::Malaysia
Name::::::::Hafizul Bin Haziq
email::hafizulbin365@gmail.com
Telephone Number:[+60]1123759663
WhatsApp Number::::::::[+60]1123759663
e_mail:[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
Post a Comment