Friday, September 16, 2011

ISA Dah Dimansuhkan, KJ Tunggu Giliran 'Dimansuhkan'



Rakyat Malaysia kini sedang dalam keadaan lega dan gembira apabila Perdana Menteri, Dato Seri Najib mengumumkan pemansuhan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) malam tadi.

Ia merupakan satu tindakan yang baik bagi memastikan imej kerajaan dalam keadaan baik dan diterima masyarakat umum.

Mungkin berita ini merupakan berita mukaddimah sebelum berita susulan iaitu 'pemansuhan' KJ di Mesir bagi memastikan imej negara baik di kalangan mahasiswa/wi di Mesir. 

KJ yang menjadi liabiliti kepada EME dan KPT Malaysia kini jelas tertekan apabila kerja-kerja jahat yang dilakukannya semakin berani dipertikaikan oleh mahasiswa/wi berbanding dahulu hanya kepimpinan mahasiswa/wi sahaja.

Berita pemansuhan ISA menggambarkan kepada mahasiswa/wi semua bahawa kerajaan sekarang sudah memulakan tindakan drastik untuk menjaga imej. 

Namun, imej kerajaan Malaysia tetap tercalar sekiranya KJ dibiarkan di Mesir sebagai pegawai yang melanggar etika dan menjadi pencaci parti.

Imej kakitangan seorang pegawai kini menjadi satu persepsi yang sangat buruk ekoran sikap KJ yang tidak bertanggungjawab dan'muka tempayan' terhadap kes-kes yang dilakukan.

Apa yang pasti, mahasiswa/wi kini sangat mengharapkan KJ 'dimansuhkan' dari bumi Mesir kerana semakin banyak kezaliman yang dilakukan semakin buruk imej kerajaan Malaysia.

Jelas, KJ sebagai liabiliti kerajaan.

ISA dah pun dimansuhkan, sekarang giliran KJ pula untuk 'dimansuhkan'.

1 comments:

mcm ni rupanya perangai bakal2 ulama'2 azhari...mengadu domba, fitnah dan lain2...gelap masa depan ummah di Malaysia apabila mereka yg belajar agama xberamal dengannya

Post a Comment

TV Media Mesir