Sunday, August 14, 2011

Pengurusan Haprak En. Khairi Jalaludin

Isu mahasiswa di Mesir yang berlaku baru-baru ini tidak senyap begitu sahaja. Timbul pula isu baru berkaitan pengurusan KJ.

FB Kak limah telah mendedahkan pelbagai kejahatan yang telah dilakukan oleh en.KJ. Antara tugas utama KJ adalah untuk memastikan semua pelajar di Mesir akan menyokong UMNO.

KJ terlalu sibuk untuk mengUMNOkan orang sampai terabai kerja utama dia selaku Atase Pendidikan. KPT (kementerian Pengajian Tinggi) melantik beliau untuk menjalankan tugas selaku pegawai yang menguruskan kemasukan pelajar ke universiti-universiti di Mesir ini. malang sekali tugasan utama beliau terbengkalai dan menyusahkan orang lain.

Isu terbaru berkaitan pengurusan pegawai "haprak" ini telah terbongkar apabila seorang mahasiswi Universiti Ain Shams bernama Hanisah Hashim mendedahkan kelalaian KJ dalam mengurus kemasukan beliau ke tempat pengajian beliau.

Saudari hanisah telah menerima surat "Pemakluman Kemasukan Ke Universiti di Mesir" dari pihak KPT yang bertarikh pada 8 disember 2009. Surat tersebut telah mengesahkan bahawa beliau sudah mendapat tempat di Universiti Ain Shams dan akan memulakan pengajian pada sesi 2009/2010.


surat pemakluman kemasukan universiti. (salinan 1)


surat pemakluman kemasukan universiti. (salinan 2) 

Saudari hanisah telah mengalami beberapa masalah sehingga terpaksa memohon untuk menagguhkan pengajiannya. Permohonan beliau telah dihantar kepada KJ untuk diuruskan dan dimaklumkan kepada pihak Pejabat Pelajar Luar (wafidin) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

Pihak KPT telah memberi jawapan balas kepada saudari hanisah terhadap permohonan tersebut dan menyatakan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir telah bersetuju untuk membenarkan penangguhan pendaftaran bagi sesi 2009/2010.


surat penangguhan pendaftaran (16 julai 2010) 



Namun malang sekali, KJ telah menipu pihak KPT dengan memaklumkan bahawa permohonan penangguhan tersebut telah diluluskan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

Ini terbukti apabila pihak universiti mengesahkan bahawa status pengajian hanisah adalah mengulang tahun "repeat year" bukan sebagai pelajar baru sesi 2010/2011. Status pengajian ini menyebabkan beliau terpaksa menanggung sendiri kos yuran yang berganda sebanyak GBP 3000 bersamaan LE 30,000 (RM 15,000).

Rentetan dari bebanan yuran yang tidak mampu dijelaskan, saudari hanisah tidak dibenarkan untuk mengambil slip keputusan peperiksaan sesi 2010/2011.


pengesahan status pengajian "repeat year" saudari hanisah dari pihak universiti.


"financial slip" yang perlu dijelaskan berjumlah GBP 3000 / RM 15,000.


Isu ini jelas menunjukkan pengurusan haprak KJ yang telah menipu pihak KPT dan menyusahkan banyak pihak. Mahasiswa sedar menyarankan agar pihak KPT menyiasat maklumat yang telah diberikan oleh pegawai ini dan memilih pegawai yang profesional untuk menjalankan amanah tugasan. En Khairi Jalaludin perlu dipanggil pulang dan menamatkan perkhidmatannya di Mesir.

Kerana terlalu sibuk dengan tugasan parti, kerja utama selaku Atase terbengkalai.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir