ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Tuesday, March 20, 2012

DEWAN PEMUDA PAS TAWARKAN KHIDMAT PEGUAM..JOM SAMAN KERAJAAN !!


Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Malaysia
PM cuba mesra mahasiswa, Ahmad Said ?
26 Rabi'u al-Akhir 1433 bersamaan 19 Mac 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat terkilan dengan tindakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menarik balik membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) ke atas 6 pelajar lelaki setelah didapati terlibat dalam demostrasi BERSIH 2.0 di Mesir.
Tindakan ini dilihat sebagai satu tindakan yang bercanggah dengan pendekatan yang dibuat oleh Dato' Seri Najib yang cuba mesra mahasiswa dengan merombak semula Akta Universiti dan Kolej Universiti. Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat pembatalan bantuan ke atas mahasiswa terbabit adalah hasil daripada semangat AUKU di dalam diri Menteri Besar Terengganu yang cuba mengawal mahasiswa agar menjadi "pak turut" beliau sahaja.
Sekiranya indikator pembatalan bantuan oleh Menteri Besar Terengganu itu ke atas 6 pelajar tadi hanya kerana mereka memakai pakaian kuning dan memegang bendera Terengganu, Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan ianya sebagai satu agenda politik daripada Menteri Besar Terengganu untuk mencantas mahasiswa luar negara daripada memiliki pemikiran yang berkembang maju.
Ternyata sebagai seorang Menteri Besar, beliau tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah. Beliau mendakwa himpunan pelajar tersebut adalah bermotifkan politik sedangkan pelajar-pelajar terbabit berkumpul hanya demi untuk memastikan negara yang bakal mereka curahkan bakti dan suci dan bersih dari segala kekotoran rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengingatkan kepada Datuk Seri Ahmad Said supaya jangan hanya pandai menjadi kerajaan yang hanya tahu meminta itu dan ini daripada mahasiswa tetapi tidak pula pandai menjadi pendengar kepada nasihat dan cadangan mereka. Jangan hanya tahu menyuruh mereka pulang berkhidmat tetapi apabila mereka lontarkan pandangan, pandangan tersebut dibakul sampahkan tanpa dinilai baik dan buruknya.
Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah tindakan Datuk Seri Ahmad Said ke atas 6 mahasiswa ini. Tindakan kuno yang bersifat autokrasi yang menggunakan kuasa supaya mereka patuh dan buat apa sahaja yang diinginkan ini perlu dibanteras. Cara-cara seperti ini tidak lagi akan menghalang kebangkitan anak muda untuk membubar kerajaan korup UMNO-BN.
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia DPPM sedia menawarkan khidmat guaman kepada 6 mahasiswa yang dianiyai oleh Menteri Besar mereka. Dewan Pemuda PAS Malaysia menegaskan, inilah salah satu bukti yang menyatakan bahawa kerajaan UMNO-BN gentar dan takut menghadapi suara kebenaran anak muda. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru kepada sekalian anak muda agar terus bangkit dan mendesak sehingga kerajaan korup UMNO-BN ini dapat ditumbangkan dalam PRU 13.

Disediakan oleh ;
Dr Raja Ahmad al-Hiss
Naib Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia




Thursday, March 15, 2012

MAHASIAWA PERAK DI TIMPA MUSIBAH : E.M.E ABAI KEBAJIKAN, PEGAWAI PERAK HILANG PULANG KE MALAYSIA


Terkejut dan hati berbaur sedih apabila tersebar berita mengenai kejadian yang menimpa seorang Mahasiswa perak di Mesir.Abdul Aziz bin Abdullah telah mengalami kecederaan akibat jatuh daripada tingkat atas sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan berhadapan rumah anak-anak perak di Mesir.

Kejadian tersebut menyebabkan tulang di bahagian  belakang leher beliau patah dan sebahagian tubuh badan beliau tidak berfungsi.Beliau yang kini di rawat di Hospital Ain Syams telah menjalani pembedahan dan rawatan yang mungkin menelan kos mencecah LE 25,000.00

Apa yang lebih menyedihkan ialah sikap Education Malaysia Egypt (E.M.E) yang dilihat cukup lembab dan cukup zalim apabila tidak memberikan sebarang bantuan kewangan malah membebankan kos tersebut terhadap pihak lain. (gambar kiri : Muhaimin) Persoalan yang paling utama, dimanakah slogan kebajikan yang selama ini di nyalak-nyalakkan oleh E.M.E. Apakah E.M.E masih meneruskan tradisi bermusuhan dengan pelajar ? Apakah memang menjadi polisi kerja E.M.E untuk sentiasa bermusuh dan berdendam dengan pelajar ?

Sikap pegawai Perak, Abdul Muhaimin yang pulang ke Malaysia tanpa pengetahuan pelajar cukup dikesali. Dahulu, ketika kes kematian yang menimpa salah seorang pelajar Perak, beliau turut berada di Malaysia tanpa makluman dan pengetahuan pelajar. Sikap bodoh dan zalim Maha Firaun yang ditunjukkan oleh beliau sebenarnya mampu menambahkan rasa dendam dan benci terhadap beliau.

Persoalan sikap dan etika kerja para pegawai yang berada di Mesir sewajarnya mendapat perhatian serius dari Kerajaan Malaysia.Mungkin faktor pegawai bawahan seperti Muhaimin dan pegawai di E.M.E adalah punca utama yang bakal menumbangkan Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN.

Sikap pegawai E.M.E yang mengabaikan tanggunjawab kebajikan terhadap pelajar bakal menjadi sebab yang cukup kuat bagi para pelajar di Mesir untuk terus membenci dan meluat dengan E.M.

Malah sikap buruk pegawai perak yang masih bekerja secara bodoh dan bingung juga bakal menjadi sebab utama permusuhan anak-anak perak Mesir dengan beliau berterusan hingga kepulangan beliau. Pegawai jahanam!!




Monday, March 12, 2012

PENARIKAN PINJAMAN MAHASISWA TERENGGANU: PERTEMUAN DENGAN KEDUTAAN


MOHANDESSINE, 11 Mac – Wakil saf Kepimpinan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT Mesir) sesi 2011/2012 dan Wakil Badan Pengurus PMRAM telah mengadakan pertemuan dua hala dengan wakil Kedutaan mengenai isu penamatan pinjaman Yayasan Terengganu (YT) di pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Pertemuan yang diketuai oleh Yang Dipertua KPT Mesir sesi 2011/12, saudara Mohd Zahani bin Abdul Ghani bersama AJKT Abdullah Amir bin Mohd Zabudin, Ahmad Shahrir bin Alias dan wakil PMRAM, saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi (BP Angkat PMRAM Cawangan Terengganu). Manakala Encik Mohd Izwan Nuzaihan bin Jamil sebagai wakil Kedutaan yang menggantikan Encik Saiful Anuar bin Muhammad.


Pertemuan dua hala yang berlangsung itu bermula pada jam 11.40 pagi dipengerusikan oleh YDP KPT Mesir dengan al- Fatihah dan sedikit ta’aruf . Seterusnya, majlis diteruskan dengan perbincangan Isu 9 Mahasiswa Terengganu yang ditamatkan pinjaman YT.

Dalam masa yang sama, kehadiran suara KPT Mesir dan wakil PMRAM juga ingin mendapatkan sokongan daripada KBMK terhadap isu 9 mahasiswa Terengganu supaya disambung semula pinjaman YT. Selain itu, YDP KPT Mesir dan BP PMRAM menegaskan “Perkara ini perlu diselesaikan dengan kadar yang segera memandangkan masalah kewangan mahasiswa Terengganu yang terbantut bagi meneruskan pembelajaran di Mesir ini”.

Tambahan lagi, tindakan KPT Mesir yang telah dibuat dan berjalan, antaranya:
a) Perjumpaan dan respon dengan 9 mahasiswa terbabit terhadap surat diterima.
b) Solat hajat seluruh PMRAM Cawangan dan kutipan derma.
c) Menghantar surat rayuan kepada YT dan terus berhubung.
d) Hubungan diplomasi dengan pihak berwajib .


Selain itu, Encik Izwan akan panjangkan perkara ini kepada TYT Dato’ Duta dan akan memberitahu semula KPT Mesir tentang respon perkara ini dalam masa 2 hari selepas ini.
Majlis diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada wakil kedutaan yang sudi menerima suara mahasiswa Islam PMRAM Cawangan Terengganu kali ini dan ditutup dengan tasbih Kafarah dan surah al-Asr.

http://www.infokpt.com/v3/2012/03/12/pertemuan-dengan-kedutaan-mengenai-isu-9-mahasiswa-dikenakan-penamatan-pinjaman-yayasan-terengganu-yt/

PENARIKAN PINJAMAN MAHASISWA TERENGGANU: KENYATAAN RASMI PMRAM


Melihat kepada isu pencabulan hak mahasiswa yang berlaku ke atas 9 mahasiswa Terengganu yang ditamatkan pinjaman oleh Yayasan Terengganu kerana terlibat dalam himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 yang lalu, pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) menyifatkan bahawa tindakan yang diambil oleh pihak Yayasan Terengganu adalah tidak wajar dan mencabuli hak mahasiswa.

PMRAM bersimpati ke atas 9 mahasiswa Terengganu tersebut dan menganggap ia merupakan isu integriti mahasiswa yang dicabuli dan mesti dipertahankan oleh semua mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesir terutamanya. Isu yang berlaku ini menunjukkan bahawa mahasiswa/wi Malaysia seolah-olah dikongkong oleh 'AUKU' secara tidak langsung kerana alasan penamatan pinjaman ke atas 9 mahasiswa Terengganu tersebut adalah tidak kukuh dan relevan.

Tindakan penamatan pinjaman yang diambil oleh Yayasan Terengganu hanya akan menimbulkan persoalan oleh masyarakat terhadap kredibiliti pengurusan Yayasan Terengganu. Hal ini demikian kerana, menamatkan pinjaman hanya akan menggelapkan masa depan mahasiswa dalam melanjutkan pengajian mereka terutama pengajian perubatan ekoran yuran yang tinggi. Secara kasarnya, PMRAM melihat tindakan ini merupakan ugutan oleh pihak-pihak tertentu dalam menyekat kebebasan mahasiswa dalam mencapai ke arah kematangan dan kebebasan bersuara.

Justeru, PMRAM mendesak agar Yayasan Terengganu agar menilai semula tindakan yang telah diambil serta menyambung semula pinjaman kepada sembilan mahasiswa Terengganu tersebut. PMRAM juga menyeru agar semua mahasiswa dan mahasiswi Islam Malaysia samada pengajian Islam dan perubatan agar bersama-sama dalam isu ini kerana ia merupakan kebersamaan kita atas dasar mahasiswa
Muhamad Zuhaili Saiman

Wednesday, March 7, 2012

KEDUTAAN DAN PEGAWAI SIBUK DENGAN UMNO, BANYAK MASALAH TAK SELESAI..




(2 gambar atas : Dato' Duta bersama Kelab UMNO Mesir)
(2 gambar bawah : Kanan, En Anuar Idris pegawai melaka di Program Futsal UMNO Mesir. Kiri Khairi membersihkan pejabat UMNO Mesir)


KUALA LUMPUR, 7 Mac: Pelajar Malaysia yang dirompak dan ditetak kepalanya baru-baru ini tidak dipeduli oleh polis Mesir, malah polis Mesir tidak mengambil sebarang tindakan terhadap perompak  yang berjaya ditangkap.


Muhammad Afnan Elias (gambar) dirompak dan ditetak kepalanya sebanyak empat kali oleh tiga pemuda Mesir.
Kejadian itu berlaku pada jam 8 malam sewaktu beliau bersama seorang kawan  dalam perjalanan  pulang ke Asrama Pelajar-pelajar Melayu di Hayyu Sabek, Kaherah.

 
Sudah tiga minggu tidak ada tindakan dari pihak polis Mesir berkenaan kes ini, malah polis Mesir sengaja membebaskan perompak (kiri)tersebut, walaupun perompak tersebut tertangkap bersama dengan bahan bukti iaitu sebilah parang, hanset dan dompetnya (kanan).Perompak itu dibebaskan oleh polis  tanpa pengetahuan Kedutaan Malaysia.


Lebih menyedihkan lagi, apabila mengetahui perompak tersebut dibebaskan, tiada tindakan serius daripada pihak Kedutaan Malaysia berkenaan kes itu, seolah-olah pihak Kedutaan Malaysia yang dilantik tidak mampu memberi kebajikan kepada rakyat Malaysia di Mesir dan membiarkan rakyat Malaysia berada dalam keadaan takut.

Justeru, para pelajar Malaysia di Mesir berharap agar pihak Kedutaan Malaysia dan Kerajaan Malaysia menjalankan tanggungjawab  terhadap kes rompakan yang sering berlaku kepada pelajar-pelajar Malaysia kebelakangan ini.


“Kami mendesak pihak Kedutaan Malaysia di Mesir mengambil tindakan yang serius supaya kes ini dapat dibawa ke muka pengadilan,” tulis seorang pelajar di dalam emel kepada Harakahdaily.
Isu itu pernah disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia pada 18 Februari lalu bahagian jenayah.


Monday, March 5, 2012

MUNAJAT ANAK-ANAK TERENGGANU YANG DIZALIMI


KAHERAH, 1 Mac– Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi 2011/2012 di bawah seliaan Biro & Unit Dakwah KPT Mesir telah mengadakan ‘Tazkirah Jemputan & Munajat Qalbiah’ di Surau Darul Iman, Hayyu ‘Asyir.
Majlis dimulai dengan solat Isya’ berjemaah dan Solat Hajat bagi 9 mangsa penarikan pinjaman Yayasan Terengganu yang telah diambil tindakan oleh pihak Yayasan Terengganu (YT), Malaysia baru-baru ini. 7 daripada mereka ialah mahasiswa Pengajian Islam dan 2 mahasiswa Perubatan.
Seterusnya, Tazkirah Jemputan disampaikan oleh ustaz Che Ku Omar bin Che Ku Mahmud yang merupakan ahli KPT Mesir dan tenaga pengajar di Maahad Darul Quran, Mesir.
Ujian yang kita hadapi sekarang dengan Isu Penarikan Pinjaman YT ini adalah ujian yang kecil jika dibandingkan dengan para sahabat Nabi SAW yang terdahulu dan perkara ini tetap akan berulang sebagaimana sejarah dan Sirah. Pada tahun saya, telah ada 14 mahasiswa yang ditarik Pinjaman YT dan ini bukanlah perkara yang baru. Cumanya, Semakin kita ditekan semakin kita kuat” katanya.
Disamping kesungguhan dan tekun menuntut ilmu, kita tidak lupa dan alpa dengan amanah dan tanggungjawab serta tautan ukhuwah dalam kehidupan seharian” ujarnya.

Justeru itu, elemen yang terpenting untuk kemenangan Islam adalah kesatuan kita disini, PMRAM dan KPT dengan pengorbanan yang perlu kita contohi dan dihayati dalam diri kita semua.

Demi mencapai dan merealisasikan matlamat membina Kerajaan Islam, setiap mahasiswa/wi perlu memainkan peranan masing-masing. Antaranya memelihara keperibadian Individu Muslim. Sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang digariskan dalam Islam perlu diamalkan dalam diri mahasiswa Islam. Seterusnya membina Bait Muslim yang merupakan tulang belakang dalam mendokong pejuang-pejuang Islam. Sehingga membina Masyarakat Muslim demi memelihara dan mengekalkan biah oleh generasi terdahulu.
Tabung Derma Syria di bawah selian Biro Kebajikan KPT Mesir sesi 2011/2012 turut disediakan dan diteruskan Munajat Qalbiah pada jam 4.00 pagi dengan zikir munajat dan qiamullai. Program berakhir kira-kira 5.00 pagi.
KPT Mesir mengharapkan seluruh mahasiswa Islam agar prihatin dan cakna dengan isu semasa yang berlaku di Syria dan isu umat Islam seakidah pada hari ini dan juga penamatan Pinjaman Yayasan Terengganu supaya kelangsungan dakwah Islam tidak hanya di halaqah-halaqah ilmu bahkan di medan perjuangan di bawah naungan PMRAM Cawangan Terengganu
“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERILMU & BERAMAL”
Disediakan oleh:
Abdul Mu’iz Bin Azhar
Ketua Biro Dakwah,
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir ,
Sesi 2011/2012

KRONOLOGI PENAMATAN PINJAMAN OLEH YAYASAN TERENGGANU (SIRI 2)


26 JULAI 2011
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad bin Said menyatakan kepada akhbar akan menarik balik tajaan YT kepada mahasiswa terlibat bersih pada 26 Julai 2011. Menurut beliau, 6 orang telah dikenal pasti.

Yayasan Terengganu juga telah memberi ugutan melalui akhbar tempatan untuk mengambil tindakan keatas mahasiswa tajaan YT yang menyertai bersih. 


27 JULAI 2011
Yang Dipertua (Keluarga Pelajar Terengganu) KPT Mesir, Saudara Mohd Riduan Abu Bakar menghubungi Encik Razali, Ketua Tajaan Yayasan Terengganu dan mendapati beberapa perkara:-

     1.    Yayasan Terengganu telah mengenalpasti sembilan orang yang terlibat dengan BERSIH.

        2.       Laporan berkenaan dihantar oleh pihak JPMK kepada YT.

      3.       YT berpandangan meletakkan gambar dan tag melalui facebook oleh mahasiswa seolah-olah mencabar YT.

       4.       YT akan menghantar surat tunjuk sebab kepada mahasiswa yang dikenal pasti.

28 JULAI 2011
Surat daripada pihak YT yang mengarahkan para pelajar tersebut menyerahkan surat tunjuk sebab dengan segera. Mereka diberi masa selama seminggu bagi menjelaskan sebab penglibatan dalam BERSIH 9.0 di Mesir.

 7 OGOS 2011     
Yang Dipertua KPT Mesir, Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar telah menegaskan bahawa isu mahasiswa Terengganu yang telah diberikan surat tunjuk sebab oleh pihak YT ekoran penglibatan Bersih telah mendapat perhatian daripada pihak KPT Mesir. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Dewan Darul Iman.

FEBRUARI 2012
Sembilan orang mahasiswa telah menerima surat dari pihak YT menyatakan penamatan perjanjian pinjaman YT berkuatkuasa serta merta melalui mesyuarat Lembaga Pemegang-pemegang Amanah YT yang bersidang pada 18 Disember 2011. Penamatan ini disebabkan melanggar peruntukan peraturan Fasal 2 Perjanjian Pelajaran Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu pada 9 Julain 2011 di Dataran Hayyu Asyirer, Kaherah.

TV Media Mesir