ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Saturday, April 7, 2012

ISMA SEPAKAT DENGAN UMNO, ISLAM TERSEKAT-SEKAT..



Ramai yang sudah tahu.Malas sebenarnya nak bercakap soal persatuan yamg sudah menjadi balaci dan penyokong tegar UMNO. Siapa yang tak kenal ISMA? ISMA yang memang cukup mesra dan sopan dengan UMNO. Tindakan ISMA tidak pernah dikenakan sebarang tindakan.

Penyertaan ISMA dalam BERSIH 2.0 di Mesir tidak dikenakan sebarang tindakan dan ugutan melampau seperti ahli-ahli persatuan lain. ISMA sudah cukup memberi bebanan kepada ISLAM untuk berkembang dengan subur di Malaysia. Bahkan di Mesir mereka juga dilihat lebih suka bermain dengan selamat, apabila dilihat begitu penakut dan kecut untuk menyatakan pendirian yang jelas terhadap isu dan salah laku pegawai yang tegar UMNO.(gambar kanan: Pemimpin ISMA bersama UMNO Mesir)

 ISMA bukan wasatiyyah, tetapi ISMA adalah sampah yang membusukkan wangian harum yang cuba disebarkan di bumi Mesir. Sikap mesra ISMA dengan UMNO boleh dilihat dalam semua penganjuran program-program ISMA yang mendapat sokongan dan tanpa gangguan daripada pegawai E.M.E yang bodoh.
 
ISMA memang bermusuh dengan PMRAM.PMRAM dilihat bertegas dalam isu agama dan jelas pendirian terhadap salah laku dan kebodohan pegawai di Mesir. Bukti sudah ada di depan mata. ISMA memang balaci UMNO!!
(atas: kenyataan KJ yang sokong ISMA Mesir)

Thursday, April 5, 2012

SUARA MESIR SOKONG BERSIH 3.0, TAHNIAH !


SUARA sokong BERSIH 3.0.-Presiden.
Gerakan Suara Rakyat (SUARA) hari ini menyatakan sokongan terhadap hasrat NGO Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang akan mengadakan himpunan Bersih 3.0 bagi menuntut reformasi dalam proses pilihan raya di negara kita. Pengerusinya kini,Datuk A Samad Said memaklumkan pada sidang media bahawa himpunan tersebut akan diadakan pada 28 April ini di Dataran Merdeka jam 2 petang.

SUARA melihat bahawa tindakan ini sangat selari dengan kandungan laporan minoriti yang ditolak oleh Dewan Rakyat semalam untuk dilampirkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC). Keputusan speaker yang tidak profesional bahkan dilihat berat sebelah semalam amat mengecewakan ahli MP Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu,kita juga digemparkan dengan kenyataan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang juga Naib Presiden PAS bahawa kedapatan 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti. Lebih mengejutkan agen ini dipercayai diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar. 

Hasil daripada pendedahan ini, SUARA yakin bahawa isu-isu berkait dengan daftar pemilih sebagaimana yang didedahkan oleh beberapa individu termasuk dikalangan pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini sebagai mengukuhkan konspirasi tersebut. Tambahan pula pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih enggan untuk membatalkan pendaftaran 42 ribu nama pemilih yang baharu kerana tidak didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Oleh yang demikian nama-nama tersebut telah menimbulkan keraguan apabila ia tiada sebarang maklumat di dalam JPN.

Sebagai peringatan kepada seluruh masyarakat mahasiswa Malaysia di Mesir SUARA ingin mengingatkan kembali kepada kalian terhadap apakah tuntutan sebenar menerusi BERSIH sehingga ke hari ini masih belum dilunasi oleh pihak kerajaan dan SPR. Terdapat 8 tuntutan yang digariskan oleh BERSIH untuk diambil perhatian oleh kerajaan dan SPR. Tuntutan-tuntutan tersebut adalah seperti berikut :

TUNTUTAN 1 : Bersihkan senarai Pengundi.
Senarai Daftar Pemilih dibersihkan sepanjang masa oleh SPR berdasarkan prosedur yang ditetapkan. Cara pembersihan antaranya seperti berikut:

Pembersihan dengan mengeluarkan nama mereka yang telah meninggal dunia daripada senarai pengundi
Pembersihan melibatkan alamat mengikut kad pengenalan. Mengikut undang-undang pendaftaran, seseorang yang tinggal di satu-satu tempat selama tiga bulan atau lebih, harus menukar alamat tempat tinggalnya menerusi JPN. Kemudian dimaklumkan kepada SPR sebab SPR hanya mendaftar pengundi mengikut alamat dalam kad pengenalan (MyKad). Isu “pengundi hantu” yang sering ditimbulkan pembangkang ada kaitan dengan kes tempat mengundi berbeza dengan alamat tempat tinggal mengikut MyKad.

TUNTUTAN 2 : Mereformasikan Undi Pos.
Jabatan Penerangan Malaysia Perlu kepada pindaan akta di Parlimen dan bukan melalui demonstrasi.

TUNTUTAN 3 : Guna Dakwat Kekal Dalam Pilihan Raya.
Jabatan Penerangan Malaysia Pada PRU yang akan datang, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik.

TUNTUTAN 4 : Akses Media Bebas & Adil.
Jabatan Penerangan Malaysia Kerajaan tidak sekat kebebasan untuk akses kepada mana-mana media selagi mana media tersebut mengikut undang-undang dan etika.

TUNTUTAN 5 : Tempoh Berkempen Sekurang-Kurangnya 21 Hari.
Jabatan Penerangan Malaysia Boleh mengundang suasana kurang sihat dan kos yang tinggi.

TUNTUTAN 6 : Kukuhkan Institusi Awam.
Jabatan Penerangan Malaysia Sedang dilakukan melalui Program Transformasi Kerajaan.

TUNTUTAN 7 : Hentikan Rasuah.
NKRA adalah di antara tindakan kerajaan bagi menghapuskan rasuah dan perlu disokong oleh semua pihak. Sebenarnya, SPR menjalin kerjasama bestari dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah pilihan raya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk kes jenayah dan kekecohan ketika kempen.

TUNTUTAN 8 : Hentikan Politik Kotor.
Kerajaan amat peka terhadap suasana ini tetapi sering menjadi mangsa politik kotor oleh pembangkang. Tuntutan bilangan 8 ini merupakan helah pembangkang yang sering menuduh tindakan menangkap mereka yang melakukan huru-hara sebagai permainan politik kotor kerajaan. Pembangkang sebenarnya tidak mahu mereka ditangkap pada Perhimpunan haram pada 9 Julai ini lalu tuntutan ini disenaraikan.

Sekali lagi SUARA menyatakan pendirian secara jelas menyokong penganjuran BERSIH 3.0 pada 28 April ini.

Presiden,
Gerakan Suara Rakyat (SUARA) 2012.


Sumber : http://suaraonline.wordpress.com/2012/04/05/suara-sokong-bersih-3-0-presiden/

Tuesday, April 3, 2012

BERSIH 3.0 : MESIR PERLU BERSEDIA, PERSETANKAN UGUTAN DAN TINDAKAN E.M.E @ DATO’ DUTA



Bersih 3.0 dijangka berlaku bulan ini, kata sumber

KUALA LUMPUR, 3 April — Bersih dijangka akan mengumumkan esok tarikh perhimpunan ketiganya untuk pilihan raya yang bersih dan adil, yang mana menurut sumber badan pemerhati pilihan raya itu akan berlaku hujung bulan ini.
Salah seorang jawatankuasa pemandu Bersih yang enggan mendedahkan identitinya berkata kepada The Malaysian Insider butiran berkenaan “Bersih 3.0” akan didedahkan sewaktu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH) di sini.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran walaupun laporan di Internet menyebut 28 April ini sebagai tarikh untuk perhimpunan berikutnya, dan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan tersebut.

Sumber lain yang dihubungi juga tidak mengesahkan dan menidakkan khabar angin tersebut, namun mengakui semalam bahawa kumpulan tersebut telah bergerak untuk menuntut perubahan pilihan raya yang lebih besar.
Perkara itu jelas sumber tersebut, berlaku akibat daripada kegagalan Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan pilihan raya (PSC) menyelesaikan isu pokok dan menunaikan tuntutan Bersih sebelum ini di samping pilihan raya yang bakal berlaku.
Sumber itu menambah, lebih banyak bukti penipuan sistem pilihan raya akan didedahkan, yang akan membuktikan PSC adalah sekadar hiasan pentadbiran Najib untuk menunjukkan keikhlasannya melaksanakan pembaharuan sistem pilihan raya.
“Kami telah menemui bukti penipuan sistem pilihan raya yang lebih banyak dan menimbulkan tanda tanya sama ada keseluruhan PSC itu hanyalah sekadar satu penipuan,” kata sumber berkenaan.
“Melalui perhimpunan, kamu boleh sebut saya tidak mengesahkan, atau menafikan perkara itu.
“Tapi apa yang saya boleh katakan adalah bukti penipuan tersebut adalah sangat jelas.”
Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.
Selepas enam bulan perbincangan, panel berkenaan telah menyiapkan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam.
Perbahasan berkenaan laporan itu dijadualkan berlangsung 11.30 pagi hari ini namun, Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap hasil laporan tersebut.
Selain itu, tiga ahli PR dalam PSC sejak minggu lalu sering mengkritik panel kerana dikatakan gagal menyelesaikan isu utama bagi membersihkan pilihan raya, terutamanya dakwaan kurangnya komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan sistem pilihan raya.
SPR, yang mana ahli PR telah berulangkali mendedahkan terdapatnya kehadiran 42,000 pengundi hantu di dalam daftar sistem mereka, namun mereka tidak bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tambahan lagi, mereka menyatakan suruhanjaya berkenaan gagal mengemukakan kaedah yang sesuai untuk membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk turut mengundi, walaupun telah didesak untuk dikemukakan dalam laporan interim PSC Disember lalu.
Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga, pada 18 Mac telah memberi amaran kepada Putrajaya kemungkinan berlakunya Bersih3.0, ekoran penambahbaikan pilihan raya sengaja dilambat-lambatkan dan penambahan pengundi secara mendadak di sesetengah kawasan Parlimen.
“Melihatkan kepada keadaan sekarang, kami tiada pilihan lain. Selain Bersih 3.0,” kata Ambiga kepada The Malaysian Insider.
“Sekiranya kerajaan tidak serius berkenaan penambahbaikan pilihan raya, biar rakyat jadikan perkara itu didengari,” tambahnya.
Pemimpin PR turut menyatakan sokongan mereka terhadap perhimpunan berkenaan kerana kerajaan gagal memenuhi tuntutan untuk pilihan raya yang lebih adil.
Ribuan rakyat Malaysia telah menyertai perhimpunan 9 Julai Bersih 2.0 yang kemudiannya menjadi ganas apabila polis melancarkan gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Situasi berkenaan menyaksikan 1,000 orang telah ditangkap termasuk sebelum perhimpunan berlangsung, dan Najib menerima kritikan daripada media antarabangsa.
Berdasarkan tekanan tersebut, kerajaan telah menjanjikan reformasi, yang mana turut melibatkan pembentukan PSC dan enakmen yang menerima kritikan hebat, Akta Perhimpunan Aman tahun lalu.

Monday, April 2, 2012

ANAK MENTERI KAYA RAYA, RAKYAT RAMAI YANG MERANA

Mungkin tulisan kali ini agak pelik, tapi cuba saudara perhatikan berita ini, pelajar Mesir merana diugut dan ditarik biasiswa untuk mengaji.Anak menteri pukul orang, kaki samseng, boleh buat suka hati, macam Negara Malaysia Bapak dia yang punya..


Perghh memang pelik la Negara Malaysia sekarang ni.Anak dia bermewah tahap raja, anak orang sampai sekarang hidup merempat merana tak cukup keperluan hidup.
  

Pengawal keselamatan dakwa diserang anak menteri
Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.

Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.

Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium teresebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatannya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku.


YAYASAN TERENGGANU MACAM BINATANG KERANA MB ''SAYANG" BINATANG

                                                                    Zoo dapat puluhan juta ringgit, pelajar...

Ramai kalangan telah melahirkan rasa terkejut dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Terengganu yang bertindak membatalkan serta-merta penajaan pendidikan di bawah Yayasan Terengganu (YT) kepada enam pelajar Terengganu yang sedang belajar di Mesir setelah mereka didapati bersalah terlibat dalam demostrasi ‘BERSIH' di Kota Kairo pada tahun lepas. 


Tindakan ini dilihat sebagai ‘tidak matang’ dan lebih bermotifkan campurtangan politik pemimpin Umno Terengganu sendiri.

Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bahawa keputusan untuk menarik balik tajaan ke atas pelajar berkenaan adalah kerana keenam-enam pelajar yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir itu didapati bersalah kerana terlibat dalam himpunan demostrasi, rentetan usaha untuk mendesak pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Bersih 2.0.

Beliau menyatakan bahawa kerajaan Terengganu telah meneliti dan selepas mengambil kira penglibatan mereka yang secara jelas telah dikatakan melanggar peraturan dan perjanjian pinjaman dengan kerajaan Terengganu di bawah Fasa 1 perjanjian iaitu;

(a) “mengambil apa jua bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan badan atau kumpulan orang iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat Lembaga adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau institusi pendidikan.”

Apa yang lebih pelik lagi apabila Ahmad Said berhujah bahawa tindakan pelajar yang terbabit dengan himpunan BERSIH itu sebagai ‘kegiatan yang tidak bermoral’ yang hingga akhirnya akan merugikan diri mereka sendiri kerana tidak berjaya menamatkan pengajian masing-masing dengan terlibat dalam himpunan BERSIH. Beliau selanjutnya dilaporkan berkata; “Kita hantar mereka (pelajar) ke Mesir untuk menuntut ilmu tetapi apa yang mereka lakukan adalah pergi berdemostrasi, berpolitik dan situasi ini tidak seharusnya berlaku”.

Bagi saya tindakan yang di ambil oleh kepimpinan Ahmad Said ini menyerlahkan lagi sifat beliau sebagai seorang Menteri Besar yang ‘kurang cerdik’, dan ‘kebudak-budakkan’ serta tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah yang baik. Tindakan ini juga jelas menyerlahkan sifat beliau yang terkenal dengan amalan politik dendam dan tidak selari dengan suara Mahasiswa dan anak muda yang mahukan perubahan.

Persoalannya,  Apakah Ahmad Said tahu apakah tujuan dan matlamat sebenar Himpunan BERSIH  2 itu? Ia adalah tuntutan dan suara rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum bagi mendapatkan hak mereka bagi mereformasikan sistem  pilihanraya dan demokrasi yang ‘tempang dan pincang’ agar ianya telus dan adil di negara kita. Ia juga adalah merupakan suara rakyat yang cintakan keadilan dan mahu kepada pembenterasan segala bentuk salahguna kuasa dan rasuah dalam negara kita. Apakah ini merupakan satu ‘kegiatan yang tidak bermoral’ yang telah dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut seperti tanggapan ‘cetek’ Ahmad Said?

Begitu juga dengan tuntutan media yang bebas dan adil. Sebagai contohnya, negara Myanmar yang di perintah oleh junta tentera kini telah membuka sedikit demi sedikit ruang kebebasan dalam bidang media. Semua parti dan ahli politik termasuk pembangkang kini mendapat layanan yang lebih baik dalam memaparkan aktiviti, menyampai pandangan, dan melapurkan  manifesto  masing-masing di akhbar, radio dan TV. 

Namun yang jelas di negara kita,  media arus perdana terus dikongkong walaupun kita telah merdeka lebih 50 tahun. Hak media arus perdana seolah-olah menjadi milik eksklusif kerajaan Umno/BN semata-mata. Rakyat semahu-mahunya terus ‘diperbodohkan’. 

Apa salahnya tuntutan rakyat mendapat akses media dengan adil dan bebas ini? Intipati dalam mana-mana amalan demokrasi ialah keadilan kepada rakyat mendapat maklumat dan memberi maklumat. Apakah tuntutan media yang bebas dan adil dari mahasiswa ini juga merupakan satu lagi ‘kegiatan yang tidak bermoral’ seperti tanggapan ‘cetek’ Ahmad Said?

Apakah Ahmad Said tidak peka bahawa selain dari ratusan ribu yang telah berhimpun di Kuala Lumpur, dalam himpunan aman Bersih 2.0. pada tahun lepas ia juga turut juga di sertai oleh ribuan pelajar-pelajar Malaysia di serata dunia termasuk di Kota London, Paris, New York, Melbourne, Hong Kong, Dubai, Qatar dan Jakarta. 

Saya yakin pelajar-pelajar ini semuanya berhimpun  dengan memakai baju kuning BERSIH hanya demi untuk memastikan negara yang bakal mereka curahkan bakti adalah suci dan bersih dari segala kekotoran penyelewengan, salahguna kuasa  dan rasuah.

Ya, sudah sampai masanya bagi mahasiswa dan anak muda Terengganu bangkit bagi menentang kezaliman yang dilakukan terhadap anak bangsa mereka sendiri. Kalaulah kepimpinan Ahmad Said boleh menjaga dan membelai gajah, harimau dan kera di Zoo Kemaman dengan peruntukan puluhan juta ringgit setiap tahun, maka apakah ini balasan kepada anak bangsa sendiri yang dianaiya dek kerana ’dendam politik’ yang sempit? Ayuh anak muda Terengganu bersama-sama membuat perubahan dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti bagi mengajar keangkuhan kepimpinan Ahmad Said.



AMBIGA KAFIR TOLONG ISLAM, UMNO ISLAM MENGHANCURKAN ISLAM


KUALA LUMPUR, 2 April: Delegasi Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) semalam bersama wakil Mahasiswa Yayasan Terengganu bersepakat untuk menghantar memorandum bantahan berhubung penarikan pinjaman 9 mahasiswa Terengganu yang kini menuntut di Mesir.

“Gempur telah menggariskan 4 tuntutan berkenaan isu ini dan bantahan ini dibuat kerana berlaku penindasan dan kezaliman serta ketidakadilan didalam keputusan Kerajaan Negeri Terengganu membatalkan pinjaman 9 mahasiswa ini,” kata Presiden Gempur, Syahmi Hazim Ithnin dalam satu kenyataan.

Katanya, antara tuntutan itu ialah Gempur menuntut agar tindakan membatalkan pinjaman terhadap sembilan mahasiswa terbabit ditarik semula serta merta dan menyambung semula pinjaman terbabit.

Tambahnya, Gempur juga menuntut agar kerajaan negeri Terengganu lebih profesional dalam membuat sebarang keputusan dengan memberikan prioriti kepada rakyat dan tuntutan rakyat marhaen serta mendengar segala keluhan rakyat bawahan.

Selain itu, ujarnya Gempur menuntut agar Yayasan Terengganu tidak dijadikan instrumen politik bagi mendiskriminasi rakyat yang tidak selari dengan agenda kerajaan negeri.

Beliau berkata, Yayasan Terengganu perlu menjadi badan pembela kepada seluruh lapisan rakyat selagimana mereka masih bergelar rakyat yang berasal dari Terengganu.

Justeru, Gempur memberi tempoh selama seminggu untuk Kerajaan Negeri Terengganu memberikan respons dan keputusan.

“Jika tidak kami akan terus mendesak dan mengumpulkan solidariti yang lebih ramai bagi membela nasib 9 mahasiswa Terengganu terbabit,” tegasnya.
Beliau turut memberitahu berhubung kjaian semalam yang mana di pintu hadapan Wisma Darul Iman, terdapat sedikit pertikaman lidah antara delegasi dan bahagian keselamatan wisma, akhirnya pihak wisma hanya membenarkan tiga orang wakil sahaja untuk naik bagi menghantar memorandum bantahan.

“Pihak kerajaan Negeri Terengganu telah mewakilkan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu untuk menerima memorandum bantahan meskipun pada awal kami telah menyatakan bahawa Gempur mahu menyerahkan memorandum bantahan hanya kepada Datuk Menteri Besar ataupun kepada Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu.

“Malangnya tuntutan kami tidak dilayan,” ujarnya lagi.

Akhirnya, kata beliau delegasi akur untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Penasihat Agama Menteri Besar meskipun Gempur mempertikaikan kapasiti kuasa dan bidang beliau untuk menerima memorandum.

Jelasnya, setelah penyerahan memorandum dilakukan, penasihat agama itu telah mempersoalkan berkenaan badan bukan kerajaan (NGO) Bersih dan telah mengeluarkan satu kenyataan yang menyerang keperibadian Pengerusi Bersih.

“Beliau menyatakan bahawa mereka ni (9 mahasiswa) itu pergi himpunan Bersih. Pengerusi Bersih adalah Datuk Ambiga, dia seorang kafir, dengan nada yang signikal dan pesimis, kirim salam kepada dia (Datuk Ambiga).
“Kami merasakan tindakan beliau adalah tidak wajar dan tidak professional apabila memainkan sentimen perkauman dan bersikap rasis jika dilihat status agamawan yang dipegang beliau,” kata Syahmi Hazim.

Beliau menambah, sikap biadap penasihat agama itu yang terus berlalu tanpa menyantuni wakil mahasiswa setelah menerima memorandum juga dilihat sebagai tindakan yang kurang sopan dan tidak berakhlak.

Katanya, ciri akhlak seperti itu tidak patut ada pada seorang Penasihat Agama Menteri Besar jauh sekali seorang melambangkan individu muslim yang menjiwai akhlak Rasullah S.A.W yang husnul khuluq dan hanya menyerlahkan dirinya sebagai seorang agamawan yang ego dan tidak mempunyai jiwa ummah.

“Kami ada semua bukti dan kami mendesak untuk beliau memohon maaf kepada kami dan juga kepada seluruh mahasiswa Malaysia ke atas kenyataan beliau yang tidak matang dan berfikiran sempit.

“Kami datang bukan untuk menimbulkan kekecohan, tetapi kami datang untuk mendapatkan penjelasan, bukan kenyataan yang bersifat rasis seperti itu,” ujarnya.

Justeru, kata beliau Gempur mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Terengganu kerana mereka mempunyai Penasihat Agama yang tidak matang dan rakyat Malaysia amnya serta rakyat Terengganu khususnya perlu melihat perkara itu dengan lebih serius.

Sunday, April 1, 2012

GEMPUR PRIHATIN, UMNO TERENGGANU TERDESAK !!


KUALA LUMPUR, 31 Mac: Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) akan menghantar memorandum menuntut penyambungan semula pinjaman pengajian 9 mahasiswa Terengganu di Mesir, esok.

“Gempur yang menaungi front-front mahasiswa di peringkat Pantai Timur merasa terpanggil untuk menjawab isu itu dan bersolidariti untuk membela rakan-rakan kami yang berasal dari Terengganu daripada dinafikan hak mereka,” kata Gempur dalam satu kenyatan hari ini.

Menurut kenyataan itu, tindakan kerajaan Tetengganu menghentikan pinjaman itu dilihat sebagai tindakan  yang tertutup dan tidak profesional kerana seolah-olah melibatkan sentimen politik yang mana sepatutnya mahasiswa mempunyai hak untuk berhimpun sebagaimana yang telah termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Sepatutnya kerajaan negeri Terengganu melihat himpunan ini sebagai salah satu hak warganegara Malaysia untuk menuntut Pilihanraya yang adil, bebas dan telus serta menuntut Auku 1971 yang mengongkong kebebasan akademik, kebebasan aktivisme mahasiswa dan menamatkan autonomi universiti dimansuhkan,” tambah kenyataan itu.

Justeru, Menteri Besar Terengganu tidak sepatutnya mencampur aduk kepentingan politik sempit dalam menilai hak yang dimiliki mahasiswa.

Bagi Gempur, adalah tidak wajar untuk mahasiswa yang terbabit dihukum hanya kerana pendirian kerajaan negeri yang tidak bersetuju dengan himpunan Bersih.

Menurut Gempur lagi, kerajaan negeri sepatutnya menilai baik dan buruk keputusan menghentikan pinjman itu ekoran kesempitan kewangan yang bakal dilalui oleh 9 pelajar tersebut tambahan pula kos perbelanjaan makanan, tempat tinggal dan lain-lain adalah tinggi di negara luar khususnya di Mesir.

TV Media Mesir