“Gempur telah
menggariskan 4 tuntutan berkenaan isu ini dan bantahan ini dibuat kerana
berlaku penindasan dan kezaliman serta ketidakadilan didalam keputusan Kerajaan
Negeri Terengganu membatalkan pinjaman 9 mahasiswa ini,” kata Presiden Gempur,
Syahmi Hazim Ithnin dalam satu kenyataan.
Katanya, antara
tuntutan itu ialah Gempur menuntut agar tindakan membatalkan pinjaman terhadap
sembilan mahasiswa terbabit ditarik semula serta merta dan menyambung semula
pinjaman terbabit.
Tambahnya, Gempur juga
menuntut agar kerajaan negeri Terengganu lebih profesional dalam membuat
sebarang keputusan dengan memberikan prioriti kepada rakyat dan tuntutan rakyat
marhaen serta mendengar segala keluhan rakyat bawahan.
Selain itu, ujarnya
Gempur menuntut agar Yayasan Terengganu tidak dijadikan instrumen politik bagi
mendiskriminasi rakyat yang tidak selari dengan agenda kerajaan negeri.
Beliau berkata,
Yayasan Terengganu perlu menjadi badan pembela kepada seluruh lapisan rakyat
selagimana mereka masih bergelar rakyat yang berasal dari Terengganu.
Justeru, Gempur
memberi tempoh selama seminggu untuk Kerajaan Negeri Terengganu memberikan
respons dan keputusan.
“Jika tidak kami akan
terus mendesak dan mengumpulkan solidariti yang lebih ramai bagi membela nasib
9 mahasiswa Terengganu terbabit,” tegasnya.
Beliau turut
memberitahu berhubung kjaian semalam yang mana di pintu hadapan Wisma Darul
Iman, terdapat sedikit pertikaman lidah antara delegasi dan bahagian
keselamatan wisma, akhirnya pihak wisma hanya membenarkan tiga orang wakil
sahaja untuk naik bagi menghantar memorandum bantahan.
“Pihak kerajaan Negeri
Terengganu telah mewakilkan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Terengganu
untuk menerima memorandum bantahan meskipun pada awal kami telah menyatakan
bahawa Gempur mahu menyerahkan memorandum bantahan hanya kepada Datuk Menteri
Besar ataupun kepada Exco Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu.
“Malangnya tuntutan
kami tidak dilayan,” ujarnya lagi.
Akhirnya, kata beliau
delegasi akur untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Penasihat Agama
Menteri Besar meskipun Gempur mempertikaikan kapasiti kuasa dan bidang beliau
untuk menerima memorandum.
Jelasnya, setelah
penyerahan memorandum dilakukan, penasihat agama itu telah mempersoalkan
berkenaan badan bukan kerajaan (NGO) Bersih dan telah mengeluarkan satu
kenyataan yang menyerang keperibadian Pengerusi Bersih.
“Beliau menyatakan
bahawa mereka ni (9 mahasiswa) itu pergi himpunan Bersih. Pengerusi Bersih
adalah Datuk Ambiga, dia seorang kafir, dengan nada yang signikal dan pesimis,
kirim salam kepada dia (Datuk Ambiga).
“Kami merasakan
tindakan beliau adalah tidak wajar dan tidak professional apabila memainkan
sentimen perkauman dan bersikap rasis jika dilihat status agamawan yang
dipegang beliau,” kata Syahmi Hazim.
Beliau menambah, sikap
biadap penasihat agama itu yang terus berlalu tanpa menyantuni wakil mahasiswa
setelah menerima memorandum juga dilihat sebagai tindakan yang kurang sopan dan
tidak berakhlak.
Katanya, ciri akhlak
seperti itu tidak patut ada pada seorang Penasihat Agama Menteri Besar
jauh sekali seorang melambangkan individu muslim yang menjiwai akhlak Rasullah
S.A.W yang husnul khuluq dan hanya menyerlahkan dirinya sebagai
seorang agamawan yang ego dan tidak mempunyai jiwa ummah.
“Kami ada semua bukti
dan kami mendesak untuk beliau memohon maaf kepada kami dan juga kepada seluruh
mahasiswa Malaysia ke atas kenyataan beliau yang tidak matang dan berfikiran
sempit.
“Kami datang bukan
untuk menimbulkan kekecohan, tetapi kami datang untuk mendapatkan penjelasan,
bukan kenyataan yang bersifat rasis seperti itu,” ujarnya.
Justeru, kata beliau
Gempur mengucapkan takziah kepada seluruh rakyat Terengganu kerana mereka
mempunyai Penasihat Agama yang tidak matang dan rakyat Malaysia amnya serta
rakyat Terengganu khususnya perlu melihat perkara itu dengan lebih serius.
1 comments:
Dearest Esteems,
We are Offering best Global Financial Service rendered to the general public with maximum satisfaction,maximum risk free. Do not miss this opportunity. Join the most trusted financial institution and secure a legitimate financial empowerment to add meaning to your life/business.
Contact Dr. James Eric Firm via
Email: fastloanoffer34@gmail.com
Best Regards,
Dr. James Eric.
Executive Investment
Consultant./Mediator/Facilitator
Post a Comment