Thursday, February 9, 2012

PENYELESAIAN YURAN MARKAZ BAHASA MENEMUI JALAN BUNTU, PEJABAT ZAKAT “KEDEKUT” , DENGAN MENTERI SEMUA OK !!

Isu yang tidak perlu diulas panjang. Semua pelajar sudah sedia maklum mengenai isu ini yang tiada penyelesaian, bahkan membebankan para pelajar. Jika dilihat daripada kenyataan yang didedahkan oleh pelbagai pihak, pasti kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa pengurusan zakat di Malaysia masih kelam kabut dan masih dikuasai oleh kuasa sekular.


Di bawah ini disertakan kenyataan di web rasmi Ustaz Nasruddin Hassan At-tantawi yang turut mempertikaikan penggunaan wang zakat oleh Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mengikut jawapan Menteri Agama Dato’ Jamil Khir mengenai dakwaan salah laku mengunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik beliau di Kedah, beliau menafikan dakwaan tersebut. (http://malaysiakini.com/news/188165)

Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin meminta pihak Menteri Agama Dato Seri Jamil Khir untuk menjawab persoalan ini pula: 

Mengikut laporan tahun 2010 MAIWP, pendapatan YAYASAN TAQWA adalah sebanyak RM 7.78 Juta. Perbelanjaan YAYASAN TAQWA pula adalah RM 6.98 Juta.Sebanyak RM 800 000 tidak dilaporkan didalam laporan tahunan 2010 MAIWP.
Kami juga mendapati sebanyak RM 2 Juta dibelanjakan untuk belanja pengurusan. Kami mendapati RM 2 Juta adalah sangat tinggi bagi menguruskan Yayasan Taqwa yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar dan 17 kakitangan.

Mengikut kadar peratusan penyaluran duit zakat yang dilaksanakan oleh Yayasan Taqwa kepada asnaf adalah seperti berikut :

Agihan : RM 4.98 Juta (64%)

Pengurusan : RM 2 Juta (36%)

Kenapakah peratusan penyaluran agihan kepada asnaf hanya 64% sahaja sedangkan asnaf yang memerlukan masih ramai yang tidak mendapat bantuan.
Kami juga mendapati laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa tidak disertakan bersama didalam laporan tahunan MAIWP.

Dengan ini,kami mendesak pihak Menteri Agama :

1. Menjawab kemanakah RM 800 000 yang tidak dilaporkan didalam Laporan Tahunan 2010 itu telah dibelanjakan?

2. Menjelaskan kenapa perbelanjaan pengurusan terlalu tinggi sehingga mencecah RM 2 Juta?

3. Melantik segera satu badan bebas untuk mengaudit perjalanan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.
Yang Benar,
Kamaruzaman Mohamad
Pengarah Task Force Zakat
Dewan Pemuda PAS Malaysia

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir