Sunday, February 12, 2012

UMNO MESIR HAPRAK !! KEDUTAAN MESRA UMNO..

 Entah apa lagi perkataan yang layak disebut bagi menggambarkan sikap dan tingkah laku UMNO Mesir yang sukakan populariti murahan dan mengambil peluang bagi menaikkan imej hodoh dan keji mereka.Jika dilihat kepada prestasi dan pencapaian mereka dalam menjaga kebajikan para pelajar bukanlah boleh dibanggakan bahkan boleh dipersoal dan dipertikaikan. Sebut sahaja Kelab UMNO Mesir, pasti para pelajar akan terus membayangkan sebuah persatuan yang suka berbelanja mewah dan menghabiskan duet untuk tujuan dan kepentingan masing-masing.

Kalau kita membaca berita mengenai penyerahan memorandum Kelab UMNO Mesir kepada kedutaan mengenai isu visa pelajar, pasti ramai yang akan gelak terbahak-bahak melihat sikap UMNO yang secara tiba-tiba cuba menjadi hero Malaya bagi menyelesaikan isu berkenaan. Bagi para pelajar yang mengikuti isu masalah visa pelajar ini, pasti ramai tidak dapat menafikan bahawa perjuangan isu ini sebenarnya dimulakan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Dengan kerjasama dan jalinan kerja yang bersistematik bersama persatuan negeri, mereka mengadakan bancian dikalangan para pelajar bagi memperolehi bukti bertullis dan lebih kukuh.

Kalau UMNO, bila masa bancian dibuat? Kalau dibuat pun, pasti borang bancian UMNO tersebut akan dibuang ke dalam tong sampah dan dijijak-jijak. Sedih melihat UMNO Mesir yang cuba meraih sokongan dan pengaruh dari kalangan para pelajar. Mereka sewajarnya sedar, bahawa UMNO sekarang menuju kearah kehancuran dan kebinasaan. Apakah mereka lupa slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin mereka “Berubah Sebelum Rebah”.Slogan ini sebenarnya sudah cukup bagi menggambarkan betapa terdesaknya UMNO bagi meraih semula sokongan rakyat setelah mereka kehilangannya akibat sikap hodoh dan bodoh pemimpin UMNO dalam mengurus tadbir negara.

Gambar yang disiarkan juga turut menggambarkan betapa mesranya Kedutaan dengan UMNO. Kedutaan sewajarnya lebih berwaspada dan berhati-hati agar setiap tindakan mereka tidak mencalarkan kembali imej Kedutaan. Jangan hanya disebabkan sikap mesra Dato’duta dan hubungan dingin beliau dengan persatuan lain akan memberikan gambaran bahawa sebenarnya Kedutaan memang telah menjadi keldai tunggangan UMNO.

Sekali lagi amaran dilaungkan kepada semua pegawai agar memberikan layanan yang sama rata kepada semua persatuan dan mengenepikan sentimen politik. Para pegawai juga perlu menjauhkan diri daripada Kelab UMNO andai tidak mahu dicop sebagai pegawai yang terlibat dengan politik. Kelab UMNO memang kelab politik !! adakah para pegawai buta hinggakan tidak dapat membaca nama persatuan tersebut yang secara terang-terangan tertulis nama UMNO ??

Kelab UMNO Mesir memang tidak berguna bahkan menyusahkan dakwah disebarkan di kalangan para mahasiswa Mesir. Kesedaran agama yang cetek, kefahaman agama yang kurang dikalangan para pemimpin UMNO Mesir tidak perlu dijelaskan secara terperinci. Semua mata yang celik pasti dapat melihat perkara ini dan memang tidak dapat dinafikan. Walau setinggi mana pun mereka mengaji agama, tapi akhirnya terpaksa juga akur bahawa sebenarnya pemimpin mereka yang sebenarnya menolak agama.


0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir