Tuesday, February 28, 2012

E.M.E BAKAL DI HALAU DARI ARMA

Isu Asrama Rumah Melayu (ARMA) telah mencatatkan pelbagai pengalaman pahit dan manis buat mahasiswa/wi di Mesir amnya dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) amnya. Tanah yang diperolehi daripada usaha dan hasil titik peluh PMRAM dan kemudiannya dibina sebuah bangunan bagi para pelajar Malaysia di Mesir yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia setelah persetujuan dicapai dan disepakati antara pihak PMRAM dan Kerajaan Malaysia.

 
Pada permulaan pentadbiran ARMA, PMRAM diberi hak sebagaimana termaktub dalam perjanjian bahkan dibenarkan menjalankan operasi pentadbiran di salah sebuah ruang di ARMA. Namun apa yang menyedihkan, hak PMRAM dirampas dan mereka dihalau keluar dari ARMA dengan alasan yang langsung tidak munasabah. Sehingga hari ini, usaha PMRAM bagi mendapatkan hak mereka kembali di ARMA diteruskan tanpa mengenal penat jemu.

Usaha mereka yang berterusan akhirnya membawa khabar gembira. Tanah yang seluas 2,212  meter persegi yang dianugerahkan oleh Al Marhum Presiden Mesir , Jamal Abdul Nasir kepada PMRAM pada tahun 1959 masih lagi sah dimiliki oleh PMRAM sehingga ke hari ini.Mungkin inilah masa dan peluang bagi para mahasiswa/wi menghalau para pegawai dari ARMA seperti mana yang dilakukan kepada PMRAM.
 
Fakta terbaru ini pastinya memeningkan lagi kepala para pegawai khususnya pegawai UMNO yang saban hari berusaha mencari jalan bagi menghancurkan PMRAM. Kedutaan juga wajar bimbang dan risau dengan fakta ini. Kedutaan Malaysia di Mesir sebenarnya tidak perlu lagi melindungi wajah UMNO mereka. Umum sudah pun mengetahui sikap kedutaan yang menganak tirikan PMRAM dan lebih memanjakan dan menyayangi Kelab UMNO Kaherah yang hanya menunggu saat dan ketika untuk mampus.

Isu ARMA sebenarnya telah membongkarkan seribu raut wajah kebencian dan dendam para pegawai terhadap PMRAM, bahkan tidak salah untuk kita mengatakan sebenarnya kerajaan UMNO/BN juga cukup membenci dan berdendam dengan PMRAM. UMNO/BN merasa tercabar dengan perkembangan baik serta sambutan ahli yang menggalakkan terhadap PMRAM. PMRAM bukanlah parti politik, PMRAM bukanlah ejen politik, tetapi apa yang pelik dan aneh mengapa UMNO/ BN cukup takut dan gentar dengan pengaruh PMRAM.Mungkin UMNO/BN dah gila kot !


0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir