Thursday, May 3, 2012

ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

Kalau sebelum ini ISMA Mesir cukup mesra dan tersenyum puas berkawan dengan UMNO, tapi tiba-tiba mereka menikam UMNO Mesir dan seolah olah memprotes tindakan UMNO di majlis berkenaan.


Oleh: Jawatankuasa Pusat ISMA-Mesir 2012/2013
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan yang ar-Rahman, Tuhan sekalian alam yang kasih-sayangnya meliputi segenap sesuatu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, pembawa berita gembira dan membawa misi kebahagiaan dan kasih sayang kepada dunia.
1. Kehadiran Wakil ISMA-Mesir ke Majlis Jamuan Teh
ISMA-Mesir telah dihubungi oleh pihak Education Malaysia Egypt (EME) dan dimaklumkan berkenaan Majlis Jamuan Teh anjuran EME, bertempat di Dewan Malaysia Abbasia Kaherah (DMAK) pada 28 April 2012. Selaku persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Education Malaysia Egypt (EME), ISMA-Mesir dijemput ke Majlis tersebut dan seramai 20 orang mahasiswa/wi telah menghadiri majlis ini sebagai wakil ISMA-Mesir. ISMA-Mesir juga dimaklumkan bahawa majlis tersebut bertujuan untuk menunjukkan kesyukuran dan sokongan terhadap keamanan negara yang telah dikecapi bersama sejak sekian lama.
2.Kesal dengan sikap kurang profesional
ISMA-Mesir menyatakan kekesalan di atas tindakan pihak penganjur mempolitikkan isu keamanan Negara yang merupakan tujuan asal program dengan isu Bersih 3.0. ISMA-Mesir juga merasakan tindakan penganjur memaparkan kain rentang ” Mahasiswa Mesir Benci Bersih 3.0″ semasa sesi bergambar bersama Pegawai Rumah Johor tanpa pengetahuan mahasiswa/wi menunjukkan sikap kurang profesional penganjur. ISMA-Mesir berpendapat bahawa mana-mana aktiviti melibatkan mahasiswa/wi Mesir dan persatuan pelajar seharusnya tidak diambil kesempatan untuk kepentingan politik mana-mana pihak sekalipun.
Penutup
Mahasiswa/wi khususnya dan pemuda umumnya merupakan cerminan masa depan dan aset berharga bagi sesebuah negara. Maka, ISMA-Mesir menyeru kepada penekanan terhadap pembinaan jati diri pemuda yang menyeluruh serta seimbang merangkumi aspek akal, rohani, emosi, dan jasmani yang seharusnya diberikan keutamaan. Ini akan menghasilkan mahasiswa/wi yang berkemampuan dan bijak dalam membuat keputusan berasaskan pertimbangan syarak serta bebas dari terikat dengan ideologi dan pegangan tertentu dalam membuat pertimbangan. Perkara ini haruslah menjadi ‘niche’ mahasiswa/wi Mesir yang bakal pulang ke tanah air memimpin masyarakat.
ISMA-Mesir berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk semua pihak membuat satu anjakan paradigma dengan bersikap matang dan profesional dalam menangani isu-isu mahasiswa/wi serta berinteraksi dalam ruang saling menghormati di antara satu sama lain. Titik kesefahaman dan persamaan juga harus dicari dan disuburkan.
“Tidaklah aku mahukan melainkan islah yang aku mampu, dan tiadalah aku diberikan taufiq melainkan dengan keizinan Allah, kepada-Nya lah aku bertawakkal, dan kepada Dialah aku kembali.” (Hud: 88)
Allahu hasbuna, wa huwa ni’mal Maula wa ni’man Naseer
Jawatankuasa Pusat ISMA-Mesir 2012/2013
2 Mei 2012
Pejabat ISMA-Mesir,
Hayyu Sabik, Kaherah

2 comments:

Bro,ni bukan masalah tikam,tumbuk,sepak terajang,piat telinga,jentik kuat-kuat,cubit dan sebagainya...yang salah kita sama2 betolkan xkisah dr pihak mana sebab kita manusia pasti buat salah n xsempurna...xkn sbb nk taasub kt 1 benda or jemaah,salah pon diBETULkan n kdg2 buat tak nampak..lapang dada,sedia trima teguran,bagi teguran..baru islam tertegak..faham tak abang blog??..jgn wat fitnah lg k..ckup2la saham yg dh de tu(nasihat seorang muslim terhadap seorang saudara seagama)..~peace,NO FITNAH!!!~

Post a Comment

TV Media Mesir