ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Saturday, November 26, 2011

TAHUN BARU HIJRAH, PASTIKAN UMNO HIJRAH DARI MESIR


Tahun baru hijrah menjelma tiba.Ketibaan tahun baru hijrah pastinya diiringi dengan keazaman dan kekuatan yang baru bagi meneruskan sisa hidup di muka bumi.Keazaman yang baru juga wajar ditanam dalam jiwa para pelajar Mesir.Keazaman bagi memastikan UMNO mampus dan terkubur di Mesir mesti ada dan disematkan dalam jiwa para pelajar Mesir. (gambar kiri : Muahimin, gambar atas : Khairi)

Bahkan umum turut mengetahui bahawa Mesir menjadi medan penghantaran para pegawai yang menjadi alat UMNO bagi membantu kelembapan Kelab UMNO Mesir dan seterusnya melumpuhkan kekuatan kesatuan para pelajar Mesir. Gambar para pegawai UMNO akan dipaparkan sekali lagi bagi memastikan semua pihak mengenali mereka bagi memudahkan perancangan semua pihak untuk menjatuhkan dan memusnahkan UMNO. (gambar kanan : Anuar di kiri)

Nama Khairi Jalalludin (pegawai E.M) Abdul Muhaimin Abdul Majid (pegawai Perak), Anuar Idris (pegawai Melaka) dale tiga sahabat yang selama ini cukup hebat dan pantas sebagai hamba abdi UMNO di Mesir. Kepalanya adalah Khairi, pengampunya dale Muhaimin dan Anuar.

Juga sempena tahun baru hijrah ini, kita perlu memastikan diri kita berhijrah kepada berjiwa lebih besar kerana lawan kita bukan sehaja UMNO bahkan konco-konco UMNO seperti ISMA, JIM dan IKRAM

BERSIH 3.0 BAKAL TIBA, MESIR BERSEDIA ?




26 November 2011 – Melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu mengenai kesediaan PAS untuk menyertai BERSIH 3.0, merupakan isyarat bagi semua rakyat yang menyokong kebebasan untuk turut sama membantu dan menyokong BERSIH 3.0 yang bakal dianjurkan. Penganjuran BERSIH 3.0 pada kali ini pastinya mendapat sokongan yang padu dari semua rakyat Malaysia yang berada di seluruh Negara.

Mesir pastinya antara negara mendapat tumpuan ramai pemerhati.Bilangan para pelajar yang cukup ramai dan diikuti dengan isu pembuangan saudara Firdaus Mazlan akibat menganjurkan BERSIH 2.0 sudah pasti akan membangkitkan semula  roh dan semangat para pelajar Mesir untuk melawan kerajaan UMNO  yang zalim.

"PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Namun, semangat dan roh perjuangan yang terdapat di dalam diri para pelajar Mesir perlu dirancang dan digerakkan dengan teliti.Education Malaysia Egypt (E.M.E) yang memang cukup terkenal sebagai keldai tunggangan UMNO pastinya tidak akan duduk diam.Suara ugutan dan ancaman bangang dan bodoh pasti akan dibuat melalui pegawai-pegawai yang menjadi hamba UMNO.

Harapan yang cukup besar diberikan kepada para pelajar Mesir bagi menjayakan BERSIH 3.0 dan seterusnya mencabar keegoan dan kesombongan E.M.E yang selama ini seolah-olah masih membiarkan isu pembuangan pelajar terus senyap dan sepi.Khairi Jalalludin atau KJ pastinya akan berhati-hati dengan password setiap e-mail ataupun facebook beliau. Kalau beliau leka, pastinya Hantu Kak Limah akan muncul kembali mengganggu hidup KJ.

Thursday, November 17, 2011

ISMA PERLU SEDAR KESILAPAN MEREKA


17 November 2011 – Slogan ISMA “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” telah menzahirkan pembawakan mereka mirip kepada UMNO. Mengangkat keris sebagai simbolik, menjadi sebab mengapa ISMA dikatakan sebagai kolot dan sempit.

Menteri Besar Kelantan, Tn. Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan ‘mengangkat keris’ dan melaungkan ‘Melayu’ adalah perjuangan sempit. Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas.

Pada saat pihak lain ‘mengangkat keris’ dan melaungkan-laungkan ‘hidup bangsa’ dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat ‘persamaan darah’ dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum,” ujarnya.

“Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan ‘khazanah’ di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina.  Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu,” jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Pastinya kenyataan seperti ini menyedarkan ISMA dan para ahlinya agar lebih mendalami makna sebenar dakwah serta perjuangan Islam. Menubuhkan jemaah baru bukanlah penyelesaian bahkan menambahkan kekusutan dalam gerak kerja dakwah. Bahkan apa yang lebih malang ISMA dilihat lebih “mesra dan harmoni” bersama parti politik sekular Malaysia, UMNO.

UMNO juga wajib menyedari bahawa perjuangan mereka telah ditolak oleh segenap lapisan masyarakat.Pengamalan serta taktik politik  yang jijik menjadikan mereka sebagai parti yang sedang menuju kearah kemusnahan dan kehancuran.Golongan agamawan yang terdapat di dalam UMNO juga perlu lebih terbuka dan keras dalam menegur pemimpin UMNO yang semakin hari dilihat menjadikan agama sebagai alat.

Kesimpulannya, UMNO dan ISMA perlu dihapuskan dan dihancurkan. Selagi mereka menjadikan bangsa sebagai agenda perjuangan, maka selagi itulah mereka akan dipandang sesat dan sempit. 

Wednesday, November 16, 2011

I-MEDIC, EJEN PERPECAHAN KESATUAN AHLI PERUBATAN





15 November 2011- Artikel di laman web ISMA Mesir yang menjelaskan kewujudan I-Medic sebagai platform baru untuk pelajar perubatan di Mesir dilihat sebagai ejen perpecahan kesatuan di kalangan pelajar perubatan. Di saat pihak persatuan yang sedia ada berhempas pulas mempertahankan kesatuan ahli, tiba-tiba muncul sekelompok kumpulan yang turut mendakwa kewujudan mereka sebagai ejen kesatuan.
 
ISMA memang sinonim sebagai pengacau dan penyibuk di mana-mana tempat.Bahkan kewujudan mereka juga dilihat sebagai ejen kepada  UMNO dan lebih menumpukan dakwah kepada sekelompok masyarakat  yang tertentu.

Pastinya kewujudan ISMA dan I-Medic  amat menggembirakan musuh Islam.Mereka sudah sekian lama mengharapkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam, bahkan usaha dan gerak kerja ISMA pastinya perkara yang sememangnya diharapkan oleh musuh Islam.
(gambar : Khairi UMNO di program ISMA Mesir)

ISMA seolah-olah tidak meraikan kewujudan persatuan-persatuan yang telah sedia ada dan merasakan keperluan keberadaan mereka di semua tempat dan kawasan. Sikap seperti ini memberi gambaran bahawa mereka sebenarnya ingin memperjuangkan ISMA dan bukan memperjuangkan ISLAM.

Apa yang diharapkan ialah kesedaran dan kefahaman semua mahasiswa untuk bersatu mempertahankan kesatuan yang telah sedia ada. Hanya dengan kefahaman yang jelas dan betul mampu menjadikan kita sebagai mahasiswa yang cemerlang dan di hormati.

Monday, November 14, 2011

PEGAWAI MELAKA BERSAMA UMNO, BUANG PERSATUAN.


 14 November 2011 – Anwar Bin Idris, Pegawai Melaka sekali lagi bertindak keterlaluan. Membuang anak yang berjasa, memungut “anak jahat dan kurap”. Tindakan beliau menganjurkan program Aidiladha dengan kerjasama UMNO dan membiarkan Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) menumpang  rumah Kedah sebagai tempat program Aidiladha amat dikesalkan.


Beliau secara jelas bekerjasama dengan UMNO pastinya mengundang rasa benci yang mendalam terhadap beliau. Sebagai seorang pegawai yang dilantik untuk membatu menguruskan urusan pengajian dan kebajikan pelajar, beliau tidak sepatutnya terlibat dengan sebarang parti politik.(gambar : Anwar di kiri)

Ramai pihak pasti tidak janggal dengan sikap biadab beliau. Penghinaan beliau terhadap Kedutaan Malaysia tidak akan dilupakan.Dengan UMNO, beliau berasa lebih selesa dan besar kepala untuk melakukan segala perkara dan perbuatan tanpa mengira etika dan disiplin kerja.
Sekali lagi tindakan dari pihak Kedutaan Malaysia diharapkan bagi menyelesaikan isu penglibatan pegawai dengan politik.Tindakan yang tegas pastinya mengembalikan imej bersih Kedutaan Malaysia dan di pandang tinggi. Semua warga Malaysia di Mesir amat mengharapkan perubahan dan tranformasi yang lebih baik dari pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.

URUSAN JENAZAH ANAK PERAK MESIR..MANA MUHAIMIN ??


14 November 2011 – Anak perak di Mesir dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Fareez Izhar Bin Zainuddin. Kematian arwah dilaporkan pada hari Jumaat, 11 November. Kejadian berlaku ketika beliau berada di kawasan Ismailliyyah. Punca dan sebab kematian masih belum dijelaskan.

Pihak persatuan anak perak yang mewakili keluarga arwah bersama dengan PMRAM dan Kedutaan Malaysia turun membantu bagi menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan jenazah.Namun, perkara yang amat dikesali ialah ketiadaan pegawai Perak, Abdul Muhaimin Bin Abdul Majid kerana dikatakan pulang ke Malaysia.Lebih malang, kepulangan beliau tidak dimaklumkan secara rasmi kepada pihak persatuan.

(gambar : Muhaimin di tengah)

Kejadian ini sewajarnya menjadi pengajaran kepada pegawai perak.Kepulangan tanpa makluman kepada pihak persatuan sepatutnya tidak berlaku.Hal ini membuktikan, sikap beliau yang tidak jujur dan tiada kerjasama yang baik antara beliau dengan pihak persatuan.

Kehadiran serta kewujudan pegawai di rumah-rumah negeri sewajarnya membawa kebaikan dan kemudahan bagi semua pelajar dan persatuan.Tapi apa yang malang perkara yang tidak sepatutnya berlaku menjadi amalan para pegawai.Sikap mahu menjatuhkan persatuan dan memburukkan serta memecahkan kesatuan ahli di Mesir seolah-olah menjadi tujuan utama penghantaran pegawai-pegawai negeri ke Mesir.

Pihak Kedutaan Malaysia perlu campur tangan dalam pemilihan pegawai negeri. Sebagai wakil yang di amanahkan untuk memantau keadaan rakyat Malaysia, mereka perlu memastikan penghantaran pegawai-pegawai negeri membawa manfaat dan faedah kepada rakyat Malaysia di Mesir.

Sunday, November 13, 2011

UTUSAN IKTIRAF TAUKEH JUDI SEBAGAI IKON..APA KOMEN UMNO ??



Semua sedia maklum bahawa Utusan Malaysia selama ini menjadi alat propaganda Kerajaan Barisan Nasional terutamanya UMNO untuk terus mengekalkan kuasa.Secara pasti, utusan telah menimbulkan keraguan dan kebimbangan masyarakat terhadap masa depan agama Islam apabila menyatakan individu yang terlibat dalam perniagaan judi sebagai ikon.


Jadi di mana suara ustaz-ustaz dalam UMNO bagi menentang perkara sebegini.Dan di manakah pandangan serta teguran Kelab UMNO Mesir dan 3 pegawai UMNO , Khairi Jalalludin, Abdul Muhaimin dan Anuar Idris  yang sememangnya menjadi pencacai dan penjilat UMNO ??
 

Thursday, November 10, 2011

PEGAWAI PERAK TAK HORMAT KEDUTAAN

7 November 2011 – Isu etika dan sikap kurang sopan pegawai Perak, Abdul Muhaimin Bin Abdul Majid (dalam gambar di sebelah kiri sekali) sekali lagi ditimbulkan. Tindakan beliau yang tidak menghadiri Majlis Kecemerlangan anak-anak Perak Mesir yang turut dirasmikan oleh Ketua Canseri Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) En Shaiful Anuar telah memberi gambaran seolah-olah beliau tiada hormat terhadap pihak KBMK.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, beliau tidak hadir ke majlis tersebut tanpa sebarang alasan tugas rasmi  bahkan semasa majlis berlangsung di dewan tingkat 6 wisma Perak lama, beliau dikatakan hanya berada di rumah pegawai yang hanya di tingkat satu dalam wisma yang sama. Menurut sumber, majlis pada malam tersebut turut tidak mendapat sebarang bantuan kewangan daripada pihak pegawai Perak.

Tindakan bodoh dan biadab oleh pegawai Perak bukanlah isu baru. Bahkan sebelum ini beliau diantara pegawai yang pernah mengugut menarik zakat pelajar yang menentang beliau dan bertindak ala samseng jalanan apabila mengugut untuk memukul seorang pelajar yang dikatakan menegur kelakuan buruk beliau.

Siri-siri kelakuan buruk dan hodoh para pegawai yang di hantar ke Mesir tidak pernah menunjukkan kesudahan. Pihak Kedutaan seharusnya lebih bertegas dalam menangani isu ini.Tindakan ini menggambarkan kedudukan KBMK yang tiada nilai dan bertaraf rendah pada pandangan Muhaimin.
 



AIDIL ADHA UMNO : PENGARAH E.M PERLU BERTEGAS ATAU HILANG KEPERCAYAAN

9 November 2011-Beberapa keping gambar tersebar di laman sosial FB berkaitan dengan pegawai paling bermasalah Khairi Jalalludin bersama dengan Kelab UMNO Mesir di Mansurah. Rasanya sudah sampai masa Prof. Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj. Safei perlu bertegas dengan sikap dan tingkah laku pegawai beliau yang cukup keterlaluan.
(Gambar Muhaimin di sebelah kiri)
  

Kalau diperhatikan gambar yang disebarkan, terdapat logo negeri perak.Pasti ramai pihak mengatakan keterlibatan Abdul Muhaimin, pegawai perak yang selama ini menjadi pengampu setia kepada Khairi.

Keterlibatan para pegawai dengan kelab politik perlu diambil tindakan tegas. Sekiranya Education Malayisa Egypt(EM)  mahu menjaga imej dan maruah mereka, maka sewajarnya Khairi dibuang terus dari E.M.Isu ini pastinya memberi tekanan dan desakan kuat bagi pengarah E.M agar mengubah sikap dan gerak kerja beliau selama ini.

Khairi dilihat mahu mencetuskan semula api permusuhan antara mahasiswa/wi Mesir dengan E.M.Secara pasti, sekiranya api permusuhan ini dinyalakan buat kali kedua, maka E.M pasti TERUS  “terkubur” dan hanya akan meninggalkan “nisan” yang dikenang sebagai musuh utama dalam sejarah mahasiswa/wi Mesir.


Sunday, November 6, 2011

SALAM AIDILADHA DARI WARGA KERJA MEDIA MESIR….


Salam hormat dan Selamat Menyambut Raya Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat yang berada di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan di Mesir. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mengalir di dalam tubuh kita.

Dan yang pastinya, warga Media Mesir akan sentiasa menyiarkan berita yang mampu membantu semua pihak untuk lebih terbuka berfikiran matang.Semoga usaha kerja kita akan terus berkekalan dan diredhai Allah.salam pengorbanan

Saturday, November 5, 2011

MAJLIS APRESIASI PMRAM SELESAI, TAPI “KEKOTORAN” E.M MASIH ADA


4 November 2011 - Tahniah dan syabas diucapkan buat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) atas penganjuran Majlis Apresiasi Kecemerlangan PMRAM yang berlangsung di Dewan Andalus, Al-Azhar Conference Center (ACC)  pada 2 November lalu. Majlis tersebut dianjurkan bagi meraikan kejayaan para mahasiswa/wi dan graduan/ita Malaysia yang belajar di Mesir.

Menurut sumber, majlis kali ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran para Ulama’ Al-Azhar. Majlis ini berlangsung dalam keadaan sejarah hitam PMRAM dan ACC belum dipadamkan oleh pihak Education Malaysia (EM).

Umum mengetahui EM yang dulunya dikenali sebagai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) melalui pengarah, Prof Dr Jamil bin Hashim (gambar sebelah) telah menandatangani satu surat ditujukan kepada pihak ACC menuduh PMRAM dengan tuduhan yang tidak berasas. Namun sehingga kini masih tiada petanda yang menunjukkan usaha pihak E.M untuk membersihkan isu tersebut.

Walaupun halangan dan pelbagai sekatan yang diberikan oleh pihak E.M terhadap mahasiswa/wi Mesir bagi menyekat pergerakan mereka, namun usaha tersebut bagaikan sia-sia. Mungkin E.M perlu menerima perubahan corak dan iklim politik sekarang yang mendesak ke arah keterbukaan dan kebebasan. E.M juga sewajarnya bertindak lebih professional dan realistik dalam menangani sesuatu masalah dan isu yang melibatkan mahasiswa.

Wednesday, November 2, 2011

AUKU : TIMBALAN MENTERI SOKONG, UMNO BANTAH


Pendirian jelas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah terhadap isu AUKU amat mengejutkan ramai pihak. Di saat kekalutan kerajaan dan para pemimpin UMNO merancang untuk menghalang gerakan mahasiswa, tiba-tiba beliau muncul mempertahankan kebebasan dan hak mahasiswa untuk bersuara.

Selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai tidak sah, Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau secara peribadi setuju supaya akta itu dipinda.

Katanya, beliau telah banyak kali menyuarakan perkara itu, antaranya dalam tulisannya di dada akhbar, termasuk membentangkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno

Kita mahu mahasiswa bebas bersuara dan menyertai politik. Pada saya kita kena pinda Seksyen 15," katanya yang dilihat kerap memberikan pandangan promahasiswa dalam pelbagai isusebelum ini.
Sumber : http://malaysiakini.com/news/180245

Kenyataan beliau seolah-olah isyarat yang cukup jelas bagi semua pemimpin UMNO supaya ebih bersikap terbuka dalam semua tindakan. Kenyataan beliau juga satu tamparan yang cukup hebat bagi para pegawai UMNO di Mesir supaya lebih professional dalam isu hak mahasiswa.

Andai dilihat daripada kenyataan media beliau, pastinya ramai pihak bersetuju bahawa UMNO sudah cukup takut dengan kesedaran dan kebangkitan mahasiswa.Usaha beliau membentangkan isu pindaan AUKU dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, pastinya memberi gambaran jelas siapa yang sebenarnya dalang menghancurkan anak bangsa sendiri.

MAHASISWA “TEWASKAN” AUKU, APA CERITA KES FIRDAUS MAZLAN ??



Sorakan gembira dan laungan takbir pastinya bergema di jiwa para mahasiswa/wi  Malaysia.Keberjayaan 4 penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia mencabar “akta bodoh” dilihat kemenangan yang cukup bermakna.

Tapi malangnya, kemenangan tersebut seolah-olah tidak dinikmati oleh mahasiswa/wi mesir yang dilihat masih menanti perkembangan kes penuntut Institut Fatwa Mesir, Saudara Firdaus Mazlan @ us. Alang yang dibuang gara-gara menganjurkan perhimpunana Bersih 2.0 Mesir.

Kata-kata manis yang ditaburkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) bagi menyelesaikan kes ini bagai tiada penghujung. Pertemuan demi pertemuan yang dijalankan oleh pihak persatuan pelajar Mesir  seolah-olah tiada hasilnya.

Jika dilihat situasi kes ini, pihak berwajib seolah-olah membiarkan kes ini tanpa kata putus dan usaha. Seumpama ada pihak luar yang menekan dan mengatur perjalanan kes ini agar tiada penyelesaiannya.
Persoalan yang timbul, apakah UMNO Mesir adalah dalang di sebalik kes in ??

Andai dilihat dari maklumat yang dibocorkan oleh FB KJ Bocor, pastinya semua pihak bersepakat dan bersetuju bahawa dalang dan pengkianat yang selama ini memusnahkan anak bangsa sendiri di Mesir adalah Kelab UMNO. Dan individu yang cukup popular dalam kegiatan jahat ini ialah Khairi Jalalludin KJ!!

Tuesday, November 1, 2011

RUMAH TERBUKA RAYA KORBAN, APA TINDAKAN KALAU “KJ” DATANG ??


Raya Aidul Adha bakal tiba. Pastinya semua rumah negeri sedang sibuk membuat persiapan rumah terbuka. Apa kata kalau kita berfikir bersama “persiapan” yang perlu dibuat jika KJ menghadiri rumah terbuka di negeri masing-masing.
Mungkin cadangan yang boleh dilontarkan  :

Pertama : Semua persatuan membuat surat terbuka kepada Pengarah EM untuk tidak membenarkan KJ    menghadiri jemputan Rumah negeri kepada EM.

Kedua :Sekiranya KJ tetap hadir, mohon ahli setiap persatuan negeri menghalang KJ memasuki premis masing-masing.

Ketiga :Sekiranya KJ berjaya memasuki rumah negeri, arahkan semua tenaga pelaksana rumah terbuka hidangkan air kosong dengan fino sahaja.

Empat : Sebelum KJ pulang meninggalkan premis, bersalam dengan dia dan ucap selamat tinggal KJ pengampu!! 

Segala cadangan akan terbatal sekiranya KJ memohon maaf secara terbuka....

KEJAYAAN MAJLIS K.6, BAHAYA EME


Sekalung tahniah buat pimpinan mahasiswa/wi Mesir atas penganjuran bacaan hadis bersama para ulama’ Al-Azhar. Program yang pernah mencatatkan sejarah hitam buat  Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang usaha sabotaj dari pihak luar.

Program Kutub Sittah (K.6) siri 3, mencatatkan kehadiran yang begitu ramai,pastinya mencalarkan imej UMNO yang ditugaskan untuk mengkuburkan PMRAM di Mesir. Mungkin seribu kekusutan sedang melanda Kelab UMNO Mesir untuk membuat perancangan semula setelah segala perancangan mereka didedahkan oleh FB KJ BOCOR.

Education Malaysia Egypt (EME) yang dipimpin oleh Prof. Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj. Safei, juga perlu berwaspada. Ini berikutan pendedahan yang membuktikan tindakan Khairi Jalalludin, mengadu domba terhadap tindakan para pegawai  yang tidak menguntungkan UMNO Mesir. Pastinya, kejayaan program K.6 tanpa sebarang halangan dari EM membuatkan UMNO Mesir tidak senang duduk.

Persoalan yang pasti timbul, apakah mungkin Khairi Jalalludin (KJ) akan membuat tindakan yang sama ? Atau apakah Khairi Jalalludin sudah mampu bersikap professional ? Jawapannya akan kita nantikan bersama….


K.J MENCEMARI MAJLIS DELEGASI PERAK BERSAMA ANAK PERAK MESIR

     (Gambar : Kiri sekali Khairi Jalalludin @ KJ, 5 dari kiri Abdul Muhaimin,
        pegawai Perak bersama kumpulan bola UMNO Mesir)


Khairi Jalalludin @ KJ, pegawai yang cukup membengangkan Mahasiswa/wi Mesir. Isu KJ dan UMNO serta cubaan menjatuhkan semua pihak yang dianggap menganggu UMNO cukup mengggemparkan. Maklumat dan tindakan keji beliau telah dibocorkan bertalu-talu di laman sosial FB, KJ Bocor.

Pada 28 Oktober baru-baru ini, setelah sekian lama dimalukan dan ditentang habis-habisan, KJ tiba-tiba muncul di Rumah Perak lama H.7. Kemunculan beliau di dalam majlis anak-anak Perak bersama sebahagian delegasi Perak cukup menampakkan sikap tak tahu malu atas segala perbuatan jijik dan keji beliau.

Ramai pihak berkeyakinan kehadiran beliau mungkin atas jemputan dan makluman Pegawai HEP Perak, Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang sememangnya UMNO dan cukup setia dengan KJ walau sejijik manapun tindakan KJ. Kehadiran KJ kali ini bakal membuatkan ramai pihak bertambah benci dan meluat terhadap beliau.

Pastinya kehadiran KJ kali ini juga bertujuan bagi membersihkan najis-najis yang sudah terpalit akibat tindakan bodoh dan jahat beliau terhadap ramai pihak. Sikap Education Malaysia Egypt (EME) yang masih membisu mengenai isu KJ amat membingungkan. Walaupun telah bertukar tampuk kepimpinan, namun sikap EME yang seolah-olah  tunduk “menyembah” UMNO masih wujud hingga kini.  

TV Media Mesir