ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Wednesday, February 29, 2012

KERANA BERSIH 2.0 MESIR ,YAYASAN TERENGGANU BERTINDAK ZALIM DAN KEJAM !!

 Bersih 2.0 yang dianjurkan oleh Gerakan Suara Rakyat (SUARA) di Mesir pada julai 2011 telah berjaya membongkarkan pelbagai kezaliman dan perbuatan jahat yang dirancang secara sulit oleh Kelab UMNO Mesir. Penganjuran BERSIH tersebut juga telah mengakibatkan sdr Firdaus Mazlan dikenakan tindakan yang cukup zalim dan bodoh oleh pihak Kedutaan yang dikepalai oleh Dato Fakhruddin.


(gambar kiri : surat penamatan pinjaman oleh Yayasan Terengganu)

Beliau dibuang pengajian setelah pelbagai hasutan dan penyalahgunaan kuasa yang dibuat oleh duta dan pegawai E.M dalam mempengaruhi Mufti Mesir dan Al-Azhar bagi mengenakan tindakan kepada para pelajar yang menyertai Bersih di Mesir.

Isu tindakan terhadap peserta Bersih di Mesir rupanya masih berterusan. Terbaru 9 pelajar Yayasan Terengganu menerima surat penamatan pinjaman oleh pihak Yayasan Terengganu atas kesalahan yang tidak disebut secara jelas di dalam surat tersebut.Tetapi umum meyakini, bahawa tindakan pihak Yayasan Terengganu ini ada kaitan yang cukup rapay dengan Bersih di Mesir.
 
Isu ini bakal mencetuskan gelombang kebangkitan Mahasiswa kali kedua. Pastinya kebangkitan kali ini akan lebih tersusun dan terancang. Pastinya Yayasan Terengganu perlu bersedia dengan gelombang dan api kemarahan mahasiswa terhadap tindakan bodoh mereka.

(gambar kanan : Kenyataan di FB)

Tuesday, February 28, 2012

E.M.E BAKAL DI HALAU DARI ARMA

Isu Asrama Rumah Melayu (ARMA) telah mencatatkan pelbagai pengalaman pahit dan manis buat mahasiswa/wi di Mesir amnya dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) amnya. Tanah yang diperolehi daripada usaha dan hasil titik peluh PMRAM dan kemudiannya dibina sebuah bangunan bagi para pelajar Malaysia di Mesir yang dibiayai oleh Kerajaan Malaysia setelah persetujuan dicapai dan disepakati antara pihak PMRAM dan Kerajaan Malaysia.
 
Pada permulaan pentadbiran ARMA, PMRAM diberi hak sebagaimana termaktub dalam perjanjian bahkan dibenarkan menjalankan operasi pentadbiran di salah sebuah ruang di ARMA. Namun apa yang menyedihkan, hak PMRAM dirampas dan mereka dihalau keluar dari ARMA dengan alasan yang langsung tidak munasabah. Sehingga hari ini, usaha PMRAM bagi mendapatkan hak mereka kembali di ARMA diteruskan tanpa mengenal penat jemu.

Usaha mereka yang berterusan akhirnya membawa khabar gembira. Tanah yang seluas 2,212  meter persegi yang dianugerahkan oleh Al Marhum Presiden Mesir , Jamal Abdul Nasir kepada PMRAM pada tahun 1959 masih lagi sah dimiliki oleh PMRAM sehingga ke hari ini.Mungkin inilah masa dan peluang bagi para mahasiswa/wi menghalau para pegawai dari ARMA seperti mana yang dilakukan kepada PMRAM.
 
Fakta terbaru ini pastinya memeningkan lagi kepala para pegawai khususnya pegawai UMNO yang saban hari berusaha mencari jalan bagi menghancurkan PMRAM. Kedutaan juga wajar bimbang dan risau dengan fakta ini. Kedutaan Malaysia di Mesir sebenarnya tidak perlu lagi melindungi wajah UMNO mereka. Umum sudah pun mengetahui sikap kedutaan yang menganak tirikan PMRAM dan lebih memanjakan dan menyayangi Kelab UMNO Kaherah yang hanya menunggu saat dan ketika untuk mampus.

Isu ARMA sebenarnya telah membongkarkan seribu raut wajah kebencian dan dendam para pegawai terhadap PMRAM, bahkan tidak salah untuk kita mengatakan sebenarnya kerajaan UMNO/BN juga cukup membenci dan berdendam dengan PMRAM. UMNO/BN merasa tercabar dengan perkembangan baik serta sambutan ahli yang menggalakkan terhadap PMRAM. PMRAM bukanlah parti politik, PMRAM bukanlah ejen politik, tetapi apa yang pelik dan aneh mengapa UMNO/ BN cukup takut dan gentar dengan pengaruh PMRAM.Mungkin UMNO/BN dah gila kot !


Saturday, February 25, 2012

Dato' Duta di Malam Apresiasi Kelab UMNO Kaherah Mesir pada 6 Febuari 2012.













55 TAHUN ISLAM DIMARTABATKAN CARA UMNO

PAS menyahut cabaran Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak, meminta umat Islam memilih kerajaan yang mampu menjamin, memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang ketika menyampaikan ucaptama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012. Wajib diketahui bahawa Islam adalah daripada Allah untuk seluruh alam termasuk manusia seluruhnya. Islam bukan ciptaan manusia samada manusia itu ahli PAS atau ahli UMNO atau bukan ahli mana-mana parti, termasuk manusia itu bertaraf ulama di sepanjang zaman dan mereka tidak diizinkan mencipta ajaran Islam sendiri. Mencipta ajaran sendiri yang dianggap setanding atau setaraf ajaran Islam daripada Allah adalah perkara syirik dosa besar. Firman Allah :
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَلَوْلَا كَلِمَةُ الْفَصْلِ لَقُضِيَ بَيْنَهُمْ وَإِنَّ الظَّالِمِينَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (21) الشورى.
21. Apakah mereka mempunyai sekutu-sekutu selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka ajaran agama yang tidak diizinkan Allah? sekiranya tidak ada ketetapan yang menentukan (dari Allah) tentulah mereka telah dibinasakan. dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan memperoleh azab yang amat pedih.
Allah telah melantik Nabi Muhammad s.a.w rasul akhir zaman supaya membawa Islam ciptaan Allah serta menyampaikan Islam itu dan menafsirkan cara pelaksanaannya secara amali yang dijamin istiqamahnya dengan sifat kerasulan yang wajib terpelihara. Walaupun Allah mewafatkan Rasulullah s.a.w, namun petunjuk Islam yang sempurna tetap dipelihara Allah dalam kitabNya dan difahami oleh kumpulan yang mendokongnya. Pelaksanaannya adalah mengikut acuan daripada Allah, maka acuan yang dicipta selain daripadanya adalah palsu dan bohong.
Sejarah Islam membuktikan, hanya bangsa dan umat yang dibentuk peribadi, keluarga, masyarakat dan negaranya mengikut Islam sahaja, iaitu acuan Allah bukan acuan ciptaan manusia dan cara pelaksanaannya berpandukan Rasulullah s.a.w dan generasi awal yang mengikut jejak langkahnya, mancapai martabat yang mulia dan memperkasakan umat yang beramal dengannya di sepanjang zaman sehingga mampu mengambil alih memimpin dunia yang dirosakkan oleh tamadun sesat. Pemimpin negara yang berpegang dan beramal dengan Islam yang sempurna itu menjadi kuasa besar yang memimpin dunia.
Walau bagaimanapun, kejatuhan umat Islam di zaman mutakhir selepasnya, berlaku selepas penganut Islam meninggalkan ajaran Islam yang sempurna akibat penyelewengan pemimpin dan kerajaannya, menyebabkan tanah air dan bangsa yang menganut Islam dijajah dan dihina. Penjajah mengambil kesempatan di zaman penguasaannya, setelah gagal memurtadkan umat Islam dengan menukar agamanya walaupun secara paksa. Lalu mereka menukar cara dengan mengubah acuan baru pelaksanaan Islam bagi umat Islam secara halus dan licik, iaitu dengan cara melaksanakan Islam secara terpilih, beramal dengan sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain, sehinggalah ke peringkat percaya kepada sebahagian dan tidak percaya kepada sebahagian yang lain. Mereka menerapkan dasar dan konsep sekularisme yang memisahkan urusan duniawi dalam agama Kristian di negara mereka ke dalam agama Islam yang dibentuk acuan pelaksanaannya terhadap umat Islam.
Maka Islam yang sempurna, lengkap dan berkuasa memandu seluruh urusan kehidupan, khususnya pentadbiran negara dihapuskan. Kuasa yang dinamakan agama Islam dibelenggu di bawah Jabatan Agama yang dihadkan bidangnya sekadar urusan ibadat yang terhad, undang-undang keluarga Islam, harta pusaka dan wakaf, seterusnya Jabatan Hal Ehwal Agama diberi peranan bertindak mengawal sebarang kegiatan yang bersifat politik, ekonomi dan ajaran yang berkait dengan cara hidup mengikut syariat Islam yang memperkasakan umat Islam, disekat dengan undang-undang yang dinamakan Islam juga, bagi mengawasi khutbah jumaat dan pengajian agama. Akhirnya umat Islam jahil agamanya sendiri, para ulamanya lemah, akhirnya hilang martabatnya dan menjadi bangsa yang lemah.
Namun di setiap tanah air umat Islam muncul kumpulan yang mempertahankan Islam dan menentang penjajah di atas nama Islam dan bercita-cita Islam, walaupun ramai kalangan mereka yang gugur syahid di medan jihad, ditali gantung, dibuang negeri dan dipenjara. Akhirnya penjajah mengaku bahawa mereka terpaksa berundur dan mesti kembali pulang ke negeri masing-masing, tetapi kepentingan mereka wajib dipertahankan. Penjajah Barat yang bersikap musuh terhadap Islam dan penganutnya kerana sesat dan dengkinya tidak berundur dengan percuma, tetapi berundur dengan perancangan pula bagi menghalang wujudnya kuasa Islam yang benar-benar berwibawa memperkasakan umat Islam yang dikira mencabar kuasa Barat. Mereka tetap bersifat hasad dan bermusuh sehingga hari kiamat, begitulah pesanan Allah dalam surah Baqarah:
وَلَا يَزَالُونَ يُقَاتِلُونَكُمْ حَتَّى يَرُدُّوكُمْ عَنْ دِينِكُمْ إِنِ اسْتَطَاعُوا وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُ هُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُون
217. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) memesongkan kamu daripada agama kamu, seandainya mereka mampu. Sesiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
Ayat ini tidak terhad pengajarannya di zaman Rasulullah s.a.w ketika berlakunya sebab tetapi pengajarannya berpanjangan sehingga hari kiamat. Kitab Mustika Hadis jilid kedua terbitan Jabatan Perdana Menteri, terus menjadi teks kuliah dan usrah kalangan ahli PAS, dalam bab perkara merosakkan iman menyatakan bahawa penyelewengan agama yang menghilangkan martabat umat Islam bukan sehaja keluar daripada agama Islam secara menyeluruh dengan menganut agama lain, bahkan berlaku pada setiap satu ajaran Islam daripada keseluruhannya termasuk perkara sunat. Inilah perancangan penjajah.
Lord Cromer ketua pentadbir penjajah Inggeris di Mesir dan Sudan di zaman penjajahannya menegaskan bahawa: “Pihak Barat yang terpaksa berundur, akhirnya terpaksa memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan hendaklah merancang supaya pemimpin kerajaan selepas merdeka terdiri daripada kalangan bangsa anak negeri yang berpendidikan dan berpelajaran Barat dan boleh meneruskan dasar dan polisi Barat yang mengekalkan pengaruhnnya sehingga selepas diberi kemerdekaan, seterusnya menghalang kuasa politik Islam bertapak semula “.
UMNO adalah parti yang dipilih oleh penjajah British untuk menjadi teras kerajaan Malaysia setelah diberi kemerdekaan dan wajib diberi kekuatan untuk menang pilihanraya selama-lamanya, supaya martabat umat Islam terus lemah tidak bermaya walaupun telah mencapai kemerdekaan dan penjajah kulit putih tidak ada lagi. Inilah akibat yang menimpa umat Islam selepas lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan, membina bangunan agama pada zahirnya tetapi merobek dan meruntuh sehingga melemahkan jati diri pada hakikatnya, seterusnnya boleh menjatuhkan martabat umat.
Islam yang dibawa ke rantau ini oleh para pendakwah yang berjasa, adalah Islam yang sempurna sehingga melahirkan raja-raja dan para ulama yang berjasa. Mereka menentang penjajah sejak kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Perjuangan kemerdekaan bukannya bermula dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946. Sejarah telah diputar belit oleh penjajah dan disambung oleh UMNO. PAS ditubuhkan menjadi mata rantai perjuangan Islam menentang penjajah, ramai kalangan penaja dan pemimpin yang menubuhkan PAS adalah bekas tahanan penjajah, saki-baki daripada para ulama dan raja-raja Melayu yang dibunuh, dibuang negeri dan dihilangkan dalam lipatan sejarah. PAS mengambil pendekatan secara damai cuba membetulkan kemerdekaan dengan memorandum bersama kumpulan Islam sehingga meletakkan beberapa perkara dalam perlembagaan, iaitu Islam agama persekutuan, hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan raja berpelembagaan. Namun UMNO yang menjadi pemimpin utama, telah menyebabkan berlakunya terhadap umat Islam seperti yang ada pada hari ini.
Islam dikekalkan oleh UMNO mengikut acuan penjajah selepas mengambil alih kepimpinan negara. Pendidikan Islam yang dilumpuhkan oleh penjajah, disambung kerjanya oleh UMNO sehingga sekolah agama rakyat yang menjadi kubu Islam dilemahkan, tulisan jawi berhuruf arab yang menjadi bahasa agama serantau dilemahkan oleh UMNO sehingga hampir hendak disimpan ke dalam muzium. Sekolah-sekolah agama sebelum dan di awal kemerdekaan yang ditubuhkan oleh para ulama sehingga melahirkan pelajar yang boleh berbahasa arab setaraf dengan orang arab, dipinda sistemnya selepas merdeka, sehingga melahirkan pelajar yang lemah bahasa arabnya dan cukup layak menjadi ulama muda terompah kayu UMNO yang diguna pakai sementara kemudian dibuang tanpa maruah. Hukum Islam dipinggirkan pelaksanaannya sehingga keruntuhan moral kalangan umat Islam paling meningkat. Jabatan agama pula lebih berperanan seperti zaman penjajah untuk mengawal kegiatan dakwah di masjid dan surau yang mengancam sekularisme sehingga tidak mampu memperkasakan umat Islam dengan agamanya, laksana tentera yang mempertahankan sekularisme di Turki.
Kadar umat Islam di awal kemerdekaan hampir lapan puluh peratus, selepas kemerdekaan beberapa tahun menurun kepada enam puluh peratus. Kehilangan jatidiri Melayu Islam di Singapura, pada awalnya Melayu UMNO Datuk Hamid Jumat menjadi Ketua Menteri akhirnya tenggelam, bukan salah Cina tetapi UMNOlah puncanya kerana mengambil pendekatan betapa kerasnya mempertahankan Melayu, sehingga hendak membunuh bangsa lain tetapi bodoh politik. Kedudukan Melayu Pulau Pinang yang makin lemah bukan salah kaum Cina, tetapi salah UMNO yang memimpinnya kerana mengajar Melayu leka dengan politik wang rasuah, harta wakaf sanggup diseleweng, akhirnya boleh tenggelam bersama UMNO seperti di Singapura. Kehilangan kekurangan kerusi Melayu Islam kerana UMNO terpaksa memberi sedekah kerusinya kepada rakan sejawatnya MCA, GERAKAN dan MIC. Akhir-akhir ini, kaum Cina dan India bersorak kerana calon PAS menang mengalahkan calon MCA, GERAKAN atau MIC, tetapi Melayu yang dilatih oleh UMNO pula menangis kerana rakan sejawatnya MCA, GERAKAN dan MIC kalah.
Bahasa Melayu diterima oleh semua kaum menjadi bahasa kebangsaan kerana sudah menjadi bahasa perantaraan di negara kita. Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan serta dikuatkan dengan perlembagaan bagi memperkasakan bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu dan pentadbiran, setaraf dengan bahasa lain. Tiba-tiba kedudukannya makin lemah, bukan sahaja dipinggirkan dalam urusan kerajaan malah secara zahir kelihatan diperkecilkan ucapan dan tulisannya dalam amalan di merata tempat dan amalan pemimpin sendiri. Ungkapan bahasa jiwa bangsa diserlahkan oleh para pemimpin dunia, ada kalangan pemimpin beberapa negara yang mampu menguasai beberapa bahasa, namun tetap menggunakan bahasa masing-masing sehingga di peringkat berucap di PBB dan lain-lain. Adapun pemimpin UMNO dalam negara sendiripun lupa daratan apatah lagi kalau di luar negara, menandakan hilang jiwa bangsanya. Inikah pemimpin yang diharap meninggikan martabat umatnya ?
Hak istimewa Melayu atau Bumiputera menjadi tongkat untuk memperkasakan Melayu Islam dalam bidang ekonomi, disalahgunakan oleh pemimpin UMNO di semua peringkat daripada menteri kabinet sehinggalah ketua cawangan UMNO dan JKKK. Dalam masa lebih lima puluh tahun, masih tidak mampu bersaing dengan kaum yang lebih maju, setiap kali konsep Dasar Ekonomi Baru diwarwarkan tongkat hak istimewa diangkat sekadar untuk memukul atau mengugut kaum lain, bukannya untuk menguatkan diri sendiri. Peruntukannya banyak yang diketahui umum kebocorannya, sehingga Bank Bumiputrera yang berkembar dengan UMNO laksana kuku dengan isi, di mana ada pejabat UMNO disitu ada cawangan Bank Bumiputera, akhirnya terpaksa dikebumikan kerana ditelan riba dan pinjaman khianat.
Raja berperlembagaan yang diberi amanah untuk memayungi agama, sepatutnya diperkasakan oleh UMNO yang memegang tampuk politik dengan kekuatan Islam sebagai al-Din yang hebat berkuasa dengan Islam adil untuk semua. Tiba-tiba UMNO meminda perlembagaan untuk lebih kuasa kepada UMNO dengan memalukan raja-raja, maka pindaan perlembagaan jadilah laksana tikus membaiki labu.
PAS mengajak rakyat memilih PAS ganti UMNO bagi meninggikan martabat umat dengan acuan daripada Allah yang temaktub dalam al-Quran. Firman Allah dalam surah al-Hajj (maksudnya):
40. Dan sekiranya Allah tidak menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, tempat-tempat sembahyang dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agamaNya). Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.
41. (Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang munkar; dan kepada Allahlah kembali segala urusan.
Konsep Islam menerima kewujudan masyarakat majmuk, bukan dengan semangat fanatik perkauman di kalangan kaum berbagai bangsa dan agama tetapi berkonsepkan adil dan hak yang diberi untuk semua secara sifat kemanusiaan ciptaan Allah yang ditunjuk oleh Rasulullah s.a.w. Perkara ini diserlahkan melalui Konvensyen Pakatan Rakyat secara persetujuan bersama mengekalkan konsep yang ada dalam perlembagaan tetapi diamal salah oleh Barisan Nasional yang diketuai UMNO setelah lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan dengan natijah yang melemahkan martabat umat Islam dan menegangkan hubungan dalam masyarakat berbagai kaum.
PAS telah cuba sedaya upaya di negeri yang pernah diperintah dan sedang diperintah, tetapi dihalang dan diganggu secara tidak adil dan beradab serta melanggar konsep perlembagaan dan menyempitkan hak rakyat. PAS bersama Pakatan Rakyat berbagai parti dan kaum mengajak rakyat menolak pemimpin yang dipilih secara rasuah melalui politik wang dalam parti dan membeli rakyat dengan rasuah juga dalam pilihanraya yang terlalu banyak penipuannya, supaya menjadi rakyat yang berfikir secara matang, ikhlas dan berani.
Pilihanraya menentukan pilihan meninggikan martabat umat Islam, ialah memilih PAS ganti Umno. Pakatan Rakyat ganti Barisan Nasional. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang yang beriman tidak harus disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang”. Tidak sedarkah anda bahawa UMNO telah menyengat orang Melayu Islam sudah dua belas kali pilihanraya daripada satu lubang yang ditabur dengan umpan duit dan janji manis tetapi beracun jangka panjangnya.
 Presiden PAS

Thursday, February 16, 2012

ADAKAH DATO' DUTA HADIRI MAJLIS UMNO ? APAKAH KEDUTAAN MEMANG UMNO ? ANDA SENDIRI PERLU MENILAI.....

Ucapan sepatah dua daripada Mantan Pengerusi Kelab UMNO pada majlis berkenaan...

Bismillahirahmanirahim Alhamdulillahirabbilalamin Wasollatu Wassalam Mua’la Asyrafil Anbiya Iwal Mursalin Wa Ala Alihi Wasohbihi Ajmain 
Terima kasih Saudara/Saudari Pengerusi Majlis.
Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia Ke Mesir Professor Madya Dato’ Dr. Mohd. Fakhrudin Bin Abdul Mukti
Serta Yang Berbahagia Datin 
Yang dihormati Pengarah EM Egypt Professor Madya Dr Hj Suaidi Dato' Hj Safei 
Yang Berusaha Pengerusi Kelab UMNO Kaherah Sesi 2011/2012 Saudara Hafiz Bin Hamzah Serta Isteri  
Yang amat dihargai, Barisan Mantan Ahli Majlis Tertinggi Kelab UMNO Kaherah Sesi 2010/2011 
Yang diamanahkan, Barisan Ahli Majlis Tertinggi Kelab UMNO Kaherah Sesi 2011/2012 
Yang dihormati, Barisan Ahli Lembaga Penasihat Kelab UMNO Kaherah 
Barisan Kepimpinan Kelab UMNO Cawangan-cawangan lain di Mesir 
Yang paling dihargai Para Ahli Kelab UMNO Kaherah dan cawangan-cawangan lain. 
Para pegawai-pegawai kedutaan , agensi serta negeri 
Serta Hadirin yang dirahmati Allah. 


Assalamualaikum WBT 

Mula-mula sekali saya ingin menyatakan kesyukuran saya ke hadrat Allah SWT dengan limpah dan kurniaNya Malam Aprisiasi Kelab UMNO Kaherah dapat dijalankan di dalam Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah ini. Setahun berlalu tanpa disedarkan, Mengundang pelbagai mulut yang berkata; Hamba di sini memohon keizinan, Seorang mantan membuka kata. 

(Penyerahan tugas oleh mantan Pengerusi Kelab UMNO 2010/2011 Wan Sherhan Seruji kepada Hafiz Hamzah dalam Majlis Apresiasi Kelab UMNO Kaherah baru-baru lalu bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah, Mesir)

Tahun 2010/2011 merupakan suatu tahun yang memang sukar dilupakan untuk semua rakyat Malaysia yang berada di Mesir di mana ramai yang di sini mengalami secara sendiri suatu detik yang kita tidak pernah jangka dan tidak pernah terlintas di dalam fikiran kita semua. Apakah ini suatu suratan atau kebetulan, kerana pada jangka masa yang sama, diri ini telah diamanahkan untuk memikul tanggungjawab dalam memimpin Kelab UMNO Kaherah. 

Sudah tentu dalam jangka masa ini pelbagai cabaran, dugaan, kejayaan, kekecewaan , pahit serta manis telah dilalui. Pengalaman seperti ini tentunya suatu pengajaran buat diri saya secara peribadinya. Secara peribadinya, saya sendiri tidak akan pernah mampu menggalas segala tugasan secara solo tanpa bantuan dan sokongan daripada kalian. Apalah erti saya sebagai seorang Pengerusi tanpa sokongan para ahli serta para pelajar. 

Tidak ada kekuatan saya sebagai Pengerusi tanpa kerjasama para barisan kepimpinan Kaherah dibawah pimpinan saya serta rakan pimpinan dari cawangan yang lain. Mungkin Pengerusi ini bakal tergelincir tanpa nasihat dan dorongan daripada kekanda dan ayahanda dari Barisan Ahli Lembaga Penasihat serta para pegawai. Mana mungkin diri ini akan terubat dari kesedihan , kegusaran serta kekecewaan tanpa sentuhan keibuan daripada PERWAKILAN di bawah kepimpinan Yang Berbahagia Bonda Datin Zaharah Binti Md Hashim. 

Tidak mungkin saya mampu berdiri di sini sebagai Pengerusi tanpa naungan ayahanda Tuan Yang Terutama Duta Besar Malaysia Ke Mesir Professor Madya Dato’ Dr. Mohd. Fakhruddin Bin Abdul Mukhti. Hasil kerjasama, sokongan serta bantuan semua, barulah Kelab UMNO Kaherah dibawah pimpinan saya untuk sesi 2010/2011 diberi Anugerah Khas oleh Kuala Lumpur pada Perhimpunan Agung yang lepas. Anugerah ini, merupakan penghargaan kepada semua, ini merupakan hasil kerjasama dan usaha gigih keras dari semua. 

Tidak ada kejayaan solo atas anugerah ini, tidak ada ada pihak yang boleh mengambil kredit 100% daripada anugerah ini, kerana anugerah ini anugerah kita, anugerah ini milik kita secara satu pasukan. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada semua Mohon maaf pembuka kata, Kali terakhir di pentas cerita; Tidak berniat memanjang kata, Hanya ingin berkongsi suatu ceritera.

Hadirin yang dihormati, Pada kesempatan ini saya ingin membawa hadirin untuk melihat Kelab UMNO Kaherah secara spesifiknya dan amnya kita sebagai kelompok pelajar di Mesir ini akan ertinya suatu kerjasama. Untuk memudahkan cerita izinkan saya menceritakan mengenai team bola sepak, mesti ramai yang tahu mengenai bola sepak, andai tidak main bola sepak sekurangnya tahu sedikit sebanyak mengenai bola sepak. Seperti kita tahu permainan bola sepak merupakan permainan berpasukan dan terdiri daripada pelbagai posisi serta entiti. 

Posisi pertama : Penyerang Untuk pengetahuan semua posisi ini tidak mempunyai banyak kuota, dan hanya yang hebat menyerang dan mempunyai sifat ingin menyerang mampu untuk membarisi sebagai pasukan penyerang. Tugas penyerang ini tidak lain tidak bukan untuk menyerang dan menjaringkan gol. Peratusan mereka untuk menjaringkan gol pula adalah amat tinggi berbanding dengan posisi yang lain kerana kedudukan mereka paling dekat dengan tiang gol lawan. Penyerang pula selalunya terkenal berbanding dengan pemain posisi lain. Penyerang pula selalu diangkat sebagai wira kemenangan suatu pasukan. 

Penyerang pula ada pelbagai jenis dan pelbagai sifat, ada yang bijak membantu barisan yang lain serta menunggu masa yang sesuai untuk menghasilkan jaringan yang tentu pasti gol. Ada pula penyerang yang pantang dapat bola di kaki terus membuat rembatan asal bergaya gol belakang cerita. Tidak kurang juga yang tidak ada bola di kaki tapi tetap ligat membuat aksi menyerang janji bergaya biar bola di kaki lawan. Jangan lupa sekali sekala kita import penyerang, tetapi penyerang ini hanya menyerlah di “home” dan bila terpaksa bermain di “away” dia melakukan serangan yang memudahkan lawan melakukan “counter-attack”. Tatkala pasukan diserang balas, penyerang tersebut hanya melihat dan akhirnya pasukan bola itu dibolosi dengan gol. 

Walaubagaimanapun, penyerang ini akan selamat daripada cemuhan para penyokong kerana akhirnya, kekalahan tersebut adalah akibat kesalahan barisan pertahanan dan penjaga gol. Tetapi seorang penyerang, tatkala dalam kemenangan, dia akan dinobatkan sebagai wira yang berjaya menjaringkan gol sekali gus kita tidak dapat menafikan kepentingan seorang penyerang. 

Posisi Kedua: Barisan Tengah (Midfielder) Barisan ini sebenarnya barisan yang penting kerana menjadi perantara pertahanan dan penyerang, barisan ini jugalah menjadi barisan yang mencorakkan suatu permainan. Barisan tengah yang gah memudahkan penyerang dan menguatkan pertahanan. Barisan tengah ini memerlukan daya intelek yang tinggi untuk mengatur corak permainan agar sentiasa mantap dan nampak cantik. 

Suatu jaringan yang mantap datang daripada bantuan atau “assist” yang memudahkan suatu penyudah. Namun kadang kala lumrah manusia kita hanya ingat pada kesudahan dan tidak ingat kepada jalan kepada suatu kesudahan itu. Ramai yang ingat dengan gol kemenangan oleh James Wong ketika menentang Korea Selatan pada tahun 1980, tapi tidak ramai yang ingat gol beliau adalah hasil hantaran cantik Hassan Sani selepas mengelecek ramai barisan pertahan lawan. Maaf andai kata kurang manis, Hanya sekadar cerita untuk dikongsi; Panjang cerita bukan janji manis, Seorang mantan tidak mampu menabur lagi Posisi seterusnya: 

Pertahanan (Defender) Barisan ini tentunya penting untuk menahan daripada serangan lawan, barisan ini haruslah membawa sikap biar putih tulang jangan putih mata, ada yang sanggup biar cedera asal lawan tidak bolos, tidak kurang juga yang bertungkus lumus menjaga kubu pasukan daripada diserang lawan. Namun tidak kurangnya yang sengaja memberi bola mudah untuk pasukan lawan, agar ada serangan dari pihak lawan, dan pertahanan itu nampak bekerja keras untuk mempertahankan kubu. 

Tetapi malangnya, barisan ini selalu disalahkan tatkala pasukan dibolosi gol dan selalunya barisan ini bukan menjadi “highlight” sekiranya pasukan itu memenangi satu perlawanan. Tentunya orang akan lebih ingat, kalahnya satu pasukan itu dalam perlawanan akhir kerana kecuaian barisan pertahanan daripada mengingati menangnya satu pasukan itu dalam perlawanan akhir kerana kemantapan barisan pertahanan. Hal ini tentu kerana suatu kemenangan tentu lebih dikaitkan dengan jaringan gol yang dihasilkan oleh barisan serangan. 

Posisi terakhir: Penjaga gol Penjaga gol merupakan benteng terakhir, yang menjadi penentu untuk keselamatan tiang gol andai pihak lawan berjaya melepasi semua barisan dalam pasukan. Penjaga gol hanya ada satu dalam setiap pasukan dan sememangnya penting, kerana serangan bertubi-tubi daripada pasukan lawan. Namun mana ada bumi tidak ditimpa hujan, sehebat mana penjaga gol, tetap ada bolosnya. Tetapi, lumrah manusia, yang diwar-warkan adalah bolos bukan berapa tepisan. 

Berakhir dengan segala posisi masih ada satu entiti penting dalam satu pasukan: Jurulatih dan barisan pembantu jurulatih: Seorang jurulatih dan barisan pembantunya amat penting dalam memberi latihan dan tunjuk ajar kepada para pemain. Hal ini kerana segala tunjuk ajar amat penting agar para pemain dapat melakukan tindakan yang sewajarnya ketika berada di padang untuk perlawanan sebenar. Ketika di perlawanan sebenar, segala arahan jurulatih dari tepi padang sebenarnya kurang efektif, seorang pemain ketika dalam suatu perlawanan perlu tahu membuat keputusan sendiri secara wajar. 

Namun barisan jurulatih pula harus tidak mengamalkan “favoritism” seperti hanya pemain yang mengikut tunjuk ajar secara bulat-bulat akan digemari tetapi pemain yang tidak menggunakan teknik yang diajar secara bulat-bulat pula dikatakan tidak menyerlah walhal pemain itu telah “improvise” teknik untuk mendapat hasil yang lebih baik mengikut kreativiti. Para pemain pula janganlah terlalu “rigid” dengan garis panduan yang disediakan oleh jurulatih dengan harapan untuk mendapatkan tempat dalam pasukan walhal pemain itu mempunyai kelebihan yang lebih dari itu. 

Jurulatih pula harus sentiasa memberi dorongan dan semangat serta memberi perkongsian pengalaman tetapi haruslah mengelakkan daripada “oh saya dulu waktu saya jadi pemain, saya boleh buat skill tu, skill ini, sekarang kamu mahu tendang bola pun tidak tahu”. Andai benar boleh dan pernah melakukan skill itu Alhamdulillah, namun andai auta tidak adil buat pemain bawah latihannya. Dapatlah kita simpulkan di sini bahawa dalam satu pasukan bola sepak semua posisi haruslah seimbang , andai ada satu yang rapuh , pasukan itu juga ikut rapuh. 

Begitulah kita dalam Kelab UMNO Kaherah dan juga dalam kehidupan bermasyarakat. Bersatulah kita dalam melakukan semua perkara. Kita juga harus sentiasa ingat niat asal perjuangan kita. Perjuangan kita, perjuangan agama, bangsa dan negara. Perjuangan kita demi mempertahankan perjuangan nenek moyang kita serta memelihara generasi akan datang. Ingatlah, perjuangan kita bukanlah perjuangan peribadi, bukan perjuangan harta, bukan perjuangan untuk mendapatkan pingat, bukan perjuangan untuk mendapatkan penghargaan manusia, dan bukan jugalah perjuangan untuk menambah sengketa tetapi semata-mata untuk yang Esa. 

Sedarlah kita, masa depan negara berada di tangan kita, usahlah kita terus hanyut dengan keselesaan masa yang sebenarnya sudah suntuk. Semboyan sudah lama berbunyi, bukan untuk memerangi saudara sendiri tetapi untuk memperjuangkan hak yang hakiki. Namun jangan terlalu leka dengan yang nampak megah tetapi lupa pada yang utama, kita harus sedar, perjuangan utama kita adalah untuk mendapatkan segulung ijazah yang akan menjadi tiket kepada perjuangan yang lebih jauh lagi di masa hadapan demi agama , bangsa, dan tanah air. 

Sebelum mengundur diri sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Kelab UMNO Kaherah sesi 2010/2011. Terima kasih kepada yang memberi sokongan, nasihat , kritikan dan bantuan kepada kelab. Tidak lupa juga setinggi penghargaan kepada individu yang sentiasa memberi sokongan secara peribadi kepada diri ini. 

Tanpa sokongan, tidak mungkin saya mampu bertahan menggalas amanah ini. Kepada kepimpinan sesi 2011/2012 selamat berkhidmat dan berusahalah membawa Kelab UMNO Kaherah ke arah kejayaan. Ingatlah amanah bukanlah sesuatu yang mudah, kita mensasarkan impak dan kesan yang besar, bukannya kerja dan cakap yang besar tetapi impak dan kesan tiada dan kecil. Tajdidkan niat kerana Allah SWT dalam semua gerak kerja yang dijalankan. Andai di depan jangan lupa yang di belakang, Berjuang jangan hanya mengejar penghargaan. Pada dia yang sentiasa berada dibelakang; Sejuta penghargaan saya dititipkan. 

Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti; Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati. Dengan ini saya mengakhiri ucapan perpisahan saya sebagai Pengerusi Kelab UMNO Kaherah sesi 2010/2011 dan mengucapkan selamat datang kepada kehidupan saya sebagai seorang ahli yang sentiasa mendokong perjuangan kelab. Sekian Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh 


 SUMBER : Nukilan Wan Motor

Sunday, February 12, 2012

UMNO MESIR HAPRAK !! KEDUTAAN MESRA UMNO..

 Entah apa lagi perkataan yang layak disebut bagi menggambarkan sikap dan tingkah laku UMNO Mesir yang sukakan populariti murahan dan mengambil peluang bagi menaikkan imej hodoh dan keji mereka.Jika dilihat kepada prestasi dan pencapaian mereka dalam menjaga kebajikan para pelajar bukanlah boleh dibanggakan bahkan boleh dipersoal dan dipertikaikan. Sebut sahaja Kelab UMNO Mesir, pasti para pelajar akan terus membayangkan sebuah persatuan yang suka berbelanja mewah dan menghabiskan duet untuk tujuan dan kepentingan masing-masing.

Kalau kita membaca berita mengenai penyerahan memorandum Kelab UMNO Mesir kepada kedutaan mengenai isu visa pelajar, pasti ramai yang akan gelak terbahak-bahak melihat sikap UMNO yang secara tiba-tiba cuba menjadi hero Malaya bagi menyelesaikan isu berkenaan. Bagi para pelajar yang mengikuti isu masalah visa pelajar ini, pasti ramai tidak dapat menafikan bahawa perjuangan isu ini sebenarnya dimulakan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Dengan kerjasama dan jalinan kerja yang bersistematik bersama persatuan negeri, mereka mengadakan bancian dikalangan para pelajar bagi memperolehi bukti bertullis dan lebih kukuh.

Kalau UMNO, bila masa bancian dibuat? Kalau dibuat pun, pasti borang bancian UMNO tersebut akan dibuang ke dalam tong sampah dan dijijak-jijak. Sedih melihat UMNO Mesir yang cuba meraih sokongan dan pengaruh dari kalangan para pelajar. Mereka sewajarnya sedar, bahawa UMNO sekarang menuju kearah kehancuran dan kebinasaan. Apakah mereka lupa slogan yang dilaungkan oleh para pemimpin mereka “Berubah Sebelum Rebah”.Slogan ini sebenarnya sudah cukup bagi menggambarkan betapa terdesaknya UMNO bagi meraih semula sokongan rakyat setelah mereka kehilangannya akibat sikap hodoh dan bodoh pemimpin UMNO dalam mengurus tadbir negara.

Gambar yang disiarkan juga turut menggambarkan betapa mesranya Kedutaan dengan UMNO. Kedutaan sewajarnya lebih berwaspada dan berhati-hati agar setiap tindakan mereka tidak mencalarkan kembali imej Kedutaan. Jangan hanya disebabkan sikap mesra Dato’duta dan hubungan dingin beliau dengan persatuan lain akan memberikan gambaran bahawa sebenarnya Kedutaan memang telah menjadi keldai tunggangan UMNO.

Sekali lagi amaran dilaungkan kepada semua pegawai agar memberikan layanan yang sama rata kepada semua persatuan dan mengenepikan sentimen politik. Para pegawai juga perlu menjauhkan diri daripada Kelab UMNO andai tidak mahu dicop sebagai pegawai yang terlibat dengan politik. Kelab UMNO memang kelab politik !! adakah para pegawai buta hinggakan tidak dapat membaca nama persatuan tersebut yang secara terang-terangan tertulis nama UMNO ??

Kelab UMNO Mesir memang tidak berguna bahkan menyusahkan dakwah disebarkan di kalangan para mahasiswa Mesir. Kesedaran agama yang cetek, kefahaman agama yang kurang dikalangan para pemimpin UMNO Mesir tidak perlu dijelaskan secara terperinci. Semua mata yang celik pasti dapat melihat perkara ini dan memang tidak dapat dinafikan. Walau setinggi mana pun mereka mengaji agama, tapi akhirnya terpaksa juga akur bahawa sebenarnya pemimpin mereka yang sebenarnya menolak agama.


Saturday, February 11, 2012

KERAJAAN BAZIR WANG ZAKAT

Ketika para pelajar Mesir menghadapi masalah kewangan kerana yang cukup mahal, ditambahkan lagi sikap para pegawai yang memang tidak sudi untuk membantu menyelesaikan masalah yuran markaz bahasa, para pelajar Mesir pasti amat terkilan dan sedih dengan gambar yang dipaparkan
Intitusi zakat yang sepatutnya menjadi harapan dan pergantungan bagi para asnaf dan tempat menyelesaikan masalah kewangan umat Islam, tiba-tiba bertukar menjadi tempat pembaziran para penguasa yang zalim yang menggunakan wang zakat tersebut sesuka hati hati mereka sehingga mengakibatkan pembaziran yang melampau.

Mana suara para mufti ? Para suara pemerintah yang sepatutnya menjaga kesucian umat islam ? Kalian usah terkejut dengan pertambahan umat islam yang murtad saban hari. Inilah hasil tangan dan gerak kerja kalian yang sebenarnya telah menghancurkan agama dengan kuasa dan nafsu jahat kalian.

Wahai Sang Pemerintah yang tidur nyenyak lena di singgahsana, wahai penguasa yang asyik dengan kemewahan  dunia, kami asnaf yang layak terhadap zakat, kami yang susah dihimpit kewangan, tidak akan sama sekali memaafkan sikap kalian yang menyalahgunakan wang zakat. Kami diugut, zakat kami digula-gulakan, kami miskin , kami dihina hanya kerana ingin mendapatkan hak kami yang Allah bagi pada kami.

Kalian tak akan lama dalam kesenangan, kami pasti bangkit di depan Allah di Padang Mahsyar kelak, menuntut segala hak kami yang telah dirampas oleh kalian !!

Friday, February 10, 2012

GOLONGAN ASNAF DIPERMAINKAN...INSTITUSI ZAKAT MALAYSIA MENUJU KEHANCURAN !!


“Tahun 2010 - Pegawai HEP Pelajar Terengganu di Mesir, Encik Ahmad Kamal bin Abdullah (bekas Adun Sura -Umno) pernah menafikan hak zakat kepada beberapa orang mahasiswa tanpa alasan munasabah serta bertindak menyusakan urusan zakat kepada mahasiswa dengan pelbagai cara. beliau juga dikhabarkan pernah mengajak mahasiswa disini untuk berpolitik.

Apa tindakan MAIDAM kepada beliau yang jelas menyalahgunakan kuasa sebagai amir zakat yang dilantik oleh MAIDAM?
Tahun 2011 - Majlis taklimat persediaan mahasiswa/wi ke Mesir (Evokuasi Mesir) yang diadakan di Wisma Darul Iman telah bertukar kepada taklimat politik apabila secara jelas mencaci, mencela dan mengutuk pembangkang dengan teruk. Majlis tersebut dirangka oleh pihak MAIDAM dan Yayasan Terengganu.

MAIDAM tidak perlu menjadi pak turut kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Bersihkan MAIDAM daripada parasit yang mencemarkan institusi penting ini !!”

(Kenyataan Media daripada MAIDAM)

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menafikan penglibatan Umno dalam setiap bentuk tindakan, termasuk keputusan dibuat berhubung pengagihan zakat kepada asnaf yang layak di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman berkata, majlis mesyuaratnya bebas membuat keputusan berlandaskan syariah dan peraturan ditetapkan, dengan pertimbangan diberi berasaskan kepentingan pengagihan zakat mengikut asnaf yang layak.

Menurutnya, keputusan itu juga mengambil kira kelulusan jawatankuasa yang berkaitan tanpa ada sebarang penglibatan daripada Umno dalam mempengaruhi setiap urusan atau keputusan yang akan dibuat oleh pihak Maidam.

“Saya juga menafikan kenyataan bahawa bantuan kepada pelajar Mesir disekat, sebaliknya bantuan sentiasa ditambah (dinaikkan) bersesuaian mengikut keperluan semasa,” katanya ketika mengulas mengenai sistem pesanan ringkas yang diterimanya 26 Januari lalu daripada nombor tidak dikenali.

Menurutnya, sistem pesanan ringkas itu berbunyi, ‘Umno Terengganu sekat duit zakat kepada pelajar Terengganu di Mesir,.. fikirkan’.

Beliau mendedahkan perkara itu kepada media selepas menerima zakat daripada pihak Maybank Islamic Berhad Malaysia pada satu Majlis Penyerahan Zakat yang diadakan di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.

Mengulas lanjut mengenai bantuan kepada pelajar Mesir, Wan Harujan berkata, sebelum 2009, kadar bantuan hanya RM2,600 setahun kepada setiap pelajar terbabit, namun bermula 2009, kadar itu telah dinaikkan melebihi 50 peratus iaitu RM5,000 hingga RM8,000 setahun.

“Kadar kenaikan itu turut bergantung kepada pencapaian akademik bagi Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Manakala dalam bidang perubatan pula sebanyak RM9,000 hingga RM12,000 juga bergantung kepada pencapaian akademik.

“Malah, sepanjang 2008 hingga 2012 iaitu sepanjang tempoh empat tahun ini, Maidam telah membelanjakan sebanyak lebih RM 7 juta iaitu RM7, 909,100 untuk membantu pelajar-pelajar di Mesir,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya sangat mengharapkan bantuan zakat asnaf dimanfaatkan sepenuhnya dengan digunakan untuk menuntut ilmu dan memperoleh kejayaan cemerlang dalam tempoh ditetapkan, serta dapat menabur bakti sekembalinya ke tanah air.

“Berkemungkinan SMS tersebut turut disebarkan secara meluas. Nombor tertera itu memang daripada mereka yang tidak dikenali. Saya juga ada membalas dua tiga SMS, mengajak bersua muka untuk bagi penjelasan tetapi tiada respons diterima,” katanya.

Beliau pada masa sama akan mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan bercadang untuk membuat laporan polis dalam tempoh terdekat.

Thursday, February 9, 2012

PENYELESAIAN YURAN MARKAZ BAHASA MENEMUI JALAN BUNTU, PEJABAT ZAKAT “KEDEKUT” , DENGAN MENTERI SEMUA OK !!

Isu yang tidak perlu diulas panjang. Semua pelajar sudah sedia maklum mengenai isu ini yang tiada penyelesaian, bahkan membebankan para pelajar. Jika dilihat daripada kenyataan yang didedahkan oleh pelbagai pihak, pasti kita dapat membuat kesimpulan awal bahawa pengurusan zakat di Malaysia masih kelam kabut dan masih dikuasai oleh kuasa sekular.

Di bawah ini disertakan kenyataan di web rasmi Ustaz Nasruddin Hassan At-tantawi yang turut mempertikaikan penggunaan wang zakat oleh Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mengikut jawapan Menteri Agama Dato’ Jamil Khir mengenai dakwaan salah laku mengunakan wang Yayasan Taqwa untuk program politik beliau di Kedah, beliau menafikan dakwaan tersebut. (http://malaysiakini.com/news/188165)

Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin meminta pihak Menteri Agama Dato Seri Jamil Khir untuk menjawab persoalan ini pula: 

Mengikut laporan tahun 2010 MAIWP, pendapatan YAYASAN TAQWA adalah sebanyak RM 7.78 Juta. Perbelanjaan YAYASAN TAQWA pula adalah RM 6.98 Juta.Sebanyak RM 800 000 tidak dilaporkan didalam laporan tahunan 2010 MAIWP.
Kami juga mendapati sebanyak RM 2 Juta dibelanjakan untuk belanja pengurusan. Kami mendapati RM 2 Juta adalah sangat tinggi bagi menguruskan Yayasan Taqwa yang diketuai oleh seorang Pengurus Besar dan 17 kakitangan.

Mengikut kadar peratusan penyaluran duit zakat yang dilaksanakan oleh Yayasan Taqwa kepada asnaf adalah seperti berikut :

Agihan : RM 4.98 Juta (64%)

Pengurusan : RM 2 Juta (36%)

Kenapakah peratusan penyaluran agihan kepada asnaf hanya 64% sahaja sedangkan asnaf yang memerlukan masih ramai yang tidak mendapat bantuan.
Kami juga mendapati laporan lengkap tahunan Yayasan Taqwa tidak disertakan bersama didalam laporan tahunan MAIWP.

Dengan ini,kami mendesak pihak Menteri Agama :

1. Menjawab kemanakah RM 800 000 yang tidak dilaporkan didalam Laporan Tahunan 2010 itu telah dibelanjakan?

2. Menjelaskan kenapa perbelanjaan pengurusan terlalu tinggi sehingga mencecah RM 2 Juta?

3. Melantik segera satu badan bebas untuk mengaudit perjalanan Yayasan Taqwa secara menyeluruh.
Yang Benar,
Kamaruzaman Mohamad
Pengarah Task Force Zakat
Dewan Pemuda PAS Malaysia

TV Media Mesir