KAHERAH,
1 Mac– Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) Mesir sesi
2011/2012 di bawah seliaan Biro & Unit Dakwah KPT Mesir telah mengadakan
‘Tazkirah Jemputan & Munajat Qalbiah’ di Surau Darul Iman, Hayyu ‘Asyir.
Majlis dimulai dengan solat Isya’ berjemaah dan Solat Hajat bagi
9 mangsa penarikan pinjaman Yayasan Terengganu yang telah diambil tindakan oleh
pihak Yayasan Terengganu (YT), Malaysia baru-baru ini. 7 daripada mereka ialah
mahasiswa Pengajian Islam dan 2 mahasiswa Perubatan.
Seterusnya, Tazkirah Jemputan disampaikan oleh ustaz Che Ku Omar
bin Che Ku Mahmud yang merupakan ahli KPT Mesir dan tenaga pengajar di Maahad
Darul Quran, Mesir.
“Ujian yang kita hadapi sekarang dengan Isu Penarikan Pinjaman YT
ini adalah ujian yang kecil jika dibandingkan dengan para sahabat Nabi SAW yang
terdahulu dan perkara ini tetap akan berulang sebagaimana sejarah dan Sirah.
Pada tahun saya, telah ada 14 mahasiswa yang ditarik Pinjaman YT dan ini
bukanlah perkara yang baru. Cumanya, Semakin kita ditekan semakin kita kuat”
katanya.
“Disamping kesungguhan dan tekun menuntut ilmu, kita tidak lupa dan
alpa dengan amanah dan tanggungjawab serta tautan ukhuwah dalam kehidupan
seharian” ujarnya.
Justeru itu, elemen yang
terpenting untuk kemenangan Islam adalah kesatuan kita disini, PMRAM dan KPT
dengan pengorbanan yang perlu kita contohi dan dihayati dalam diri kita semua.
Demi mencapai dan merealisasikan matlamat membina Kerajaan
Islam, setiap mahasiswa/wi perlu memainkan peranan masing-masing. Antaranya
memelihara keperibadian Individu Muslim. Sifat-sifat dan nilai-nilai murni yang
digariskan dalam Islam perlu diamalkan dalam diri mahasiswa Islam. Seterusnya
membina Bait Muslim yang merupakan tulang belakang dalam mendokong pejuang-pejuang
Islam. Sehingga membina Masyarakat Muslim demi memelihara dan mengekalkan biah
oleh generasi terdahulu.
Tabung
Derma Syria di bawah selian Biro Kebajikan KPT Mesir sesi 2011/2012 turut
disediakan dan diteruskan Munajat Qalbiah pada jam 4.00 pagi dengan zikir
munajat dan qiamullai. Program berakhir kira-kira 5.00 pagi.
KPT Mesir mengharapkan seluruh mahasiswa Islam agar prihatin dan
cakna dengan isu semasa yang berlaku di Syria dan isu umat Islam seakidah pada
hari ini dan juga penamatan Pinjaman Yayasan Terengganu supaya kelangsungan
dakwah Islam tidak hanya di halaqah-halaqah ilmu bahkan di medan perjuangan di
bawah naungan PMRAM Cawangan Terengganu
“KEMANTAPAN
FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”
“BERILMU & BERAMAL”
Disediakan
oleh:
Abdul Mu’iz Bin Azhar
Ketua Biro Dakwah,
Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu Mesir ,
Sesi 2011/2012