ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Friday, April 27, 2012

ADAKAH ISMA TERLIBAT..BERIKAN RESPON ANDA


Umno guna NGO jawab isu satukan Melayu
SHAH ALAM – Umno mengakui menggunakan sumbangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjawab isu-isu semasa dibangkitkan oleh pihak pembangkang, yang antara lain dilihat akan membantu menyatupadukan orang Melayu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah itu diambil oleh pihak berkenaan bagi menyatakan sokongan kepada parti teras Barisan Nasional (BN) itu selain berperanan membantu menyatupadukan orang Melayu.
Justeru kata beliau, pihaknya tiada pilihan bagi mengelakkan orang Melayu sudah hilang berkuasa dan baru mahu memperbaiki kedudukan dengan mendapatkan bantuan NGO.
“Saya bimbang jangan sampai kita tersepit baru hendak bersatu.
“Sekiranya kita sudah hilang kuasa baru hendak bersatu itu bermakna kita sudah terlambat dan ketika itu, apa yang hendak kita lakukan adalah terlambat kerana orang lain sudah berkuasa,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pejabatnya.
Ketika ditanya mengapa pihak Umno sendiri tidak mengambil inisiatif untuk menjawab isu berkenaan, beliau yang juga Setiausaha Agung BN berkata, dari pihaknya beliau sudah mula menjawab jika ditanya.
Kebergantungan Umno ke atas NGO dilihat ketara selepas PRU12 empat tahun lalu.
“Kita ada ramai orang dalam parti, ada yang dalam parti yang tidak suka bercakap, ada yang tidak faham, ada yang tidak tahu dan inilah masalahnya, jadi kita terpaksa guna orang-orang tertentu untuk memberikan jawapan.
“Kadang-kala saya kasihan melihat hanya perdana menteri dan timbalannya yang terpaksa menjawab. Kalau bagi dekat saya, saya mesti jawab,” jelas beliau lagi.
Sementara itu, mengulas mengenai amaran Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Barisan Nasional (BN) berdepan dengan sekurang-kurangnya tujuh isu utama yang menjadi agenda pembangkang bagi memenangi hati rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini sebagai isu basi.
Minggu lalu, Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata, antara isu utama bakal dimainkan adalah kenaikan harga barang dan petrol.
“Isu royalti minyak di Kelantan turut jadi bahan kempen mereka. Tidak terkecuali, isu kerakyatan di Sabah dan Sarawak yang turut dipolitikkan,” katanya.
Menurut Tengku Adnan, isu yang ingin dibawa oleh pihak pembangkang disebabkan mereka tidak mempunyai isu lain dan kerana mereka dilihat suka menyerang peribadi seseorang.
“Bagaimana mereka boleh memastikan harga barang tidak naik? Harga barang ditentukan oleh dunia bukan kita. Pembangkang hanya pandai bercakap tetapi bila dilaksanakan nanti rakyat juga akan menerima kesan.
“Sudah berapa banyak kerajaan sudah subsidi dan rakyat sepatutnya bijak menguruskan kehidupan seharian dengan membuat pilihan dengan bijak. Jangan mudah terpengaruh dengan sesuatu perkara,” katanya.

Tuesday, April 24, 2012

APA RESPON ANDA ??

                                 sumber : FB

Monday, April 23, 2012

SELAMATKAN ZAKAT TERENGGANU

Siri 1

Tahun 2010 - Pegawai HEP Pelajar Terengganu di Mesir, Encik Ahmad Kamal bin Abdullah (bekas Adun Sura -Umno) pernah menafikan hak zakat kepada beberapa orang mahasiswa tanpa alasan munasabah serta bertindak menyusakan urusan zakat kepada mahasiswa dengan pelbagai cara. beliau juga dikhabarkan pernah mengajak mahasiswa disini untuk berpolitik.

Gambar: Encik Ahmad Kamal Bin Abdullah, pegawai HEP Terengganu di Mesir yang juga penasihat Nadi Umno Kaherah.

Apa tindakan MAIDAM kepada beliau yang jelas menyalahgunakan kuasa sebagai amir zakat yang dilantik oleh MAIDAM? Beliau dengan sewenangnya menyekat wang zakat kepada beberapa orang mahasiswa namun setelah didesak oleh mahasiswa barulah beliau besetuju untuk memulangkan kembali wang zakat tersebut.
 
Gambar : Encik Ahmad Kamal Bin Abdullah, pegawai HEP Terengganu di Mesir bergambar kenangan bersama pegawai lain dipejabat Nadi Umno Kaherah.

Tahun 2011 - Majlis taklimat persediaan mahasiswa/wi ke Mesir (Evakuasi Mesir) yang diadakan di Wisma Darul Iman telah bertukar kepada taklimat politik apabila secara jelas mencaci, mencela dan mengutuk pembangkang dengan teruk. Majlis tersebut dirangka oleh pihak MAIDAM dan Yayasan Terengganu.

MAIDAM tidak perlu menjadi pak turut kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Bersihkan MAIDAM daripada parasit yang mencemarkan institusi penting ini !!

--------------------------------------

Petikan Akhbar :

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menafikan penglibatan Umno dalam setiap bentuk tindakan, termasuk keputusan dibuat berhubung pengagihan zakat kepada asnaf yang layak di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman berkata, majlis mesyuaratnya bebas membuat keputusan berlandaskan syariah dan peraturan ditetapkan, dengan pertimbangan diberi berasaskan kepentingan pengagihan zakat mengikut asnaf yang layak.

Menurutnya, keputusan itu juga mengambil kira kelulusan jawatankuasa yang berkaitan tanpa ada sebarang penglibatan daripada Umno dalam mempengaruhi setiap urusan atau keputusan yang akan dibuat oleh pihak Maidam.

Sumber: sinarharian.com.my

Siri 2

Gambar bawah : Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman

Mahasiswa yang menuntut di Mesir sentiasa diberikan pelbagai tekanan dan penafian hak sebagai rakyat Malaysia.

Isu penafian hak zakat kepada mahasiswa Terengganu tidak lekang dibicarakan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Pelbagai pindaan syarat pemohonan dan pengurusan diperkenalkan bagi menyusahkan mereka daripada menerima wang zakat.

Zakat yang diperkenalkan oleh syariat Islam bertujuan membantu golongan yang memerlukan pertolongan termasuk asnaf fisabilillah kini seumpama lari daripada matlamat asalnya sehingga dilihat sebagai bahan mengugut terhadap mahasiswa supaya hanya mengikut telunjuk pemerintah semata-mata.

Pihak berwajib seharusnya sedar tentang peranan dan tanggungjawab mereka hanya menguruskan, mempermudahkan pengurusan zakat dan bukannya mempolitikkan hingga menjejaskan reputasi mahasiswa akibat tekanan melampau yang direka cipta.

Gambar kiri : Surat bukti penafian hak keatas mahasiswa Terengganu Mesir dibuat tanpa penjelasan walaupun dituntut beberapa kali oleh mahasiswa Mesir.

Pertimbangan dosa dan pahala harus menjadi cermin yang memelihara tindakan sejajar dengan panduan syariat Islam.

Kerajaan yang ada hari ini dilihat tidak serius membantu mahasiswa apabila tindakan dan perkara yang berlaku menimbulkan pelbagai persoalan serta tidak pula diambil peduli seolah-oleh "Membutakan Mata Dan Mempekakkan Telinga".

Rakyat Malaysia diseru agar membantu golongan mahasiswa yang akan menjadi modal insan untuk masa depan Negara kita dengan membuat pilihan yang tepat di PRU nanti.

Sekian.
Sumber maklumat ;

Facebook - Gerakan-Tuntut-Hak-Asnaf-Zakat GERTHAK
Facebook - EdisiSensasiMembongkarKebatilan " 




HULURKAN BANTUAN ANDA


MAKLUMAN

Sesiapa yang mahu menyumbang kepada 9 pelajar Terengganu di Mesir mangsa penarikan balik pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu, bolehlah masukkan ke

AKAUN DANA TA'AWUN DPPNT 5630 6411 3873 MAYBANK ISLAMIC.

Sila sms info kemasukan duit seperti tarikh, masa, jumlah, nama penyumbang (walau nama samaran sekalipun) dan tujuan iaitu tuliskan 'TABUNG 9' dan hantar ke no. 0139277330. Terima kasih, jazakumullah.

IMTIHAN QABUL DAN KERAJAAN MALAYSIA YANG TIDAK SERIUS


Keputusan mengadakan imtihan qabul (peperiksaan kelayakan ke universiti al azhar) di Malaysia, menunjukkan kerajaan Malaysia melalui pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, dan Education Malaysia Egypt tidak serius menangani masalah ini.
                                                  Gambar: Universiti Azhar, Kaherah.

Keputusan ini sekaligus menunjukkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seakan-akan tidak memainkan fungsi yang sebenar, apabila bergantung kepada peperiksaan kelayakan ini.
Isu ini wajar mendapat perhatian dan sebaiknya dipanjangkan kepada guru-guru, atau pihak sekolah agama.

Usaha-usaha terangcang mengurangkan pelajar malaysia ke mesir memang ketara sejak dahulu:

1. Membatalkan bantuan perkapita kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
2. Masalah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
3. Memansuhkan sijil tinggi agama negeri-negeri dan digantikan kepada STAM.
4. Menyekat bantuan zakat atas alasan2 yang tidak munasabah.

dan lain-lain masalah. Sedangkan Al Azhar merupakan institusi terbuka kepada ummat Islam sedunia. Usaha ke arah melenyapkan pengaruh Al Azhar ini nampak ketara, apabila banyak tohmahan-tohmahan dilemparkan kepada para pelajar, terutama isu penguasaaan bahasa arab.

Apa yang perlu berubah ialah cara pengajaran dan pembelajaran di Malaysia. Bukan hanya tertumpu kepada peperiksaan kelayakan (imtihan kabul).

Saya amat bersyukur apabila, isu SABK telah diambil perhatian oleh Cikgu Azmi dari Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) untuk membela Sekolah Agama Rakyat. Juga beliau telah menyampaikan beberapa isu penting dalam silibus pengajian SABK.

Subjek Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) semasa: 
S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid 
S102 – Fiqh 
S103 – Tauhid dan Mantiq
S104 – Tafsir dan Ulumuhu 
S105 – Hadith dan Mustolah 
S106 – Nahu dan Sarf 
S107 – Insya’ dan Mutalaah 
S108 – Adab dan Nusus 
S109 – ‘Arudh dan Qafiyah 
S110 – Balaghah (kesusateraan) 

Subjek SIJIL TINGGI UGAMA (STU) sebelum ini:
1 - Hifz Al-Qur’an dan Tajwid 
2 - Nahu dan Sarf
3 - Balaghah
4 - Insya’ dan Mutalaah 
5 - Tarikh Adab dan Nusus
6 - Fiqh dan Faraidh
7 - Usul Fiqh dan Qawai'dul Fiqhiah
8 - Hadith dan Mustolah
9 - Tauhid dan Mantiq
10 - Tafsir dan Ulumuhu
11 - ‘Arudh dan Qafiyah 
12 - Bahasa Inggeris
13 - Lisan Bahasa Arab

Sebahagian subjek penting telah dimansuhkan dalam STAM, terutama subjek Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiah. 

Justeru, saya menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan masalah ini bertindak segera untuk kesinambungan pelajar-pelajar Malaysia ke bumi Mesir.

KERAJAAN ABAIKAN PELAJAR MESIR

JOHOR BAHRU – Kerajaan UMNO-Barisan Nasional didakwa tidak begitu prihatin terhadap nasib rakyat Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir kerana Keputusan yang menunjukkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seakan-akan tidak memainkan fungsi yang sebenar, apabila bergantung kepada peperiksaan kelayakan ini, demikian kata wakil pelajarnya, Mohd Ikmal Mohd Ali menerusi laman rasmi facebooknya.

“Keputusan mengadakan imtihan qabul (peperiksaan kelayakan ke universiti al azhar) menunjukkan kerajaan Malaysia melalui pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, dan Education Malaysia Egypt tidak serius menangani masalah ini.

“Keputusan ini sekaligus menunjukkan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) seakan-akan tidak memainkan fungsi yang sebenar, apabila bergantung kepada peperiksaan kelayakan ini,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas satu laporan yang dipetik dari portal berita www.pmram.org berhubung Majlis Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang dianggotai daripada Presiden Saudara Abdul Aziz bin Ali, Timbalan Presiden Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi, Naib Presiden I Saudara Ahmad Baihaki bin Rashid , Naib Presiden II Saudara Nur Ahmad Wafiy bin Noor Azri , Naib
Presiden III Saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi , dan Setiausaha Agung Saudara Norhalis Syafiq bin Ahmad , telah mengadakan kunjungan hormat ke Education Malaysia Egypt (EME) di Pejabat EME, Mohandissien Kaherah baru-baru ini.

Dalam pertemuan sekitar dua jam itu turut membincangkan beberapa usul penting yang melibatkan pelajar, antaranya ialah berkenaan Imtihan Qabul ( Peperiksaan Kelayakan Al-Azhar ) bagi mendapat penjelasan sendiri daripada Pengarah EME berhubung dengan perkara tersebut.

Juru cakap pertubuhan itu Saudara Abdul Aziz bin Ali dilaporkan berkata, PMRAM terus komited dalam memastikan hubung baik antara PMRAM dan pihak Kedutaan, khususnya EME dalam soal pendidikan.

PMRAM katanya bersedia bertemu dengan mana-mana pihak dalam membincangkan hal yang berkaitan kemaslahatan pelajar, khususnya hal yang memberi manfaat kepada ahli PMRAM. Kita juga mengharapkan generasi graduan Mesir terus berkesinambungan sekalipun pelajar Malaysia terpaksa menghadapi beberapa siri ujian dan tapisan untuk datang ke Mesir. Kita percaya makin susah ujian yang di lalui, makin berkualiti
hasil yang diperolehi.

Dalam perkembangan berkaitan,Mohd Ikmal turut berharap mana-mana pihak harus tampil bersama mengenengahkan isu ini supaya harapan masyarakat dalam negara ini yang ingin melihat kelahiran ulamak terus subur dan menjadi pembela kepada agama.

“Justeru, saya menyeru pihak-pihak yang bertanggungjawab dengan masalah ini bertindak segera untuk kesinambungan pelajar-pelajar Malaysia ke bumi Mesir.

“Ustaz Yohanas Misuan, Ustaz Abdullah Husin (Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Johor) sebagai mudir sekolah arab, rasanya boleh usahakan sesuatu kepada persatuan sekolah-sekolah agama seluruh Malaysia. Saya pun tak tahu kalau-kalau ada persatuan tu…” ujarnya lagi.



Wednesday, April 18, 2012

DEMO BANTAH BELA NASIB PELAJAR MESIR

Sekumpulan mahasiswa dan NGO tempatan hari ini mengadakan perhimpunan membantah keputusan kerajaan Terengganu menarik balik pinjaman kepada mahasiswa tajaan negeri itu yang kerana menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Perhimpunan yang disertai aktivis Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) itu bertujuan menuntut supaya pinjaman pelajaran diberikan semula kepada mahasiswa terbabit.

Demonstrasi itu berlangsung selama sejam bermula jam 2 petang tadi di Wisma Darul Iman di Kuala Terengganu yang menempatkan pejabat kerajaan negeri.
Menurut jurucakap GEMPUR, selain kira-kira 100 orang mahasiswa dan aktivis, bapa kepada seorang 'mangsa' terbabit juga turut hadir bagi mendesak Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said menunaikan tuntutan mereka.(gambar atas : sebahagian pelajar BERSIH 2.0 di Mesir)

Pada 18 Mac lalu Ahmad dilapor berkata kerajaan Terengganu menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri itu selepas didapati terlibat dalam perhimpunan BERSIH di ibu negara tahun lalu. 

Jurucakap GEMPUR bagaimanapun memberitahu Malaysiakini, jumlah sebenar yang ditahan biasiswa oleh kerajaan negeri bukan enam, tetapi sembilan orang kesemuanya.
Dalam perhimpunan itu, mereka turut membawa kain rentang mendesak kerajaan negeri membatalkan tindakannya.
Jurucakap itu yang juga seorang pemimpin mahasiswa di negeri Terengganu turut mengambil kesempatan mengadakan sesi penjelasan berhubung isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma.

Malah, mereka juga meninggalkan sebuah khemah di depan Wisma Darul Iman sebagai simbolik sokongan kepada kumpulan mahasiswa yang kini sedang berkhemah di Dataran Merdeka supaya tuntutan mereka didengar.


DEMO BANTAH Y.T HARI INI




1. Demo bantah Yayasan Terengganu yang menarik balik pinjaman 9 pelajar Mesir yang terlibat dengan himpunan BERSIH 2.0 di Kaherah.

Hari : Rabu
Tarikh : 18 April,
Masa : 2 ptg.
Tempat : Wisma Darul Iman

PROGRAM SUARA DIBATALKAN!



Program SUARA hari ini dibatalkan serta merta.-Presiden SUARA.

Rabu,18 April 2012 : Sekitar jam 10:15 pagi semalam, pihak Gerakan Suara Rakyat ( SUARA) yang diwakili oleh Presiden bersama 2 orang jawatankuasanya telah pun menghadiri satu pertemuan bersama TYT Dato' Duta di bawah anjuran pihak Education Malaysia Of Egypt (EME). Selain daripada SUARA terdapat beberapa wakil lain yang turut terlibat di antaranya ialah Kelab Nadi Umno Mesir, Pertubuhan IKRAM, Persatuan PMRAM, Persatuan Pelajar Perubatan Mesir, dan seluruh wakil persatuan anak negeri. Pertemuan yang berlangsung sekitar 4 jam bertempat di Asrama Rumah Melayu Abbasiyah (ARMA) itu telah menghasilkan beberapa ketetapan dari pihak TYT Dato' Duta khusus berkenaan dengan penganjuran BERSIH 3.0 di Mesir.

Di antara kenyataan TYT Dato' Duta adalah seperti berikut :

1. Sheikhul Al-Azhar tidak sama sekali membenarkan mana-mana mahasiswanya berpolitik.

2. Jika pihak SUARA tetap ingin menganjurkan program BERSIH 3.0,maka pihak kedutaan tidak teragak-agak untuk menyerahkan kesemua nama-nama yang telah disenarai hitamkan sebelum ini kepada pihak Al-Azhar.

3. Kesemua mereka yang terlibat dalam menganjur dan menjayakan BERSIH 3.0 akan dihadapkan ke pihak Al-Azhar untuk diambil tindakan dibuang daripada institusi pengajian Al-Azhar.


Merujuk kepada perkara- perkara di atas, maka pihak SUARA telah sebulat suara memutuskan untuk membatalkan serta merta sebarang aktiviti penganjuran BERSIH 3.0 sebagimana yang dijadualkan akan berlangsung pada hari ini. Keputusan ini dibuat setelah meneliti beberapa perkara yang menjurus kepada isu-isu keselamatan dan kepentingan mahasiswa mahasiswi di institusi Al- Azhar. Oleh yang demikian pihak SUARA menyeru kepada seluruh mahasiswa yang berhasrat untuk menjayakan program BERSIH 3.0 pada hari ini agar menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.


Di samping itu pihak SUARA turut melahirkan kekesalan di atas beberapa reaksi yang tidak bersungguh oleh pihak TYT Dato' Duta, berhubung beberapa isu yang dibangkitkan oleh pihak SUARA dalam pertemuan tersebut. Lebih mengecewakan apabila isu dakwaan seramai 42000 orang warga asing yang diberi hak taraf kerakyatan bagi melayakkan mereka untuk mengundi pada pilihanraya umum ke 13, dilihat sebagai isu biasa bahkan ia memberi keuntungan terhadap bangsa melayu. Kenyataan songsang ini, seolah-olah bukanlah menjadi satu kesalahan jika benar dakwaan tentang wujudnya "Task Force" yang sewenang-wenangnya memberi taraf kerakyatan kepada warga asing demi kepentingan pihak tertentu. Banyak isu yang telah dibangkitkan oleh pihak SUARA tidak dijawab dengan sempurna oleh pihak kedutaan termasuklah isu yang berkait dengan ketenteraman awam.

Pihak SUARA sekali lagi memohon maaf kepada seluruh mahasiswa mahasiswi yang mendokong demokrasi yang telus dan adil kerana terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan sebarang aktiviti BERSIH 3.0 pada hari ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepada seluruh mahasiswa yang telah bersedia pada asalnya untuk menjayakan program tersebut. Diharap kepada semua mahasiswa mahasiswi dapat mematuhi arahan yang telah diputuskan oleh pihak SUARA. Ingatlah kegagalan kita pada hari ini dengan sebab menegakkan kebenaran bukanlah penentu kepada kegagalan yang berterusan pada hari esok.

Monday, April 16, 2012

MANGSA KEZALIMAN YAYASAN TERENGGANU TERUS MENDAPAT PEMBELAAN



KAHERAH, 16 April: Harakah telah menghulurkan bantuan kepada sembilan pelajar Terengganu yang ditarik penajaan mereka oleh Yayasan Terengganu (YT).

Bantuan yang turut disumbangkan oleh pimpinan PAS disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi baru-baru ini.

Dalam kunjungan singkat sempena menjadi pemerhati Pilihanraya Presiden Mesir minggu ini, Dr. Syed Azman Syed Ahmad  telah sempat mengadakan dailog dan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di sana. 

Beliau juga telah berkesempatan bertemu dengan sembilan anak Terengganu yang telah di ambil tindakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu yang bertindak membatalkan serta-merta penajaan pendidikan YT setelah mereka didapati bersalah terlibat dalam demostrasi ‘Bersih 2.0' di Kota Kaherah pada tahun lepas.

Dalam pertemuan di Rumah Selangor itu, Dr. Syed Azman telah menyampaikan bantuan segera kepada pelajar-pelajar yang teranaiya itu bagi pihak Tabung Harakah dan seluruh kepimpinan PAS. 

Beliau telah melahirkan rasa simpati kepada pelajar-pelajar tersebut dan menegaskan pembelaan penuh pimpinan Pas kepada mereka yang dianaiya akibat tindakan yang dilihat sebagai ‘tidak matang’ dan lebih bermotifkan campurtangan politik pemimpin Umno Terengganu khususnya Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sendiri. 

Bantuan juga turut  disampaikan kepada sebahagian pelajar-pelajar yang tidak mendapat bantuan dalam bentuk zakat.

Dalam pertemuan tersebut beliau telah melahirkan kebanggaan kepada semua pelajar yang telah berhimpun dalam himpunan aman Bersih 2.0. pada tahun lepas yang juga turut juga di sertai oleh ribuan pelajar-pelajar Malaysia di serata dunia termasuk di Kota London, Paris, New York, Melbourne, Hong Kong, Dubai, Qatar dan Jakarta. 

Bagi beliau semua pelajar-pelajar ini berhimpun  dengan memakai baju kuning Bersih hanya demi untuk memastikan negara yang bakal mereka curahkan bakti adalah suci dan bersih dari segala kekotoran penyelewengan, salahguna kuasa  dan rasuah.

Dr. Syed Azman turut menegaskan bahawa tindakan yang di ambil oleh kepimpinan Ahmad Said ini menyerlahkan lagi sifat beliau sebagai seorang Menteri Besar yang ‘kurang cerdik’, dan ‘kebudak-budakkan’ serta tidak mampu untuk berfikir sebagai seorang pentadbir dan pemerintah yang baik. 

Tindakan ini juga jelas menyerlahkan sifat beliau yang terkenal dengan amalan politik dendam dan tidak selari dengan suara Mahasiswa dan anak muda yang mahukan perubahan.

Beliau juga menyeru agar pelajar-pelajar yang di tarik biasiswa ini bersabar menhadapi ujian besar ini akibat kekejaman pimpinan Umno Terengganu. 

"PAS akan terus memberikan pembelaan kepada mereka dalam semua bidang termasuk guaman dan akan mengenakan tekanan di semua peringkat kepada kerajaan Terengganu termasuk di peringkat antarabangsa agar mereka menarik balik arahan yang kejam dan zalim ini," tegas beliau yang juga Adun Batu Buruk, Terengganu.

Sunday, April 15, 2012

AYUH STUDY DI DATARAN !! BERJUMPA 18 APRIL INI...


ISMA DAN JATI ADALAH "SENJATA SULIT" UMNO


ISMA yang sebelum ini menyokong penuh penubuhan JATI, bahkan dengan penuh angkuh menyatakan bahawa penubuhan JATI adalah tepat pada masanya. Semua pihak harus menilai semula kewujudan ISMA yang tidak meberikan apa-apa sumbangan terhadap perkembangan Islam di Negara Malaysia. Bahkan penubuhan ISMA dilihat lebih menambahkan kekeliruan di kalangan rakyat Malaysia.

Kenyataan JATI yang tidak mebenarkan rakyat untuk meberi undi kepada PR dilihat sebagai bukti yang jelas bahawa JATI adalah ejen UMNO. JATIyang turut disokong penuh oleh ISMA  juga adalah bukti bahawa ISMA adalah alat untuk UMNO terus hidup di muka bumi.

ISMA tidak boleh membisukan mulut lagi dalam soal ini.Memang sudah jelas bahawa ISMA meberi “sokongan sulit” kepada UMNO agar menjadi terus menjadi mesin penyambung hayat kepada UMNO.


Pengerusi Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali meneruskan program jelajahnya ke utara Semenanjung sambil menggesa pengundi Kedah tidak memberi sebarang undi kepada Pakatan Rakyat (PR) – yang dianggotai DAP, PKR dan Pas – pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas alasan tidak boleh bergantung harapan pada perikatan itu.

Hasan berkata tiada apa yang boleh diharapkan daripada DAP dalam memperjuang dan memartabatkan agama Islam dan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Begitu juga PKR apabila ketua umumnya sendiri tidak menyokong pelaksanaan negara Islam dan undang-undang hudud.

"Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka diadakan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi. Justeru jangan beri walau satu undi pun kepada DAP, jangan beri walau satu undi pun kepada PKR dan jangan beri walau satu undi pun kepada Pas.

"Kedua-dua parti ini (DAP dan PKR) yang mengeluarkan Pas dari landasan, memesongkan perjuangan Pas serta membolak-balikkan aspirasi penyokong Pas," kata beliau sewaktu mengakhiri ceramah umum di Taman Uda, malam tadi.

Hasan yakin bekas Presiden Pas, Datuk Fadzil Mohd Noor dan pemimpin Pas terdahulu tidak akan merelakan apa yang terjadi dalam Pas sekarang ini, sekiranya mereka masih ada.

"Kalau mereka masih hidup, saya yakin mereka tidak akan izinkan Pas bergabung (dengan DAP dan PKR)," kata bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor.

Dalam pada itu, Hasan turut memaklumkan akan menubuhkan Jati di Kedah dan negeri lain termasuk Pulau Pinang.- Sinar Harian

AYUH BUKTIKAN KEBERANIAN MAHASISWA !!



TERIMA KASIH DARI MAHASISWA/WI MESIR



DPP Malaysia hari ini menerima sumbangan orang ramai yang diserahkan melalui Al Fadhil Ust Khalil Abdul Hadi sebanyak RM 14,500 utk 7 orang mahasiswa Terengganu Mesir yang ditarik balik pinjaman pengajiannya oleh pihak yayasan Terengganu krn terlibat dengan himpunan BERSIH 2.0 di Bandar Kaherah. Wang ini akan diserahkan kepada ahli keluarga masing2 selepas ini.

PEGAWAI YAYASAN TERENGGANU DI MESIR TERLIBAT UMNO..APA LAGI KOMEN BANGSAT DARI YAYASAN !!




Gambar atas kiri : Encik Ahmad Kamal Bin Abdullah(Peg. HEP Terengganu Mesir)                                                              

Gambar atas kanan : Bukti Encik Ahmad Kamal Bin Abdullah terlibat secara langsung dengan kelab nadi Umno Kaherah, Mesir. 

Gambar kanan : Encik Ahmad Kamal Bin Abdullah, Pengarah EME, Encik Khairi, Encik Zulkifle dalam satu pertemuan bersama pendokong Umno Mesir.

Yayasan Terengganu (YT) dilihat bermati-matian mempertahankan tindakan zalimnya terhadap 9 orang mahasiswa Islam Terengganu yang sedang menuntut di Mesir.

Tindakan tersebut dilihat oleh desakan dan sentimen politik sempit umno apabila mereka benggang dengan sambutan yang diberikan golongan anak muda diseluruh dunia.

Yang menghairankan kenapa hanya pelajar di Mesir sahaja diambil tindakan? Adakah kerajaan Terengganu sahaja yang mempunyai undang-undang rimba ini?

Kerajaan Terengganu diseru agar tidak bersikap hipokrit dalam isu penamatan pinjaman Yayasan Terengganu apabila salahlaku pegawai HEP Terengganu Mesir, Encik Ahmad Kamal Bin Abdullah yang kerap kali dilaporkan kepada pihak berwajib oleh pelajar tidak dipedulikan.
 
Beliau yang dilantik menjadi pegawai bagi menjaga kebajikan mahasiswa telah dilaporkan tidak menjalankan tugas dengan profesional kerana sibuk berpolitik.







Gambar bawah : Encik Ahmad Kamal Bin Abdullah, Pengarah EME (tengah), Encik Khairi bergambar kenangan sambil memegang borang Umno di Pejabat Kelab Umno Mesir.

Wednesday, April 11, 2012

KENALI 8 (LAPAN) RAKAN ANDA YANG ZALIM..


Pasti semua pihak terkejut dengan kenyataan lapan pelajar dari Persatuan Mahasiswa Ana Terengganu (PERMATA) yang berusaha untuk menjernihkan wajah hitam Yayasan Terengganu yang menarik pinjaman Mahsiswa terengganu Mesir yang terlibat dengan BERSIH 2.0.

Menurut sumber, 8 pelajar PERMATA tersebut bukanlah dari kalangan pelajar Mesir dan sama sekali bukan lulusan pengajian dari Mesir.Tapi apa yang pelik,mereka ini tiba-tiba muncul memberikan kenyataan menyokong tindakan maha zalim yang dibuat oleh pihak Yayasan Terengganu (YT).

Tindakan YT yang memperalatkan golongan mahasiswa sebagai jurucakap mereka memang cukup licik.Ini bagi menggambarkan kepada masyarakat awam tindakan YT mendapat respon positif dan sokongan Mahasiswa.



Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) menyokong tindakan Yayasan Terengganu (YT) membatalkan tajaan biasiswa kepada sembilan pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir yang menyertai perhimpunan Bersih pada Julai tahun lalu.

Jurucakapnya, Mohd. Nafis Mohd. Noor berkata, tindakan tegas itu wajar bagi membuka mata pihak yang tidak bertanggungjawab secara terang memperalatkan golongan pelajar untuk kepentingan agenda politik tertentu.

Menurutnya, pembatalan itu bukan sesuatu yang zalim dan terburu-buru, malah tujuh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam serta dua Ijazah Sarjana Muda Perubatan berkenaan telah diberi ruang serta peluang untuk membela diri melalui surat tunjuk sebab kepada YT.

                                                                                                                                   
“Kami difahamkan, mereka mengaku terlibat dengan perhimpunan itu melalui surat tunjuk sebab yang diberikan kepada Yayasan Terengganu. Bukan itu sahaja, mereka dengan angkuh mengatakan itu (sertai perhimpunan Bersih) adalah hak mereka.

“Perbuatan mereka menyertai bantahan, perhimpunan yang berunsur hasutan secara tidak langsung telah melanggar isi kandungan Perjanjian Pinjaman Yayasan Terengganu yang mereka sendiri faham dan tanda tangani,” katanya kepada pemberita di Bangunan YT hari ini.

Tambah Mohd. Nafis, Permata menyarankan agar pihak yang mencetuskan perhimpunan Bersih termasuk pemimpin parti politik bertanggungjawab terhadap nasib sembilan pelajar terbabit kerana kumpulan itu yang begitu bersungguh libatkan pelajar dalam agenda mereka.

Bagi sesetengah pemimpin parti politik katanya, mereka lebih akan mengambil peluang untuk menjadi ‘jaguh kampung’ dengan mengeksplotasi perkara ini dengan menuduh Kerajaan sebagai zalim dan tidak profesional.

“Permata dengan penuh rasa kesal membidas sikap tamak pihak terbabit yang terlalu memikirkan keuntungan politik hingga membawa pelajar ke kancah yang tidak sepatutnya seperti terlibat dalam rusuhan dan demontrasi haram,” katanya.

Dalam pada itu kata Mohd. Nafis, Permata mengecam tindakan Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur) yang bersikap biadap dengan menghantar memorandum berbentuk ugutan untuk melakukan perhimpunan dengan skala lebih besar jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

“Permata merasakan, tindakan itu sesuatu yang serius. Yayasan Terengganu sebenarnya boleh membuat laporan polis kerana terdapat unsur-unsur ugutan terhadap agensi kerajaan itu,” ujarnya yang juga Presiden Permata Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah YT, Mohd. Razali Mahmud memberi amaran keras kepada pelajar yang menerima tajaan dan biasiswa yayasan itu agar tidak terlibat dengan apa jua perhimpunan haram termasuk Bersih 3.0 yang diwar-warkan akan diadakan di ibu negara hujung bulan ini.

“Jika didapati terlibat, kita tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama kerana kita mahu mereka fokus kepada aktiviti pembelajaran dan tidak terpengaruh dengan anasir negatif.

“Kita bukan agensi yang kejam seperti yang didakwa. Setiap tahun Yayasan Terengganu membelanjakan lebih RM106 juta untuk memberi pinjaman dan biasiswa kepada anak Terengganu melanjutkan pengajian,” jelas beliau.

Tahun ini katanya, YT memperuntukkan kira-kira RM21.5 juta untuk menaja lebih 3,000 pelajar termasuk 545 penuntut di 12 buah negara termasuk Jepun, Perancis, United Kingdom, Jordan dan Indonesia dalam pelbagai disiplin pengajian.

“Di Mesir, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam menerima pinjaman berjumlah RM24,000 seorang dan RM300,000 untuk pelajar perubatan,” katanya
.


Tuesday, April 10, 2012

KERAJAAN “HALAL” KAN BERSIH 3.0, E.M.E DAN KEDUTAAN SERABUT OTAK

Syabas dan tahniah di ucapkan kepada Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib yang tiba-tiba membuat keputusan di luar jangkaan semua pihak. Membenarkan perhimpunan bagi menyatakan protes dan bantahan terhadap sistem negara yang cukup serabut bahkan telah menjerumuskan negara ke lembah muflis.

Tapi ni sebenarnya bukanlah berita gembira buat semua, jawapan putar belit dan penipuan adalah mainan dan amalan biasa UMNO dan BN. Juga tidak dilupakan Dato’ Duta Malaysia di Kaherah Mesir, Prof Dato’ Fakhruddin yang dilihat cukup mesra dan tunduk kepada UMNO. Begitu juga nama pegawai E.M.E yang akan kembali menjadi hero bangsat UMNO iaitu Khairi Jalalludin yang memang cukup setia dalam menjilat arahan dan permintaan UMNO.
 

(gambar: suasana Bersih 2.0 di Mesir)

Keizinan dari kerajaan pastinya akan diputar belitkan oleh Kedutaan Malaysia di Kaherah bagi menggagalkan sebarang perancangan untuk berhimpun sempena BERSIH 3.0. Menggunakan hujah suasana Mesir yang masih banyak rusuhan dan masa yang hampir dengan peperiksaan pastinya adalah dua hujah yang bakal digunakan oleh pihak Kedutaan dan E.M.E.

Kerajaan benarkan perhimpunan BERSIH 3.0

Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.

Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.

Penganjur perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain.

Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang

Monday, April 9, 2012

"HUBUNGAN SULIT" ISMA DENGAN UMNO DAN JATI..APA KOMEN ANDA ?

 Macam-macam usaha dan cara ISMA  lakukan bagi mempertahankan bahawa ISMA bukanlah UMNO, dan UMNO bukanlah ISMA. Tapi kalau kita lihat dan kaji isu yang berlaku serta tindakan ISMA yang cukup gentar dan takut bila berhadapan dengan UMNO adalah bukti bahawa ISMA sebenarnya sujud menyembah menjilat kezaliman dan kekuasaan UMNO.

Usaha Presiden ISMA Malaysia yang menyokong penubuhan JATI sebenarnya lebih menggambarkan bahawa ISMA bukanlah Ikhwanul Muslimin di Malaysia ataupun Jemaah yang memperjuangkan Islam secara syumul kerana ISMA tidak menghormati PAS yang telah memecat Datuk Dr Hasan Ali dan PAS tidak pernah mengiktiraf penubuhan  JATI.

Bahkan kalau dikaji, penubuhan jati sebenarnya hanyalah perancangan yang dibuat oleh sekumpulan UMNO bagi merosakkan imej islam yang dibawa oleh PAS. Kebodohan Presiden ISMA yang menyokong penubuhan JATI akan lebih melambatkan penyebaran Islam di Malaysia.
Islam di Malaysia yang bermazhabkan UMNO perlu dihapuskan secara penuh, tetapi ISMA dilihat menyokong Islam disebarkan berpandukan mazhab dan ijtihad UMNO. Sungguh bodoh ISMA ini….


(Soalan kepada Presiden ISMA)
“Usaha penubuhan Jalur Tiga (Jati) adalah usaha memelihara kedudukan Islam, Melayu dan Institusi Raja di Malaysia. Apakah kemunculan Jati boleh menjadi faktor mempersatu umat secara jangka panjang?

Kemunculan Jati adalah suatu yang tepat pada waktunya, di waktu mana rata-rata umat Islam dan orang Melayu merasa terancam dan tergugat kedudukan mereka. Ia akan mengisi inspirasi orang Melayu khususnya dan umat Islam amnya untuk memastikan kepentingan mereka tidak terancam disebabkan kerakusan pertembungan politik yang berlaku di tanah air. Islam, Melayu dan Raja (IMR) adalah tiga komponen teras yang menjadi asas kepada pembentukan Perlem bagaan Malaysia.

Isu IMR ini adalah merupakan isu paksi di mana kontrak sosial dalam konteks hubungan antara kaum di Malaysia ini digubal. Islam dengan kedudukannya, Melayu dengan hak-haknya dan institusi Raja dengan peranannya. Haruslah dijunjung dan dihormati oleh semua kaum yang ingin tinggal di negara ini.

Apabila akhir-akhir ini, terdapat usaha dari luar dan dalam yang ingin mencabar dan menggugat tiga perkara ini, ia tentunya menyentuh jantung hati umat Islam khususnya orang Melayu keseluruhannya. IMR adalah noktah perkongsian yang merangkumi kepentingan orang Melayu dan umat Islam seluruhnya. Dengan menjadikan tiga perkara ini sebagai asas atau landasan perjuangan, in akan menjadi unsur penyatuan kepada seluruh umat.

Sumber: Utusan Malaysia, 6 Mac 2012”


TV Media Mesir