ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Friday, October 28, 2011

KEWAJIPAN PENGAJIAN DAN BERPERSATUAN YANG CUBA DIPISAHKAN



Mesir tiba-tiba kecoh dengan isu golongan yang cuba memisahkan pengajian dengan persatuan. Tohmahan dahsyat ini terhadap sebahagian kepimpinan mahasiswa/wi Mesir bakal menggembirakan golongan sekularisme yang sering menanti kejayaan perancangan jahat mereka.

Mereka melemparkan tuduhan karut yang kononnya pihak persatuan menghalang dan memulau pengajian. Bagi mereka, persatuan hanyalah penghalang dan penyebab kepada kegagalan mahasiswa/wi Mesir.

Namun apa yang paling pelik, kenapa golongan terbabit hanya mahu menjadi hero “menegur” kepimpinan mahasiswa/wi Mesir, tetapi seolah-olah membisu dan memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap kesalahan para pegawai yang secara terang-terangan menindas hak mahasiswa dan banyak lagi.

Mana bantuan dan suara mereka untuk mempertahankan hak dan maruah mahasiswa/wi. Mana tenaga mereka di saat terlalu banyak amanah dan bebanan yang hanya dilonggokkan terhadap segelintir golongan yang sentiasa penat membantu menjaga dan menguruskan persatuan.

Banyak keraguan yang timbul akibat perbuatan mereka. Moga kita sentiasa bersama mengisi kekurangan bersama.Kesimpulannya, berpersatuan dan pengajian merupakan kewajipan yang tidak mungkin dipisahkan.

Saturday, October 22, 2011

Al-Azhar Conference Center (ACC) : Sejarah yang tidak hilang



Sejarah pembatalan penggunaan ACC oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) yang kini dikenali dengan Education Malaysia Egypt (EME) tidak pernah dilupakan oleh semua pihak. Dengan hanya sekeping surat fitnah,  menuduh PMRAM sebagai ejen pembangkang di Mesir adalah suatu tindakan yang melampau dan tidak bertamadun.

Dewan yang sepatutnya menjadi tempat majlis pengajian hadis terpaksa dibatalkan penggunaannya akibat surat fitnah tersebut. Isu ini turut membongkarkan penipuan Pengarah JPMK ketika itu, Prof. Madya Dr. Jamil bin Hashim yang sering menafikan penglibatan beliau terhadap penghantaran surat tersebut. Akibat desakan dan tekanan yang diberikan, akhirnya beliau tunduk dan mengaku bahawa penghantaran tersebut adalah daripadap beliau atas arahan pihak atasan.

PMRAM dengan ini melahirkan rasa kesal dan kecewa di atas tindakan pengarah JPMK menghantar surat bagi membatalkan penggunaan dewan Azhar Conference Centre (ACC). Bagi PMRAM, tindakan ini merupakan tindakan yang tidak professional, menghalang perkembangan majlis ilmu bahkan bersifat menghina para alim ulamak yang dijemput hadir. Tuduhan dalam surat yang menyatakan PMRAM menganjurkan konvokesyen dan cenderung kepada pembangkang merupakan tuduhan yang berat tanpa sebarang asas yang kukuh. Tuduhan tersebut merupakan provokasi keterlaluan yang boleh menimbulkan salah faham antara PMRAM dan Al-Azhar.

- Shahrizan bin Mohd. Hazime
  Pemangku Presiden PMRAM 2009

Setelah hampir dua tahun berlalu, kini penggunaan dewan  ACC sekali lagi menjadi perhatian . Setelah kebenaran  penggunaan dewan diberikan, ramai pihak ternanti-nanti apakah masih ada tindakan bodoh dan tidak bertamadun daripada pihak luar.

Isu salah laku dan sikap yang tidak professional oleh warga pegawai EM masih hangat diperkatakan. Isu tindakan dan sikap Khairi Jalalludin seolah-olah dipandang sepi oleh Pengarah EM yang baru, Prof. Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj. Safei.Semakin banyak masalah mendatang semakin menjadikan kita mengenali siapa dalang yang sepatutnya ditentang.
  

TV Media Mesir