ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG
Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.
SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN
Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108
SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden
KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.
Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.
KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.
Friday, September 16, 2011
ISA Dah Dimansuhkan, KJ Tunggu Giliran 'Dimansuhkan'
Mahasiswa/wi Qiraat Shoubra Dan Mansurah Membantah Paksaan KJ
Thursday, September 15, 2011
Bidasan Akmal Ali Kepada Faizal Sabon
"Tiada sebarang usaha untuk menubuhkan kelab UMNO Johor di Mesir dan sebarang usaha mengaitkan saya dgn isu tersebut adalah FITNAH.Ini adalah kerana,saya masih lagi TIDAK MEMPUNYAI STATUS AHLI KELAB UMNO bahkan berstatus AHLI YG TELAH DIPECAT."
Rujuk https://www.facebook.com/notes/mohd-faizal-sabhon/kenyataan-rasmi-saya-berhubung-isu-yg-dikaitkan-oleh-mediamesirblogspot/219353554786630
"ini tidak rasmi"
Kenyataan ini merujuk kepada perkataan BKPJM pada replika kunci perasmian.
Wednesday, September 14, 2011
KJ Dilihat Melawan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Rebut Pelajar Baru : Dulu ISMA Mesir je, Sekarang KJ Dan Faizal Sabon Pula
Tuesday, September 13, 2011
Mahasiswa Jordan Malu Atas Sikap Dan Perangai KJ
Monday, September 12, 2011
Kelab UMNO Menyebabkan Perpecahan Mahasiswa Luar Negara
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, sepatutnya seorang pemimpin sebuah negeri tidak berhak mengugut rakyatnya.
"Kenyataan Dato' Seri Menteri Besar Terengganu meminta pelajar khususnya luiar negara agar jangan terlibat dengan politik adalah berunsur ugutan dan bersifat jahat,
"sepatutnya (sebagai) seorang pemimpin serbuah negeri (beliau) tidak berhak mengugut rakyatnya dan menakut-nakutkan para pelajar,"ujarnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka PAS DUN Bukit Payong, disini Sabtu 10 September.
Menurutnya, tindakan Ahmad Said itu akan menyempitkan perkembangan pemikiran para pelajar,
Sehubungan itu, beliau yang juga ADUN Bukit Payong meminta rakyat menilai sikap kepimpinan Umno dan Barisan Nasional yang sering mengugut dan menghalang kebebasan rakyat.
Beliau berkata, sebenarnya, kelab-kelab Umno luar negara menimbulkan masalah bdan menimbulkan perpecahan dikalangan pelajar diluar negara.
"yang menimbulkan permasalahan dan perpecahan di kalangan pelajar di luar negara adalah kelab-kelab Umno,
"(mereka) yang menimbulkan gejala sosial (dan) bahkan pemimpin Umno yang terus memperkembangkan kelab-kelab Umno,"jelasnya.
Oleh itu, menurut beliau, sekiranya mahu dilaksanakan arahan Ahmad Said itu, kelab Umno yang bersifat politik mestilah dihapuskan dan para pelajar yang terlibat dengan kelab tersebut mestui diambil tindakan terlebih dahulu.
Beliau menegaskan terdapat perbezaan diantara 'pelajar berpolitik' dengan pelajar yang terlibat secara langsung dengan parti-parti politik.
Katanya, usaha mana-mana pihak, menyekat para pelajar berpolitik adalah sebenarnya menyekat minda dan intelektual para pelajar.
"Usaha untuk menyekat pelajar berpolitik adalah usaha menutup minda intelektual para pelajar, kerana mana-mana tokoh pemimpin besar dalam negara ini (bakat dan kepimpinannya) sebenranya berkembang hebat,
"dengan sebab mereka sudah dibentuk dengan pemikiran berpolitik dimasa mereka belajar,"katanya.
Menurutnya, latihan berpolitik di pusat-pusat pengajian tersebut telah memberi kemahiran pentadbiran dan pengurusan kepada para pelajar.
"mereka memiliki kemahiran untuk mentadbir, memiliki kemahiran untuk mengurus, memiliki kemahitran untuk memimpin, memiliki kemahiran untuk menyelesaikan permasalahan hasil daripada pengalaman-pengalaman mereka dalam persatuan-persatuan pelajar yang mereka hadiri (sertai),"jelasnya.
Justeru, beliau berkata, sikap kerajaan Umno-BN cuba menyekat para pelajar berpolitik sebenarnya adalah kebimbangan mereka terhadap kebangkitan anak-anak muda dan para pelajar.
Menurutnya, berlakunya kebangkitan diseluruh duniai adalah dicetuskan oleh para pelajar yang didedahkan dengan isu-isu politik tentang penyelwengan-penyelewengan kerajaan melalui media baru masakini.
PMRAM Tidak Setuju Dengan Paksaan KJ, ISMA Mesir Macam Mane Pula?
Sunday, September 11, 2011
KJ Paksa Mahasiswa Daftar Konvokesyen EME, Apa Pendirian ISMA Mesir?
Friday, September 9, 2011
KJ Kini Di Bahagian Kebajikan Pelajar ? Siapa Mangsa Seterusnya ?
Mungkin juga KJ nak melepaskan diri dengan masalah-masalah pendidikan yang dilakukannya dengan meminta agar bertugas di bahagian selain pendidikan, kemudian memikul masalah pendidikan yang bertimbun-timbun ke pegawai atase baru yang bertugas di bahagian kebajikan.
Thursday, September 8, 2011
KJ Mengugut Mahasiswa Qiraat Untuk Sertai Konvokesyen EME
KJ Tidak Menghadiri RAMAH '11, Takut Atau Tidak Dijemput?
Wednesday, September 7, 2011
Sambut Pelajar Baru Perak, KJ Dibuli ?
KJ Terdesak, Ugut Mahasiswa Sertai Konvokesyen
Tuesday, September 6, 2011
Peluang Baik Untuk Menghantar KJ Pulang
kalau setakat blog pegawai kerajaan tak baca pun.
Monday, September 5, 2011
KJ Terus Menjadi Punca Mahasiswa Gagal Dalam Pengajian
Konvokesyen Bakal Terbatal Disebabkan KJ?
Sunday, September 4, 2011
Kesian KJ, Tahun Hijri Pun Salah Cakap
sila lihat video ucapan raya aidilfitri En Khairi Jalalluidn (nama manja KJ)..boleh silap plak menyebut 1423 H, pada saat ke 0:11..kesian..kesian..
nampak sangat beliau dalam keadaan tertekan dengan isu yang berlaku, kantoi perbuatan jahat, dipulau oleh pegawai-pegawai...
Atau adakah KJ ni tidak pernah menyebut taqwim Islam atau kelendar Islam sehingga tidak tahun tahun dalam Islam..kesian..kesian..
Nak kata tidak tahun bulan Islam, graduan kuliah Islam di Jordan...mustahil..kesian...kesian...
Apa pun, sama-sama kita bagitau kepada KJ, bahawa tahun ni adalah 1432 H , BUKANNYA 1423 H...
KJ Menagih Simpati Pada ISMA MESIR, Di Mana Kelab UMNO?
Kini giliran ISMA Mesir pula yang menjadi tempat En Khiari Jalalludin menagih simpati selepas mana beliau hampir-hampir dipulaukan oleh semua pihak termasuklah pegawai-pegawai ekoran sikap kejam beliau yang 'tikam belakang' telah pun terkantoi.
Beliau menyambut hari raya dengan penuh gembira di pejabat ISMA Mesir, selepas mana tidak berani turun ke muhafazah ekoran selepas di 'toucher' di mansurah. begitu juga dengan rumah-rumah negeri apabila beliau sahaja tidak diundang berbanding pegawai-pegawai yang lain.
Bahkan di beberapa rumah negeri, kehadiran beliau bagaikan tiada apabila tidak disambut sebagaimana VIP seperti pegawai-pegawai yang lain.
Beliau hanya makan bersama isteri dan anak-anak beliau sahaja, tanpa dipedulikan oleh pihak lain.
Kini beliau beralih arah menagih simpati kepada ISMA Mesir, apabila melihat ISMA Mesir yang tidak bersama-sama dengan isu mahasiswa yang berlaku baru-baru ini ada peluang untuk beliau mencari sinar baru.
Di mana Kelab UMNO ? Adakah Kelab UMNO juga memboikot beliau disebabkan malu dengan kerja-kerja kantoi KJ ??
Bukankah sebelum ini KJ membersihkan pejabat Kelab UMNO dengan vacum (walaupun tidak pasang wayar)?
Adakah KJ benar-benar dirasai oleh pihak Kelab UMNO sebagai liabiliti kepada nama UMNO baik di Malaysia mahupun di Mesir?
p/s : kepada Kelab UMNO, sekiranya ada jemputan rumah terbuka aidilfitri, jemputlah KJ, kesian kat dia yang kini sedang menagih simpati pada ISMA Mesir...
Kes Alif Di Tanta, KJ Tidak Berani Mengangkat Panggilan Telifon
En Khairi Jalalludin yang kini semakin takut dengan bayang-bayang mahasiswa apabila setiap panggilan daripada pimpinan mahasiswa serta mangsa, beliau tidak menjawab.
Mengenai isu Saudara Alif, perubatan Tanta, dilaporkan Presiden PERUBATAN, Saudara Syafiq sudah berkali-kali menghubungi beliau, namun tiada jawapan balas yang diberikan.
Hal ini demikian, beliau semakin takut untuk berhadapan dengan mahasiswa apabila semakin banyak kes-kes yang beliau lakukan didedahkan mendapat perhatian ramai pihak.
Hasilnya, pada hari ini (4 September), adalah penentu bagi mangsa (Saudara Alif) samada beliau akan mengulang tahun pengajian sekiranya tidak dapat memasuki peperiksaan pada hari ini atau tidak.
Sehingga kini KJ masih lagi menggunakan alasan kehadiran ke kuliah tidak mencukupi 75 %.
Adakah ini kesalahan mangsa atau disebabkan sikap makan gaji buta oleh KJ yang tidak menyelesaikan masalah fail mangsa yang tidak sampai ke pihak universiti sejak bulan Mei yang lalu?
Apa yang pasti, KJ kini susah untuk menjawab sebarang panggilan telifon.
Atau beliau ada no telifon selain daripada no 0190051525?
DESAK mohon maaf namun tetap pertikai sikap pegawai atase pendidikan.
Tujuan asal surat watikah itu didedahkan adalah bertujuan untuk mengecam tindakan Encik Khairi Jalalluddin kerana masih gagal menyelesaikan masalah pengajian pelajar walaupun sebahagian urusan telah dibantu oleh pembantu tadbir yang dilantik. Saya juga menyelar sikap beliau yang masih berdiam diri tanpa sebarang respon dan tindakan positif berikutan 2 kes pelajar perubatan yang mengalami masalah pengajian baru-baru ini.
Pada awal ramadhan yang lepas Saudari Hanisah binti Hashim telah menjadi mangsa kecuaian pihak yang tidak bertanggungjawab apabila surat penangguhan pengajian yang dikeluarkan KPT Malaysia adalah tidak sah dan tidak laku di sisi Universiti Ain Shams.
Dimaklumkan bahawa surat penangguhan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dibuat berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) (sekarang EME) rujukan JPMK (AKA)1000/016/06(03). Ia dibuat atas kebenaran yang diberikan oleh Pihak Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir yang telah bersetuju mengenai permohonan penangguhan pengajian tersebut. Namun apabila permohonan untuk menyambung semula pengajian dibuat,masalah sedemikian ini pula yang berlaku.
Pada bulan yang sama juga kita dikejutkan dengan masalah pengajian yang berlaku kepada Saudara Mohamad Aliff bin Sofian Gan dari Universiti Tanta. Sebagai pihak yang bertanggungjawab di bawah atase pendidikan sepatutnya dengan kedua-dua kes ini,Encik Khairi tidak boleh berdiam diri serta tidak sepatutnya beliau menyibukkan diri dengan urusan yang di luar bidang tugas beliau.
Sumber : Pmram Desak
Friday, September 2, 2011
Kerja Kotor KJ : Duta Mungkin Mengalami Nasib Yang Sama
Kehadiran KJ Selaku Penyiasat Tidak Disenangi Beberapa Pegawai Negeri
Isu En.Khairi :Langkah baru untuk mendapat populariti
Mungkin makin susah untuk pelajar berurusan dengan facebooker ini kerana beliau ada tugasan baru dari KPT untuk mencatatkan segala pengalaman beliau di blog.
First impression apabila mahasiswa membaca blog tersebut, menzahirkan sifat childish pegawai tersebut. Mahasiswa beranggapan sedemikian kerana header yang tertera di blog beliau tertulis "PENGALAMANKU DI BUMI MESIR". Sekali pandang, seolah-olah ayat pelajar darjah 6 yang menulis blog tersebut. Mahasiswa sangka anak beliau yang mencoretkan catatan tersebut, rupanya bapa kepada 4 orang anak yang menjawat atase pendidikan di EM Mesir.
Blog tersebut tidak menggambarkan sikap profesional seorang pegawai, malah lebih menceritakan pengalaman peribadi beliau berada di Mesir.
Isu mahasiswa di cawangan Tanta yang sedang ternanti-nanti pengurusan haprak En Khairi dalam menyelesaikan pendaftaran mereka, sudah hampir setahun belajar di universiti, tetapi masih tidak didaftarkan lagi. Sedih dan malang sekali nasib 2 orang pelajar pengajian perubatan di Universiti Tanta.
Ibu bapa pelajar berasa lebih sedih bila mendapat tahu berita tersebut. Sudah berpuluh ribu belanja demi masa depan anak-anak mereka, akhirnya harapan yang menggunung hancur kerana sikap sambil lewa facebooker KJ.
Facebooker KJ juga tidak diendahkan oleh rakan-rakan sekerja mereka, malah menganggap KJ sebagai liabiliti yang banyak merosakkan nama EME. Rasanya lebih baik pegawai-pegawai EME menghantar pulang KJ ke Malaysia, daripada memulaukan KJ di Mesir. Tidak dilayan dan tidak disapa oleh rakan-rakan sekerja dalam majlis-majlis rasmi mereka, para pelajar boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri apa yang berlaku. Jiwa pasti tertekan kalau hidup "syok sendiri", wujud pun tak dirasai, hilang pun tak dicari. Inilah kehidupan KJ di Mesir. Ada juga pegawai yang tidak mahu masuk mesyuarat gara-gara wujud KJ dalam meeting bulanan pegawai. "saya tak kan masuk meeting kalo KJ ada!!!".
Semoga pengalaman KJ menjadi pengajaran kepada pegawai-pegawai yang lain agar tidak meninggalkan tugas utama selaku penjawat awam. Jangan sibuk dengan kerja UMNO, kerja utama tercicir.
Selamat mem'blog' KJ.
Sumber :Tranungkita online
Thursday, September 1, 2011
Inilah akibat apabila tiada skill dalam pengurusan

Surat Tawaran sebagai Pembantu Tadbir Bahagian Akademik (sambilan) di EME telah dikeluarkan bagi menguruskan kerja-kerja yang tidak dapat diselesaikan oleh pegawai atase.Adakah perlu sampai ke tahap sebegini tanggungjawab mahasiswa yang masih menuntut dipergunakan oleh pihak EME?Apakah Pengarah EME sendiri tidak yakin dengan kemampuan pegawai-pegawai atase bawahannya terutama sekali kepada Encik Khairi Jalaluddin?Adakah ibu bapa kepada beberapa orang mahasiswa ini sudah dimaklumkan tentang tawaran ini kepada anak-anak mereka?
Click dibawah ini untuk melihat surat tawaran tersebut :
1- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=125003670930380&set=a.125003644263716.21801.100002622429852&type=1&theater
2- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=125006667596747&set=a.125003644263716.21801.100002622429852&type=1&theater
3- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=125006507596763&set=a.125003644263716.21801.100002622429852&type=1&theater
Sumber : http://www.facebook.com/pmram.desak