PERTEMUAN 30
MINIT PENGARAH EME, PROF.MADYA
DR.HJ.SU'AIDI DATO'HJ.SAFEI DENGAN IMAM AKBAR
SHEIKHUL AZHAR, PROF.DR. MUHAMMAD AHMAD TAYYIB
ISU: IMTIHAN QABUL DAN KELAS BAHASA ARAB
MASA: 15 JANUARI 2012 (AHAD: 12.30 – 1.00pm)
TEMPAT: MASHYAKHAT AL-AZHAR
A. Turut Hadir:
1. Dr. Abd el-Daim Naseir, Education Advisor to the Grand
Imam of alAzhar, Wakil Ahli J/Kuasa Eksekutif Pusat Bahasa
2. Mahmoud Abdel Gawad, Diplomatic Advisor to the Grand
Imam of alAzhar
3. Soliman Zaki, Administrative Assistant (Academic), EME
4. Nor Zakiah Zaidon, Education Attache, EME
B. Hasil Perbincangan:
i. Sheikhul Azhar memaklumkan
Universiti Azhar tidak memperuntukkan bajet untuk pengurusan Pusat
Bahasa dan Ia beroperasi sendiri; menjana mekanisme sumber pendapatan dan
bertanggung jawab menyelia kewangan sepenuhnya; gaji, kos pengurusan
penyelenggaraan dan utiliti.
ii. Pusat Bahasa perlu menampung kos perbelanjaan
mulai tahun ini melalui yuran pengajian pelajar yang ditentukan.
iii. Pelajar asing dari negara lain seperti Thailand, Senegal, Indonesia dan negara Afrika yang lain berada
dalam klasifikasi negara miskin tetapi telah pun membuat bayaran bulanan 480 pound Mesir sebagai kos kursus
Bahasa Arab, berbanding Malaysia yang
masih berkira dan belum membuat bayaran.
iv. EME memperbetulkan hujahan
bahawa sebarang perubahan drastik tanpa
isyarat awal membawa kesan kejutan dan situasi tidak bersedia. Pihak
penaja pelajar mempertikaikan kesesuaian penambahan kos tanggungan, mereka
yang menaja sendiri self financed pula dalam keadaan tertekan/terdesak.
EME pada tempatnya memohon penjelasan kerana pelajar Malaysia seramai 569 orang
yang terlibat merupakan majoriti cohort ini.
v. Al-Azhar mengakui ada sedikit ketidak
selarasan dalam pengurusan data pelajar antara Fakulti Universiti dengan Pusat
Bahasa (Ikatan Alumni Azhar), sehingga berlaku pertembungan banyak kes pelajar
tidak lulus IQ tersenarai juga untuk menduduki peperiksaan pada Januari 2012.
Ini akan meletakkan mereka dalam keadaan mengulang tahun pengajian kerana gagal
hadir peperiksaan dan ini mengganggu pengurusan rekod pinjaman tajaan.
vi. Sheikhul Azhar meminta EME
menyerahkan senarai nama pelajar terbabit untuk penyelarasan. Pihak Universiti
sepatutnya hanya mengeluar senarai pelajar tahun satu selepas disahkan
keputusan lulus mustawa 7 dan ke atas dalam keputusan IQ.
vii. EME diminta memaklumkan ketetapan sistem
mustawa (band) kelulusan IQ baru ini berserta kos yuran pengajian bulanan
berkaitan kepada pihak penaja sekiranya pelajar
tajaan berhasrat untuk terus
mengikuti kursus Bahasa Arab ini.
viii. Wakil
Pusat Bahasa tidak bersedia
memenuhi permintaan EME supaya keputusan IQ pelajar disediakan dalam bentuk
terperinci agihan markah mengikut kategori 4 kemahiran terbabit dengan peratusan
supaya dapat dikenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar yang perlu ditambah
baik
Pada mereka keputusan mengikut
program secara amnya bukan satusatu kertas tertentu.
ix. Wakil Pusat Bahasa juga mempertahankan
ketentuan kelulusan minima pada band 7 bukan band 6 sebagaimana yang
dicadangkan EME, atas alasan pertimbangan
ini telah dibuat oleh kumpulan
pakar dalam mesyuarat berkenaan.
x. Sheikhul Azhar
membangkitkan sejarah asal-usul penubuhan Pusat Bahasa atas permintaan Duta
Besar Malaysia terdahulu, Datuk Zainal Abidin yang mengadu soal kelemahan
pelajar Malaysia menguasai Bahasa Arab menyebabkan ramai yang gagal dan tidak
tamat pengajian pada masanya.
xi. Sebarang perbincangan
lanjut dicadangkan supaya pegawai EME
berurusan dengan Pengarah Pejabat
Penyelarasan Wafidin, Universiti alAzhar.
(copy dan edit dari web E.M.E)