Kaherah , 11 November 2012 : Jutaan rakyat Malaysia akan membanjiri ibukota Malaysia , Kuala Lumpur bagi menyuarakan hasrat mereka menuntut keadilan dan mendesak kerajaan memenuhi rakyat yang masih belum dilunasi oleh pihak pemerintah.Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Merdeka , Kuala Lumpur itu akan menyaksikan gabungan perhimpunan mega yang disertai oleh Parti Pembangkang dan beberapa NGO.Antara NGO yang akan turun esok adalah NGO BERSIH , ANAK , ROYALTI dan LYNAS.
Disebalik kehangatan anak muda dan rakyat
Malaysia yang sudah bersedia untuk turun membuat demontrasi esok , lain pula
ceritanya bagi mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Mesir.Larangan dan sekatan
telah dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah kepada semua
mahasiswa-mahasiswi agar tidak menganjurkan sebarang bentuk perhimpunan.Bagi
mahasiswa-mahasiswi yang cuba mengadakan tunjuk perasaan , tindakkan keras akan
diambil oleh pihak kedutaan.Kedutaan telah mengugut mana-mana
mahasiswa-mahasiswi yang menganjur dan menyertai tunjuk perasaan akan dihantar
maklumat mereka ke pihak Al-Azhar sebagaimana kejadian yang berlaku kepada
Saudara Firdauz Mazlan pada 2011 yang lalu.
Nyata sikap yang ditunjukkan oleh Kedutaan
ini merupakan satu tindakkan bacul dan penakut yang wujud dalam diri
Kedutaan.Bahkan jelas kelihatan kedutaan cuba menakut-nakutkan pelajar dengan
cuba berselindung disebalik kekebalan Al-Azhar.Tindakkan pengecut kedutaan ini
jelas menunjukkan Kedutaan ini adalah senjata UMNO bagi melemahkan kebangkitan
mahasiswa-mahasiswi di Lembah Nil ini.Para mahasiswa-mahasiswi lain di luar
Negara seperti di Sydney , Melbourne , Jordan , London dan sebagainya
dibenarkan oleh pihak Kedutaan untuk berhimpun menyatakan hasrat sebagai seorang
warganegara Malaysia.Jika dilihat perhimpunan kebangkitan rakyat dalam konteks
Negara Mesir , para mahasiswa-mahasiswi Al-Azhar adalah merupakan tenaga dan
individu yang bertanggungjawab menjayakan sesebuah demotrasi.Bahkan turut serta
dalam demontrasi di Mesir adalah para masyaeikh dan pensyarah Al-Azhar itu
sendiri.
Jelas dan nyata peranan Kedutaan sekarang
adalah sebagai boneka UMNO dalam menyekat sebarang usaha kebangkitan
mahasiswa-mahasiswi di Mesir ini.Mahasiswa-mahasiswi sudah jelek dan benci
dengan sikap berat sebelah Kedutaan yang jelas menampakkan Kedutaan ini adalah
ajen UMNO.Gampar yang dipaparkan di beberapa laman maya menunjukkan beberapa
orang pegawai di peringkat Kedutaan telah menghadiri program yang dianjurkan
oleh Kelab UMNO dan TYT Duta sendiri telah menjadi penasihat kepada Kelab UMNO Mesir.
Batas dan sempadan kesabaran para
mahasiswa-mahasiswi ini ada batasnya.Jangan sampai mahasiswa-mahasiswi
bertindak diluar jangkaan disebabkan sikap bacul dan tidak professional
Kedutaan.Mahasiswa-mahasiswi benci sikap pembodohan mahasiswa yang dilakukan
oleh “Kedutaan UMNO” di Mesir ini.Mahasiswa-mahasiswi tidak takut dengan ugutan
bodoh Kedutaan.
Kita berharap agar Kedutaan Malaysia ke Mesir bertaqwa kepada Allah dan melaksanakan tanggungjawab dengan sewajarnya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, bukan kepada parti politik yang sedia ada.
Kita berharap agar Kedutaan Malaysia ke Mesir bertaqwa kepada Allah dan melaksanakan tanggungjawab dengan sewajarnya untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara, bukan kepada parti politik yang sedia ada.
0 comments:
Post a Comment