Monday, December 12, 2011

ISMA PERLU BERUBAH, UMNO MENUNGGU REBAH

Terbaca tulisan Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang , pastinya kita dapat membayangkan sejarah telah membuktikan hanya jemaah yang membawa Islam sahaja yang akan mendapat pertolongan Allah. Sedar ataupun tidak, penulisan yang cuba digambarkan oleh Tn. Guru Presiden seolah-olah terpalit cukup dahsyat terhadap ISMA.


Suara UMNO dan ISMA dalam memperjuangkan Melayu tidak perlu dijelaskan lagi. ISMA dengan slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” manakala UMNO pula dengan slogan “Hidup Melayu” pastinya wujud persamaan pada pembawakan mereka. Cuma yang jelas, UMNO adalah parti politik yang memperjuangkan Melayu dan menggunakan Islam hanya bila perlu. Adapun ISMA sebuah NGO yang tidak jelas prinsip dan pendirian bahkan dilihat hanya sebagai kuman dan bakteria kepada gerakan Islam.

Keberadaan ISMA pada hakikatnya hanya menguntungkan UMNO. Ketika UMNO teraba-raba mencari mesin penyambung hayat, muncul ISMA sebagai “cover” kepada perjuangan UMNO. Slogan melayu dibisikkan ke telinga masyarakat, manakala nama islam sekadar hiasan dalam meraih ahli dan sokongan.
Konsep ISMA yang datang tidak berjemput, wujud tanpa hormat bagaikan menjadi duri dalam daging dan pisau dalam lipatan di saat Islam semakin menuju ke puncak kegemilangan.

Kewujudan ISMA hanyalah menumpang kesusahan dan kepayahan puluhan ribu aktivis gerakan islam yang telah banyak berkorban jiwa dan raga bahkan nyawa dalam memastikan gerakan dakwah sentiasa licin dan teratur.Andai dikaji sejarah gerakan islam, kewujudan ISMA tidak perlu bahkan hanya memenatkan dan meletihkan para aktivis gerakan dakwah islam dalam membawa masyarakat kearah islam.
 
ISMA PENGECUT

Istilah yang lembut bagi menggambarkan betapa dayusnya ISMA dalam menghadapi dan menjawab isu semasa apatah lagi andai isu terbabit berkaitan dengan salah laku kerajaan UMNO. Sifat kejantanan yang perlu ada pada setiap gerakan, tidak wujud pada ISMA. Mereka dilihat hanya sebagai pondan yang mencari kesenangan dalam mengembangkan ideologi dan fahaman melayu mereka.

UMNO tidak mengganggu ISMA seperti mana UMNO mengganggu PAS bahkan UMNO bercita-cita menghapuskan PAS dari muka bumi. Ruang untuk ISMA bergerak luas terbentang dan tidak wujud halangan yang berat dari UMNO. Mungkin faktor inilah yang memperlihatkan ISMA sebagai mesin penyambung hayat untuk UMNO.

WASATIAH UMNO

Wasatiah bermaksud pertengahan. Mungkin atas dasar itu ramai wanita dalam UMNO hanya memakai tudung setengah kepala dan setengah lagi dibiarkan terbuka.ISMA tidak mustahil suatu hari nanti akan memperkenalkan konsep yang sama bagi menyokong pembawakan dan dasar yang baru diperkenalkan oleh UMNO.

Istilah wasatiah yang banyak didakwa oleh ramai pihak sebenarnya dilihat telah diresapi dengan fahaman sekular yang amat dahsyat. Konsep yang sewajarnya menjadi tarikan ramai pihak terhadap Islam makin dipergunakan untuk kepentingan tertentu.

1 comments:

Pada pendapat saya ISMA lebih condong kepada Perjuangan PAS....

Apa komen ISMA ttg perkara ini?

Post a Comment

TV Media Mesir