Tuesday, December 27, 2011

KENYATAAN PEMIMPIN ISMA, BUKTI ISMA TIDAK HORMAT PAS


Presiden ISMA sekali lagi dilihat cuba mencetuskan suasana tidak yakin serta ragu-ragu terhadap perjuangan dan pembawakan PAS selama ini. Isu yang telah lama dibincangkan diperingkat kepimpinan PAS cuba dirobek semula oleh ISMA bagi menampakkan mereka sebagai juara dalam memperjuangkan nasib agama Islam.ISMA juga dilihat semakin jauh dari lapangan dakwah yang sebenar apabila kenyataan mereka dilihat hanya menguntungkan UMNO dan merugikan gerakan dakwah PAS di Malaysia.

Andai ISMA mendakwa mereka sebagai persatuan dakwah ataupun gerakan islam, mereka seharusnya memberikan keyakinan dan menjernihkan keraguan di kalangan masyarakat agar masyarakat lebih memahami konsep “berkebajikan” dalam islam. Namun apa yang dilihat kenyataan presiden ISMA lebih mengajak masyarakat kearah kancah keraguan dan salah faham terhadap Islam.

ISMA juga sewajarnya menyedari sistem kepimpinan di dalam PAS yang diterajui oleh para Álim Ulama dan PAS menjadikan Ulama sebagai tempat rujukan dan segala keputusan yang berkaitan dengan dasar parti. Sikap tidak bijak pemimpin tertinggi ISMA sebenarnya telah menggambarkan bahawa ISMA sebenarnya tidak layak untuk wujud dalam  meneruskan perjuangan serabut mereka.

Apa yang pasti ISMA boleh digambarkan sebagai sebuah persatuan “kebudak-budakan” yang wujud sebagai pengganggu kepada gerakan dakwah PAS di Malaysia.Bahkan sikap pengganggu dan pengacau  boleh dilihat apabila wujudnya ISMA di serata Negara setelah tertubuhnya persatuan-persatuan yang sudah sekian lama wujud di negara tersebut.

ISMA pada dasarnya bukanlah kelompok yang layak untuk membicarakan soal dakwah di Malaysia. Usia yang muda, pembawakan yang lebih mirip kepada UMNO, dan kenyataan yang dilihat lebih untuk menyelematkan diri agar berada di zon selesa sebenarnya adalah antara faktor yang sepatutnya ISMA tutup mulut dan diam !! 

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir