Friday, December 23, 2011

KEBEBASAN MESIR DAN PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA

Genap seminggu pemergian Al-Marhum Syeikh ‘Imad meninggalkan kita. Namun sejarah pengorbanan dan kesungguhan beliau pastinya tidak akan hilang dalam memori anak-anak murid beliau.Pemergian beliau turut sama dirasai oleh Fadhilatul Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumuáh yang menganggap Al-Marhum sebagai anak beliau sendiri.

Kebersamaan beliau bersama warga Mesir menuntut keadilan adalah bukti kesungguhan dan keberanian dalam menjatuhkan pemerintah yang zalim terhadap rakyat. Bahkan beliau adalah dikalangan para ulama’ yang memfatwakan HARAM bagi sesiapa yang mengundi calon-calon yang pernah bersama Husni Mubarak dalam pemilihan raya Mesir kali ini.Tragedi yang menimpa Al-Marhum Fadhilatus Syeikh ‘Imad sewajarnya menjadi sumber semangat dan inspirasi kepada seluruh pelajar Al-Azhar agar sentiasa bangkit menentang kezaliman dan kejahatan yang dilakukan oleh sesiapa pun. 

BERSIH 2.0

Fatwa yang berkaitan dengan perhimpunan untuk menjatuhkan kezaliman pastinya sudah tersebar luas, bahkan ianya dikuatkan lagi dengan tindakan dan fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama’Al-Azhar. Pastinya ini merunsingkan pihak kerajaan yang menentang perhimpunan aman terutamanya Kerajaan Malaysia yang dilihat begitu bersungguh-sungguh menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang lalu.

Tindakan Kerajaan Malaysia terhadap peserta Bersih juga dikira cukup memalukan bahkan dunia luar melihat ianya sebagai bentuk amalan demokrasi yang sempit  serta kuno dari Kerajaan Malaysia. Tidak cukup dengan tindakan yang dikenakan terhadap rakyat di Negara sendiri, pelajar Malaysia yang berada di Mesir turut merasai tempias kezaliman Kerajaan bagi peserta Bersih 2.0.

Ugutan yang dibuat serta amaran yang dikeluarkan kepada pelajar Malaysia di Mesir pastinya tidak dapat dilupakan. Keterlibatan pegawai atase , Khairi Jalalludin serta dua orang pegawai rumah negeri En Anuar Idris dan En. Abdul Muhaimin Abdul Majid dalam isu ini juga telah membuktikan wujudnya agenda politik UMNO dalam pentadbiran para pegawai di Mesir.

USTAZ UMNO

Fatwa tersebut juga menutup dan mengunci mulut para ustaz UMNO.Mereka yang selama ini bersungguh sungguh bagi menampakkan keislaman parti UMNO turut terkesan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama’ Al-Azhar.Mereka pastinya pitam dan gelabah bila membaca dan meneliti isu Mesir dengan cermat.

Golongan agama yang berada dalam UMNO sewajarnya keluar meninggalkan UMNO yang sebenarnya telah lama rosak pegangan agama. Sikap dan ucapan tidak melambangkan kefahaman para pemimpin mereka dalam isu agama.Para isteri dengan selamba mendedahkan aurat, keterlibatan mereka dalam isu yang melibatkan rasuah dan banyak lagi sebenarnya sudah cukup sebagai sebab bagi golongan agama meninggalkan UMNO.

BERSIH 3.0

Penganjur Bersih tidak menolak untuk melaksanakan BERSIH 3.0 andai tuntutan pada BERSIH 2.0 tidak dilunaskan oleh Kerajaan Malaysia. Tuntutan yang berkisar tentang ketelusan SPR dan kejujuran UMNO dalam kempen pilihanraya bukanlah perkara sukar andai UMNO berpegang dengan Islam.
Namun sikap acuh tak acuh dalam melaksanakan tuntutan BERSIH 2.0 pastinya dapat dilihat oleh rakyat.

Para pelajar Mesir juga pastinya tidak sabar menunggu tarikh yang bakal diumumkan oleh pihak penganjur Bersih bagi memberikan persediaan yang lebih rapi dan teratur. Keterlibatan golongan anak muda bagi memastikan masa depan Negara yang lebih terjamin amat dituntut oleh agama. 

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir