Thursday, December 29, 2011

ISU ADAM ADLI : KALAU UPSI TAK BUANG, KEDUTAAN DAN E.M WAJAR BIMBANG


Negara tiba-tiba dikejutkan dengan keberanian seorang pejuang mahasiswa yang tampil dengan semangat dan kesedaran yang tinggi untuk menyedarkan kerajaan yang semakin teruk. Tindakan seorang mahasiswa yang bernama Adam Adli menurunkan bendera Najib Tun Razak dan menggantikan dengan “bendera mahasiswa” telah memberikan kesedaran kepada seluruh mahasiswa untuk terus bangun menentang kezaliman.

Hasil daripada tindakan berani beliau, pelbagai ancaman dan ugutan yang beliau terima. Antara yang mungkin menarik perhatian para pelajar Mesir, adakah tindakan buang universiti akan dikenakan terhadap beliau ?? Jika pihak universiti membuang beliau sekali pun, peruntukan undang-undang manakah yang diguna pakai oleh pihak universiti ??

Persoalan ini timbul pastinya kerana tindakan yang dikenakan terhadap  Sdr Firdaus Madzlan, Mahasiswa Darul Ifta’Mesir yang dibuang universiti kerana menganjurkan perhimpunan bersih 2.0 di Mesir. Tindakan yang dibuat hasil daripada perbincangan dan konspirasi sulit telah didedahkan oleh FB Kak Limah Bocor yang melibatkan perbualan antara Pegawai Education Malaysia Egypt ,Khairi Jalalludin dengan Pegawai Melaka Mesir, Anuar Idris.
(sdr Firdaus , gambar kiri)
Kedutaan turut mengheret Syeikh Al-Azhar dan Mufti Mesir bagi memastikan para peserta Bersih dikenakan hukuman dan tindakan yang berat kerana kononnya telah mencemarkan imej negara.Ada juga segelintir pegawai menggunakan kedudukan mereka bagi menghasut para Masyaikh Al-Azhar serta mencemarkan imej peserta Bersih yang kononnya mengikut perintah dan pemimpin yang beragama Buddha.Bahkan warna kuning turut dikaitkan sebagai warna keagamaan yang melambangkan warna bagi sami Buddha .

Apapun terjadi, sebenarnya E.M.E dan Kedutaan telah melakukan kesilapan yang cukup besar.Kes Adam Adli akan menjadi kayu pengukur kepada situasi dan tindakan yang telah dikenakan kepada Sdr. Firdaus Mazlan. Andai Adam Adli tidak dikenakan sebarang tindakan apatah lagi tidak dibuang universiti maka pihak berwajib sewajarnya berusaha sehabis baik bagi mendaftarkan semula Sdr Firdaus Madzlan ke dalam darul Ifta’.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir