ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Sunday, September 4, 2011

KJ Menagih Simpati Pada ISMA MESIR, Di Mana Kelab UMNO?



Kini giliran ISMA Mesir pula yang menjadi tempat En Khiari Jalalludin menagih simpati selepas mana beliau hampir-hampir dipulaukan oleh semua pihak termasuklah pegawai-pegawai ekoran sikap kejam beliau yang 'tikam belakang' telah pun terkantoi.

Beliau menyambut hari raya dengan penuh gembira di pejabat ISMA Mesir, selepas mana tidak berani turun ke muhafazah ekoran selepas di 'toucher' di mansurah. begitu juga dengan rumah-rumah negeri apabila beliau sahaja tidak diundang berbanding pegawai-pegawai yang lain.

Bahkan di beberapa rumah negeri, kehadiran beliau bagaikan tiada apabila tidak disambut sebagaimana VIP seperti pegawai-pegawai yang lain.

Beliau hanya makan bersama isteri dan anak-anak beliau sahaja, tanpa dipedulikan oleh pihak lain.

Kini beliau beralih arah menagih simpati kepada ISMA Mesir, apabila melihat ISMA Mesir yang tidak bersama-sama dengan isu mahasiswa yang berlaku baru-baru ini ada peluang untuk beliau mencari sinar baru.

Di mana Kelab UMNO ? Adakah Kelab UMNO juga memboikot beliau disebabkan malu dengan kerja-kerja kantoi KJ ??

Bukankah sebelum ini KJ membersihkan pejabat Kelab UMNO dengan vacum (walaupun tidak pasang wayar)?

Adakah KJ benar-benar dirasai oleh pihak Kelab UMNO sebagai liabiliti kepada nama UMNO baik di Malaysia mahupun di Mesir?

p/s : kepada Kelab UMNO, sekiranya ada jemputan rumah terbuka aidilfitri, jemputlah KJ, kesian kat dia yang kini sedang menagih simpati pada ISMA Mesir...

Kes Alif Di Tanta, KJ Tidak Berani Mengangkat Panggilan Telifon



En Khairi Jalalludin yang kini semakin takut dengan bayang-bayang mahasiswa apabila setiap panggilan daripada pimpinan mahasiswa serta mangsa, beliau tidak menjawab.

Mengenai isu Saudara Alif, perubatan Tanta, dilaporkan Presiden PERUBATAN, Saudara Syafiq sudah berkali-kali menghubungi beliau, namun tiada jawapan balas yang diberikan.

Hal ini demikian, beliau semakin takut untuk berhadapan dengan mahasiswa apabila semakin banyak kes-kes yang beliau lakukan didedahkan mendapat perhatian ramai pihak.

Hasilnya, pada hari ini (4 September), adalah penentu bagi mangsa (Saudara Alif) samada beliau akan mengulang tahun pengajian sekiranya tidak dapat memasuki peperiksaan pada hari ini atau tidak.

Sehingga kini KJ masih lagi menggunakan alasan kehadiran ke kuliah tidak mencukupi 75 %.

Adakah ini kesalahan mangsa atau disebabkan sikap makan gaji buta oleh KJ yang tidak menyelesaikan masalah fail mangsa yang tidak sampai ke pihak universiti sejak bulan Mei yang lalu?

Apa yang pasti, KJ kini susah untuk menjawab sebarang panggilan telifon.

Atau beliau ada no telifon selain daripada no 0190051525?

DESAK mohon maaf namun tetap pertikai sikap pegawai atase pendidikan.

3 September 2011, Sabtu - Saya selaku Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) memohon maaf kepada semua pembantu tadbir yang dilantik oleh pihak EME berikutan salah faham berhubung surat watikah yang telah dipapar ke dalam FB DESAK baru-baru ini.

Tujuan asal surat watikah itu didedahkan adalah bertujuan untuk mengecam tindakan Encik Khairi Jalalluddin kerana masih gagal menyelesaikan masalah pengajian pelajar walaupun sebahagian urusan telah dibantu oleh pembantu tadbir yang dilantik. Saya juga menyelar sikap beliau yang masih berdiam diri tanpa sebarang respon dan tindakan positif berikutan 2 kes pelajar perubatan yang mengalami masalah pengajian baru-baru ini.

Pada awal ramadhan yang lepas Saudari Hanisah binti Hashim telah menjadi mangsa kecuaian pihak yang tidak bertanggungjawab apabila surat penangguhan pengajian yang dikeluarkan KPT Malaysia adalah tidak sah dan tidak laku di sisi Universiti Ain Shams.

Dimaklumkan bahawa surat penangguhan daripada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dibuat berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) (sekarang EME) rujukan JPMK (AKA)1000/016/06(03). Ia dibuat atas kebenaran yang diberikan oleh Pihak Pejabat Pelajar Luar, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir yang telah bersetuju mengenai permohonan penangguhan pengajian tersebut. Namun apabila permohonan untuk menyambung semula pengajian dibuat,masalah sedemikian ini pula yang berlaku.

Pada bulan yang sama juga kita dikejutkan dengan masalah pengajian yang berlaku kepada Saudara Mohamad Aliff bin Sofian Gan dari Universiti Tanta. Sebagai pihak yang bertanggungjawab di bawah atase pendidikan sepatutnya dengan kedua-dua kes ini,Encik Khairi tidak boleh berdiam diri serta tidak sepatutnya beliau menyibukkan diri dengan urusan yang di luar bidang tugas beliau.



Sumber : Pmram Desak

Friday, September 2, 2011

Kerja Kotor KJ : Duta Mungkin Mengalami Nasib Yang Sama

klik untuk gambar lebih jelas

2 September, Mohandisien - Duta Besar Malaysia Ke Kaherah Dato' Dr. Fakhrudin bin Abdul Mukhti mungkin akan mengalami nasib yang sama dengan Pegawai KBMK En. Saiful Anuar Muhamad akibat membiarkan Pegawai Atase Pendidikan EME En. Khairi Jalaludin melaksanakan kerja-kerja politik kotor di Mesir.

Sepertimana laporan yang disediakan oleh En Khairi Jalaludin pada tahun lalu, beliau tidak memberi kerjasama yang baik pada pihak KBMK dengan memburukkan beberapa nama pegawai yang bertugas di bangunan Kedutaan Malaysia termasuk En. Saiful Anuar Muhamad.

Laporan tersebut dihantar demi menjatuhkan imej dan kreadibiliti pegawai-pegawai KBMK yang melaksanakan tugas dengan baik mengikut etika sebagai penjawat awam. Hal ini kerana pegawai yang mengikut etika kerja dianggap seolah-olah tidak sefahaman dengan pemikiran UMNO yang beliau cuba sebarkan.

Baru-baru ini Dato' Duta menghadiri majlis perasmian penutup IRHAM '11 yang dianjurkan oleh PMRAM di dataran. Sepertimana tahun 2010, En Saiful Anuar Muhamad menghadiri majlis perasmian KEKAL yang juga dianjurkan oleh PMRAM.

Laporan En. Khairi Jalaludin yang memburukkan imej En Saiful Anuar Muhamad kerana merasmikan program tersebut mungkin sekali lagi akan menimpa Dato' Duta kerana merasmikan program kemerdekaan. Selagimana En. Khairi Jalaludin berada di Mesir, selagi itulah KBMK dan EME tidak akan sefahaman.

Sebab itulah tidak hairan kenapa beberapa orang pegawai anak negeri kurang senang dengan En. Khairi Jalaludin yang sering berlakon baik bagaikan 'Boboi mendapat mainan yang baru'.

Kehadiran KJ Selaku Penyiasat Tidak Disenangi Beberapa Pegawai Negeri


1 September, Kaherah - Kehadiran Pegawai Atase Pendidikan EME En. Khairi Jalaludin ke rumah-rumah negeri bagi memenuhi jemputan rumah terbuka Aidilfitri tidak senangi oleh beberapa orang pegawai rumah negeri.

Menurut salah seorang mahasiswa yang tidak mahu namanya dikenali, kelihatan riak muka beberapa orang pegawai negeri yang kurang menyenangkan ketika En. Khairi Jalaludin bertandang menghadiri jemputan rumah terbuka tersebut.

Katanya, ligat En Khairi Jalaludin pula bersembang dan bertegur sapa dengan mahasiswa seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku sebelum ini walaupun beliau menyedari kehadiran beliau disambut dingin oleh mahasiswa.

Mungkin juga berlakon untuk mendapatkan beberapa maklumat bagi bagi merancang strategi mengUMNOkan mahasiswa-mahasiswi di Mesir sepertimana yang didedahkan oleh facebook KJ Bocor Fun Club.

Katanya lagi, beliau juga sering bertanya tentang program-program PMRAM serta BKAN yang dijalankan ketika bulan Ramadhan akibat kagum dengan kerjasama yang dijalinkan dengan NGO yang besar di Malaysia seperti Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) baru-baru ini.

Selain itu, En Khairi juga dilihat mengubah rentak bagi mendapatkan maklumat ekoran malu dan terkantoi dengan kehadiran beliau ke program IRHAM '11 secara senyap-senyap.

Isu En.Khairi :Langkah baru untuk mendapat populariti


Kaherah , 31Ogos- Seorang facebooker yang menyandang jawatan atase pendidikan di Mesir telah memulakan langkah untuk mendapat gelaran baru pula iaitu "blogger". 
Mungkin makin susah untuk pelajar berurusan dengan facebooker ini kerana beliau ada tugasan baru dari KPT untuk mencatatkan segala pengalaman beliau di blog.
 


First impression apabila mahasiswa membaca blog tersebut, menzahirkan sifat childish pegawai tersebut. Mahasiswa beranggapan sedemikian kerana header yang tertera di blog beliau tertulis "PENGALAMANKU DI BUMI MESIR". Sekali pandang, seolah-olah ayat pelajar darjah 6 yang menulis blog tersebut. Mahasiswa sangka anak beliau yang mencoretkan catatan tersebut, rupanya bapa kepada 4 orang anak yang menjawat atase pendidikan di EM Mesir.
 


Blog tersebut tidak menggambarkan sikap profesional seorang pegawai, malah lebih menceritakan pengalaman peribadi beliau berada di Mesir.
 


Isu mahasiswa di cawangan Tanta yang sedang ternanti-nanti pengurusan haprak En Khairi dalam menyelesaikan pendaftaran mereka, sudah hampir setahun belajar di universiti, tetapi masih tidak didaftarkan lagi. Sedih dan malang sekali nasib 2 orang pelajar pengajian perubatan di Universiti Tanta.
 
Ibu bapa pelajar berasa lebih sedih bila mendapat tahu berita tersebut. Sudah berpuluh ribu belanja demi masa depan anak-anak mereka, akhirnya harapan yang menggunung hancur kerana sikap sambil lewa facebooker KJ. 



Facebooker KJ juga tidak diendahkan oleh rakan-rakan sekerja mereka, malah menganggap KJ sebagai liabiliti yang banyak merosakkan nama EME. Rasanya lebih baik pegawai-pegawai EME menghantar pulang KJ ke Malaysia, daripada memulaukan KJ di Mesir. Tidak dilayan dan tidak disapa oleh rakan-rakan sekerja dalam majlis-majlis rasmi mereka, para pelajar boleh lihat dengan mata kepala mereka sendiri apa yang berlaku. Jiwa pasti tertekan kalau hidup "syok sendiri", wujud pun tak dirasai, hilang pun tak dicari. Inilah kehidupan KJ di Mesir. Ada juga pegawai yang tidak mahu masuk mesyuarat gara-gara wujud KJ dalam meeting bulanan pegawai. "saya tak kan masuk meeting kalo KJ ada!!!".

Semoga pengalaman KJ menjadi pengajaran kepada pegawai-pegawai yang lain agar tidak meninggalkan tugas utama selaku penjawat awam. Jangan sibuk dengan kerja UMNO, kerja utama tercicir.
Selamat mem'blog' KJ.


Sumber :Tranungkita online

Thursday, September 1, 2011

Inilah akibat apabila tiada skill dalam pengurusan


Kaherah ,27Ogos-Pihak EME(Education Malaysia Egypt) telah mengupah mahasiswa supaya dapat menyelesaikan tugas-tugas Pegawai Atase yang masih tertangguh itu.

Surat Tawaran sebagai Pembantu Tadbir Bahagian Akademik (sambilan) di EME telah dikeluarkan bagi menguruskan kerja-kerja yang tidak dapat diselesaikan oleh pegawai atase.Adakah perlu sampai ke tahap sebegini tanggungjawab mahasiswa yang masih menuntut dipergunakan oleh pihak EME?Apakah Pengarah EME sendiri tidak yakin dengan kemampuan pegawai-pegawai atase bawahannya terutama sekali kepada Encik Khairi Jalaluddin?Adakah ibu bapa kepada beberapa orang mahasiswa ini sudah dimaklumkan tentang    tawaran ini kepada anak-anak mereka?

Click dibawah ini untuk melihat surat tawaran tersebut :


1- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=125003670930380&set=a.125003644263716.21801.100002622429852&type=1&theater

2- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=125006667596747&set=a.125003644263716.21801.100002622429852&type=1&theater

3- http://www.facebook.com/photo.php?fbid=125006507596763&set=a.125003644263716.21801.100002622429852&type=1&theater

Sumber : http://www.facebook.com/pmram.desak

TV Media Mesir