ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Sunday, November 6, 2011

SALAM AIDILADHA DARI WARGA KERJA MEDIA MESIR….


Salam hormat dan Selamat Menyambut Raya Aidiladha buat seluruh muslimin dan muslimat yang berada di seluruh dunia khususnya di Malaysia dan di Mesir. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mengalir di dalam tubuh kita.

Dan yang pastinya, warga Media Mesir akan sentiasa menyiarkan berita yang mampu membantu semua pihak untuk lebih terbuka berfikiran matang.Semoga usaha kerja kita akan terus berkekalan dan diredhai Allah.salam pengorbanan

Saturday, November 5, 2011

MAJLIS APRESIASI PMRAM SELESAI, TAPI “KEKOTORAN” E.M MASIH ADA


4 November 2011 - Tahniah dan syabas diucapkan buat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) atas penganjuran Majlis Apresiasi Kecemerlangan PMRAM yang berlangsung di Dewan Andalus, Al-Azhar Conference Center (ACC)  pada 2 November lalu. Majlis tersebut dianjurkan bagi meraikan kejayaan para mahasiswa/wi dan graduan/ita Malaysia yang belajar di Mesir.

Menurut sumber, majlis kali ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran para Ulama’ Al-Azhar. Majlis ini berlangsung dalam keadaan sejarah hitam PMRAM dan ACC belum dipadamkan oleh pihak Education Malaysia (EM).

Umum mengetahui EM yang dulunya dikenali sebagai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) melalui pengarah, Prof Dr Jamil bin Hashim (gambar sebelah) telah menandatangani satu surat ditujukan kepada pihak ACC menuduh PMRAM dengan tuduhan yang tidak berasas. Namun sehingga kini masih tiada petanda yang menunjukkan usaha pihak E.M untuk membersihkan isu tersebut.

Walaupun halangan dan pelbagai sekatan yang diberikan oleh pihak E.M terhadap mahasiswa/wi Mesir bagi menyekat pergerakan mereka, namun usaha tersebut bagaikan sia-sia. Mungkin E.M perlu menerima perubahan corak dan iklim politik sekarang yang mendesak ke arah keterbukaan dan kebebasan. E.M juga sewajarnya bertindak lebih professional dan realistik dalam menangani sesuatu masalah dan isu yang melibatkan mahasiswa.

Wednesday, November 2, 2011

AUKU : TIMBALAN MENTERI SOKONG, UMNO BANTAH


Pendirian jelas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah terhadap isu AUKU amat mengejutkan ramai pihak. Di saat kekalutan kerajaan dan para pemimpin UMNO merancang untuk menghalang gerakan mahasiswa, tiba-tiba beliau muncul mempertahankan kebebasan dan hak mahasiswa untuk bersuara.

Selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai tidak sah, Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau secara peribadi setuju supaya akta itu dipinda.

Katanya, beliau telah banyak kali menyuarakan perkara itu, antaranya dalam tulisannya di dada akhbar, termasuk membentangkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno

Kita mahu mahasiswa bebas bersuara dan menyertai politik. Pada saya kita kena pinda Seksyen 15," katanya yang dilihat kerap memberikan pandangan promahasiswa dalam pelbagai isusebelum ini.
Sumber : http://malaysiakini.com/news/180245

Kenyataan beliau seolah-olah isyarat yang cukup jelas bagi semua pemimpin UMNO supaya ebih bersikap terbuka dalam semua tindakan. Kenyataan beliau juga satu tamparan yang cukup hebat bagi para pegawai UMNO di Mesir supaya lebih professional dalam isu hak mahasiswa.

Andai dilihat daripada kenyataan media beliau, pastinya ramai pihak bersetuju bahawa UMNO sudah cukup takut dengan kesedaran dan kebangkitan mahasiswa.Usaha beliau membentangkan isu pindaan AUKU dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, pastinya memberi gambaran jelas siapa yang sebenarnya dalang menghancurkan anak bangsa sendiri.

MAHASISWA “TEWASKAN” AUKU, APA CERITA KES FIRDAUS MAZLAN ??



Sorakan gembira dan laungan takbir pastinya bergema di jiwa para mahasiswa/wi  Malaysia.Keberjayaan 4 penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia mencabar “akta bodoh” dilihat kemenangan yang cukup bermakna.

Tapi malangnya, kemenangan tersebut seolah-olah tidak dinikmati oleh mahasiswa/wi mesir yang dilihat masih menanti perkembangan kes penuntut Institut Fatwa Mesir, Saudara Firdaus Mazlan @ us. Alang yang dibuang gara-gara menganjurkan perhimpunana Bersih 2.0 Mesir.

Kata-kata manis yang ditaburkan oleh pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) bagi menyelesaikan kes ini bagai tiada penghujung. Pertemuan demi pertemuan yang dijalankan oleh pihak persatuan pelajar Mesir  seolah-olah tiada hasilnya.

Jika dilihat situasi kes ini, pihak berwajib seolah-olah membiarkan kes ini tanpa kata putus dan usaha. Seumpama ada pihak luar yang menekan dan mengatur perjalanan kes ini agar tiada penyelesaiannya.
Persoalan yang timbul, apakah UMNO Mesir adalah dalang di sebalik kes in ??

Andai dilihat dari maklumat yang dibocorkan oleh FB KJ Bocor, pastinya semua pihak bersepakat dan bersetuju bahawa dalang dan pengkianat yang selama ini memusnahkan anak bangsa sendiri di Mesir adalah Kelab UMNO. Dan individu yang cukup popular dalam kegiatan jahat ini ialah Khairi Jalalludin KJ!!

Tuesday, November 1, 2011

RUMAH TERBUKA RAYA KORBAN, APA TINDAKAN KALAU “KJ” DATANG ??


Raya Aidul Adha bakal tiba. Pastinya semua rumah negeri sedang sibuk membuat persiapan rumah terbuka. Apa kata kalau kita berfikir bersama “persiapan” yang perlu dibuat jika KJ menghadiri rumah terbuka di negeri masing-masing.
Mungkin cadangan yang boleh dilontarkan  :

Pertama : Semua persatuan membuat surat terbuka kepada Pengarah EM untuk tidak membenarkan KJ    menghadiri jemputan Rumah negeri kepada EM.

Kedua :Sekiranya KJ tetap hadir, mohon ahli setiap persatuan negeri menghalang KJ memasuki premis masing-masing.

Ketiga :Sekiranya KJ berjaya memasuki rumah negeri, arahkan semua tenaga pelaksana rumah terbuka hidangkan air kosong dengan fino sahaja.

Empat : Sebelum KJ pulang meninggalkan premis, bersalam dengan dia dan ucap selamat tinggal KJ pengampu!! 

Segala cadangan akan terbatal sekiranya KJ memohon maaf secara terbuka....

KEJAYAAN MAJLIS K.6, BAHAYA EME


Sekalung tahniah buat pimpinan mahasiswa/wi Mesir atas penganjuran bacaan hadis bersama para ulama’ Al-Azhar. Program yang pernah mencatatkan sejarah hitam buat  Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang usaha sabotaj dari pihak luar.

Program Kutub Sittah (K.6) siri 3, mencatatkan kehadiran yang begitu ramai,pastinya mencalarkan imej UMNO yang ditugaskan untuk mengkuburkan PMRAM di Mesir. Mungkin seribu kekusutan sedang melanda Kelab UMNO Mesir untuk membuat perancangan semula setelah segala perancangan mereka didedahkan oleh FB KJ BOCOR.

Education Malaysia Egypt (EME) yang dipimpin oleh Prof. Dr. Hj. Su’aidi Dato’ Hj. Safei, juga perlu berwaspada. Ini berikutan pendedahan yang membuktikan tindakan Khairi Jalalludin, mengadu domba terhadap tindakan para pegawai  yang tidak menguntungkan UMNO Mesir. Pastinya, kejayaan program K.6 tanpa sebarang halangan dari EM membuatkan UMNO Mesir tidak senang duduk.

Persoalan yang pasti timbul, apakah mungkin Khairi Jalalludin (KJ) akan membuat tindakan yang sama ? Atau apakah Khairi Jalalludin sudah mampu bersikap professional ? Jawapannya akan kita nantikan bersama….


K.J MENCEMARI MAJLIS DELEGASI PERAK BERSAMA ANAK PERAK MESIR

     (Gambar : Kiri sekali Khairi Jalalludin @ KJ, 5 dari kiri Abdul Muhaimin,
        pegawai Perak bersama kumpulan bola UMNO Mesir)


Khairi Jalalludin @ KJ, pegawai yang cukup membengangkan Mahasiswa/wi Mesir. Isu KJ dan UMNO serta cubaan menjatuhkan semua pihak yang dianggap menganggu UMNO cukup mengggemparkan. Maklumat dan tindakan keji beliau telah dibocorkan bertalu-talu di laman sosial FB, KJ Bocor.

Pada 28 Oktober baru-baru ini, setelah sekian lama dimalukan dan ditentang habis-habisan, KJ tiba-tiba muncul di Rumah Perak lama H.7. Kemunculan beliau di dalam majlis anak-anak Perak bersama sebahagian delegasi Perak cukup menampakkan sikap tak tahu malu atas segala perbuatan jijik dan keji beliau.

Ramai pihak berkeyakinan kehadiran beliau mungkin atas jemputan dan makluman Pegawai HEP Perak, Abdul Muhaimin bin Abdul Majid yang sememangnya UMNO dan cukup setia dengan KJ walau sejijik manapun tindakan KJ. Kehadiran KJ kali ini bakal membuatkan ramai pihak bertambah benci dan meluat terhadap beliau.

Pastinya kehadiran KJ kali ini juga bertujuan bagi membersihkan najis-najis yang sudah terpalit akibat tindakan bodoh dan jahat beliau terhadap ramai pihak. Sikap Education Malaysia Egypt (EME) yang masih membisu mengenai isu KJ amat membingungkan. Walaupun telah bertukar tampuk kepimpinan, namun sikap EME yang seolah-olah  tunduk “menyembah” UMNO masih wujud hingga kini.  

TV Media Mesir