ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Monday, May 7, 2012

"FATWA" UNTUK BERSIH , MANA FATWA MAKSIAT UMNO ?

                  Demo cetus huru-hara haram, kata j'kuasa fatwa

 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.

Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

"Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya.

Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Abdul Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.

"Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya.

"BERSIH" OLEH ULAMA AZHAR


Bising bila orang keluar BERSIH. Ada yang kata haramlah. 

Dr Yusuf al-Qardhawi pernah cerita dalam buku beliau Risalah al-Azhar Baina al-Ams Wa al-Yaym Wa al-Ghad bagaimana para ulamak al-Azhar buat demonstrasi yang turut disertai oleh rakyat dalam proses pemecatan gabenor Mesir lantikan KHILAFAH Turki Uthmaniah. Kesnya apabila rakyat mengadu kepada para ulama al-Azhar tentang kezaliman Khursyid Basya, akhirnya para ulama al-Azhar bersidang di Dar al-mahkamah al-Syar`iyyah dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk PECAT Khursyid Basya. Mereka bersetuju untuk melantik Muhammad Ali al-Albani sebagai gabenor Mesir yang baru. 

Selepas itu para ulama al-Azhar yang diketuai oleh Syeikh al-Azhar sendiri ketika itu Syeikh al-Syarqawi dan ketua Niqabat al-Asyraf (badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan keturunan Rasulullah di Mesir) iaitu al-Sayyid Umar Makram telah berarak ke kediaman Muhammad Ali. Perarakan seumpama demonstrasi ini turut disertai oleh rakyat Mesir dengan jumlah hampir 40 RIBU orang.

Lepas Khursyid Basya kena pecat, dia hantar wakil untuk bertemu dengan para ulamak al-Azhar. Wakil Khursyid sebut: "Bagaimana kamu berani memecat Khursyid Basya sedangkan Allah berfirman: Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan Ulul Amri daripada kalangan kamu"? Dengan sempoinya wakil Niqabat al-Asyraf iaitu al-Sayyid Umar Makram jawab balik: Ulul Amri adalah para ulamak, pendokong syariat dan pemimpin yang adil. Adapun sahabat kamu itu (Khursyid Basya) dia adalah seorang yang zalim. Sudah menjadi tradisi semenjak zaman berzaman bahawa penduduk sesuatu negeri akan memecat para gabenor bahkan Khalifah dan sultan sekalipun sekiranya mereka zalim".

Rujuk Risalah al-Azhar m/s 38 - 40.

Kalau Syeikh al-Azhar ketika itu pun join sama BERSIH untuk pecat Khursyid Basya dalam keadaan Khilafah Islamiah masih ada, rasa-rasanya nak buat BERSIH untuk bersihkan pilihanraya lagi-lagilah patut kena buat.. Apalah ulamak UMNO.. kesian.


FB: Hairul Nizam

Saturday, May 5, 2012

MANUSIA TIDAK BERTAMADUN


Wan Motor            
Kalau saya salah seorang anggota PDRM yang berada di dalam UTK... Orang pertama saya akan tembak adalah Karpal Singh orang kedua adalah anaknya... yang ketiga adalah Lim Kit Siang dan ke 4 anaknya Lim Guan Eng... dan terakhir adalah AMBIGA... Mungkin inilah hikmahnya mengapa kegagalan saya untuk berkhidmat di dalam PDRM ni..

sumber FB Wan Motor.

(kenyataan yang dibuat oleh salah seorang pembantu pegawai rumah Melaka di Mesir di FB peribadi beliau..)

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN


Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada:

Mohd Zahani Bin Abdul Ghani
HSBC 032 084857 108

Kalau para penderma selesai menyalurkan sumbangan ke akaun tersebut, sila maklumkan kepada saya pada no +201113279514 jumlahnya supaya duit sumbangan tidak bercampur dengan duit peribadi pemilik akaun tersebut. Terima Kasih. 

Kesakitan mereka adalah kepedihan kita semua. Jatuh UMNO dalam pilihanraya kali ini.

Sumber FB : Hairul Nizam

Thursday, May 3, 2012

ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

Kalau sebelum ini ISMA Mesir cukup mesra dan tersenyum puas berkawan dengan UMNO, tapi tiba-tiba mereka menikam UMNO Mesir dan seolah olah memprotes tindakan UMNO di majlis berkenaan.


Oleh: Jawatankuasa Pusat ISMA-Mesir 2012/2013
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan yang ar-Rahman, Tuhan sekalian alam yang kasih-sayangnya meliputi segenap sesuatu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, pembawa berita gembira dan membawa misi kebahagiaan dan kasih sayang kepada dunia.
1. Kehadiran Wakil ISMA-Mesir ke Majlis Jamuan Teh
ISMA-Mesir telah dihubungi oleh pihak Education Malaysia Egypt (EME) dan dimaklumkan berkenaan Majlis Jamuan Teh anjuran EME, bertempat di Dewan Malaysia Abbasia Kaherah (DMAK) pada 28 April 2012. Selaku persatuan pelajar yang berdaftar di bawah Education Malaysia Egypt (EME), ISMA-Mesir dijemput ke Majlis tersebut dan seramai 20 orang mahasiswa/wi telah menghadiri majlis ini sebagai wakil ISMA-Mesir. ISMA-Mesir juga dimaklumkan bahawa majlis tersebut bertujuan untuk menunjukkan kesyukuran dan sokongan terhadap keamanan negara yang telah dikecapi bersama sejak sekian lama.
2.Kesal dengan sikap kurang profesional
ISMA-Mesir menyatakan kekesalan di atas tindakan pihak penganjur mempolitikkan isu keamanan Negara yang merupakan tujuan asal program dengan isu Bersih 3.0. ISMA-Mesir juga merasakan tindakan penganjur memaparkan kain rentang ” Mahasiswa Mesir Benci Bersih 3.0″ semasa sesi bergambar bersama Pegawai Rumah Johor tanpa pengetahuan mahasiswa/wi menunjukkan sikap kurang profesional penganjur. ISMA-Mesir berpendapat bahawa mana-mana aktiviti melibatkan mahasiswa/wi Mesir dan persatuan pelajar seharusnya tidak diambil kesempatan untuk kepentingan politik mana-mana pihak sekalipun.
Penutup
Mahasiswa/wi khususnya dan pemuda umumnya merupakan cerminan masa depan dan aset berharga bagi sesebuah negara. Maka, ISMA-Mesir menyeru kepada penekanan terhadap pembinaan jati diri pemuda yang menyeluruh serta seimbang merangkumi aspek akal, rohani, emosi, dan jasmani yang seharusnya diberikan keutamaan. Ini akan menghasilkan mahasiswa/wi yang berkemampuan dan bijak dalam membuat keputusan berasaskan pertimbangan syarak serta bebas dari terikat dengan ideologi dan pegangan tertentu dalam membuat pertimbangan. Perkara ini haruslah menjadi ‘niche’ mahasiswa/wi Mesir yang bakal pulang ke tanah air memimpin masyarakat.
ISMA-Mesir berpandangan bahawa sudah tiba masanya untuk semua pihak membuat satu anjakan paradigma dengan bersikap matang dan profesional dalam menangani isu-isu mahasiswa/wi serta berinteraksi dalam ruang saling menghormati di antara satu sama lain. Titik kesefahaman dan persamaan juga harus dicari dan disuburkan.
“Tidaklah aku mahukan melainkan islah yang aku mampu, dan tiadalah aku diberikan taufiq melainkan dengan keizinan Allah, kepada-Nya lah aku bertawakkal, dan kepada Dialah aku kembali.” (Hud: 88)
Allahu hasbuna, wa huwa ni’mal Maula wa ni’man Naseer
Jawatankuasa Pusat ISMA-Mesir 2012/2013
2 Mei 2012
Pejabat ISMA-Mesir,
Hayyu Sabik, Kaherah

DUTA UMNO DI MESIR


" Sheikhul Al-Azhar tidak sama sekali membenarkan mana-mana mahasiswanya berpolitik "

-T.Y.T Dato' Dr. Fakhruddin Duta Besar Malaysia Kaherah
------------------------------------------

Nadi Umno yang jelas ditubuhkan melibatkan mahasiswa dengan kancah politik umno dibenarkan pula.. 
Kenapa Duta sendiri hadir ke program Umno memberi sokongan? 
APA MAKNA SEMUA INI ??

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.


KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.
Walaupun peristiwa malang itu sudah hampir seminggu berlalu namun berbagai reaksi masih diperolehi. Sumber yang kuat diperolehi kedapatan di antara ibu bapa mahasiswa mengecam tindakan tersebut. Ini kerana anak mereka telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Sehingga kini kita masih belum mendapat apa-apa kenyataan daripada pihak yang bertanggungjawab terhadap pengeksploitasian agenda dan gambar tersebut. Pihak SUARA masih menunggu kenyataan balas secara rasmi berhubung isu ini daripada Encik Husni Bin Tamrin selaku Pegawai HEP Johor, Encik Khairi Jalaluddin selaku wakil Education Malaysia Of Egypt (EME).

SUARA juga mengalu-alukan tindakan rasmi daripada pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor Mesir (BKPJM) bagi menyelesaikan masalah ini.

Pihak SUARA sekali lagi menyeru kepada seluruh mahasiswa mahasiswi agar mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam memperalatkan mahasiswa demi kepentingan mereka.

Mohd Faizal bin Jaafar
Naib Presiden,
Gerakan Suara Rakyat (SUARA) 2012.



TV Media Mesir