ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Friday, December 23, 2011

BKAN MELAKA TERUS BERTAHAN, IMAM KEHILANGAN ‘MAKMUM’


Badan Kebajikan Anak Negeri Melaka yang telah diharamkan oleh Kerajaan Melaka dilihat makin terus kehadapan. Jika diukur dari sudut halangan dan kekangan yang diberikan oleh Kerajaan Melaka pastinya akal kita akan mengatakan BKAN Melaka akan terhapus dan lenyap terus dari bumi Mesir. Kehadiran dua orang pegawai dari Malaysia, dilihat usaha yang begitu bersungguh dilakukan bagi memastikan hasrat UMNO tercapai.

Anuar Idris dan rakan pembantu beliau yang lebih dikenali sebagai “Wan Motor” sememangnya telah dikenali semenjak kedatangan mereka di Bumi Mesir. Sikap ala samseng yang cuba ditonjolkan pada awal kehadiran mereka makin terhapus disebabkan kekuatan kesatuan yang terbina dari kalangan anak-anak Melaka yang sememangya menyayangi persatuan lama mereka. Mungkin Wan Motor terlalu banyak menonton cerita yang bertemakan kongsi gelap dan samseng sehinggakan menulis di blog peribadi beliau dengan perkataan yang mirip kepada bahasa yang digunakan dalam filem yang berkaitan dengan samseng dan kejahatan.Mungkin inilah watak sebenar beliau.(gambar bawah : Wan Motor di kanan)

Sebab yang sama juga digunakan oleh Ketua Menteri Melaka bagi mengharamkan BKAN Melaka iaitu mempunyai hubungan yang baik dengan PMRAM tapi tidak UMNO Mesir. Skrip ini juga pernah digunakan oleh Menteri Besar Selangor sebelum ini, Khir Toyo bagi mengaharamkan persatuan BKAN Selangor. Tindakan yang diambil terhadap BKAN Melaka sebenarnya telah menggambarkan kesempitan pemikiran para pegawai dan UMNO yang dilihat cukup terdesak bagi menghalang kebebasan dan hak untuk Mahasiswa menyuarakan kebenaran.

MAHASISWA DAN KERAJAAN

Jika isu hak kebebasan bersuara bagi Mahasiswa cukup hangat diperkatakan di Malaysia, perkara yang sama juga perlu disedari oleh para pegawai jumud yang berada di Mesir. Isu hak kebebasan Mahasiswa dalam bersuara, berhimpun dan meyertai kumpulan bebas pada dasarnya telah melanggar perlembagaan.

Kerajaan Malaysia sebenaryna cukup bimbang dan takut dengan kebangkitan para Mahasiswa pada hari ini. Situasi ini turut disokong oleh fenomena yang dinamakan sebagai “arab spring” yang memperlihatkan penolakan rakyat terhadap pihak pemerintah yang zalim dan korup. Di  Mesir sebagai contoh, anak muda bangun melawan dan berhimpun hingga jatuhnya rejim Mubarak yang berkuasa hampir 30 tahun.

Situasi ini pastinya menggentarkan UMNO yang dilihat semakin hari semakin terpalit dengan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tambahan pula Mesir mempunyai bilangan pelajar Malaysia yang cukup ramai menuntut di sini dalam bidang perubatan dan pengajian islam.

Kegopohan UMNO dalam menawan kembali hati rakyat Malaysia dapat dilihat ketika pelancaran Ops Piramid. Umum seakan-akan telah mengetahui bahawa penghantaran pulang Rakyat Malaysia ketika rusuhan hanyalah akibat desakan dan tekanan melampau yang dikenakan kepada kerajaan. Andai dilihat situasi Mesir ketika itu, tidaklah terlalu mendesak untuk dibawa pulang dan dilaksanakan evakuasi.

KEBAJIKAN DAN KEUTAMAAN UMNO

Isu kebajikan yang sewajarnya menjadi agenda utama bagi mana-mana pemerintah turut dilihat kian sepi.Agensi seperti E.M yang diwujudkan, sepatutnya menjalankan tugas mereka seperti yang telah termaktub dalam tujuan dan matlamat penubuhan E.M di luar Negara. Namun sehingga kini, E.M masih dilihat sebagai keldai tunggangan UMNO bagi menghapuskan suara yang membangkang dasar kerajaan yang salah.

Kelab UMNO Mesir diwujudkan tanpa ada sedikitpun manfaat melainkan hanya menghabiskan wang rakyat. Berbelanja dengan mewah dan menjadi lidah yang menjilat kotoran dan kesalahan UMNO seperti sudah sebati dengan Kelab UMNO Mesir. Kelab UMNO Mesir hanyalah kewujudan yang sia-sia kerana UMNO menunggu rebah.

KEBEBASAN MESIR DAN PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA

Genap seminggu pemergian Al-Marhum Syeikh ‘Imad meninggalkan kita. Namun sejarah pengorbanan dan kesungguhan beliau pastinya tidak akan hilang dalam memori anak-anak murid beliau.Pemergian beliau turut sama dirasai oleh Fadhilatul Mufti Mesir, Syeikh Ali Jumuáh yang menganggap Al-Marhum sebagai anak beliau sendiri.

Kebersamaan beliau bersama warga Mesir menuntut keadilan adalah bukti kesungguhan dan keberanian dalam menjatuhkan pemerintah yang zalim terhadap rakyat. Bahkan beliau adalah dikalangan para ulama’ yang memfatwakan HARAM bagi sesiapa yang mengundi calon-calon yang pernah bersama Husni Mubarak dalam pemilihan raya Mesir kali ini.Tragedi yang menimpa Al-Marhum Fadhilatus Syeikh ‘Imad sewajarnya menjadi sumber semangat dan inspirasi kepada seluruh pelajar Al-Azhar agar sentiasa bangkit menentang kezaliman dan kejahatan yang dilakukan oleh sesiapa pun. 

BERSIH 2.0

Fatwa yang berkaitan dengan perhimpunan untuk menjatuhkan kezaliman pastinya sudah tersebar luas, bahkan ianya dikuatkan lagi dengan tindakan dan fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama’Al-Azhar. Pastinya ini merunsingkan pihak kerajaan yang menentang perhimpunan aman terutamanya Kerajaan Malaysia yang dilihat begitu bersungguh-sungguh menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang lalu.

Tindakan Kerajaan Malaysia terhadap peserta Bersih juga dikira cukup memalukan bahkan dunia luar melihat ianya sebagai bentuk amalan demokrasi yang sempit  serta kuno dari Kerajaan Malaysia. Tidak cukup dengan tindakan yang dikenakan terhadap rakyat di Negara sendiri, pelajar Malaysia yang berada di Mesir turut merasai tempias kezaliman Kerajaan bagi peserta Bersih 2.0.

Ugutan yang dibuat serta amaran yang dikeluarkan kepada pelajar Malaysia di Mesir pastinya tidak dapat dilupakan. Keterlibatan pegawai atase , Khairi Jalalludin serta dua orang pegawai rumah negeri En Anuar Idris dan En. Abdul Muhaimin Abdul Majid dalam isu ini juga telah membuktikan wujudnya agenda politik UMNO dalam pentadbiran para pegawai di Mesir.

USTAZ UMNO

Fatwa tersebut juga menutup dan mengunci mulut para ustaz UMNO.Mereka yang selama ini bersungguh sungguh bagi menampakkan keislaman parti UMNO turut terkesan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama’ Al-Azhar.Mereka pastinya pitam dan gelabah bila membaca dan meneliti isu Mesir dengan cermat.

Golongan agama yang berada dalam UMNO sewajarnya keluar meninggalkan UMNO yang sebenarnya telah lama rosak pegangan agama. Sikap dan ucapan tidak melambangkan kefahaman para pemimpin mereka dalam isu agama.Para isteri dengan selamba mendedahkan aurat, keterlibatan mereka dalam isu yang melibatkan rasuah dan banyak lagi sebenarnya sudah cukup sebagai sebab bagi golongan agama meninggalkan UMNO.

BERSIH 3.0

Penganjur Bersih tidak menolak untuk melaksanakan BERSIH 3.0 andai tuntutan pada BERSIH 2.0 tidak dilunaskan oleh Kerajaan Malaysia. Tuntutan yang berkisar tentang ketelusan SPR dan kejujuran UMNO dalam kempen pilihanraya bukanlah perkara sukar andai UMNO berpegang dengan Islam.
Namun sikap acuh tak acuh dalam melaksanakan tuntutan BERSIH 2.0 pastinya dapat dilihat oleh rakyat.

Para pelajar Mesir juga pastinya tidak sabar menunggu tarikh yang bakal diumumkan oleh pihak penganjur Bersih bagi memberikan persediaan yang lebih rapi dan teratur. Keterlibatan golongan anak muda bagi memastikan masa depan Negara yang lebih terjamin amat dituntut oleh agama. 

Thursday, December 22, 2011

ISU YURAN MARKAZ BAHASA MASIH MENANTI PENYELESAIAN

Yuran markaz bahasa yang tinggi sememangnya menguji semua pihak. Ada pihak yang hanya menunggu tanpa membuat sebarang tindakan sedangkan itu kerja mereka. Manakala ada pihak yang sentiasa berusaha  untuk memastikan isu kebajikan pelajar diatasi dengan segera.

Setelah hampir sebulan isu ini melanda, pihak Education Malaysia Egypt baru mampu mengeluarkan kenyataan yang berkaitan dengan isu yuran. Hanya dengan alasan menunggu surat yang berulang kali diminta, pihak E.M sebenarnya lebih dilihat terpaksa akur terhadap desakan dan perjumpaan berulang kali pihak wakil pelajar dengan mereka.
 
Perkembangan ini pada asasnya memperlihatkan pergerakan E.M yang perlu lebih cekap dan pantas dalam mengambil tindakan. Andai dibandingkan dengan isu pembuangan pelajar, E.M dilihat terlalu pantas dan cepat hinggakan mampu membuat keputusan yang drastik tanpa menimbang kewajaran terhadap tindakan yang diambil.Soal imej dan kecekapan pegawai E.M sewajarnya perlu diambil perhatian yang lebih serius.


Band
Tempoh masa
Yuran
(tidak termasuk buku)
Jumlah pelajar Malaysia terlibat
1
10 bulan
EGP 4800.00
-
2
9 bulan
EGP 4320.00
3
3
8 bulan
EGP 3840.00
31
4
7 bulan
EGP 3360.00
74
5
6 bulan
EGP 2880.00
125
6
5 bulan
EGP 2400.00
129
 Pelajar yang berada di Band 7 hingga 9 layak memasuki universiti bagi sesi 2011/2012 dengan syarat pada masa yang sama mengikuti kelas Bahasa Arab di Pusat Bahasa seperti berikut:

Band
Tempoh masa
di pusat bahasa
Yuran
(tidak termasuk buku)
Jumlah pelajar Malaysia terlibat
7
4 bulan
EGP 1920.00
118
8
3 bulan
EGP 1440.00
68
9
2 bulan
EGP 960.00
21

# Sumber senarai :

Thursday, December 15, 2011

PENDAFTARAN DENGAN E.M.. MACAM LA BEST SANGAT !!


Terbaca artikel di web rasmi Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), mengenai perjumpaan pihak mereka dengan Kedutaan Malaysia Kaherah (KBMK) dan antara isu yang disentuh ialah pendaftaran dengan pihak Education Malaysia Egypt (EME). Mungkin ramai pihak di luar sana masih memikirkan apa sebenarnya matlamat EM yang dilihat cuba berusaha untuk menjayakan pendaftaran persatuan-persatuan dengan pihak mereka.

Andai kata EM mahukan pendaftaran ini diteruskan, sewajarnya mereka perlu  mencerminkan wajah diri mereka terlebih dahulu dan melihat kembali tanggapan ramai pihak terhadap sikap EM selama ini dengan mahasiswa/wi di Mesir. Soal pendaftaran pastinya isu yang sensitif terhadap mereka yang selama ini merasai kezaliman dan kekejaman EM terhadap isu pelajar Mesir. Nama yang sering kali menjadi sebutan ramai pihak pastinya ialah Khairi jalalludin. Desakan agar beliau dibuang masih tidak dilunaskan oleh pihak EM pastinya antara faktor yang menyebabkan imej EM masih dipandang serong oleh pihak pelajar Mesir.

Peringatan buat semua persatuan di Mesir agar berhati-hati dalam setiap tindakan terutamanya perkara yang berkaitan dengan masa depan persatuan dan pelajar Mesir.Soal pendaftaran pastinya membuka ruang kepada pihak EM untuk mengeksploitasi maklumat pribadi pelajar bagi tujuan yang tidak bermoral.Mendedahkan maklumat lengkap kepada EM yang juga ejen UMNO pastinya satu kelebihan buat UMNO dalam PRU 13 nanti. Bukti sudah jelas dan cukup bagi membuktikan bahawa EM tidak dapat lari daripada menjadi alat tunggangan UMNO di Mesir.

Isu hak dan kestimewaan pendaftaran juga perlu difikirkan semula. Persatuan PERUBATAN yang wujud di bawah EM sejak sekian lama turut tidak mendapat sebarang hak dan layanan istimewa. Penggunaan dewan ARMA yang terbatas bantuan kewangan yang kurang dan sikap menganaktirikan persatuan tersebut adalah bukti tidak ada sebarang keistimewaan berdaftar dengan pihak EM.

Ramai pihak masih menantikan apakah isu yang sebenarnya cuba dimainkan oleh pihak EM dengan persatuan pelajar di Mesir.Namun harapan agar semua persatuan terus berkeras dan bertegas agar usaha pendaftaran ini digagalkan agar menjadi tamparan kuat buat EM dan menjahanamkan ego mereka yang selama ini cukup bermasalah dengan pelajar Mesir. 

Monday, December 12, 2011

ISMA PERLU BERUBAH, UMNO MENUNGGU REBAH

Terbaca tulisan Presiden PAS Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang , pastinya kita dapat membayangkan sejarah telah membuktikan hanya jemaah yang membawa Islam sahaja yang akan mendapat pertolongan Allah. Sedar ataupun tidak, penulisan yang cuba digambarkan oleh Tn. Guru Presiden seolah-olah terpalit cukup dahsyat terhadap ISMA.


Suara UMNO dan ISMA dalam memperjuangkan Melayu tidak perlu dijelaskan lagi. ISMA dengan slogan “Melayu Sepakat Islam Berdaulat” manakala UMNO pula dengan slogan “Hidup Melayu” pastinya wujud persamaan pada pembawakan mereka. Cuma yang jelas, UMNO adalah parti politik yang memperjuangkan Melayu dan menggunakan Islam hanya bila perlu. Adapun ISMA sebuah NGO yang tidak jelas prinsip dan pendirian bahkan dilihat hanya sebagai kuman dan bakteria kepada gerakan Islam.

Keberadaan ISMA pada hakikatnya hanya menguntungkan UMNO. Ketika UMNO teraba-raba mencari mesin penyambung hayat, muncul ISMA sebagai “cover” kepada perjuangan UMNO. Slogan melayu dibisikkan ke telinga masyarakat, manakala nama islam sekadar hiasan dalam meraih ahli dan sokongan.
Konsep ISMA yang datang tidak berjemput, wujud tanpa hormat bagaikan menjadi duri dalam daging dan pisau dalam lipatan di saat Islam semakin menuju ke puncak kegemilangan.

Kewujudan ISMA hanyalah menumpang kesusahan dan kepayahan puluhan ribu aktivis gerakan islam yang telah banyak berkorban jiwa dan raga bahkan nyawa dalam memastikan gerakan dakwah sentiasa licin dan teratur.Andai dikaji sejarah gerakan islam, kewujudan ISMA tidak perlu bahkan hanya memenatkan dan meletihkan para aktivis gerakan dakwah islam dalam membawa masyarakat kearah islam.
 
ISMA PENGECUT

Istilah yang lembut bagi menggambarkan betapa dayusnya ISMA dalam menghadapi dan menjawab isu semasa apatah lagi andai isu terbabit berkaitan dengan salah laku kerajaan UMNO. Sifat kejantanan yang perlu ada pada setiap gerakan, tidak wujud pada ISMA. Mereka dilihat hanya sebagai pondan yang mencari kesenangan dalam mengembangkan ideologi dan fahaman melayu mereka.

UMNO tidak mengganggu ISMA seperti mana UMNO mengganggu PAS bahkan UMNO bercita-cita menghapuskan PAS dari muka bumi. Ruang untuk ISMA bergerak luas terbentang dan tidak wujud halangan yang berat dari UMNO. Mungkin faktor inilah yang memperlihatkan ISMA sebagai mesin penyambung hayat untuk UMNO.

WASATIAH UMNO

Wasatiah bermaksud pertengahan. Mungkin atas dasar itu ramai wanita dalam UMNO hanya memakai tudung setengah kepala dan setengah lagi dibiarkan terbuka.ISMA tidak mustahil suatu hari nanti akan memperkenalkan konsep yang sama bagi menyokong pembawakan dan dasar yang baru diperkenalkan oleh UMNO.

Istilah wasatiah yang banyak didakwa oleh ramai pihak sebenarnya dilihat telah diresapi dengan fahaman sekular yang amat dahsyat. Konsep yang sewajarnya menjadi tarikan ramai pihak terhadap Islam makin dipergunakan untuk kepentingan tertentu.

Wednesday, December 7, 2011

YURAN MARKAZ BAHASA MAHAL…APA KERJA E.M, APA PERANAN KEDUTAAN ?


Semenjak tahun 2009, pihak Al-Azhar mengenakan syarat Imtihan Qabul untuk pelajar asing mendaftar di Universiti Al-Azhar.Ketetapan baru oleh pihakAl-Azhar telah sedikit sebanyak memberi kesan kepada kedatangan pelajar Malaysia yang berhasrat untuk menyambung pengajian agama Islam di universiti tersebut. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi menggesa pihak Kedutaan dan pihak E.M.E membawa suara para pelajar yang memohon agar perkara tersebut di kaji semula.

Bagi meraka yang lulus tapisan tersebut akan layak berdaftar masuk Universiti Al-Azhar, manakala bagi mereka yang gagal dikenakan syarat iaitu menduduki kelas bahasa (markaz bahasa) selama setahun.Pengajian yang mirip sebagai kelas persediaan sebelum masuk ke Al-Azhar  pada tahun-tahun sebelumnya tidak mengenakan yuran yang tinggi bahkan soal kemampuan pelajar untuk belajar di markaz bahasa tidak timbul. Namun, bermula pada tahun ini, tiba-tiba isu yuran yang dikenakan oleh pihak markaz bahasa terhadap semua pelajar yang mengikuti kelas terbabit muncul

Apa yang lebih mengejutkan ialah nilai yuran bagi setiap mustawa (peringkat) bernilai LE 480.00. Nilai ini pastinya cukup besar bagi mereka yang susah dan mengharapkan bantuan zakat dari negeri masing-masing.

PERANAN E.M.E

Education Malaysia Egypt (E.M.E) sewajarnya lebih memahami peranan dan tindakan yang patut mereka lakukan. Soal kebajikan pelajar seharusnya menjadi agenda pembawakan dan diutamakan, bahkan usaha keras diperlukan bagi mengatasi masalah ini.Hubungan baik dengan pihak Al-Azhar sewajarnya digunakan dengan baik.Andai sebelum ini, pihak Al-Azhar di heret ke dalam isu Bersih 2.0, kenapa sekarang hubungan tersebut tidak diguna pakai. Apakah E.M BUTA MATA, PEKAK TELINGA, BISU MULUT hingga tak mampu membuat sebarang tindakan.

Soal integriti dan sikap buruk E.M sewajarnya diperbaiki dan diperbetulkan, bahkan umum melihat pastinya inilah masa yang terbaik bagi menjernihkan kembali hubungan dengan pihak pelajar di Mesir. Andai peluang dan ruang yang telah terbentang luas tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya, maka terbuktilah memang selama ini E.M mahukan permusuhan dengan pelajar berpanjangan tanpa noktah.

KEDUTAAN

Kewujudan Kedutaan memang tidak dinafikan.Bahkan sikap professional dan berintegriti dikalangan pegawai kedutaan sewajarnya mendapat pujian ramai. Namun, pujian tersebut seolah-olah semakin perlahan dan hampir hilang akibat tindakan Kedutaan yang seolah-olah turut bersekongkol dalam isu pembuangan Mahasiswa sebelum ini. Perjumpaan dengan pihak Al-Azhar dan cubaan mengheret Al-Azhar  dalam isu Bersih 2.0 pastinya tidak dilupakan.

Kenyataan yang sama juga buat Kedutaan,andai isu yang telah menghancurkan masa depan Mahasiswa Darul Ifta’ boleh dibuat perjumpaan dengan universiti, mengapa isu yuran yang mahal bahkan membebankan mahasiswa  tidak dibuat usaha yang bersungguh-sungguh untuk merayu?? Persoalan yang sama juga akan timbul, apakah Kedutaan bakal mengikut jejak langkah E.M.E yang lebih suka melihat para pelajar kesusahan tanpa sebarang usaha dibuat ?? Di mana peranan kedua-dua belah pihak.

PEGAWAI RUMAH NEGERI

Pooraaaahhh la buat pegawai negeri !! Kehadiran yang sepatutnya membantu dan meningkatkan akademik para pelajar telah bertukar menjadi mimpi paling bangang bagi semua pelajar. Bermula dengan isu pegawai lama Selangor yang dikenali sebagai En. Idris, bertindak cukup samseng apabila bergaduh dengan para pelajar Selangor Mesir bahkan zakat dijadikan bahan ugutan. Pelajar yang menyertai PMRAM akan dihalau dari asrama Rumah Selangor.

Tidak cukup dengan Selangor, Negeri Terengganu turut menerima kehadiran pegawai yang berjaya diusir dengan cara cukup terhormat. Isu yang dimainkan juga sama, zakat. Siri penghantaran pegawai yang kejam dan jahat diteruskan di rumah Perak dan Melaka. Nama pegawai Melaka, Anuar bin Idris tiba-tiba menjadi cukup panas apabila beliau yang sebelum ini adalah Mahasiswa Mesir di Azhar cawangan Tanta dihantar bagi menyerapkan UMNO ke dalam asrama rumah negeri Melaka.
(Gambar kiri : Anuar di kiri)
Kehadiran Abdul Muhaimin bin Abdul Majid, pelajar lepasan Jordan turut menjadi mimpi buruk buat anak-anak perak Mesir.Siri ugutan dan pergaduhan dengan pelajar bagaikan agenda rasmi bagi semua pegawai yang datang ke Mesir.

Andai dilihat daripada isu diatas pastinya kita dapat membayangkan bahawa kehadiran pegawai negeri ke Mesir hanyalah sia-sia. Banyak isu yang tertangguh dan sepatutnya menjadi perhatian mereka seolah-olah dibiarkan sahaja tanpa tindakan. Pergi jahanam la !! buat pegawai yang seperti ini.
(Gambar kiri : Muhaimin paling kiri)

KESIMPULAN

Isu kebajikan para pelajar sebenarnya tidak pernah selesai. Kita pastinya menantikan jawapan dan keputusan yang selesa terhadap isu yuran yang                melampau dari pihak Kedutaan dan E.M.


# Kiriman yang diberikan oleh seorang sahabat untuk Media Mesir. 

Monday, December 5, 2011

M.F.L : ANJURAN PEG. PERAK DENGAN E.M.E ??


Ketika semua mahasiswa/wi Mesir sedang giat dengan aktiviti pendidikan, pegawai Perak giat menganjurkan perlawanan futsal dengan kerjasama Educatiaon Malaysia Egypt (EME). Program yang dikatakan bermula pada hari ini, membuka penyertaan kepada 10 pasukan  dari semua negeri.

Apa yang pelik, tiada sebarang hebahan dibuat di laman rasmi E.M.E dan juga iklan yang diedarkan di seluruh rumah negeri. Pastinya tindakan pegawai Perak kali ini menimbulkan keraguan ramai pihak yang mungkin menjangkakan penganjur di sebalik program ini adalah UMNO.
Apa yang lebih menyedihkan ialah penglibatan para pelajar  yang masih jahil dengan taktir kotor UMNO dan K.J yang suka menggunakan nama E.M bagi kepentingan UMNO. Tenaga penggerak program yang wujud dari kalangan pelajar yang bakal menghadapi musim peperiksaan juga amat dikesali.Mereka seolah-olah diperkudakan bagi menjayakan misi dan visi UMNO tanpa mereka sedar siapa dalang disebalik penganjuran sukan kali ini.

E.M selaku badan yang bertanggungjawab menjaga prestasi pendidikan mahasiswa/wi Mesir dilihat semakin jauh dari matlamat asal penubuhan mereka. Semakin hari E.M dilihat sudah tidak lagi relevan untuk terus bertapak di Mesir. Di saat surat pekeliling yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan menjadi panduan keselamatan bagi semua pihak, tindakan Pegawai Perak bersama E.M menganjurkan sukan pada waktu malam dilihat seolah-olah menggalakkan para mahasiswa untul lebih terdedah dengan bahaya.

TV Media Mesir