ISMA TIKAM UMNO DARI BELAKANG

Pelik sungguh melihat kenyataan rasmi ISMA Mesir yang tiba-tiba melahirkan rasa kesal dengan kejadian di program Hi-Tea yang diadakan di ARMA.Presiden ISMA Malaysia pernah membuat kenyataan putar belit alam terhadap BERSIH 3.0, kini tiba-tiba ISMA Mesir pula membuat kenyataan putar belit.

SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN

Saluran sumbangan untuk bantu para sahabat Terengganu di Mesir yang dinafikan hak mereka oleh regim UMNO Terengganu daripada menerima kewangan disebabkan penyertaan BERSIH 2.0 di Mesir boleh disalurkan kepada: Mohd Zahani Bin Abdul Ghani HSBC 032 084857 108

SUARA kesal mahasiswa diperalat dalam program Hi Tea -Presiden

KAHERAH-29 April 2012: Pihak Gerakan Suara Rakyat (SUARA) menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menganjurkan program Hi Tea Keamanan kerana menipu dan memperalatkan mahasiswa.

Mahasiswa diperalat:SUARA mengalu-alukan tindakan PMRAM,BKPJM.-Naib Presiden.

KAHERAH,2 Mei 2012: Gerakan Suara Rakyat (SUARA) sehingga hari ini masih mengecam tindakan pihak penganjur Hi Tea baru-baru ini yang memperalatkan mahasiswa untuk tujuan politik.

BERSIH 3.0 DI MESIR..SYABAS PELAJAR MESIR, PENING KEDUTAAN..

Sunday, January 1, 2012

POLIS MALAYSIA ALA MAFIA, MANA KOMEN ISMA DAN USTAZ UMNO ??

Sekali lagi kita melihat tindakan bodoh serta zalim daripada pihak berkuasa terhadap rakyat yang menuntut hak dan kebebasan akademik. Ketika rakyat seluruh dunia menantikan detik  tengah malam bagi meraikan sambutan tahun baru, kita dikejutkan dengan tindakan polis yang langsung tidak menggambarkan sikap kemanusiaan bahkan lebin meyakinkan ramai pihak sebenarnya sikap kebinatangan yang amat tebal wujud dalam diri pihak berkuasa.

Kehadiran mahasiswa bagi menuntut kebebasan akademik secara aman diadakan dihadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris  (UPSI) di Tanjung Malim.Namun apa yang menyedihkan adalah tindak balas yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang bertindak kasar sehingga menyebabkan kecederaan yang serius terhadap salah seorang pelajar.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.Dakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat       turut menyatakan kesediaan untuk membantu mahasiswa yang ditahan sewaktu mengadakan protes Auku di UPSI malam tadi.Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Pengarah Juham Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, sejak berita penahanan mahasiswa itu diketahui awal pagi tadi, lima orang peguam juham diketuainya  telah berkampung di Balai Polis Tanjung Malim.
(gambar kiri: Sdr Zamri dari JUHAM)
 
Namun apa yang lebih dikesalkan mana suara ustaz-ustaz UMNO bagi menegur salah silap kerajaan UMNO dan BN. Juga tidak ketinggalan mana suara-suara “professional” ISMA yang selama ini hanya dilihat sekadar menjaga nasi periuk mereka.Kepada pejuang UMNO dan ISMA kalau kalau takut kesusahan kalian boleh berambus dari medan perjuangan !!

(Gambar kanan : Kahiri, Bawah Kiri : Muhaimin , dan Bawah Kanan : Anuar Idris. Semuanya Pegawai UMNO Mesir)




2011 DALAM KENANGAN


Thursday, December 29, 2011

GENAP SETAHUN PENCABULAN KE ATAS MELAKA, K.J TERBABIT !!




ISU ADAM ADLI : KALAU UPSI TAK BUANG, KEDUTAAN DAN E.M WAJAR BIMBANG


Negara tiba-tiba dikejutkan dengan keberanian seorang pejuang mahasiswa yang tampil dengan semangat dan kesedaran yang tinggi untuk menyedarkan kerajaan yang semakin teruk. Tindakan seorang mahasiswa yang bernama Adam Adli menurunkan bendera Najib Tun Razak dan menggantikan dengan “bendera mahasiswa” telah memberikan kesedaran kepada seluruh mahasiswa untuk terus bangun menentang kezaliman.

Hasil daripada tindakan berani beliau, pelbagai ancaman dan ugutan yang beliau terima. Antara yang mungkin menarik perhatian para pelajar Mesir, adakah tindakan buang universiti akan dikenakan terhadap beliau ?? Jika pihak universiti membuang beliau sekali pun, peruntukan undang-undang manakah yang diguna pakai oleh pihak universiti ??

Persoalan ini timbul pastinya kerana tindakan yang dikenakan terhadap  Sdr Firdaus Madzlan, Mahasiswa Darul Ifta’Mesir yang dibuang universiti kerana menganjurkan perhimpunan bersih 2.0 di Mesir. Tindakan yang dibuat hasil daripada perbincangan dan konspirasi sulit telah didedahkan oleh FB Kak Limah Bocor yang melibatkan perbualan antara Pegawai Education Malaysia Egypt ,Khairi Jalalludin dengan Pegawai Melaka Mesir, Anuar Idris.
(sdr Firdaus , gambar kiri)
Kedutaan turut mengheret Syeikh Al-Azhar dan Mufti Mesir bagi memastikan para peserta Bersih dikenakan hukuman dan tindakan yang berat kerana kononnya telah mencemarkan imej negara.Ada juga segelintir pegawai menggunakan kedudukan mereka bagi menghasut para Masyaikh Al-Azhar serta mencemarkan imej peserta Bersih yang kononnya mengikut perintah dan pemimpin yang beragama Buddha.Bahkan warna kuning turut dikaitkan sebagai warna keagamaan yang melambangkan warna bagi sami Buddha .

Apapun terjadi, sebenarnya E.M.E dan Kedutaan telah melakukan kesilapan yang cukup besar.Kes Adam Adli akan menjadi kayu pengukur kepada situasi dan tindakan yang telah dikenakan kepada Sdr. Firdaus Mazlan. Andai Adam Adli tidak dikenakan sebarang tindakan apatah lagi tidak dibuang universiti maka pihak berwajib sewajarnya berusaha sehabis baik bagi mendaftarkan semula Sdr Firdaus Madzlan ke dalam darul Ifta’.

Wednesday, December 28, 2011

ISMA DI ASRAMA PERAK, MESIR : SIKAP TIDAK HORMAT ADALAH HASIL TARBIYAH ISMA

Media sebelum ini memaparkan mengenai kenyataan Presiden ISMA Malaysia yang mendakwa PAS mengalami krisis indentiti. Kenyataan tersebut telahpun dibalas oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan At-tantawi yang mendakwa bahawa pendakwaan itu tidak tepat dan tidak berasas.Sikap buruk pimpinan ISMA ini turut dituruti oleh para ahlinya yang berada di Mesir.

Menurut sumber, ISMA yang tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan pihak Persatuan Perak Mesir  dengan penuh selambanya telah menggunakan premis anak-anak perak Mesir. Apa yang pasti, penggunaan premis berkenaan pastinya bukan dari keizinan pihak persatuan kerana semua mahasiswa/wi Perak Mesir mengetahui bahawa ISMA adalah persatuan yang tidak ada sebarang kerjasama dengan mana-mana persatuan di bawah PMRAM.

Sikap ISMA seperti ini sebenarnya telah menggambarkan rupa wajah sebenar ISMA yang tidak pernah hormat terhadap prinsip dan pendirian persatuan lain. Sikap yang suka berada di zon selesa dan sukar memberikan kerjasama dalam isu mahasiswa adalah antara faktor mengapa ISMA perlu ditolak oleh semua pelajar.Sikap dan watak sebenar ini jelas dilihat dalam isu pembuangan mahasiswa Darul Ifta’ Sdr. Firdaus Madzlan apabila ISMA tidak meberikan walaupun sedikit bantuan dan sokongan bagi menyelesaikan isu berkenaan.

ISMA sewajarnya lebih matang dalam setiap tindakan.Andai wajah kemesraan yang ditunjukkan oleh mereka bila bersama UMNO dan para Pegawai UMNO Mesir boleh dilihat dengan jelas oleh semua pihak, maka ISMA sebenarnya sedang menunggu masa untuk diperalatkan oleh UMNO.  

Tuesday, December 27, 2011

KENYATAAN PEMIMPIN ISMA, BUKTI ISMA TIDAK HORMAT PAS


Presiden ISMA sekali lagi dilihat cuba mencetuskan suasana tidak yakin serta ragu-ragu terhadap perjuangan dan pembawakan PAS selama ini. Isu yang telah lama dibincangkan diperingkat kepimpinan PAS cuba dirobek semula oleh ISMA bagi menampakkan mereka sebagai juara dalam memperjuangkan nasib agama Islam.ISMA juga dilihat semakin jauh dari lapangan dakwah yang sebenar apabila kenyataan mereka dilihat hanya menguntungkan UMNO dan merugikan gerakan dakwah PAS di Malaysia.

Andai ISMA mendakwa mereka sebagai persatuan dakwah ataupun gerakan islam, mereka seharusnya memberikan keyakinan dan menjernihkan keraguan di kalangan masyarakat agar masyarakat lebih memahami konsep “berkebajikan” dalam islam. Namun apa yang dilihat kenyataan presiden ISMA lebih mengajak masyarakat kearah kancah keraguan dan salah faham terhadap Islam.

ISMA juga sewajarnya menyedari sistem kepimpinan di dalam PAS yang diterajui oleh para Álim Ulama dan PAS menjadikan Ulama sebagai tempat rujukan dan segala keputusan yang berkaitan dengan dasar parti. Sikap tidak bijak pemimpin tertinggi ISMA sebenarnya telah menggambarkan bahawa ISMA sebenarnya tidak layak untuk wujud dalam  meneruskan perjuangan serabut mereka.

Apa yang pasti ISMA boleh digambarkan sebagai sebuah persatuan “kebudak-budakan” yang wujud sebagai pengganggu kepada gerakan dakwah PAS di Malaysia.Bahkan sikap pengganggu dan pengacau  boleh dilihat apabila wujudnya ISMA di serata Negara setelah tertubuhnya persatuan-persatuan yang sudah sekian lama wujud di negara tersebut.

ISMA pada dasarnya bukanlah kelompok yang layak untuk membicarakan soal dakwah di Malaysia. Usia yang muda, pembawakan yang lebih mirip kepada UMNO, dan kenyataan yang dilihat lebih untuk menyelematkan diri agar berada di zon selesa sebenarnya adalah antara faktor yang sepatutnya ISMA tutup mulut dan diam !! 

Monday, December 26, 2011


 ULASAN KETUA PEMUDA PAS TERHADAP KENYATAAN PRESIDEN ISMA


PAS : Berindentitikan Islam.

 1. Parti Islam Se Malaysia [PAS] didakwa mengalami krisis identiti oleh Ustaz Abdullah Zaik selaku Presiden ISMA berasaskan kenyataan beberapa individu lalu menyifatkan PAS tidak konsisten dan mengalami kekeliruan terhadap hala tuju partinya. Asas dakwaan ini tidak valid.

2. Pertama : Saya ucapkan terima kasih atas perhatian yang diberikan oleh Presiden ISMA terhadap PAS sekaligus menarik perhatian umum khasnya anggota ISMA sendiri kepada PAS untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan biasanya apabila dicetuskan sesuatu polemik, maka ia akan menarik perhatian serta perasaan ingin tahu terhadap perkara tersebut. Dalam kes ini, PAS menjadi subjek polemik yang dicetuskan oleh Presiden ISMA, sekaligus memberikan publisiti kepada PAS.

3. Kedua : Identiti ialah pengenalan dan jati diri. Apabila kita bercakap soal Identiti PAS, ertinya kita bercakap mengenai pengenalan dan jati diri PAS. Kepada siapa yang belum mengenali PAS atau buat - buat tidak kenal, maka izinkan saya memperkenalkan buat kesekian kalinya setelah PAS ditubuhkan sejak 1951 berasaskan undang - undang tubuhnya. Inilah Pengenalan dan Jati diri PAS :


a] Fasal 3 . Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam .

b] Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah Allahu Akbar.

c] Fasal 5 . Perlembagaan PAS : Tujuan PAS ialah : ~ Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai – nilai hidup Islam dan hukum – hukumnya menuju keredhaan Allah . ~ Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara .

d] Fasal 6 . Perlembagaan PAS : Usaha – usaha : ~ Menyeru ummat Manusia kepada syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan , tulisan dan amalan . ~ Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai – nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran , ekonomi dan social serta pelajaran dan pendidikan .

4. Isu negara berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam, lalu mereka mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan.

5. Lebih menarik, UMNO juga menyatakan demikian sedang UMNO lah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini. Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada - ngada betul lah mereka ni !

 6. Suka saya jelaskan di sini bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam. Setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti plan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan Syariat Allah swt. Itulah Fasa 1 projek PAS.

 7. Fasa ke 2 , PAS bergerak dengan lebih praktikal. Bukan sahaja membentang plan induk [ Fasa 1 ] yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam. Ia adalah pengisian dan perlaksanaan. Sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata - mata atau juga di tohmah sebagai negara mullah.

 8. Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah [pengabdian diri kepada Allah] . Ia menepati pembentukan Good Governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS.

9. Menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat - buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS. Selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Plan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan Fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS. 10. Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah Pengukuhan Identiti. Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana.

- Nasrudin bin Hassan
 Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

#Sumber melalui FB Ustaz Nasruddin Bin Hassan

TV Media Mesir