Wednesday, August 17, 2011

PROGRAM IHRAM ARMA DIBOIKOT GARA-GARA EM

KAHERAH, 17 Ogos : Siri pencabulan hak terhadap mahasiswa kini masih bersisa apabila dikhabarkan satu program yang telah dirancang dengan kerjasama PERUBATAN,Jawatankuasa Penghuni DMAK dan Education Malaysia tidak mendapat sambutan dengan baik akibat tidakan EM yang telah menukar pengisian saat akhir.

Menurut sumber, kehadiran dalam program tersebut begitu mendukacitakan kerana penghuni ARMA yang datang hanya sekitar 15 orang sahaja.

Persoalannya kenapa boleh jadi begitu? Bagaimanakah sambutan kurang memberansangkan? Jawapannya daripada beberapa sumber yang diperolehi Pengarah EME Prof Dr.Suaidi telah mengubah pengisian yang telah dirancang awal oleh Jawatankuasa Pelaksana program IHRAM.

Sehinggakan pentazkirah ditukar hampir 3 kali dan perubahan yang dibuat tidak dimaklumkan kepada pihak pelaksana.

Pada perancangan awal pengisian dalam program tersebut Iftar Jamaie' dan Ceramah Nuzul Quran tetapi telah diminta untuk menukarkan kepada pengisian berbentuk tazkirah dan moreh sahaja.

Pentazkirah jemputan pada peringkat awalnya Encik Anuar Idris kemudian telah ditukarkan kepada Ust Mohammad Hanif bin Haron dan ditukarkan sekali lagi kepada seorang ustaz.

Jika dilihat secara profesional, pengurusan pihak EME dalam penganjuran program masih lagi tidak teratur dan kurang bijak dalam membuat perancangan.

Ini membuktikan kredibiliti EM masih diragui apatah lagi masih ada pegawai EM yang kurang amanah dalam melaksanakan tugas sehingga menyusahkan mahasiswa .

1 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir