Friday, August 12, 2011

Pengurusan Khairi Jalaluddin Semakin Dipertikai

KAHERAH, 11 OGOS - Pelbagai keraguan mula terzahir pada perilaku dan kualiti kerja En.Khairi bin Jalalludin apabila pengurusan salah seorang mahasiswa perubatan mengalami masalah daripada sudut pendaftaran.

Akibatnya mahasiswa tersebut terpaksa menanggung kos pembiayaan yang hampir mencecah LE 14,000 kerana nama dalam sistem pendaftaran di Universiti Ain Syams tidak diluluskan oleh pihak pentadbiran.

Namun begitu, menurut Saudari Hanisah binti Hashim beliau telah memohon penangguhan pengajian dalam bidang Pergigian di Universiti Ain Syams melalui pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Oleh kerana demikian, penangguhan tersebut telah diluluskan dengan menerima sepucuk surat kelulusan penangguhan tersebut bersama no rujukan surat JPMK (AKA)1000/016/06 (03), sekaligus membuktikan pengesahan penangguhan surat tersebut dibawah makluman Education Malaysia.

Keadaan menjadi semakin keliru apabila nama beliau didalam sistem pendaftaran universiti tersebut gagal untuk sesi 2009/2010 bukannya ditangguhkan.

Persoalannya bagaimanakah perkara seperti ini boleh berlaku? Sedangkan beliau telah menerima sendiri pengesahan surat daripada peringkat Kementerian Pengajian Tinggi.

Pengurusan Atase Pendidikan kini semakin meruncing daripada sudut kualiti kerja dan pengurusan sebagai seorang penjawat awam .

2 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir