Monday, August 1, 2011

PMRAM Menyambut Baik Kedatangan Wakil ILMAM Pusat


KAHERAH, 1 Ogos - Kerjasama yang sedia terjalin antara PMRAM dan ILMAM Pusat merupakan jalinan yang sudah sekian lama diperkukuhkan dalam pelbagai bentuk kerjasama antara dua pihak.

Oleh kerana demikian, kehadiran wakil ILMAM Pusat Saudara Mohd Fauzan bin Mazlan yang merupakan Bendahari Kehormat ILMAM Pusat disambut baik oleh PMRAM dan kedatangan beliau juga adalah untuk sama-sama mendapat penjelasan berkenaan krisis mahasiswa yang berlaku akhir-akhir ini.

Ini sekaligus membuktikan isu pencabulan hak dan maruah mahasiswa mendapat liputan yang meluas dan dipandang serius oleh pihak Malaysia.

Saudara Mohd Fauzan bin Mazlan juga telah diundang untuk menyampaikan tazkirah di Wisma Darul Ridzuan,Hayyu Sabie' selepas solat Maghrib dan selepas solat sunat Tarawih di Dewan Darul Iman, Hayyu Asyir yang turut bersama beliau Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi Ketua Badan Penerangan & Penerbitan PMRAM 2011.

"Mahasiswa perlu ada prinsip dan jangan mudah menggadaikan prinsip kerana kita mahasiswa mempunyai prinsip untuk dipertahankan" pesan Saudara Mohd Fauzan di akhir tazkirahnya semalam.

Sumber : PMRAM.org

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir