Tuesday, August 2, 2011

Isu Mahasiswa : Wakil ILMAM Bertemu Dengan Pegawai Negeri dan Mahasiswa


2 OGOS - Saudara Mohd Fauzan bin Mazlan, Bendahari Kehormat Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir tiba di bumi Mesir kelmarin bagi membincangkan isu-isu mahasiswa.

Semalam, beliau telah mengadakan pertemuan dengan pegawai Hal Ehwal Pelajar Kelantan Mesir. Fauzan sempat berbuka puasa di Asrama Anak-anak Melaka dan menyampaikan kuliah di sana.

Turut hadir bersama beliau, Saudara Abdul Aziz bin Ali, Timbalan Presiden bersama Badan Pengurus PMRAM yang lain.

Beliau juga sempat bertemu dengan En. Anuar bin Idris, Pegawai HEP Melaka dan pembantunya, En. Ridhwan bin Abu Samah.

ILMAM bertekad untuk menyelesaikan isu pencabulan hak mahasiswa Mesir.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir