Monday, August 1, 2011

Isu Mahasiswa : Wakil ILMAM Menziarahi Beberapa Tempat


1 OGOS - Kehadiran wakil ILMAM Pusat, Saudara Fauzan bin Mazlan ke bumi Mesir dengan berbekalkan tanggungjawab yang tinggi.

Selepas tiba di bumi Mesir pada 31 Julai, beliau telah dijemput untuk menyampaikan kuliah di Rumah Selangor pada hari yang sama.

Semalam, beliau dijemput pula untuk menyampaikan kuliah maghrib di Rumah Perak. Seterusnya beliau sempat ke Asrama Rumah Melayu Abbasiah ARMA untuk bersama-sama mengerjakan Solat Jenazah Saudari Fatin Fasihah binti Hanafi. Beliau turut diiringi oleh wakil Badan Pengurus PMRAM, Saudara Zulhafez bin Ahmad Zahidi.

Selain itu, beliau juga dijemput untuk menyampaikan ceramah sempena awal Ramadhan di Rumah Terengganu pada jam 10 malam tadi.

Di dalam jadualnya, beliau akan mengadakan beberapa pertemuan dan roadshow bagi membincangkan tentang isu pencabulan hak mahasiswa Mesir.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir