Wednesday, August 3, 2011

Isu Mahasiswa : En. Khairi Bakal Terima Padah


3 OGOS - Saudara Nuruddin Zanki, Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (DESAK) memaklumkan kepada media hari ini bahawa En. Khairi bakal menerima padah yang teruk.

En. Khairi, Pegawai Atase Jabatan Penuntut Malaysia telah merancang dan melakukan beberapa tindakan tidak profesional terhadap mahasiswa.

"Kezaliman yang dilakukan oleh beliau bakal mengundang padah yang teruk", kata Nuruddin.

Beliau juga mengingatkan bahawa pihak kedutaan dan JPMK juga bakal terlibat sama dalam isu ini disebabkan tindakan zalim beberapa pegawainya.

"DESAK telah menganjurkan solat hajat, menghantar skrip doa ke Mekah, menjalankan majlis penerangan isu semasa dan sebagainya. Kesemua ini akan mengundang padah kepada mereka yang terlibat dengan kezaliman terhadap mahasiswa", katanya lagi.

"En. Khairi boleh disaman. Segala bukti dan pendedahan terhadap salah laku beliau memburukkan lagi nama JPMK", katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir