Wednesday, August 10, 2011

Isu Pembuangan : Kedutaan Perlu Bertindak Lebih Professional - DESAK


10 OGOS - Berikutan pertemuan dengan kedutaan baru-baru ini, pihak DESAK telah mengemukakan 2 deklarasi. Antara yang dinyatakan, DESAK amat kesal dengan tindakan pembatalan pengajian Saudara Mohd Firdaus Mazlan yang dilihat tidak matang dan tidak mencerminkan sikap profesional pihak kedutaan sebagai wakil rasmi kerajaan Malaysia di Mesir.

"Sepatutnya sebarang tindakan dibuat, setelah pihak kedutaan atau TYT Dato’ Duta memanggil mangsa bagi membolehkan keterangan diambil dan kenyataan bela diri diberikan" Kata Pengerusinya.

"DESAK dimaklumkan bahawa mangsa sukar untuk bertemu dengan Dato’ Duta bagi memberi penjelasan serta menuntut kesahihan adakah benar isu sekatan pengajian beliau adalah kehendak daripada pihak kedutaan" katanya lagi.

"Sepatutnya adalah menjadi tanggungjawab bagi pihak Dato’ Duta untuk tidak membiarkan isu ini terus disalah anggap oleh pihak mufti tanpa mendapatkan penjelasan khusus daripda pihak mangsa. Keadaan ini perlu agar ia dapat diselesaikan di peringkat kedutaan terlebih dahulu kalaupun benar berhajat untuk mengaitkannya dengan pihak mufti", katanya lagi.

"Justeru DESAK merasakan perlunya pihak kedutaan menjelaskan kepada mahasiswa adakah tindakan yang dilakukan kepada mangsa ini benar-benar mengikut prosedur khas pihak kedutaan", katanya lagi.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir