Wednesday, August 17, 2011

Delegasi Perak : BKAN Perak Dinafikan Hak Oleh Pegawai HEP


16 OGOS - Pada tarikh 14 Ogos 2011, satu majlis ramah mesra telah dilangsungkan di Damanhur bersama anak-anak Perak.

Delegasi yang hadir tersebut diketuai oleh Tuan Haji Abdul Jamil bin Mat Kasa, Pengarah Yayasan Perak.

Namun, kedatangan delegasi tersebut tidak dimaklumkan oleh pihak HEP Perak sendiri kepada pihak persatuan.

Perkara yang paling mendukacitakan adalah, bilangan rombongan yang hadir adalah berbeza dari maklumat yang disampaikan oleh pihak HEP Perak.

Pihak persatuan yang juga berautoriti untuk menyambut tetamu dari Malaysia telah dinafikan haknya.

Di dalam majlis ramah mesra di Damanhur baru-baru ini, pihak rombongan telah menyatakan kehadiran mereka ke Mesir ini adalah arahan daripada Menteri Besar Perak untuk membuat tinjauan kehidupan anak Perak di Mesir walaupun rombongan bukan wakil kerajaan.

Dilaporkan juga pihak delegasi telah memberikan LE 100.00 kepada setiap seorang yang hadir. Dan dikatakan ianya adalah wang zakat perniagaan.

Pada 15 Ogos 2011, satu lagi ramah mesra yang dikatakan bersama anak-anak Perak dilangsungkan di Zaqaziq. Majlis tersebut juga tidak dimaklumkan kepada pihak persatuan pelajar di Kaherah mahupun di Zaqaziq.

Pada 16 Ogos 2011 pula, dilaporkan bahawa rombongan berada di Shoubro. Segala perjalanan delegasi tidak dimaklumkan kepada wakil persatuan pelajar.

0 comments:

Post a Comment

TV Media Mesir